Vous êtes sur la page 1sur 24

Perkembangan Peribahasa

Peribahasa mengalami evolusi dari masa ke semasa. Ciptaan yang memakan masa
beratus-ratus tahun, mengalami dugaan masa dan perubahan. Melalui proses
evolusi ini, peribahasa akhirnya diterima pakai hingga ke zaman ini kerana
keindahan bahasanya yang tepat dan berkesan dari segi pengertiannya. Selain itu,
peribahasa mudah diingat, serta menjadi pegangan dan buah pertuturan yang
diselitkan sama ada di dalam pertuturan formal mahupun tidak. Melalui proses ini,
peribahasa diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi sehingga ke abad
ini.


Seperti zaman dahulu, peribahasa masih lagi digunakan dengan tujuan mengajar,
mendidik, menyindir serta menegur seseorang ataupun masyarakat. Pada zaman ini
pula, terdapat beberapa orang ahli bahasa yang giat mengkaji semula peribahasa-
peribahasa lama kerana nilai-nilai tersebut. Justeru, nilai estetika yang amat tinggi
menyebabkan penggunaan peribahasa masih dapat dipertahankan hingga ke kini.


Antara sebab-sebab peribahasa dapat bertahan sehingga kini ialah terdapat unsur-
unsur kesusasteraan seperti intelek, imaginasi dan emosi yang terkandung di dalam
sesebuah peribahasa. Jika ditinjau dengan lebih mendalam, terdapat banyak aspek
yang mempamerkan ketinggian pemikiran masyarakat Melayu. Terdapat banyak
peribahasa Melayu yang menyentuh aspek ekonomi (seperti konsep rezeki), sosial
(seperti nilai budaya, konsep sains dan teknologi)dan juga aspek politik (seperti
konsep undang-undang, peraturan dan pentadbiran).


Sebelum masyarakat dahulu mempunyai undang-undang pidata dan pidana seperti
sekarang, corak kehidupan mereka diaturkan dengan pelbagai jenis peribahasa.
Jikalau dikaji semula pada zaman ini, ada juga peribahasa yang tidak lagi sesuai
dengan zaman dan kemajuan ilmu pengetahuan sekarang. Namun demikian, ada
peribahasa yang dianggap tidak relevan pada masa kini tetapi mempunyai makna
yang amat mendalam. Seperti contoh peribahasa biar mati anak, jangan mati
adat. Ada yang berpendapat bahawa peribahasa ini tidak lagi relevan pada masa
kini kerana mengapa seorang anak yang merupakan cahaya mata harus dibiarkan
mati dan adat harus diteruskan. Jika kita melihat peribahasa ini daripada perspektif
yang berbeza, kita boleh dapati bahawaadat di sini digunakan sebagai undang-
undang dan sekiranya seseorang anak itu telah melanggar undang-undang, seorang
ketua tidak seharusnya membebaskan anak tersebut daripada kesalahan yang telah
dilakukannya. Mati pula tidak bermaksud anak itu harus dihukum mati sekiranya ia
bersalah tetapi ia membawa maksud menerima padah atau pun akibat atas apa yang
telah dilakukannya.


Peribahasa juga memainkan peranan dalam perkembangan budaya masyarakat
pada zaman-zaman yang berbeza. Peribahasa hidup dan berkembang daripada satu
generasi ke satu generasi dengan bentuknya yang tersendiri iaitu secara lisan yang
kemudiannya terjelma pula dalam bentuk tulisan. Dalam proses evolusi dan difusi
kebudayaan, tradisi lisan berubah secara perlahan, menghasilkan suatu bentuk
perubahan dari bentuknya yang asal dan dalam mengalami proses itu juga
peribahasa telah terdedah kepada perubahan tanpa sebarang sekatan dan kawalan.
Ini dimungkinkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang sentiasa cenderung untuk
melakukan perubahan kepada budaya tradisinya dengan harapan dapat menarik
perhatian dan menghiburkan masyarakatnya.




Kesimpulan

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peribahasa memainkan peranan penting
dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga ke saat ini. Peribahasa merupakan
salah satu cabang bahasa terpenting dalam pembelajaran bahasa Melayu. Budaya
Melayu yang penuh dengan kesantunan dan kehalusan budi pekerti juga turut
terserlah melalui penciptaan peribahasa. Justeru, peribahasa menjadi khazanah
budaya dan bahasa Melayu yang mempunyai nilai estetika tinggi. Penggunaannya
yang meluas secara tulisan atau pun pertuturan masih kekal relevan dalam konteks
masyarakat Melayu hingga kini. Peribahasa mengandungi pelbagai nasihat, ilmu
serta unsur-unsur didaktik untuk masyarakat umum. Justeru, setiap individu Melayu
harus memainkan peranan aktif untuk memastikan penggunaan serta keaslian
peribahasa tetap dipelihara. Segala nilai murni dalam setiap peribahasa yang dicipta
itu dapat dihayati dan direnungi demi kesejahteraan kita bersama. Bak kata pepatah,
bahasa dijunjung, budaya disanjung. Peribahasa adalah cerminan akal budi dan
lambang jati diri orang Melayu.


-Afizah, Fatin, Nisfawati, Khairunnisa, Shahidah, Sopianti, Hazurah-
(Aktivis Jurnal Akademik Jilid III 2003)
















Satu Kajian Aspek Kebudayaan Melayu : Tamadun Melayu dan
Pembinaan Bangsa Malaysia (2000)

Buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000) karya A. Aziz
Deramanmembandingkan Melayu Klasik pada abad ke-19 dengan Bahasa Melayu
Moden. A. Aziz Deraman secara umumnya menceritakan fenomena yang berlaku dalam
kebudayaan Melayu. Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Aziz Deraman
memperlihatkan bahawa Melayu tidak memelihara budaya Melayu sendiri pada masa ini.
Oleh sebab itu kajian dilakukan terhadap Buku Tamadun Melayu dan Pembinaan
Bangsa Malaysia (2000) untuk melihat kenyataan A. Aziz Deraman secara lebih
mendalam terhadap Bangsa Melayu. Hasil kajian tentang kebudayaan Melayu ini
dibahagikan kepada tiga aspek iaitu daripada segi politik, ekonomi dan sosial.

1.0 Politik Masyarakat Melayu

Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun
perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik
juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses
politik membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal
berbentuk kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )
dan berkembang menjadi kerajaan.

1.1 Pemerintahan Beraja
Pemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman
Kerajaan Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya,
iaitu Sistem Beraja Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar
Empat Lipatan pula terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan
Laksamana. Sistem ini kekal turun- temurun hingga kini. Hal ini demikian dibuktikan
dengan kenyataan A.Aziz Deraman yang berbunyi:
...Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja ini
berasakan prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif menjadi
simbol maruah negara. ...

1.2 Sistem Demokrasi
Sistem politik Melayu kini pula ditambah nilai dengan aspek demokrasi. Sistem
demokrasi berbentuk musyawarah yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat
setempat. Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah
pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja
atau Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan
Rakyat dan Dewan Negara. Hal ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang
berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam menentukan undang-undang
yang perlu dilaksanakan. A.Aziz Deraman membuat kenyataan yang berbunyi:

...Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk budaya politik zaman ini, manakala
raja berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah budaya yang diamalkan sejak
zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong kekal kesinambungannya daripada
tradisi beraja negara. Segala adat istiadat dan upacara yang berhubung dengannya
bererti pemupukan budaya yang berterusan. ...

2.0 Ekonomi Masyarakat Melayu
Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber
yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang
pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

2.1 Ekonomi berasaskan Hasil Perdagangan Antarabangsa
Melayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan Melaka
pada Abad ke-15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka telah
muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa
besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan
sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat
perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.

Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi
pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga
bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain.
Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman dalam bukunya pada
halaman 9 dan 16 yang berbunyi:

...Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan semasa sistem
kerajaan yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada abad ke-15.
...

2.2 Sistem Sara Hidup Berasaskan Pertanian
Sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal ini
berbeza daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang
kebanyakannya bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan
lain-lain. Buktinya dapat dilihat pada halaman ke-9 dan ke-16 yang membuktikan
bahawa sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah daripada hasil pertanian.

