Vous êtes sur la page 1sur 5

AMALI 4 : Sistem respirasi ikan, serangga dan mamalia.

Objektif: 1) Untuk melatih pelajar membedah ikan, serangga dan mamalia kecil.
2) Untuk melatih pelajar cara menggunakan peralatan pembedahan.
3) Untuk meningkatkan kemahiran pelajar berkaita mempamerkan,
melukis dan melabel organ respirasi.
4) untuk membolehkan pelajar memeriksa struktur-struktur dan organ
utama yang terlibat dalam sistem respirasi ( paru-paru , trakea ,
diafragma, sangkar rusuk dan otot interkosta ).
5) Untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang proses pertukaran
gas bagi haiwan.

Bahan dan radas :
Tikus/ Tikus Belanda / Tikus Putih
Lipas
Ikan Bertulang
Peralatan Pembedahan
Papan Pembedahan
Mikroskop Pembedahan
Kanta Pembesar
Pembaris lutsinar plastik
Benang


Kaedah:

(a) Membedah sistem respirasi ikan.

Bentuk ikan diperhatikan : garisan arus, tidak berleher, insang berpasang dan
ekor yang fleksibel.
Apakah kelebihan ikan mempunyai bentuk tersebut?
________________________________________________________________
Badan ikan dilitupi oleh sisik. Apakah fungsi sisik-sisik ini?
______________________________________________________________
Ikan bertulang mempunyai operkulum yang boleh digerak-gerakkan atau
penutup insang yang melindungi insang pada setiap belah badannya. Sebelah
operkulum dipotong mendedahkan insang. Berapa pasang insang yang boleh
anda temui?
_______________________________________________________________
Insang bertimbun diatas struktur bertulang yang dipanggil lengkung insang .
Setiap insang yang lengkap mengandungi satu lengkung insnag yang
menyokong dua barisan filamen insang yang lembut dan mudah rosak. Insang
diperhatikan dibawah mikroskop pembedahan , dilukis dan dilabelkan. Apakah
salur darah yang boleh dijumpai pada filamen insang?
________________________________________________________________
Pertukaran gas-gas berlaku pada filament-filamen insang. Terangkan ciri-ciri
filamen insang yang membolehkan pertukaran gas yang efisyen boleh berlaku.
Terangkan fungsi filamen insang.
________________________________________________________________


(b) Membedah sistem respirasi lipas.
1. Lipas dimatikan menggunakan klorofoam di dalam balang.
2. Lipas diambil dan bahagian badan bersegmennya dikenalpasti.
3. Kepala, toraks dan abdomen lipas dilukis dan dilabelkan. Bahagian bersegmen
yang membentuk kepala, toraks dan abdomen dibilang jumlahnya.
4. Bahagian rangka luar ( eksoskeleton ) dihasilkan daripada lapisan lilin berkitin
yang keras. Dimanakah bahagian kakinya bersambung?
_________________________________________________________________
5. Sayap lipas dibuka. Apakah perbezaan antara kedua-dua pasang sayapnya dan
apakah fungsinya?
_________________________________________________________________
Spirakel di setiap bahagian segmen diperiksa . Jumlah spirakel yang boleh
dijumpai pada toraks dan abdomen dikira jumlahnya. Adakah terdapat sebarang
spirakel pada toraks?
________________________________________________________________

Anatomi Dalaman.
Kaki dan sayap lipas dipotong.
Bermula daripada dorsal posterior sehingga ke bahagian anterior dipotong
dengan cermat.
Bahagian dalaman dibuka dan diperhatikan dibawah mikroskop pembedahan.
Udara akan mengalir melalui spirakel , trakea dan berakhir dalam tiub paling
halus yang dipanggil trakeol.
Sedikit tisu diambil dan diletakkan atas slaid. Setitis air dititiskan dan kaca
penutup dirapatkan dengan cermat.
Tisu diperiksa dibawah mikroskop. Tract respirasi ( trakea dan trakeol ) dilukis.




(c) Membedah sistem respirasi mamalia.

1. Tikus diletak di atas papan pembedahan dengan bahagian ventral ke atas.
Jarum digunakan untuk memegang tikus di atas papan pembedahan.

2. Bahagian ventral pada garisan tengah mula dipotong sehingga ke bahagian
rahang tikus dan selepas itu sehingga bahagian dubur.

3. Tisu perantara dikeluarkan dengan memegang kulit menggunakan forseps,. Kulit
diarik dan dipinkan ke atas papan pembedahan.

4. Dinding toraks diotong secara ventral dan sisi untuk mendedahkan rongga
toraks.

5. Kelenjar timus dikeluarkan.

6. Otot dan tisu di bahagian leher dipotong untuk mendedahkan trakea dan laring.

7. Bahagian atas laring dipotong. Tisu perantara yang terlekat pada
trakea dikeluarkan.

Jantung, trakea, esofagus dan laring dikeluarkan serentak.
Esofagus dipisahkan dari jantung dengan berhati-hati . Laring, trakea dan paru-
paru dipinkan di atas papan pembedahan.
Gambarajah struktur-struktur yang telah dikeluarkan dilukis dan diberlabelkan.


Keputusan:
Lukisan yang berlabel
Lukisan yang diperbesarkan

Soalan:
1. (a) Kira bilangan tulang rusuk untuk haiwan ini.

(b) Terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini.


2. (a) Huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma

(b) Apakah kepentingan ciri-ciri diafragma ini dalam pernafasan.


3. Huraikan rupa paru-paru kiri dan kanan. Picit paru-paru and perhatikan
teksturnya . Letakkan paru-paru dalam air panas. Udara dalam paru-paru akan
mengembang dan paru-paru akan terapung dalam air.

4. Ukur panjang trakea (dari laring ke bahagian cabang bronkus).




Perbincangan:



Kesimpulan:


Rujukan:

Vous aimerez peut-être aussi