Vous êtes sur la page 1sur 11

1

Aspek politik adalah yang paling utama menerima kesan dari sekularisme. Perlembagaan
Malaysia adalah bukti yang paling jelas dalam hal ini. Ia menafikan kekuasaan Allah, Rasulnya
dan AlQuran. Politik dan agama menjadi terpisah.Sedangkan sepertimana yang kita tahu dalam
Islam agama dan politik adalah satu.Tidak bercerai berai. Hijrahnya Rasul saw adalah untuk
mendirikan negara Islam di Madinah. Ini bermakna Islam dan politik tidak dapat dipisahkan, di
mana ia bertentangan sama sekali dengan hakikat perjalanan politik di Malaysia. Politik kita
sekarang adalah acuan dari Barat, politik yang mengutamakan nafsu dan kebendaan.

Apabila benda-benda menguasai manusai, maka mereka pun tenggelam dalam suasana hidup
yang tidak ada berpedoman, semuanya bertuhankan nafsu. Sebab itulah hidup masyarakat kita
hari ini sedang menuju ke arah kehancuran, akibat merebaknya pengaruh sekularisme itu, bahkan
ianya dibelai pula oleh pemerintah kita, oleh kerajaan BN, menjadikan orang Islam di Malaysia
terlalu individualistik, hidup mementingkan diri, mengejar kemewahan dan sebagainya. Projek-
projek membazir sudah menjadi semacam satu pemujaan, semuanya adalah kerana faham
kebendaan telah berakar umbi ke dalam jiwa Melayu yang mengaku beragama Islam. Mampukan
orang-orang Melayu sorot balik ke belakang? Soalnya terletak kepada orang Melayu sendiri.
Namun pengaruh sekularisme bukanlah semudah itu untuk dibuang, apalagi ia telah tertanam ke
dalam jiwa dan dijunjung pula oleh kaum pemerintah. Inilah halangan-halangan utama untuk
menyebarkan akidah Islam, apalagi untuk memberikan kefahaman tentang negara Islam kerana
fahaman itu amat bertentangan dengan jiwa Islam yang murni itu.

1. PENDAHULUAN
Serapan ideologi asing ke dalam masyarakat Islam di negara ini sudah lama melanda
dan penularannya berlaku secara halus sehingga tidak disedari oleh umat Islam. Sama
ada sedar atau tidak, pemikiran masyarakat Islam masa kini telah berubah kepada
pemikiran asing dan kalau tidak dibenteras melalui pelbagai kaedah ianya boleh
menjejaskan akidah umat Islam itu sendiri. Tulisan ini akan membincangkan tentang
takrif ideologi, konsep ideologi, sejarah kemunculan penyebaran ideologi dan kesan
terhadap masyarakat Islam.

2. TAKRIF
Jika diteliti dalam beberapa kamus popular masa kini, takrif ideologi dapat diberikan
2

kepada beberapa pengertian. Antaranya, ideologi ditakrifkan sebagai visi yang bersifat
komprehensif. Ideologi juga bermaksud menawarkan perubahan melalui proses
pemikiran normatif. Jika dilihat takrif ideologi dalam bentuk yang lebih luas, ianya
bermaksud suatu sistem pemikiran abstrak (tidak hanya sekadar pembentukan idea)
yang diterapkan pada masalah umum sehingga mampu membuat konsep. Contoh,
ideologi dalam politik

Pemikiran asing yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah apa-apa fahaman, falsafah,
prinsip, kepercayaan dan adicita yang bersumberkan pemikiran barat adalah termasuk
dalam takrif ini.