...Melayu pada zaman dahulu berekonomikan sistem sara hidup yang mengusahakan
ladang untuk kegunaan dan keperluan diri sendiri. ...

3.0 Sosial Masyarakat Melayu

Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspek
persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat
secara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu
aspek yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni,
kesenian, undang-undang, dan bahasa.

3. 1 Nilai-nilai murni yang diamalkan

...Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan,
kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif
yang turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai
yang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat....

Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman terhadap masyarakat Melayu pada halaman 85.
Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka.
Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalam
kenyataan yang berbunyi:

...Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu Hujan emas di negeri orang,
hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri ....

3.2.0 Kesenian
Hasil seni Melayu jelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal mempunyai takrifan
makna bersamanya. Keindahan dan kecantikan dapat dibuktikan dengan kata-kata
A.Aziz yang berbunyi:

...Dalam kesenian sekalipun tidak membawa imejnya semata-mata. Falsafah dan
pemikiran tergambar pada awan larat dan sobekannya mampu menunjukkan imej cita-
cita budaya kita. ... (Halaman 87).

3.2.1 Kemahiran Seni Halus
Bangsa Melayu kaya dengan hasil seni halus. Yang dimaksudkan dengan seni halus
ialah hasil seni yang melibatkan penggunaan motor halus tangan seperti anyaman dan
tenunan. Hasil tangan masyarakat Melayu ini sangat cantik dan berkualiti. Yang berikut
merupakan antara kenyataan yang dikemukakan A.Aziz:

...Kesenian kita baik seni lakon (muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak (seni
lukis, ukir, arca,tekatan, anyaman) perlu digerakkan secara besar-besaran untuk
menonjolkan identiti budaya dan tamadun kita. ...

...Kemahiran yang kita ada perlu dilatih untuk membangunkan kejiwaan contohnya
dalam bidang tradisi tekstil (batik, songket, tenunan), logam (kepandaian bertukang
emas, perak, kraf tangan). ... (Halaman 6)

3.2.2 Seni Busana/ Pakaian
Bangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan salah satu
pakaian masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Pada
mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran Melayu dan kini dipakai
oleh masyarakat biasa. Walaupun baju kurung atau baju Melayu ini merupakan asimilasi
bangsa ini namun pemakaiannya berupaya menjaga identiti Melayu. Justeru jelaslah
bahawa bangsa Melayu mempunyai seni busana atau pakaian sendiri yang dipelihara.
Hal ini dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz, iaitu:

...Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun Melayu dengan
tamadun Cina, India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan kewajaran budaya itu
diterima dalam rumpun Melayu. Pengaruh seperti pada baju Melayu dan songkok
sebenarnya berasal daripada India-Pakistan kini menjadi unsur nasional kita. ...
(Halaman 84)

3.2.3 Kemahiran Seni Lakon

Identiti budaya kita juga ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan ialah salah satu
aktiviti manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara meniru watak
yang berlainan dengan dirinya yang sebenar. Lakonan teater masyarakat Melayu boleh
dibahagikan kepada lakonan tradisional seperti Bangsawan, Main Puteri dan Menora
yang mana watak dan jalan cerita tidak lagi berubah walaupun setelah berlakunya
perubahan zaman. Wayang kulit bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada
sekitar 40an, 1950-an hingga 60-an. Teater moden pula merujuk kepada yang lain
daripada yang di atas. Jelaslah bahawa masyarakat Melayu kaya dengan seni lakonnya.
Seni lakon ini dijelaskan oleh A.Aziz dalam kenyataannya yang menceritakan asal usul
pergerakan seni lakon masyarakat Melayu yang berbunyi:

...Daripada prinsip unzuru dan tafakkaru inilah budaya Melayu mencipta gerak tari
berdasarkan lambaian sulur, buaian ranting dan dedaun serta gerak geri fauna. Bunyi
yang lahir daripada desiran angin, titisan hujan dan deruan ombak dan diolah menjadi
nada lagu. ... (Halaman 111)

3.2.4 Permainan Tradisional
Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh
nenek moyang masyarakat Melayu. Permainan tradisional merupakan hiburan
masyarakat Melayu pada waktu lapang. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan pada
halaman 127 seperti yang berikut:

...Kesenian pula terbahagi kepada bentuk tradisional atau sezaman. Bagi Malaysia
bentuk tradisional ada yang berupa etnik seperti makyung, wayang kulit, ngajat, gamelan
atau kesenian rakyat yang mencirikan penyertaan dan penglibatan rakyat seperti
permainan tradisional wau, gasing, dan sebagainya. ...

3.2.5 Seni Suara
Seni suara merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung
kepada sejarah, lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Persembahan seni suara dan
muzik dalam masyarakat Melayu adalah unik bukan sahaja sekadar hiburan kosong.
Persembahan seni suara sebenarnya mempunyai pelbagai maksud pengajaran.
Buktinya adalah dalam kenyataan berikut:

...Seni muzik membawa lagu Islam dan zikir, digunakan untuk kepentingan rohaniah di
kalangan sufi bagi mendapatkan ghairat, marhaban, qasidah, berzanji dan digabungkan
dalam bahasa Melayu-Arab dalam dikir berodah. ... (Halaman 106)

3.3 Undang-udang, Adat dan Kepercayaan
...Nilai dan norma merupakan peraturan masyarakat yang terdiri daripada undang-
undang, adat resam, pantang larang dan gaya perlakuan....
Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman pada halaman 37 yang memperkatakan tentang
warisan masyarakat Melayu. Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau
norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Undang-undang kebiasaannya ialah
peraturan sesuatu negara. Yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau
didenda.

3.4.0 Bahasa
Bahasa ialah satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara
bentuk dan maksud. Bahasa Melayu yang merupakan sejenis bahasa Melayu-Polinesia
di bawah keluarga bahasa Austronesia telah berusia lebih 1,000 tahun lalu. Bahasa
Melayu dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.
Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi
yang dijumpai di Sumatera Selatan.

3.4.1 Dialek
Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa
yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini
paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat juga ditentukan
oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial. Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek.
Buktinya adalah berikut:
...Kita mempunyai pelbagai dialek yang menunjukkan asas keserumpunan. Perjalanan
budaya dan tamadun Melayu berkembang subur dan memukau pengamatan bangsa lain
melingkungi rantau geografi Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, Selatan
Thai, Indo cina dan berkembang ke Kepulauan Pasifik di bahagian timur dan mencecah
Malagasi di Barat sehingga Taiwan (Formosa di bahagian utara ... (Halaman 10)

3.4.2 Tulisan
Bahasa Melayu mempunyai bentuk tulisan yang tersendiri. Tulisan Jawi telah
mengangkat martabat Melayu dalam bidang keilmuan. Penerangan yang menunjukkan
bahawa tulisan Jawi ini penting dapat dilihat dalam keterangan berikut:
...Melayu ditingkatkan menjadi bahasa Islam dengan tulisan baru melalui pengenalan
huruf jawi dan mampu menyatakan konsep dan ilmu baru yang berkembang atau
disempurnakan. ... (Halaman 102)


























