Vous êtes sur la page 1sur 19

Salam sejahtera......

Bersyukur kepada tuhan kerana berkat dan limpah kurnianya, dapat kami menyiapkan
kerja kursus Falsafah Pendidikan Di Malaysia ini dengan baik sekali dalam tempoh masa yang
telah di tetapkan.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pensyarah yang terlibat
iaitu Cik Hjh Salbiah yang telah banyak membantu dan memberikan panduan, dorongan dan
tunjuk ajar kepada saya sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus ini sehingga siap.
Segala maklumat yang bernas dan berguna daripada beliau banyak membantu saya sepanjang
proses menyiapkan tugasan ini . Kami juga amat beruntung kerana mempunyai seorang
pensyarah yang berdedikasi dan sanggup melungkan masa bersama kami bagi berkongsi
maklumat untuk tugasan yang diberikan. Budi baik dan tolak ansur beliau amat kami
hargai.Selain itu, kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pusat
sumber Al-Kindi yang telah menyediakan pelbagai jenis buku dalam menyempurnakan tugasan
yang diberi.
Akhir kalam, jutaan yang tidak berbelah bagi juga saya tujukan kepada rakan-rakan
sepejuangan saya yang telah banyak membantu, berkongsi maklumat serta mencurahkan idea
dalam masa saya menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Pelbagai input yang berguna telah kami kongsikan bersama bagi menyiapkan tugasan ini. Budi
baik kalian tidak akan saya lupakan. Kami juga berharap agar suatu ati kelak kita tetap akan
bersama tidak kira di masa susah ataupun senang. Semoga persahabatan kita akan
berkekalaan selama-lamanya dan dirahmati-Nya.

Sekian terima kasih.


PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses
pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancar
dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing.Usaha melahirkan generasi yang
mapan dengan ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah
melibat beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Pendidikan sangat penting, memandangkan dalam era globalisasi kini, setiap perkara
memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke hadapan.
Terdapat banyak kepentingan pendidikan seperti salah satu cara untuk mengembangkan
potensi individu, menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan ilmu dengan betul,
mempunyai peluang masa depan yang cerah, persiapan mengalami perubahan seiring dengan
gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi.

Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia bersetuju
menyelaraskan pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara
berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini bertujuan mewujudkan
insan yang seimbang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri (self well-
being) serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

Kurikulum pendidikan di Negara kita masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju,
panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa
asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi
perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental ataupun sosial dan dimensi
intrinsik.


Dalam konteks tersebut,Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan
kokurikulum)yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat
pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai
dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan
kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada
akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).
Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum
pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri
setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif
yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).

Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di Malaysia berdasarkan
kehendak dan keperluan pelajar dalam pendidikan. Kurikulum yang dibentuk seharusnya
sempurna dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar
apa yang dirancangkan itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai individu.
Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi pelajar dari aspek intelektual,
jasmani, rohani dan sosial. Pembentukan potensi pelajar yang positif akan meningkatkan
sahsiah diri yang cemerlang dari pelbagai sudut. Perkembangan individu dalam bidang
kognitif, psikomotor dan afektif juga penting dalam pembentukkan kurikulum di Malaysia.
Dalam mencapai matlamat pendidikan seperti tersebut, kandungan kurikulum dapat
dibahagikan kepada dua bahagian pertama iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata
pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kedua iaitu aktiviti kokurikulum
seperti sukan, permainan, kelab dan unit beruniform.

Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah kurikulum yang dapat memupuk
persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar seperti menghormati
hak-hak individu dan kedaulatan Negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan
ke arah penyelesaian konflik Negara dan global. Selain itu, ia juga dapat membantu
meningkatkan taraf kerohanian, maruah, pandangn dan visi sedunia ke tahap yang tinggi
dan sempurna.