Sekularisme merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia
telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual dalam masyarakat masa kini.
Dalam konsep ajaran Islam, agama tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan
hidup dan kenegaraan, (Harusani, 2009). Justeru, konsep sekularisme secara
terang-terang memusuhi Islam. Istilah-istilah sekularisme, sekularisasi, sekular tidak
boleh dihubung-kaitkan dengan Islam. ( al-Attas 1978; al-Qaradawi 1977). Dalam
konteks di Malaysia, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Dalam aspek yang
lain, ia bertindak sebagai perlindungan terhadap undang-undang Islam itu sendiri.
Walau bagaimanapun, proses globalisasi yang sedang rancak berjalan, lambat laun
akan mencabar undang-undang setiap negara. Apabila kubu pertahanan ini lemah
dan penduduk Islam bukan kelompok majoriti, sudah tentu kedudukan Islam dan
bangsa Melayu akan tergugat. (Ugi Suharto, 2007)

Sementara itu, Islam menempuh zaman kegemilangan dan waktu yang sama dunia
3

Barat mengalami zaman kemunduran. Islam merupakan kuasa terbesar seluruh dunia.
Pada ketika ini pengaruh gereja masih lagi kuat di kalangan orang Eropah. Gereja
menekan penganutnya supaya memohon keampunan kepada Pope. (Azlan Khalili bin
Shamsudin, 1994:7) Sehingga akhirnya, para penganut kristian mula bangkit
menentang amalan kuno gereja yang dilihat tidak membawa kemajuan. Bermulalah
pengasingan agama dari sistem keseluruhan hidup mereka. Ada yang menganggap
sains adalah tuhan dan seterusnya berubah menjadi aties, percayakan logik akal,
membuat keputusan memerlukan bukti dan sebagainya. Malahan menganggap semua
agama di dunia ini sama sahaja
Setelah penjajahan minda mula dikuasai, mereka meneruskan dengan era penjajahan
ke atas negara-negara Islam. Objektif utama mereka adalah untuk membaratkan
pemikiran orang Islam. Kesan ke atas negara Islam ialah berlakunya pemindahan
ideologi yang negatif terhadap umat Islam. Negara Islam yang dijajah oleh Barat telah
berpecah dan wilayahnya dibahagikan kepada wilayah-wilayah tertentu. (Dasar pecah
dan perintah) Sebagai contoh, kerajaan Moghul yang diasaskan pada abad 16 Masihi
telah diambil alih kuasa politik sepenuhnya oleh kerajaan Inggeris. Begitu juga
Perancis telah menakluk Algeria dan Sahara, termasuk Malaysia pernah dijajah oleh
berbagai-bagai kuasa asing. Sehingga kini, walaupun penjajahan sudah berakhir,
namun kesan-kesan penjajahan terutama dari aspek psikologi dan intelektual masih
ketara. Jiwa anak bangsa terus dijajah.

Seorang sarjana Islam, Khurshid Ahmad mengatakan bahawa penjajah berselindung di
sebalik cogan kata civilizing mission. Katanya:

in the first wave of the contact they came as merchants and missionaries and in the
4

final surge. They wielded the arms and conquered these land as the ambassadors of
a higher civilization. (Khurshid Ahmad 1979:6)
Bagi mencapai matlamat tersebut, British mendidik orang Melayu dengan menanam
nilai-nilai keBaratan melalui institusi pendidikan. Contoh, menubuhkan The Malay
College Kuala Kangsar (MCKK) tahun 1905. Mereka telah berjaya melahirkan bangsa
Melayu berfikiran Barat. Mereka tidak menggunakan kekerasan tetapi melalui kaedah
mendidik dan memujuk.

Demikianlah antara kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Barat dalam penyebaran
ideologi kepada masyarakat Islam. Kerja-kerja yang mereka lakukan sedikit demi
sedikit dapat merubah keyakinan akidah, akhlak dan syariat Islam. Kesannya,
timbullah berbagai-bagai krisis terhadap kepercayaan umat Islam sendiri. Walaupun
terdapat segelintir orang Islam yang terselamat dari pengaruh tamadun Barat yang
negatif, ramai di kalangan masyarakat Islam telah mengalami perubahan radikal hasil
daripada pendidikan Barat hinggakan panduan Islam tidak dapat diterima oleh akal
mereka
KESAN IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN ASING TERHADAP MASYARAKAT ISLAM
Agama Islam merangkumi akidah, akhlak dan syariat. Ajaran Islam tersebar luas ke
seluruh pelusuk dunia melalui jalan dakwah dan penyebaran ilmu pengetahuan.
Kejayaan ini telah menarik minat Barat untuk mengambil ilmu tersebut dan mereka
membawa balik untuk di kembangkan di dunia Eropah. Sementara itu, ajaran pula banyak
berlaku pertembungan tidak sihat sehingga melahirkan berbagai-bagai
ideologi yang mempertikaikan kesahihannya.