NILAI DALAM BUDAYA MASYARAKAT MELAYU-
Muada bin Ojihi [diselenggarakan oleh Rozali Rajab]
Abstrak
Bahasa dan budaya Melayu sebagai asas kepada pembentukan tamadun Malaysia. Oleh itu
kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti nilai-nilai budaya masyarakat Melayu yang
berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Aspek nilai-nilai yang dikaji boleh dilihat dalam
kehidupan masyarakat Melayu. Kajian ini memilih nilai budaya masyarakat Melayu dalam
asas pembentukan negara bangsa kerana terdapat unsur-unsur nilai yang penting.
Walaupun negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan, namun kajian
ini menitikberatkan nilai budaya masyarakat Melayu. Dalam dunia sekarang, nilai-nilai ini
seakan-akan tercabar dengan kehadiran pelbagai pengaruh dari luar. Perubahan demi
perubahan memberi kesan yang amat mendalam dalam nilai-nilai budaya masyarakat
Melayu. Hasil kajian ini didapati daripada pelbagai bahan ilmiah dan rujukan yang berkaitan
dengan nilai budaya masyarakat Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa asas kepada
pembentukan negara bangsa Malaysia adalah pengaruh agama Islam. Kedatangan agama
Islam ke Alam Melayu menjadikan bahasa dan budaya Melayu menjadi semakin penting.
Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan
dalam tamadun Malaysia. Nilai bahasa dan budaya masyarakat Melayu perlu dipelihara dan
dikembangkan untuk membentuk dan meneruskan masyarakat Malaysia yang harmoni dan
sejahtera.
PENGENALAN
Pada saat perhatian hampir semua orang tertumpu pada globalisasi, dunia tanpa sempadan,
dasar langit terbuka, ledakan maklumat, pencapaian taraf negara maju sepenuhnya
menjelang 2020 dan segala agenda besar lain yang merangsang cita manusia, terasa ironis
juganya bangsa apabila kita masih perlu berbicara tentang nasib dan martabat bahasa dan
budaya Melayu. Dasar-dasar kenegaraan, termasuk Dasar Bahasa Kebangsaan,
seharusnya tidak menjadi barang tawar-menawar lagi, sesudah puluhan tahun dasar itu
membuktikan hasilnya, baik dalam pemenuhan fungsi perlambangannya sebagai tanda
kewujudan bangsa dan negara yang berdaulat, sebagai bahasa perpaduan, sebagai bahasa
pendidikan. Namun, justeru kerana soal martabat bahasa dan budaya Melayu sebagai salah
satu tonggak tamadun bangsa dan negara masih terus-menerus menjadi atau dijadikan isu,
maka ada kewajarannya kita terus membicarakannya. Bahasa mencakup banyak perkara,
antaranya sistem komunikasi, alat berfikir, dan pemangkin untuk pembinaan ummah.
Bahasa juga merujuk kepada pengetahuan yang dimiliki oleh penutur bahasa ibunda, yang
membolehkan mereka berkomunikasi, mengungkapkan rasa, cita dan makna, serta dapat
melaksanakan fungsi bahasa yang lain. Ini menunjukkan bahawa bahasa amat penting bagi
kehidupan di alam ini. Nilai budaya merupakan nilai- nilai yang disepakati dan tertanam
dalam suatu masyarakat, lingkup organisasi, lingkungan masyarakat, yang mengakar pada
suatu kebiasaan, kepercayaan (believe), simbol-simbol, dengan karakteristik tertentu yang
dapat dibedakan satu dan lainnya sebagai acuan prilaku dan tanggapan atas apa yang akan
terjadi atau sedang terjadi. Nilai budaya akan tampak pada simbol-simbol, slogan, moto, visi
misi, atau sesuatu yang nampak sebagai acuan pokok moto suatu lingkungan atau
organisasi. Ada tiga hal yang terkait dengan nilai-nilai budaya ini iaitu :
1. Simbol-simbol, slogan atau yang lainnya yang kelihatan kasat mata (jelas)
2. Sikap, tindak laku, gerak gerik yang muncul akibat slogan, moto tersebut
3. Kepercayaan yang tertanam (believe system) yang mengakar dan menjadi kerangka
acuan dalam bertindak dan berperilaku (tidak terlihat). Nilai budaya mencakup tradisi lisan,
bahasa, festival budaya, ritus dan kepercayaan, muzik dan lagu-lagu, seni pertunjukan,
pengubatan tradisional, literatur, makanan tradisional serta olah raga dan permainan
tradisional. Budaya sesuatu masyarakat akan membezakan dengan masyarakat yang lain.
Setiap masyarakat mempunyai nilai budaya yang tersendiri. Namun, terdapat banyak
persamaan dari segi tujuan atau motif utamanya. Oleh itu, budaya masyarakat Melayu yang
penuh dengan nilai-nilai yang tinggi dan tertib telah menjadi tonggak utama pembangunan
negara Malaysia sebagai negara Islam dan demokrasi berparlimen. Justeru, menerusi kajian
ini akan menjelaskan nilai peradaban masyarakat Melayu berteraskan nilai-nilai agama Islam
dalam pembinaan negara bangsa. Kajian ini juga akan menghuraikan asas-asas nilai-nilai
budaya masyarakat Melayu yang kini berhadapan dengan pengaruh luar dalam era
globalisasi serta permasalahan yang dihadapi oleh bangsa Melayu dalam konteks negara
bangsa. Kajian ini akan menumpukan kepada nilai-nilai murni yang terdapat dalam budaya
masyarakat Melayu. Nilai murni masyarakat Melayu perlu ditittikberatkan kerana asas
kepada perkembangan kebudayaan masyarakat Melayu di negara ini. Asas kepada nilai-nilai
budaya masyarakat Melayu dikaitkan dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu yang telah
membentuk budaya Melayu.
Sejarah Ringkas Masyarakat Melayu
Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas sebagai penduduk asal di
alam Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang dapat dikesan kepada sejarah
peradaban Melayu itu sendiri. Dengan kepelbagaian kelompok sosial dan sub budaya yang
membina masyarakat dan budaya Melayu yang lebih luas itu telah memberikan kekuatan
yang menyatakan kekayaan khazanah budaya Melayu. Istilah Melayu merujuk kepada tiga
pengertian atau dimensi yang berbeza, iaitu ras (genetik atau biologi), kebudayaan dan
bahasa. Ras Melayu merujuk kepada sekumpulan manusia yang memiliki ciri-ciri genetik
yang sama dan yang berasal dari alam Melayu. Kebudayaan Melayu merujuk kepada
pegangan dan amalan yang didasarkan kepada agama Islam dan adat resam masyarakat
Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa yang dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu. Ia
merangkumi subkeluarga seperti bahasa Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau,
Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis dan Sulu. Selepas kedatangan Islam bahasa
Melayu menjadi salah satu bahasa terpenting di dunia (Osman Bakar, Azizan Baharudin,
dan Zaid Ahmad, 2009: 63-64). Masyarakat Melayu sudah bertapak di kawasan Asia
Tenggara sekurang-kurangnya 5,000 tahun dahulu. Amalan bermesyuarah dalam
masyarakat Melayu diamalkan bersesuaian dengan cara kehidupan masyarakat yang
menekankan nilai kesaksamaan antara ahli-ahlinya. Amalan ini lazimnya diamalkan dalam
kalangan masyarakat desa manakala masyarakat bangsawan dan istana, raja atau sultan
berkuasa mutlak. Selain daripada kemunculan nilai-nilai yang dibentuk sendiri dalam budaya
Melayu, nilai-nilai baru juga diterima daripada interaksi dengan masyarakat luar.
Perkembangan masyarakat Melayu selalu dikaitkan dengan kerajaan-kerajaan awal Melayu
seperti Kerajaan Lembah Bujang (Kedah Tua), Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Majapahit,
Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Kesultanan Johor dan seterusnya. Nilai-nilai masyarakat
Melayu tergambar dalam setiap perkembangan kerajaan-kerajaan Melayu. Kedatangan
agama Hindu, Buddha dan Islam telah memantapkan lagi nilai-nilai yang sedia ada.
Pandangan Semesta Alam Masyarakat Melayu
Bagi mengkaji nilai dalam budaya masyarakat Melayu, adalah penting untuk melihat secara
ringkas pengaruh-pengaruh yang membentuk budaya masyarakat Melayu. Sebelum
kedatangan Islam, agama Hindu atau Buddha telah bertapak di dalam kehidupan
masyarakat di Kepulauan Melayu. Pengaruh agama Hindu atau Buddha telah memberi
kesan yang amat dalam dan kuat terutama sekali dalam sistem politik, sosial, ekonomi dan
pemikiran masyarakat Melayu. Kedatangan Islam dikatakan telah memantapkan
keseluruhan Pandangan Semesta Melayu. Pandangan dunia Melayu (Malay World view)
dilihat dari pelbagai aspek iaitu merangkumi pandangan terhadap: (Nadiah Abdul Rahman
dan Priscilla Law Nguik Hung, Tamadun Islam dan Asia, 2008: 57)
a) Alam nyata yang meliputi pandangan dan cerapan (persepsi) terhadap objek alam seperti
laut, sungai, hutan dan gunung.
b) Alam ghaib yang meliputi makhluk ghaib, alam selepas mati dan konsepsi kuasa atau
tenaga dalam alam seperti semangat, nyawa dan roh.
c) Sesama manusia yang meliputi pandangan terhadap orang lain dalam rangka hubungan
kita-mereka (we-they)
Dalam budaya masyarakat Melayu, pelbagai upacara agama dilakukan yang
menggambarkan interaksi manusia dengan kuasa ghaib. Penggunaan pelbagai lambang
seperti bulan bintang juga melambangkan hubungan manusia dengan agama Islam. Cerita
penglipur lara juga tidak hilang dalam budaya masyarakat Melayu. Amalan berpantun,
pepatah, perbilangan dan sebagainya menggambarkan kebudayaan Melayu yang tinggi
nilainya. Sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat Melayu mengamalkan kepercayaan
animisme dan dinamisme. Animisme adalah percaya kepada setiap benda ada jiwa, roh dan
semangat. Dinamisme pula, kepercayaan kepada tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan
semangat dalam diri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau benda-benda yang boleh
mendatangkan kesan baik dan buruk. Kedatangan Hindu atau Buddha telah menjadikan
upacara keagamaan masyarakat Melayu lebih rapi dan formal. Kesan yang jelas sekali ialah
pemisahan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata. Dan ini telah
menular dalam budaya masyarakat Melayu. Kedatangan agama Islam telah memberi
jawapan terhadap kejadian alam, memantapkan keseluruhan pandangan semesta Melayu
dan tertumpu kepada Tuhan (God-Centered) (Nadiah Abdul Rahman dan Priscilla Law Nguik
Hung, Tamadun Islam dan Asia, 2008: 60) Budaya masyarakat Melayu terbina dengan
semulajadi sejak awal lagi. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh agama Hindu
atau Buddha dan agama Islam telah mengukuhkan lagi sistem kepercayaan, kebudayaan
dan kesenian masyarakat Melayu. 314 Pengaruh Agama Islam Dalam Masyarakat Melayu
Kedatangan Islam telah banyak mencorakkan suasana masyarakat Melayu. Kesan dan
pengaruh kedatangan Islam dalam kebudayaan Melayu dapat dilihat dalam pelbagai aspek
seperti, akidah, politik, sosial, undang-undang, ekonomi, kesenian, bahasa dan sastera serta
pendidikan. Nilai-nilai keislaman dalam budaya Melayu amat jelas sekali. Agama Islam telah
mengubah bentuk kepercayaan, corak hidup dan pandangan semesta masyarakat Melayu.
Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar keada kepercayaan kepada Allah S.W.T
dan rasul-Nya. Walaupun Islam telah bertapak kuat alam kehidupan masyarakat Melayu, ini
tidak bermakna kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha berjaya dikikis sepenuhnya
