Vous êtes sur la page 1sur 31

Pengertian batil dan ciri-ciri akidah batil.

Batil bererti sesuatu perbuatan


atau ibadat yang tidak diterima
Allah dan tidak diperakui
sebagai satu perbuatan atau
ibadat yang sah di sisi hukum
syara.
Pengertian Batil Dan Ciri-ciri Akidah Batil.

Akidah yang batil bererti
sesuatu iktiqad atau
kepercayaan yang bercanggah
dengan nas-nas syariah dari al-
Quran dan al-sunnah
Pengertian Batil Dan Ciri-ciri Akidah Batil.

Akidah yang batil adalah suatu
akidah yang terkeluar dari
iktiqad ahli sunnah waljamaah
seperti iktiqad Mutazilah,
Jabariah, Qadariah dan lain-
lain.
Ciri-Ciri Akidah yang batil
1.Syirik dan kufur kepada Allah
Orang-orang yang syirik dan
kufur kepada Allah, akidah mereka
adalah batil kerana mereka tidak
mempercayai keesaan Allah
(menyekutukan Allah), mereka adalah
Orang yang sesat
Ciri-Ciri Akidah yang batil

Firman Allah dalam surah al-Nisa:116
Dan sesiapa yang mempersekutukan
Allah dengan sesuatu apa jua, maka
sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang sejauh-jauhnya
Ciri-Ciri Akidah yang batil
Orang-orang yang kufur adalah orang-
orang yang mengingkari kewujudan
Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-
kitabNya, rasul-rasulNya dan hari
Akhirat. Mereka adalah orang-orang yang
sesat.
Ciri-Ciri Akidah yang batil
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa :136
Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah,
malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya rasul-
rasulNya juga hari akhirat, maka
sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan
yang sejauh-jauhnya
Ciri-Ciri Akidah yang batil
2.Tidak berdasarkan nas
Akidah yang tidak berdasarkan nas-nas
syarak (quran dan sunnah) adalah akidah yang
batil kerana keimanan mereka mengenai
ketuhanan dan kerasulan tidak berdasarkan
wahyu Ilahi.


Ciri-Ciri Akidah yang batil
3. Mengikut Logik Akal Semata-mata
Dalam ilmu akidah (Aqaid Al-Iman) atau ilmu
tauhid : mengenal & membuktikan kewujudan
Allah dan keesaanNya boleh dilakukan
dengan dua cara, iaitu mengenal nama-nama
Allah, sifat-sifatNya dan zat-Nya berdasarkan
dalil-dalil naqli ( Quran dan Hadis)


Ciri-Ciri Akidah yang batil

Boleh juga dilakukan dengan menggunakan
akal fikiran iaitu dengan memikirkan kejadian
alam sekeliling dan kejadian langit dan bumi
serta makhluk yang ada di antara keduanya.
Ciri-Ciri Akidah yang batil
Firman Allah dalam surah Yunus:101
yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad) :
Perhatikanlah dan fikirkanlah apa yang ada di
langit dan di bumi (dari segala kejadian yang
menakjubkan, yang membuktikan keesaan
Allah dan kekuasaanNya

Ciri-Ciri Akidah yang batil
Firman Allah ini tidaklah bermakna menyuruh
umat manusia menggunakan akal fikiran
mereka secara melulu mengikut logik akal
semata-semata, tetapi hendaklah
menggunakan akal yang tidak bercanggah
selaras dengan akidah yang sahih berdasarkan
al-Quran dan al-Sunnah.
Ciri-Ciri Akidah yang batil
4.Kepercyaan Yang Sentiasa Berubah
Mereka yang sentiasa berubah kepercayaannya
dalam akidah mengenai kewujudan dan
keesaan Allah bermakna iktikad mereka tidak
jazam (tidak pasti dan tidak tetap), keperc yaan
mereka terhadap Allah dalam keadaan syak,
zan atau wahm.

Ciri-Ciri Akidah yang batil
Iktikad kepercayaan seseorang yang tidak
jazam ialah kerana mereka mengenal Allah
bukan dengan dalil malah hanya mengikut dan
menerima perkataan orang lain tanpa
mengetahui dalil dan keterangan. Mereka
dinamakan orang yang bertaqlid yang
dipertikaikan kesahihan imannya.
Ciri-Ciri Akidah yang batil
Perkara-perkara yang merosakkan AKIDAH
Hj Muhammad Nor Hj Ibrahim, Hj Ismail, Yusuf dan
Syeikh Abdullah Basmi (1980) dalam Mustika Hadis
Rasulullah (saw) dalam bab Wajib Menjaga dan
Memelihara Jangan Rosaknya Iman dan Islam ada
membahaskan seperti berikut:

Perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam
itu terbahagi kepada 3 bahagian.
Perkara-perkara yang merosakkan AKIDAH
Hj Muhammad Nor Hj Ibrahim, Hj Ismail, Yusuf dan
Syeikh Abdullah Basmi (1980) dalam Mustika Hadis
Rasulullah (saw) dalam bab Wajib Menjaga dan
Memelihara Jangan Rosaknya Iman dan Islam ada
membahaskan seperti berikut:

Perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam
itu terbahagi kepada 3 bahagian.
i. Iktikad
Iktikad kepercayaan yang bertentangan
dengan dasar-dasar-dasar Islam.