Ideologi yang terdapat unsur ajaran menyeleweng ini dibawa masuk ke dalam
pemikiran masyarakat Islam sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesannya ia
dapat menjauhkan mereka yang kurang mendalami ajaran Islam untuk menolak Islam
dengan mudah. Contoh, seperti golongan muktazilah, golongan wahabi dan
sebagainya berjaya memecah belahkan umat Islam. Mereka saling mempertahankan
5

ideologi masing-masing dengan pelbagai alasan dan hujah.

A. Kesan Ideologi Sekularisme
1. Memisahkan Islam dan politik. Mereka mendakwa bahawa Islam adalah agama
yang bersih dan politik adalah kotor. Kerana itu, Islam dan politik tidak boleh
dicampurkan kedua-duanya sekali dalam satu masa. Dari pandangan Islam, Islam
membentuk politik menjadi bersih kerana Islam sukakan bersih, cekap, amanah, toleransi, telus
dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Islam menentang
kekotoran, penindasan dan sebarang bentuk penipuan.
2. Sekularisme juga menghalang perlaksanaan hukum-hukum perundangan Islam
atau Syarie dengan alasan tidak sesuai pada masa kini. Agama hanyalah untuk
penjagaan diri masing-masing.
3. Pemikiran ini juga memfitnahkan umat Islam dengan pelbagai supaya pemikiran
umat Islam dibayangi ketakutan. Mereka juga berusaha menakutkan masyarakat
bukan Islam dengan pelbagai agenda bertujuan untuk menjauhkan daripada
mendapat maklumat tentang Islam yang sebenar.
4. Cara hidup juga diubah supaya bertentangan dengan Islam seperti mendedahkan
aurat, seks bebas dan pesta-pesta yang membawa kepada keruntuhan akhlak.
5. Menghidupkan semula amalan-amalan jahiliyyah seperti minum arak, pesta sosial
oleh golongan remaja secara bebas dan membunuh anak.

6. TERBAIK ADALAH IDEOLOGI ISLAM
Dalam konteks akidah Islam, penganutnya hendaklah mengesakan Allah,
mengagungkan Allah sebagai pencipta alam ini, menyembah Allah yang menguasai
langit dan bumi, memuji Allah yang menguasai serta mengetahui alam ghaib dan alam
nyata, pentadbir semesta alam dan pengatur bagi sesuatu yang dicipta-Nya.

Orang-orang yang diberikan pemikiran yang sihat diminta supaya memperhati dan
memikirkan kejadian alam yang indah, lautan yang terbentang luas, gunung-ganang
yang tersergam indah, langit biru tanpa tiang yang kukuh, edaran bulan dan matahari
mengikut orbitnya 12 jam siang dan 12 jam malam, jarak matahari dengan bumi yang
sesuai dengan suhu kepanasannya dan sebagainya. Semuanya ini menunjukkan
kekuasaan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia.

Bolehkah manusia berbuat sesuatu tanpa bantuan dari Allah? Bolehkah manusia
membina bangunan pencakar langit tanpa adanya ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi
melaksanakan-nya tanpa adanya pertolongan dari Allah? Semuanya tidak akan
berjaya tanpa sifat pemurah Allah ke atas hamba-Nya yang cukup lemah dalam segala
hal. Dari sekecil-kecil urusan hinggalah kepada urusan yang sebesar-besar urusan,
6

manusia tidak dapat mengurus tadbir tanpa kudrat dan iradah Allah.
Jadi, adalah mustahil manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini tidak mengakui
dan mengesakan Penciptanya. Ideologi yang mereka cipta itu adalah bersifat
sementara sahaja. Kenapa tidak memilih ideologi Islam yang lengkap untuk seluruh
hidup manusia. Islam adalah penyelamat ummah. Islam memperkenalkan sistem
ekonomi Islam (muamalat) yang menguntungkan dan tidak menindas umatnya, bebas
daripada amalan riba dan tiada unsur penipuan dalam sistem ini.