daripada kehidupan masyarakat Melayu. Masih terdapat banyak petunjuk yang
menggambarkan masyarakat Melayu terpengaruh dengan unsur-unsur sebelum kedatangan
Islam.
Proses Sosialisasi dan Pembudayaan dalam masyarakat Melayu
Sosialisasi merujuk kepada proses mempelajari aspek-aspek kemasyarakatan atau perkara-
perkara yang diamalkan dalam masyarakat supaya seseorang itu dapat berfungsi dalam
masyarakatnya. Pembudayaan (enculturation) merujuk kepada proses penerapan unsur-
unsur budaya supaya seseorang bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai
masyarakatnya. (Nadiah bt Abdul Rahman dan Priscilla law Nguik Hung, 2008:70). Kedua-
duanya bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya Melayu. Keutamaan orang Melayu
dalam proses sosialisasi dan pembudayaan ialah pembentukan jati-diri serta peribadi Melayu
yang baik, berakhlak dan berbudi. Proses ini telah menanam nilai budaya yang kuat dalam
masyarakat Melayu. Antara agen yang penting dalam proses ini ialah keluarga, kelompok,
sekolah sekular dan agama, maktab-maktab dan universiti-universiti. Pembentukan budaya
masyarakat Melayu mempunyai asas yang kukuh. Asas utama ialah agama Islam.
Masyarakat Melayu akan mengazankan (membacakan kalimah azan) kepada bayi lelaki dan
mengqamatkan bayi perempuan (membacakan kalimah qamat). Budaya ini telah dilakukan
sejak kedatangan Islam ke Alam Melayu sejak dahulu lagi. Tujuannya ialah untuk
memperdengarkan seruan azan, kalimah syahadah dan untuk meniupkan roh dan semangat
Islam kepada bayi. Asas kedua pula ialah mengamalkan dan mengekalkan adat turun
menurun. Ini adalah amalan yang dilakukan sekian lama atas pengaruh Islam dan Arab.
Konsep adat memancarkan hubungan mendalam serta bermakna antara manusia dengan
alam sekitarnya, termasuk alam tabii, alam sosial dan alam ghaib. Gabungan Islam dan adat
terdapat dalam semua upacara kitaran hidup masyarakat Melayu seperti mencukur rambut,
turun tanah atau mencecah tanah, membela mulut serta berkhatan. Antara unsur-unsur
Islam yang diterapkan secara berterusan ialah kanak-kanak diajar konsep dosa, pahala,
haram dan halal. Begitu juga dengan kanak-kanak diajar sembahyang, berpuasa dan
mengaji al-Quran. Kesemua ini telah membentuk nilai budaya masyarakat Melayu yang
tinggi sehingga kini. Terdapat beberapa daya kreativiti budaya masyarakat Melayu yang
dapat dilihat melalui penggubalan peribahasa dan kata perbilangan yang bertujuan sebagai
panduan, teladan dan sempadan dalam proses sosialisasi. Contohnya:
i. Seperti ayam mematuk anaknya
ii. Tatkala rebung hendak dilentur jangan dinantikan menjadi aur
iii. Bapa borek anak rintik
iv. Seperti ketam mengajar anak berjalan lurus
v. Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari
Pemikiran Masyarakat Melayu
Pemikiran adalah perilaku penyelesaian masalah. Manusia mula berfikir sebagai daya usaha
untuk penyesuaian diri dengan alam sekeliling. Kenyataan ini amat relevan dalam konteks
pemikiran Melayu tradisional. (Che Ibrahim Salleh, Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu,
2008: 35). Masyarakat Melayu mengalami perubahan alam pemikiran secara evolusi
bermula dengan pegangan kepada konsep kepercayaan Paganisme, Animisme, Hindu,
Buddha, Islam, dan sekularisme. Dalam hal ini, pegangan masyarakat Melayu turut
dipengaruhi oleh konsep-konsep kepercayaan tersebut. Perubahan ini menunjukkan alam
pemikiran Melayu terbuka. Seandainya proses penyesuaian tidak dilakukan, mungkin
berlaku pertentangan dan konflik budaya akan menyebabkan berlakunya permusuhan dan
penolakan terhadap konsep yang cuba diterapkan. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah
membawa unsur rasionalisme dan intelektualisme ke dalam penghidupan masyarakat
Melayu. Perubahan yang jelas sekali ialah mengubah kepercayaan masyarakat Melayu dari
kepercayaan yang mempersekutukan Allah kepada agama mentauhidkan Allah. Islam
sebagai agama sejagat yang merangkumi keseluruhan cara hidup, sudah tentu membawa
perubahan keseluruhan pemikiran masyarakat Melayu. Demikianlah hubungan Islam dengan
masyarakat Melayu ketika awal kedatangannya sehingga meninggalkan kesan dalam jiwa
bangsa Melayu. Kini Islam dan Melayu sudah menjadi suatu sinonim yang tidak dapat
dipisahkan. Masyarakat Melayu dalam ilmu pengetahuan tidak lagi terkongkong di istana dan
kalangan golongan bangsawan, seperti zaman Hindu-Buddha, tetapi disebarkan juga dalam
kalangan rakyat jelata melalui pendidikan dan pengajaran di masjid, surau, madrasah dan
pesantren. Penumpuan ilmu pengetahuan dan persuratan bukan lagi menekankan aspek
estetik, romantik, ketakjuban, daya khayalan dan imaginasi, tetapi kepada yang lebih
rasional, akali dan intelektual, cetusan dan dorongan secara langsung daripada al-Quran
dan hadis yang menekankan kewarasan, kerasionalan berasaskan akal budi dan ilmu yang
sahih dan nyata. Proses ini telah membentuk alam pemikiran masyarakat Melayu termasuk
budayanya.
Asas Nilai Pembentukan Kebudayaan Melayu
Memandangkan kebudayaan mencakupi segala bidang kehidupan manusia, adalah penting
untuk membincangkan secara ringkas aspek sosial, politik, adat dan istiadat, serta ekonomi.
Aspek ini hampir menerangkan kebudayaan masyarkat Melayu sehingga kini. Aspek sosial
meliputi kepercayaan dan agama sejak pra-sejarah hingga kedatangan Islam, struktur
masyarakat, perhubungan dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Aspek budaya politik
termasuklah konsep raja dan kerajaan yang melibatkan asal keturunan raja, kebesaran, taat
setia rakyat dan penubuhan sesebuah kerajaan atau negeri serta sistem pemerintahan.
Aspek kebudayaan juga menyentuh adat istiadat yang merupakan undang-undang dan
peraturan seperti pertabalan, perkahwinan dan kematian. Disini bentuk serta perlaksanaan
adat istiadat akan dititikberatkan. Aspek ekonomi merujuk kepada ekonomi tradisional yang
sering dikaitkan dengan orang Melayu seperti ekonomi sara diri (secukup hidup).
Pendedahan dan penyesuaian masyarakat Melayu dengan budaya baru dari luar telah
mengubah nilai budaya mereka. Namun bukan semua yang mengalami perubahan. Aspek
kepercayaan animisme masih lagi dikekalkan. Pembentukan jati diri dan peribadi Melayu
yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi
dan pembudayaan.
Akidah Islam
Nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan kepada nilai-nilai agama
Islam. Kesemua nilai tersebut berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat dalam
agama Islam. Nilai asas ini boleh dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu seperti
peribahasa, perumpamaan dan pepatah-pepatih. Terdapat pelbagai perkara yang boleh
dibuat untuk menunjukkan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu. Pengaruh kedatangan
Islam ke dalam masyarakat Melayu banyak mengubah budaya Melayu. Keimanan dan
ketakwaan kepada Allah S.W.T merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam.
Ia melibatkan asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah kepada kehidupan manusia di
dunia ini. Mentaati segala yang dituntut dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah
S.W.T. adalah sebahagian daripada cara bagaimana orang Melayu mempertingkatkan
keimanan dan ketakwaan. Dalam hal ini, pandangan semesta masyarakat Melayu
berunsurkan tradisional disesuaikan dengan dasar-dasar akidah Islam.
Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin
Sejarah masyarakat Melayu berkait rapat dengan kesultanan Melayu. Masyarakat Melayu
taat setia kepada Sultan atau Raja sejak turun-menurun yang diikuti dan diajar oleh orang
Melayu sehingga ke hari ini. Ini membuktikkan bahawa budaya masyarakat Melayu amat
menghormati pemimpin. Nilai ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan atau Raja telah menjadi
sebahagian budaya orang Melayu. Nilai inilah yang membentuk budaya masyarakat Melayu
menjadi orang yang berdisiplin. Dalam agama Islam pemimpin adalah khalifah Allah S.W.T.
di muka bumi. Dalam pepatah Melayu:
Ada raja adat berdiri, Tiada raja adat mati
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Biar mati anak, jangan mati adat dan, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Berpegang Teguh kepada Adat Resam
Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam amalan hidup
seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuk pantang-larang dan adat
isitadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-menurun. Antara adat istiadat yang masih
diamalkan seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian. Orang
Melayu memahami kedaulatan hukum-hukum adat sejak dahulu lagi dan mematuhinya.
Dalam pepatah Melayu ada menegaskan, adat dikelek dan hukum dijunjung. Terdapat
beberapa upacara rites de passage gabungan unsur Islam dan adat diadakan pada hampir
setiap tahap kitaran hidup. Contohnya, sebelum seseorang itu dilahirkan lagi, berbagai-bagai
pantang larang diikuti. Ibu yang mengandung dilarang melakukan perbuatan yang buruk atau
keji. Dengan berbuat demikian, dipercayai anak yang bakal dilahirkan sedikit sebanyak
mewarisi perangai kedua-dua ibu bapaya (yang dilakukan semasa ibu mengandungkannya).
Memuliakan yang Tua
Dalam masyarakat Melayu, menghormati dan memuliakan orang yang tua adalah satu nilai
yang jelaskan sekali berlaku. Nilai ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat Melayu
bahawa orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding orang-
orang muda. Pengalaman adalah sesuatu yang sentiasa dipandang penting dalam
masyarakat Melayu. Golongan muda digalakkan merantau untuk mencari pengalaman lain.
Dalam konteks Islam, Baginda S.A.W. tidak mengiktiraf umat yang tidak menghormati orang
yang tua dan menyayangi orang yang orang muda. Menghormati dan mendengar nasihat
orang tua, orang muda tidak akan melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup mereka.
Apa yang penting ialah kerjasama antara orang muda dengan orang tua harus dipupuk untuk
menjamin keharmonian masyarakat sekeliling.
Saling Menghormati
Salah satu nilai budaya orang Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain. Orang
Melayu saling menghormati orang lain dan bersikap rendah diri. Orang Melayu digalakkan
memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain. Orang yang tidak membalas
penghormatan yang diberi akan dipandang rendah.
Meraikan Tetamu
Meraikan tetamu merupakan satu nilai yang penting dalam masyarakat Melyu. Mengikut
ajaran agama Islam, tetamu hendaklah dilindungi, dimuliakan dan dilayan dengan sebaik
mungkin, malah tuan rumah disunatkan berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri demi
menjaga dan menghormati tetamu. Oleh yang demikian, tetamu sentiasa dipandang baik
oleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya.
Bertimbang Rasa
Orang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan. Sikap
bertimbang rasa menjadikan masyarakat Melayu tidak mementingkan perasaannya semata-
mata. Pemikiran ini memerlukan kita tidak mengikut perasaan sahaja, ia memerlukan
pertimbangan perasaan orang lain. Nilai bertimbang rasa ini adalah salah sifat terpuji dalam
Islam. Dalam masyarakat Melayu kini, orang muda haruslah meminta kepada orang tua
sesuatu yang termampu dan tidak melampau. Begitu juga, dengan permintaan terhadap
rakan-rakan, seharusnya rasional dan wajar. Setiap permintaan dan kelakuan harus ada
timbang rasa. Budaya inilah yang akan menaikkan masyarakat Melayu.
Bersopan Santun atau Berbudi Pekerti
Nilai ini membentuk masyarakat Melayu yang penyabar dan penyayang, bersopan santun
dan berbudi pekerti adalah sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang berkaitan
dengan beradab (atau civilized). Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang
beradab sebagai halus (atau refined) budi pekertinya, manakala yang tidak beradab
dianggap kasar. Sesuai dengan penegasan Nabi S.A.W. bahawa: Baginda diutuskan adalah
untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Islam menganjurkan pengikutnya sentiasa
bercakap benar dan melarang pembohongan. Begitu juga di bidang penulisan, terutama
dalam konteks laporan berita, isi karya yang dihasilkan mestilah benar dan tidak
mengandungi penyelewengan. Ia harus membantu dalam meninggikan pemikiran
masyarakat. Dalam berpakaian, selain bersih, Islam juga menekankan pentingnya menutup
aurat. Namun, sesetengah orang Melayu/Islam moden gemar mengamalkan budaya dedah.
Pendidikan moral memang sesuai untuk membentuk masyarakat lain yang sopan. Tetapi,
masyarakat Melayu dan Islam amnya amat perlukan pendidikan Islam. Untuk membina
masyarakat sopan, kita harus mulakan dari institusi keluarga. Ibubapa memainkan peranan
penting kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak bangsa menjadi
orang berguna. Tugas utama mereka ialah memastikan keharmonian keluarga dan tidak
bercerai-berai. Sekitaran yang harmoni dapat merangsang perkembangan mental dan rohani
anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
Misalnya, mereka tidak harus bertengkar di hadapan anak-anak kerana ini akan menjejas
jiwa anak-anak mereka. Banyak masalah sosial yang melanda masyarakat berpunca
daripada kelalaian ibu bapa mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Oleh itu, ibubapa
Melayu/Islam perlu menilai kembali pegangan hidup mereka demi mengekalkan citra sopan
Melayu.
Bekerja bersungguh-sungguh
Masyarakat Melayu mementingkan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Nilai ini juga
sebahagian daripada ajaran agama Islam yang menuntut pekerjaan halal dan kesungguhan
bekerja. Mengikut pemikiran ini, hasil pekerjaan kita akan menjadi sebahagian daripada
darah daging kita dan juga ahli keluarga kita. Apabila kita melakukan perkerjaan yang haram
atau tidak melakukan pekerjaan kita dengan sempurna, perkara yang tidak elok akan
menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri dan ahli keluarga. Ia mampu untuk
membuatkan kita menjadi orang yang tidak elok. Rasulullah S.A.W. menegaskan bahawa
Allah S.W.T. amat menyukai mukmin yang tekun dan teliti apabila menunaikan satu-satu
pekerjaan yang diamanahkan. Terdapat pemimpin Negara kita yang mengutamakan nilai
bekerja bersungguh-sungguh. Antaranya, Perdana Menteri Malaysia Kelima, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi. Beliau sentiasa mengingatkan masyarakat agar menerapkan nilai
ini dalam kerjaya.
Bergotong-royong
Salah satu nilai budaya masyarakat orang Melayu ialah melakukan sesuatu perkerjaan
dengan bergotong-royong kehidupan secara berkumpalan. Gotong-royong diamalkan dalam
aktiviti seperti kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersihkan rumah ibadat
dan tanah perkuburan. Masyarakat Melayu kini, masih lagi giat bergotong-royong dalam
melaksanakan apa sahaja untuk kepentingan masyarakat sekeliling. Antara sifat masyarakat
Melayu ialah dalam membersihkan masjid, surau dan sebagainya. Dalam membersihkan
masjid, amalan ini dilakukan sejak awal kedatangan Islam di Alam Melayu. Sifat ini
menggambarkan budaya Melayu sentiasa bersatu padu dalam apa jua cabaran dan
halangan.
Bermesyuarah dan Bermuafakat
Nilai masyarakat Melayu iaitu bermesyuarah ataupun bermuafakat adalah cara bagaimana
masyarakat Melayu cuba mencapai persetujuan ramai. Orang Melayu selalu menyebut
Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Orang ramai diberi peluang
untuk menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira
semua pendapat. Sesuai dengan perintah Allah SWT dalam al-Quran :
Supaya sentiasa bermesyuarat dalam semua urusan hidup mereka (surah al-Syura, ayat
38)
Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan Silaturahim
Dalam budaya masyarakat Melayu adalah satu perkara penting yang harus diketahui oleh
masyarakat kini iaitu mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim. Ini
dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti, datuk, nenek, along, angah,
pak cik dan mak cik. Apa yang paling jelas sekali ialah cara bagaimana mengikat hubungan
silaturahim orang Melayu. Orang Melayu bersifat bekerjasama dalam mengadakan kenduri
kendara dan saling ziarah menziarahi. Amalan ini amat berkesan dalam memupuk ikatan
kekeluargaan malah dalam persahabatan.
KESIMPULAN
Nilai bahasa dan budaya adalah amat penting dalam pembentukan negara bangsa. Adalah
penting untuk mempertahankan nilai-nilai yang dimiliki oleh masyarakat setempat. Sebagai
sebuah negara bangsa yang masyarakatnya berbilang kaum dan agama seharusnya
memiliki pelbagai nilai dan norma. Hal ini dapat diperhatikan dalam perlakuan-perlakuan
harian masyarakat setempat. Bahasa dan budaya Melayu merupakan asas bagi
pembentukan tamadun Malaysia hingga kini. Masyarakat Melayu amat menitikberatkan
perlakuan seseorang dalam meletakkan kedudukannya dalam masyarakat. Seperti yang
telah dibincangkan dalam kajian ini, pengaruh agama Islam terhadap masyarakat Melayu
amat mendalam sekali. Sehingga membentuk sebuah masyarakat yang memiliki nilai-nilai
yang jelas dalam kehidupan harian. Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu telah
menaikkan martabat bahasa dan budaya masyarakat Melayu sehingga kini. Nilai utama
Islam yang berasaskan akidah telah membentuk nilai ketaatan dan keimanan kepada Allah
S.W.T. sehingga membentuk nilai-nilai baru dalam budaya Melayu. Dalam membina
peradaban bangsa Malaysia menjelang 2020, apa yang pasti ialah budaya dan nilai luhur
yang wujud dalam agama Islam dan budaya orang Melayu perlu diperkasakan dan dijadikan
sebagai teras kepada pembentukan dan pembinaan bangsa Malaysia dan Negara Malaysia.
Ini kerana Melayu pernah membuktikan kepada dunia bahawa mereka pernah mengecapi
zaman kegemilangan lantaran berpegang teguh dan menghayati sepenuhnya agama Islam.
Dalam konteks negara bangsa, adalah amat penting bagi masyarakat kini menilai dan
menghayati kembali nilai-nilai dalam budaya Melayu yang telah menjadi asas dalam
pembentukan tamadun Malaysia. Sebagai sebuah negara yang majmuk, seharusnya
kerjasama dan toleransi amat penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian.
Penerapan nilai bahasa dan budaya Melayu perlu dilaksanakan oleh semua pihak dan
pelbagai bidang. Walaupun amat dititikberatkan dalam pendidikan Islam dan Moral dalam
pembelajaran, namun institusi lain juga harus menerapkan nilai-nilai tersebut. Semua pihak
haruslah berganding bahu bagi mengekalkan nilai-nilai budaya yang selama ini menjadi asas
bagi keharmonian dan ketamadunan negara Malaysia. Konsep 1Malaysia yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Keenam haruslah diiringi dengan
penerapaan nilai-nilai budaya Melayu. Begitu juga dengan nilai-nilai budaya masyarakat
yang lain. Saling menghormati dan terbuka akan meningkatkan lagi keharmonian
masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, adalah satu kepentingan untuk memupuk nilai-
nilai budaya masyarakat Melayu kepada masyarakat zaman sekarang supaya dapat
mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia. Untuk
mengulangi zaman kegemilangan Melayu ketika dahulu, generasi hari ini perlu kembali
memahami dan menghayati agama Islam dalam erti kata yang sebenar kerana Islam adalah
dinamik dan progresif.
BIBLIOGRAFI
A.Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Al-Ahmadi. (2003). Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala Lumpur:
Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia.
Ahmad Zaki Abd. Latif et al. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam:
Oxford Fajar.
Anwar Ridhwan. (2005). Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azhar Hj. Mad. Aros. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Kertas
1 dan 2. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra Malaysia.
Serdang.
Dr. Zaid Ahmad et al. (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.
Haron Daud. (1989). Sejarah Melayu, Satu Kajian Daripada Aspek Persejarahan Budaya.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ishak Bin Saat. (2006). Sejarah Sosiobudaya Melayu. Karisma Publications Sdn. Bhd. Shah
Alam.
Mohd Aris Haji Othman. (1985). Identiti Etnik Melayu, Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti. Fajar
Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya.
Mohd Taib Othman. (2004). Budaya dan Bahasa Melayu, Masalah dan Harapan. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. (1983). Kajian Budaya dan Masyarakat di
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nadiah Abdul Rahman dan Priscilla Law Nguik Hung. (2008). Tamadun Islam dan Asia. Edisi
Keempat. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Osman Bakar et al. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Robiah Sidin dan Juriah Long. (1998). Nilai Budaya Masyarakat Desa, Kajian Etnografi di
Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang. Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Shamsul Amri baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan
Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.
Wan Hashim Wan Teh dan Ismail Hamid. (1998). Nilai Budaya Masyarakat Desa, Kajian
Etnografi di Wang Kelian, Perlis. Jilid 1.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Abdul Kadir. (2010). Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu (Malaysia-
Indonesia). ccm.um.edu.my(02/02/2010)
Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris. (2004). Pemikiran Melayu: Tradisi dan Kesinambungan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.











