Vous êtes sur la page 1sur 1

Assalamualaikum w.b.t .

Selawat.
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana kita masih lagi diberi kekuatan dlm menjalani ibadah puasa
yang dah masok hari ke . seperti yang kita tahu, terdapat banyakkk peristiwa penting yang kita perlu
ingat dalam bulan Islam. Antaranya, israk mikraj, maulidur rasul, maal hijrah. bagi bulan ramadhan, ada
peristiwa special yg terjadi dan perlu kita tahu. Antaranya, nuzul al quran dan pembukaan kota mekah.
jadinya, utk slot tazkirah pagi nie, ustazah nak brkongsi sedikit sirah mengenai peperangan pertama yg
berlaku dlm islam.. okkk, sapa tahu peperangan yg pertama? Haa betuiiiiii..peperangan badar!
Peperangan badar berlaku pada 17 ramadhan tahun ke-2 hijrah. Ok, kalau kamu semua ingat, tarikh 17
ramadhan ini, sama dgn tarikh gapo? Nuzul qurannnn~ . haa betuiiii. Tarikh nie sama dgn penurunan al
quran. Jadinya, kito pun nok tahu la bakpo leh jadi pere dale bule posa ginie kea? Antara sebabnya ialah
org musyirikin quraish berdendam nak membunuh rasulullah kerana baginda menyebarkan dakwah yg
brtentangan dgn kepercayaan nenek moyang mereka. Sapa tau apa kprcayaan org arab jahiliah dulu?
Haaa betuiii! Sembah berhala. Selain tu, kaum Musyrikin ingin menghapuskan orang islam di MADINAH
kerana bimbang perdagangan dengan Syam terganggu.
Peperangan badar ini telah diketuai oleh rasulullah s.a.w dengan tenteranya seramai 313 orang tentera
islam. Manakala, seramai 1000 lebih tentera kaum musyirikin quraish telah menentang tentera Islam.
Haa kalu kito tgk dari bilangan jumlah tentera tu, lebih banyak kepada tentera quraish kan. jadi agak2
kalo ikot logic la kan, sapa yg akan menang? Mesti la yg ramai kan. Tapi sebenarnya, tentera Islam telah
memenangi perang tersebut. Apabila Rasullullah melihat perbezaan jumlah tentera yg ketara antara
tentara islam dgn quraish, baginda pun teruss berdoa kepada Allah. Allah yg bersifat maha mendengar
lagi maha mengetahui, doa nabi terus dimakbulkan oleh Allah, dengan menurunkan bantuanNya
sekaligus habes menghancurkan tentera kaum quraish.. Subhanallah! Sungguh hebat kekuasaan Allah.
Peristiwa perang badar nie bukan sekadar sejarah perjuangan rasulullah sahaja. Tetapi, ada pengajaran
yang boleh kita ambil sebagai iktibar. Antaranya, bulan puasa bukan 1 alasan utk kita merasa lemah atau
malas utk melakukan sesuatu perkara. Contohnya kan, kamu posa hari nie, tapi solat tinggal sebab?!
Letih nak bangun, zohor asar tinggal.. Tapi bila nak buka puasa, semangat laluh. Haa tokleh la gitu. Kita
kena la contoh kekuatan rasulullah yg tetap brsemangat berperang wlpn dlm keadaan puasa ditambah
pula dgn cuaca yg panas terik.
Dalam perang badar jugak, telah mengajar kita supaya sentiasa yakin bhawa setiap kesusahan/
kesukaran yg kita dapat, pasti akan dibantu oleh Allah. Jadi, kena rajin berdoa supaya kita diberi
kekuatan iman.
Jadi ustazah harap, kamu semua dapat menghayati peristiwa perang badar yg berlaku dalam bulan
ramadhan..
Wallahualam..
Assalamualaikum w. b. t

Vous aimerez peut-être aussi