Dalam urusan menjaga kemaslahatan sosial pula, Islam memperkenalkan hukum
hudud, takzir, hukum mualafat sebagai menjaga ketertiban hidup bermasyarakat. Manusia boleh
menggubal atau meminda ndang-undang yang berkaitan peraturan
semasa seperti menentukan peraturan trafik sama ada di jalan raya atau sebagainya.
Namun, undang-undang yang berkaitan hukum syarak, hanya Allah sahajalah yang
mengetahui baik buruknya terhadap keperluan manusia. Justeru, manusia tiada berhak
untuk mempersoalkan sejauh mana keberkesanannya atau sesuaikah hukum Allah
dilaksanakan dalam masyarakat masa kini yang sangat meruncing.

7. PENUTUP
Berdasarkan penjelasan di atas, dapatlah difahami bahawa kini terdapat berbagai
ideologi dan sistem yang wujud berasaskan fikiran dan nafsu manusia yang menebal
dalam masyarakat masa kini. Semua ideologi tersebut dilihat tidak membawa kebaikan
kepada semua pihak kerana terdapat pelbagai kelemahan. Sebaliknya jika dilihat dari
ideologi Islam, ianya membawa kesejahteraan kepada semua orang. Kerana matlamat
hidup manusia ialah untuk mendapat kebahagian dan kesejahteraan. Jadi, sebagai
pilihan terbaik, ideologi Islam adalah amat sesuai dan releven untuk semua lapisan
masyarakat


1. Teuku Iskandar, Dr. (1985), Kamus Dwibahasa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
2. Rusydi Alias & Nor Saleha Mohd. Salleh, (2010) Pemikiran al-Banna dan Ideologi Barat:
Pertembungan Dua Agenda. Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna dalam Melakar
Agenda Bangsa di UNITEN, Bandar Baru Bangi, pada 30 Jan 2010, anjuran Ikatan
Muslimin Malaysia






7

Terdapat bukti menunjukkan agama kristian menentang pembentukkan fahaman sekular kerana
membawa penghinaan sifat dasar yang bakal memecah belahkan kepercayaan spiritual dan
signifikan teologi. Perkataan sekular terbit dari perkataan latin iaitu seculur yang etimologinya
dari perkataan saeculum yang menunjukkan dua konotasi iaitu masa (bersifat keyakinan) dan
tempat yang bersifat keduniaan (Che Yussof Che Mamat, 1980).
Fahaman sekular ditafsirkan dengan pengasingan dua kuasa iaitu kuasa keagamaan dengan
kuasa keduniaan. Juga disebut sebagai pemisahan antara pemerintahan gereja dengan kerajaan
(negara). Pemerintahan gereja adalah ketuhanan masum (tidak melakukan dosa) manakala
pemerintah negara ialah manusia yang melakukan tindakkan yang betul dan salah. Pemisahan ini
lantaran menyempitkan kuasa agama kepada hanya urusan kekeluargaan, perkahwinan,
perceraian dan upacara kematian. Sebaliknya kuasa negara mempunyai kebebasan dalam
pelbagai bidang antaranya pengajaran, perundangan, ekonomi, cukai dan pelaksanaan perang.
Sekularisme juga dianggap sebagai satu bentuk pemodenan baru terhadap segala yang ada di
Bumi. Hal ini termasuklah pemansuhan perkara tradisional dan menerima semua pembaharuan
berlandaskan kepada ratio-manusia. Masyarakat digalakkan beralih kepada sekular semata
melalui isme-isme baru yang menggantikan kekuasaan tuhan dan kepercayaan suci (Syed
Muhammad Naquib Al-Attas, 1985).