Setiap tamadun mempunyai pandangan semestanya (world view) yang tersendiri.
Pandangan semesta inilah yang berperanan besar dalam membentuk keseluruhan konsep, inti
dalaman dan ciri-ciri fizikal sesuatu tamadun tersebut. Pandangan semesta atau world view
secara sinonim disebut juga sebagai tasawwur. Secara literal, istilah ini bermaksud memberi
rupa atau gambaran atau lukisan sesuatu perkara. Ia juga merupakan nama kepada hasil
renungan dan tilikan akal. Pandangan semesta pula bergantung kepada epistimologi atau
sumber ilmu untuk menyarankan rupa bentuk dan kedudukan sesuatu perkara. Disebabkan itu,
sekiranya pandangan semesta itu salah, seluruh persoalan yang dibicarakan juga turut
menyimpang dari kebenaran. Pandangan semestalah yang akan menentukan sama ada ianya
nanti mempunyai ciri-ciri persamaan atau perbezaan dari tamadun-tamadun lain.

Tamadun Melayu menjadi pemangkin kepada kewujudan dan pembentukan negara
dan tamadun Malaysia dengan berasaskan Islam. Kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara
dan penerimaannya oleh masyarakat Melayu merubah hampir keseluruhan pandangan
semesta orang Melayu para-Islam.