Seperti iktikad agama kafir lebih baik dari
agama Islam.
ii. Perkataan
Tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina,
merendah-rendah, mengejek-ngejek dan
mempermainkan nama Allah, Malaikat, Kitab-kitab,
ayat-ayat, dan hukum-hukum serta hukum yang
diterangkan oleh rasul-Nya.

iii. Perbuatan
Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk
menghormati dan mengagungkan mana-mana
makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk
membesar dan mengagungkan Allah (swt)
Sebagai contoh sujud kepada makhluk walaupun
tidak dengan niat untuk menghormatinya seperti
Tuhan atau tunduk kepada mana-mana makhluk
sehingga had sekurang-kurangnya rukuk
sembahyang.
Perkara-perkara yang membatalkan
AKIDAH
Syeikh Al-Islam Muhammad b. Wahab (1993) telah
menyatakan perkara yang membatalkan akidah:

i. Melakukan syirik dalam beribadat kepada Allah
(swt)
ii. Menjadikan perantaraan di antara Allah (swt)
dengan sesuatu yang lain dalam berdoa, meminta
syafaat dan bertawakal.
iii. Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-
ragu terhadap kekafiran mereka.
Samb
iv. Mempercayai bahawa terdapat petunjuk lain yang
lebih sempurna selain petunjuk nabi.
v. Membenci sesuatu daripada amalan Rasulullah.
vi. Mempersenda-sendaan sesuatu daripada cara hidup
Rasulullah (saw) atau segala berita mengenai pahala
dan seksaan yang disampaikan oleh baginda.
vii. Melakukan sihir.
viii. Membantu orang kafir dan menolong mereka
menentang kaum muslimin.
ix. Beritikad bahawa sebagai manusia, mereka diberi
kelonggaran untuk keluar dari syariat Nabi
Muhammad (saw).

Hj Said Hj Ibrahim telah mengemukakan selajutnya
bahawa iktikad kepercayaan yang menyebabkan seseorang
Islam itu manjadi murtad secara ijmak adalah tertakluk
kepada 4 perkara:
1) Mengingkari Rububiyyah (Pentadbiran Allah)
2) Mengingkari nama-nama Allah (swt) dan sifat-
sifatNya.
3) Mengingkari Uluhiyyah (Ketuhanan)
4) Mengingkari Risalah (Kerasulan)

Langkah-langkah untuk kembali kepada
iman setelah rosaknya AKIDAH
Antara langkah-langkah yang telah digariskan oleh Al-
Quran dalam Surah Al Baqarah ayat 159-160 & Surah An
Nisa ayat 146 ialah:
1. Bertaubat
- Bertaubat dengan sebenar-benar taubat.
- Menyedari kesalahan, menginsafi ketelanjurannya,
berazam untuk tidak mengulanginya dan menanam
perasaan benci untuk kembali menjadi kafir semula.

Samb
2. Mengadakan islah atau pembaikan
- Mengadakan perubahan dan meninggalkan perkara yang
menyebabkan rosaknya akidah.

3. Menerangkan kebenaran
- Wajibnya menyatakan, menerangkan atau
mengisytiharkan taubatnya kepada kaum muslim.

4. Berpegang teguh kepada agama Allah(swt)
- Melaksanakan dan meninggalkan segala yang dilarang
oleh Nya.
5. Mengikhlaskan diri kerana Allah (swt)


Setelah orang tersebut memenuhi kelima-lima
langkah tersebut, barulah dia tergolong
semula ke dalam kalangan orang yang
beriman.

Firman Allah (swt):
Maka mereka itu adalah bersama-sama orang
yang beriman
(Surah an Nisa: 146)
Langkah-langkah Pencegahan Daripada
Berlakunya Rosak AKIDAH
1. Mengikhlaskan ubudiyyah kepada Allad (swt)
Ini akan tercapai dengan 3 perkara :
- jangan menjadikan yang lain sebagai Tuhan
- Jangan mengambil selain Allah (swt) sebagai penolong (wali)
dan mencintanya seperti mencintai Allah (swt).
- Jangan mencintai hakikat selain Allah (swt.)

2. Mengkufurkan segala taghut
Membersihkan ubudiyyah kepada Allah (swt) serta memberi
hak keuluhiyyahan (ketuhanan) kepadaNya.
Ketaatan kepada Allah (swt) sepenuh hati.

Samb
3. Memelihara diri daripada syirik dan menjauhkannya
- Semua bentuk syirik termasuklah syirik kecil atau besar,
terang atau tidak.

4. Menuntut ilmu
- Bekalan perjalanan hidup dan berniat mencari keredhaan
Allah (swt) semata-mata.

5. Mentaati perintah Allah (swt)
- Menuntut dan patuh kepada peraturan-peraturan dan
ketentuan-ketentuan yang ditetapkan Allah (swt)

Samb
6. Menjauhi maksiat
- Memandang berat terhadap dosa-dosa besar
- Berwaspada terhadap dosa-dosa kecil
- Dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.
Kesimpulan
Sesungguhnya telah jelas dan menjadi nyata
keyakinan kepada umat bahawa iman dan
Islam sahajalah yang dapat menjamin akidah
mereka.
Oleh itu ia mesti dipertahankan supaya dapat
menjamin keselamatan akidah.
Akidah sahih yang dipandukan oleh Al-Quran
dan Hadis Rasulullah (saw) menjadi panduan,
ikutan dan kayakinan kita.

Vous aimerez peut-être aussi