1.2) Idea-idea Sekularisme
Penyebaran idea sekularisme diperjelaskan oleh G.J. Holyoale pada tahun 1851 sebagai satu
bentuk etika dan sistem firasat yang merujuk kepada kehidupan manusia tanpa batasan oleh
kitab-kitab suci dan golongan paderi. Penubuhan secular-scientis lebih menguatkan fahaman
masyarakat setempat dalam menerima pengaruh yang cuba dibawa oleh beliau (Muhammad Al-
Bahi. 1986). Sememangnya idea sekular ini memberi impak negatif kerana segala urusan
pentadbiran negara dan individu adalah tertakluk mutlak pada hak masing-masing tanpa adanya
unsur keagamaan.

Idea sekular merupakan satu terma ideologi yang merangsang fahaman, membentukkan
nilai semulajadi dan politik moden sejati. Sejati disini bermaksud kebebasan dan keterbukaan
abadi kepada perilaku manusia dan persejarahan mereka sehingga dapat membentuk sebuah
kerajaan sekularisme. Sekali lagi sekularisme berlaku dalam memajukan negara moden dengan
kecukupan idea evolusi dari tahap primitif kepada puak, negara, bandar sehinggalah
pembentukkan bandar metropolis. Keadaan ini turut dipraktikkan terus dalam hidup manusia
yang perlu mengalami evolusi dari bentuk kumpulan sosial yang ringkas kepada lebih matang.
Ekoran idea sekular ini memberi dua impak utama dalam mencorak peradaban dunia.
Pertama; akhlak yang membawa erti kebebasan berfikir adalah amat baik dalam menentukan
segalanya. Tingkahlaku seseorang akan lebih sempurna seandainya berpegang kepada tatasusuila
ini secara rasional. Kesan kedua pula dilihat dari aspek sosial yang memandang serong agama.
Dari dahulu lagi agama adalah segala-galanya. Namun pada peringkat idea sekular, agama
dikecam kerana bercanggahan dengan logik. Agama dianggap perkara yang telah mengalai
kebekuan, statik dan karut yang membawa kepada kemunduran sehingga timbul dakyah-dakyah
8

yang mengatakan agama adalah perkara gahaib yang tiada kesahihannya (Syed Muhammad
Naquib Al-Attas, 1985).

2.2) Penyusupan Sekularisme Ke Dalam Masyarakat Muslimin

Selepas kemenangan islam dalam menjayakan ajarannya kepada masyarakat jahiliah, ia telah
berdepan dengan beberapa aspek sekularisme dalam politik dan pertarungan kekuasaan yang
membuktikan pemisahan prinsip-prinsip ketuhanan.
Antara ganguan sekularisme yang terawal adalah berhubung dengan gerakkan politik Umawi
yang kemudiannya melahirkan kerajaan Umayyah yang dipelopori oleh Muawiyah Bin Abi
Sufyan. Semasa penyebaran islam ke bahagian utara (kawasan Rom dan Parsi), pengubahsuaian
sistem pentadbiran amat ketara dengan memasukkan sifat-sifat asing. Terdapatnya adaptasi
kebiasaan Byzantine dan Parsi dalam bidang percukaian sehingga menimbulkan ketakserasian
dalam undang-undang islam (Muhammad Al-Bahi, 1986). Proses sekularisasi ini menjadi titik
tolak kepada perubahan alam islam abad ke-18 dan 19.
Dari aspek kebudayaan pula, sekularisma muncul melalui tamadun Laut Maditerranian, Parsi
Dan India. Sejarah kebudayaan klasik ini terkena tempias sekular melalui aliran falsafah
rasionalisme yang meletakkan kepercayaan penuh fikiran manusia sebagai sumber pengetahuan
yang paling tinggi martabatnya. Sumber sekular ini yang tidak mempertimbangkan budi dengan
hati dan wahyu menetap ke dalam sejarah kebudayaan islam yang paling lama.
Gerakan ataturkisme di Turki yang berdasarkan sekularisme dan westernisme telah
menggantikan perundangan mengikut Al-Quran dan As-Sunnah kepada pembaratan. Pencapaian
kemajuan saintifik Turki disanjung tinggi barat kerana dikatakan memilih asas barat dengan
meninggalkan islam. Sebenarnya Turki dipaksa oleh pihak Berikat untuk menerima sekular barat
setelah kemenangan mereka dalam perang dunia pertama atas dua sebab. Pertama; pihak Berikat
ingin menghapuskan Khalifah Islam yang menjadi alat penyatuan orang-orang islam yang terdiri
dari orang-orang Arab dan bukan Arab di Asia dan Afrika. Kedua; menjadi medium membentuk
generasi yang jauh dengan islam dan Arab agar lebih banyak negara-negara islam lain yang
terpengaruh (ibid, 1986).