Sebelum kedatangan agama Islam, tamadun-tamadun Melayu yang terawal
dipengaruhi oleh agama-agama Hindu dan Buddha. Agama-agama Hindu Dan Buddha telah
menghasilkan tamadun-tamadun Melayu yang berlainan dan berlawanan. Sentiasa mendapat
persaingan antara tamadun-tamadun Melayu perdagangan. Namun dengan kedatangan agama
Islam telah membentuk tamadun Melayu yang baru dan boleh dikatakan mengukuhkan
Tamadun Melayu. Anjakan yang paling ketara dalam pandangan semesta Islam ialah orang
Melayu sudah mamahami bahawa hidup mereka tertumpu dan terarah pada konsep tauhid
atau kepercayaan yang teguh kepada Tuhan Yang Maha Esa. Berdasarkan hal itu, orang
Melayu memahami bahawa Tuhan itu adalah Tuhan Maha Esa yang wajib disembah
seterusnya sebagai tempat bergantung harap dan dan bermohon. Tiada kuasa-kuasa lain
sepertimana dalam pengaruh-pengaruh sebelumnya.


DEFINISI PANDANGAN SEMESTA (WORLD VIEW)
Secara umumnya, ia merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara
keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh
satu sistem nilai yang tertentu.
Menurut pendapat seorang sarjana Barat, Albert Schweitzer, pandangan semesta
bolehlah ditafsirkan sebagai the some total of thought which a community or
individual think about the nature and purposed of the universe and about the place and
destiny of mankind within the world.
Manakala menurut pandangan salah seorang sarjana Islam, Syed Naquibb al-
Attas, pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek
dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari
perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata
hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.

EVOLUSI PANDANGAN SEMESTA MASYARAKAT MELAYU
Evolusi pandangan semesta masyarakat Melayu secara umumnya boleh dilihat melalui dua
dimensi yang utama iaitu zaman pra-Islam dan juga setelah kedatangan Islam. Namun semasa
zaman pra-Islam pula terbahagi kepada dua peringkat yang utama iaitu;

i) sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha
ii) kedatangan agama Hindu dan Buddha

SEBELUM KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA
Pada ketika ini dikatakan masyarakat Melayu mempunyai sistem kepercayaan primitif iaitu
animisme dan dinamisme: yang mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau
semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, sama ada dapat membawa kesan baik atau
buruk.
Roh nenek moyang yang dinamakan hyang (seerti poyang/ moyang) dipercayai masih
berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi
mereka. Oleh itu ia perlu ditenangkan melalui upacara pemujaan dan penyembahan.
Pawang, Bomoh dan Dalang merupakan peribadi perantara yang boleh menghubungi
hyang melalui pembacaan jampi, serapah, penyajian dan sebagainya.

KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA
Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih
formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran
yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara
yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini
juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan
masyarakat Melayu.
Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-
karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran
kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu
aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan,
keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak
ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan
bangsawan.
Menurut pendapat Syed Naquibb, kedatangan agama Hindu tidak merubah pandangan
semesta masyarakat Melayu secara mutlak. Apa yang jelas terlihat ialah kesan pengaruh
Hindu-Buddha hanya pada lapisan di atas sahaja (golongan bangsawan), tidak menyerap ke
segenap lapisan masyarakat Melayu.
Namun kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu seperti sistem kasta (lapisan masyarakat)
yang memisahkan antara golongan raja, bangsawan dan rakyat jelata menular masuk ke dalam
sistem sosial masyarakat Melayu. Dari sinilah wujudnya sistem feudal yang telah diamalkan
dalam sistem pantadbiran mana-mana kerajaan Tamadun Melayu.


KEDATANGAN ISLAM
Selewatnya-lewatnya pada awal abad ke-15, masyarakat Melayu boleh disifatkan
sebagai menempuh era baru dengan kedatangan Islam. Islam telah mengubah bentuk
kepercayaan dan corak hidup mereka juga pandangan semesta mereka. Kepercayaan kepada
dewa dan animisme bertukar kepada kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Antara elemen-elemen asas pandangan semesta Tamadun Melayu-Islam ialah
Kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan
Pemelihara Alam Semesta.
Konsep penghitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat.
Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya.
Menghormati maruah dan martabat manusia.
Keadilan, kebebasan dan kesaksamaan
Kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani dan akal.

Lantaran itu, masyarakat Melayu menyedari bahawa seluruh hidup mereka terfokus
kepada Tuhan (God-centered). Oleh itu masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa
Allah S.W.T. Maha Berkuasa. Sebagai kesannya, pandangan semesta Melayu telah dibentuk
berasaskan habluminallah (berbuat baik kepada Allah) dan habluminannas (berbuat baik
kepada manusia).

Namun satu perkara penting yang perlu diambil kira ialah walaupun Islam telah bertapak
kuat, ini tidak bermakna kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha berjaya dikikis habis
dalam kehidupan masyarakat Melayu. Masih banyak tanda-tanda yang menunjukkan
masyarakat Melayu terpengaruh dengan unsur-unsur sebelum kedatangan Islam tanpa
merosakkan aqidah mereka.
Di atas keadaan itulah, maka pengaruh Islam kepada pemikiran serta pandangan semesta
Tamadun Melayu boleh disifatkan sebagai;
arus perdana iaitu ajaran Islam yang sebenarnya (main stream)
arus pinggiran seperti khurafat dan sebagainya (marginal stream)

Secara keseluruhannya, pandangan semesta Tamadun Melayu telah melalui beberapa
peringkat evolusi. Malah jika diteliti dengan lebih mendalam, zaman penjajahan, zaman
menuntut kemerdekaan serta zaman kontemporari juga telah mempengaruhi pembentukan
pandangan semesta masyarakat Melayu. Namun secara amnya, umat Melayu meletakkan
agama Islam sebagai sesuatu yang amat signifikan dalam pembinaan dan pembentukan
tamadun Melayu Islam dari era awal Islam sehinggalah ke hari ini. Malah agama Islamlah
yang telah meningkatkan tamadun Melayu ke tahap antarabangsa iaitu meletakkannya dalam
satu rangkaian Pan-Islamika yang sejagat, sesuai dengan sifat kesejagatan Islam itu sendiri.
Namun unsur-unsur tradisi masih mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian
mereka.
- See more at: http://www.puspitakirana.com/2012/09/pembentukan-pandangan-
semesta-melayu.html#sthash.PcaIClAI.dpuf













PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT -
GAMBARAN MASYARAKAT
GAMBARAN MASYARAKAT
Karya sastera adalah gambaran masyarakatnya, kerana hubungan yang erat
antara karya sastera dengan pengarangnya, dan hubungan pengarang dengan
masyarakat yang melahirkan karya sastera itu. Proses kepengarangan pengarang.
berhubung rapat dengan pengalamannya dalam masyarakat dan persekitarannya.
Gambaran masyarakat dalam karya sastera Melayu tradisional, secara ekstrinsik
dapat dilihat melalui aspek-aspek berikut:
Pandangan Hidup (World-View)
Pandangan hidup masyarakat yang dapat dilihat dalam karya kesusasteraan Melayu
tradisional ialah seperti berikut:
a Konsep Wira dan Wirawati
Konsep ini dapat dilihat gambarannya dalam cerita-cerita panji. lsi cerita panji
berkisar dalam kehidupan, pengembaraan. dan penyamaran watak wira dan
wirawatinya..
b Konsep Hukum Karma
Hukum karma adalah gambaran konsep masyarakat Melayu tradisional yang
percaya bahawa setiap perbuatan manusia akan mendapat balasan yang setimpal,
seperti buat balk dibalas balk dan perbuatan jahat pula akan mendapat pembalasan
atau hukuman yang setimpal dengan kejahatan yang dilakukan. Konsep ini dapat dilihat
Dalam cerita-cerita sastera rakyat.
c. Konsep Takdir
Konsep takdir yang ditentukan oleh kuasa yang agung iaitu tuhan ini digambarkan
dalam sastera hikayat. Gambaran konsep ini menjelaskan kepercayaan masyarakat
Melayu tradisional kepada ketentuan takdir dalam kehidupan manusia, yang hanya
mampu merancang dan berusaha, tetapi tidak berdaya melawan takdir yang
ditentulkantuhan.

GAMBARAN KEMANUSIAAN
Gambaran sifat-sifat kemanusiaan dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional
merujuk kepada tingkah laku watak, pemikiran dan sikap watak dalam karya-karya
yang dikaji. Gambaran kemanusiaan ini tidak terbatas kepada hubungan sesama
manusia sahaja, tetapi juga dalam konteks hubungan manusia dengan alam dan
makhluk-makhluk yang lain. Sifat-sifat kemanusiaan ini dilihat sama ada daripada aspek
fizikal ataupun mental, yang dikaitkan dengan nilai-nilai balk dan buruk yang dilakukan
oleh manusia seperti nilai sumpahan, pengorbanan, kesetiaan, dan sebagainya.

Gambar an Kemasyar akat an
Gambaran kemasyarakatan memang banyak terdapat dalam karya kesusasteraan
Melayu tradisional, sama ada dalam genre prosa mahupun dalam genre puisi. Antara
gambaran kemasyarakatan yang paling menonjol ialah seperti berikut:
a. Adat istiadat
b. Institusi social
c. Nilai dan sikap masyarakat
d. Susun lapis sosial
e. Pekerjaan dan ekonomi
Pandangan Semesta Tamadun Melayu
1. DEFINISI PANDANGAN SEMESTA (WORLD VIEW/WELTANSCHAUUNG)
Secara umumnya, ia merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara
keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dopengaruhi
oleh satu sistem nilai yang tertentu.
Menurut pendapat seorang sarjana Barat, Albert Schweitzer, pandangan
semesta bolehlah ditafsirkan sebagai the some total of thought which a community
or individual think about the nature and purposed of the universe and about the place
and destiny of mankind within the world.
Manakala menurut pandangan salah seorang sarjana Islam, Syed Naquibb
al-Attas,pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek
dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari
perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata
hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
2. EVOLUSI PANDANGAN SEMESTA MASYARAKAT MELAYU
Evolusi pandangan semesta masyarakat Melayu secara umumnya boleh
dilihat melalui dua dimensi yang utama iaitu zaman pra-Islam dan juga setelah
kedatangan Islam. Namun semasa zaman pra-Islam pula terbahagi kepada dua
peringkat yang utama iaitu;
i) sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha
ii) kedatangan agama Hindu dan Buddha
2.1 SEBELUM KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA
o Pada ketika ini dikatakan masyarakat Melayu mempunyai sistem
kepercayaan primitif iaitu animisme dan dinamisme: yang mempercayai bahawa
setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri,
sama ada dapat membawa kesan baik atau buruk.
o Roh nenek moyang yang dinamakan hyang (seerti poyang/
moyang) dipercayai masih berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga
yang kuat yang boleh mempengaruhi mereka. Oleh itu ia perlu ditenangkan melalui
upacara pemujaan dan penyembahan.
o Pawang, Bomoh dan Dalang merupakan peribadi perantara yang boleh
menghubungi hyang melalui pembacaan jampi, serapah, penyajian dan
sebagainya.

2.2 KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA
o Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu,
upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-
benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha
asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok
upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan
keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat
Melayu.
o Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat
dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini
dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata,
Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah
kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-
aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah
mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.
o Menurut pendapat Syed Naquibb, kedatangan agama Hindu tidak
merubah pandangan semesta masyarakat Melayu secara mutlak. Apa yang jelas
terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada lapisan di atas sahaja
(golongan bangsawan), tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu.
o Namun kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu seperti sistem kasta
(lapisan masyarakat) yang memisahkan antara golongan raja, bangsawan dan rakyat
jelata menular masuk ke dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Dari sinilah
wujudnya sistem feudal yang telah diamalkan dalam sistem pantadbiran mana-
mana kerajaan Tamadun Melayu.

2.3 KEDATANGAN ISLAM
o Selewatnya-lewatnya pada awal abad ke-15, masyarakat Melayu boleh
disifatkan sebagai menempuh era baru dengan kedatangan Islam. Islam telah
mengubah bentuk kepercayaan dan corak hidup mereka juga pandangan semesta
mereka. Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar kepada kepercayaan
kepada Allah dan Rasul-Nya.
o Antara elemen-elemen asas pandangan semesta Tamadun Melayu-
Islam ialah
i. Kepercayaan kepada Yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan
Pemelihara Alam Semesta.
ii. Konsep penghitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat.
iii. Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya.
iv. Menghormati maruah dan martabat manusia.
v. Keadilan, kebebasan dan kesaksamaan
vi. Kehidupan yang pertengahan dan seimbang antara jasmani, rohani dan akal.
o Lantaran itu, masyarakat Melayu menyedari bahawa seluruh hidup
mereka terfokus kepada Tuhan (God-centered). Oleh itu masyarakat Melayu
menyedari dan meyakini bahawa Allah S.W.T. Maha Berkuasa. Sebagai kesannya,
pandangan semesta Melayu telah dibentuk berasaskan habluminallah (berbuat baik
kepada Allah) dan habluminannas (berbuat baik kepada manusia).
o Namun satu perkara penting yang perlu diambil kira ialah walaupun
Islam telah bertapak kuat, ini tidak bermaknakepercayaan animisme dan Hindu-
Buddha berjaya dikikis habis dalam kehidupan masyarakat Melayu. Masih banyak
tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Melayu terpengaruh dengan unsur-
unsur sebelum kedatangan Islam tanpa merosakkan aqidah mereka.
o Di atas keadaan itulah, maka pengaruh Islam kepada pemikiran serta
pandangan semesta Tamadun Melayu boleh disifatkan sebagai;
a) arus perdana iaitu ajaran Islam yang sebenarnya (main stream)
b) arus pinggiran seperti khurafat dan sebagainya (marginal stream)
4. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pandangan semesta Tamadun Melayu telah melalui
beberapa peringkat evolusi. Malah jika diteliti dengan lebih mendalam, zaman
penjajahan, zaman menuntut kemerdekaan serta zaman kontemporari juga telah
mempengaruhi pembentukan pandangan semesta masyarakat Melayu. Namun
secara amnya, Islam sememangnya telah berakar umbi dalam pemikiran serta
pembentukan pandangan semesta masyarakat Melayu. Namun unsur-unsur tradisi
masih mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian mereka.

Vous aimerez peut-être aussi