Che Yussof Che Mamat. 1980. Masalah Sekularisme Dalam Masyarakat Islam Dengan
Penekanan Kepada Masyarakat Islam Kuala Lumpur. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Che Yussof Che Mamat. 1988. Sekularisme: Perkembangannya Dalam Masyarakat Muslim.
Kuala Lumpur: Al- Rahmaniah Pub.
Muhammad Al-Bahi. 1986. Pertentangan Islam Terhadap Aliran Pemikiran Perosak. Terj.Mat
Said Rahman & Mohd Akhir Hj. Yaccob. Kuala Lumpur: Penerbitan Hizbi.

Sekularisme

9

Sebenarnya fahaman sekularisme menganjurkan agar umat Islam berpegang kepada suatu
prinsip dan nilai baru yang berasaskan skeptisisme terhadap semua bentuk pengetahuan objektif.
Skeptisisme atau keraguan terhadap kebenaran juga merupakan asas yang mencorakkan budaya
dan pemikiran golongan sekularis.

Akibat langsung dari minda skeptik ini, sekularis melihat agama bersama kitabnya tidak lebih
dari suatu bentuk naratif besar (grand-narrative) yang tandus sifat kekudusannya dan dapat
dipersendakan dalam permainan bahasa dan imaginasi kreatif yang mencampur-adukkan realiti
dan fantasi. Persoalan kebenaran dan kebolehan untuk bersikap objektif akan diketepikan sebagai
suatu yang mustahil untuk dicapai. Golongan sekularis telah menggantikan prinsip-prinsip
kebenaran dengan beberapa prinsip baru, di antaranya prinsip ketiadaan suatu yang benar (no
truth), kehampaan realiti (no reality), kegersangan makna (no meaning), kepelbagaian
(multiplicities), kesamarataan (equal representation) dan keraguan yang menyeluruh (total
doubt).

Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila prinsip ini meminggirkan nilai ketuhanan dan
menggantikannya dengan sesuatu bentuk pergantungan mutlak kepada rasional. Tegasnya taakul
rasional dijadikan sebagai pusat gravitinya.

(Hj. Abdul Ghani Shamsudin. 2001. Membina Kekuatan Umat Menangkis Sekularisme.
http://www.e-ulama.org/Artikel/Default.asp?mode=0&ID=25)

Berikut adalah tulisan Luthfi Assyaukanie, pengarang laman web Islam Liberal. Dalam
tulisannya ini, beliau cuba menyerlahkan kebaikan sekularisme, yang bukan sahaja dianggap
telah berjaya menghapuskan otoriti agama (gereja sebetulnya) bahkan sebagai penyelamat situasi
persengketaan antara agama.

Sekularisme sebetulnya adalah sebuah istilah neutral untuk merujuk konsep tentang pemisahan
agama dan negara. Istilah ini pertama kali diperkenalkan oleh George Jacob Holyoake (1817-
1906), seorang sarjana Inggris, sebagai sebuah gagasan alternatif untuk mengatasi ketegangan
panjang antara otoritas agama dan otoritas negara di Eropah. Dengan sekularisme, masing-
masing agama dan negara memiliki otoritasnya sendiri-sendiri: negara mengurusi politik
sedangkan agama mengurusi gereja.

Dalam perkembangannya, sekularisme menjadi konsep yang sangat efektif, bukan hanya dalam
meredakan konflik dan ketegangan antara kuasa agama dan negara, tapi juga dalam memberikan
landasan pada demokrasi dan persamaan hak.

10

Sebuah demokrasi yang baik hanya bisa berjalan jika ia mampu menerapkan prinsip-prinsip
sekularisme dengan benar. Sebaliknya, demokrasi yang gagal atau buruk adalah demokrasi yang
tidak menjalankan prinsip-prinsip sekularisme secara benar.

Sekularisme sesungguhnya adalah berkat bagi agama-agama. Di Turki, para aktivis Islam yang
tergabung dalam Partai Kebajikan yang berorientasi Islam, menuntut negara agar menerapkan
sekularisme secara adil. Merve Kavacki, anggota parlimen Turki berjilbab yang pernah membuat
heboh pada tahun 2000 dengan tegas mengatakan bahwa dia dan partainya tak pernah ada
masalah dengan sekularisme. Yang kita inginkan adalah penerapan sekularisme secara adil dan
benar, seperti negara-negara Barat melaksanakannya.

Sama seperti di Turki, di India, kaum Muslim menginginkan sekularisme dan mencemaskan
kalau-kalau BJP, partai fundamentalis Hindu, mengganti sekularisme dengan Hindutva, syariah-
nya orang-orang Hindu. Buat kaum Muslim di sana, sekularisme adalah berkat yang tak ternilai
harganya.



Alangkah tidak adiljika kita mengecam sekularisme semata-mata karena kita merujuk pada
praktik sekularisme yang salah.

(Luthfi Assyaukanie. 2005. Berkah Sekularisme.
http://islamlib.com/id/index.php?page=article&id=799)

Punca utama yang dilakukan barat dalam meluaskan pengaruhnya adalah sekularisma. Ia
merupakan bentuk penjajahan pemikiran yang paling berkesan dalam merubah pemikiran dan
gaya hidup Umat Islam. Sekularisma secara literalnya berasal dari perkataan Latin saeculum
yang bermaksud contemporary events, iaitu konsepnya adalah merujuk kepada keadaan dunia
semasa. Manakala secara teknikalnya Secularization bermaksud pembawaan atau perubahan
manusia dari agama kemudian dari penguasaan Metafizikal ke atas logik akal dan bahasa.
Sekularisma juga bukan sekadar mengubah aspek politik dan kehidupan sosial manusia tetapi
menghapuskan kebudayaan yang dikatakan berkait rapat dengan agama. Oleh itu, jelaslah
bahawa sekularisma ini pemisah antara fungsi kehidupan beragama dan urusan kehidupan
manusia seharian.
Sekularisma juga dikatakan agen penghapus prinsip-prinsip monotehism atau Ketauhidan yang
sebenarnya. Dimana jika kita lihat dengan adanya fahaman sekularisma, ia mengubah fungsi
Masjid yang sebenar kepada sangat terhad iaitu Masjid hanyalah sekadar tempat untuk beribadah
dan berzikir. Manakala urusan selain daripada beribadah adalah tidak wajar dilaksanakan. Maka
dengan itu, terhentilah fungsi masjid yang lain seperti pusat menuntut ilmu, kebajikan sesama
Muslim, pengerat hubungan sesama Muslim dan sebagainya.
11

Berbalik semula kepada sejarah bagaimana Barat meluaskan pengaruhnya dalam menyebarkan
fahaman Sekularisma terhadap umat Islam, seperti yang kita sedia maklum bahawa Barat cuba
meluaskan pengaruhnya dengan penjajahan, lalu mereka menjajah hampir sebilangan besar
Negara-negara Islam seperti Andalusia, Turki, Palestin, Malaysia, Iraq dan sebagainya.
Pergerakan dakyah mereka dalam dalam meracuni pemikiran Umat Islam adalah dengan
menguasai Negara dan pentadbirannya. Seterusnya barulah mereka melancarkan peperangan
pemikiran yang sering disebut oleh cendiakawan-cendiakawan Islam.

Vous aimerez peut-être aussi