Pengenalan KBSR
KBSR ini dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957),
Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet
(1979). KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu
kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran
dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang
perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental
serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).
Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
dalam Laporan (1979) menyatakan, Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah
tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan
penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M). Pendidikan
peringkat rendah menekankan perkembangan menyeluruh dalam bidang intelek, rohani, dan
jasmani. Hal ini membolahkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran
melalui pengalaman secara langsung. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan
pelajar secara aktif bagi membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan,
menyelesaikan masalah, bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis.
Pengenalan KSSR
KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan
yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun
2011. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak
menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR.
Prinsip KBSR & KSSR
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip yang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara kandungan prinsip KBSR ialah
pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama
untuk semua murid, pendidikan seumur hidup. KBSR juga memberi penekanan kepada nilai
yang merentas kurikulum sedia ada. Penguasaan kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca,
menulis dan mengira diterapkan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
Hasrat KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan
nilai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru
Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak
pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak
(learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk
membentuk peribadi (learning to be).
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu

Fokus KSSR
KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi
penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran
menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal
atau logik.



Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan
diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran
tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan TMK.
Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di
samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.
Kurikulum Berasaskan Standard
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu
tempoh dan tahap persekolahan.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Penyataan spesifik tentang perkara yang
murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Satu penetapan kriteria atau petunjuk
( indicator ) kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
standard kandungan.


Perbezaan KBSR dengan KSSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)
Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga
bidang:
Komunikasi
Manusia dan alam sekeliling
Perkembang diri Individu
Reka bentuk kurikulum berasaskan enam
tunjang:
Komunikasi
Kerohanian, sikap dan nilai
Kemanusiaan,
Perkembangan fizikal dan estetika
Sains dan teknologi
Ketrampilan diri
Bahan kurikulum:
Sukataan pelajaran
Bahan Kurikulum:
Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum:
Linear
Reka bentuk kurikulum:
Modular
Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
Mata pelajaran Teras, Wajib dan
Tambahan

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Mata pelajaran Teras, Wajib dan
Tambahan

Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
Modul Teras Asas, Modul Teras tema
dan modul Elektif.

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Mata pelajaraan Teras dan Elektif
Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis
dan Kreatif
Elemen Kreativiti dan inovasi,
keusahawanan serta teknologi Maklumat
dan komunikasi (ICT) secara explicit.
Fokus:
3M (Membaca, menulis dan mengira)
Fokus:
4M (Membaca, menulis dan menaakul)

























KURIKULUM
PERANAN PENDIDIK CABARAN GURU
TRANSFORMASI
KURIKULAM PENDIDIKAN
SARWAJAGAT
Pelatih
Pendidik
Pembimbing
pengajar
Pemikiran terbuka
Pemikiran kreati
Modenisasi
Berwawasan
Holystik
Intelektual
Lengkap dengan JERIS
KBSR
KSSR
PIPP
PPPM
Cabaran berasaskan wawasan
Cabaran dalam bilik darjah
Cabaran di sekolah
Cabaran dalam masyarakat
Cabaran di dalam sisitem
pendidikan
Cabaran globalisasi
Proses Transformasi Kurikulum KSSR
Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia
ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,
kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
KSPK dan KSSR digubal berasakan standard kandungan dan standard pembelajaran.









Transformasi kurikulum
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan
penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk
memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan
keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum
persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M),
sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga memberikan maksud tarnsformasi sebagai
perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan). Di samping itu, Menurut Kementerian Pelajaran
Malaysia membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic
berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan
perubahan kepada aspek asas kurikulum iaitu struktur kandungan, pedagogi, peruntukan
STANDARD KANDUNGAN
Penyataan specific tentang perkara yang murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan kemahiran dan nilai.
STANDARD PEMBELAJARAN
Satu pendekatan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan.
masa, kaedah pentaksiran , bahan kurikulum dan pengurusan sekolah. Sebarang perubahan
kurikulum dilakukan bertujuan memenuhi kehendak dan matlamat pembangunan manusia
dan Negara.
Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan
penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum
persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping
itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan
Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut
maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.
Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum
Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah
dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.











Tranformasi pendidikan
Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan
pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat
membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan
melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal
persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai
perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah
semua perancangan ini dapat direalisasikan.Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi
pendidikan.
Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang
holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diubah
kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Perubahan sistem pendidikan di negara kita bermula pada tahun 2011 sedikit sebanyak
memberikan beberapa imlikasi terhadap pendidikan negara dari segi perkembangan murid-
murid di sekolah, cara pengajaran dan pembelajaran, bahan dan sokongan kurikulum,
prasarana sekolah, dan penerapan nilai-nilai yang murni ke dalam diri setiap rakyat.

Murid-murid mempunyai tahap perkembangan mereka masing-masing mengikut
peringkat umur. Murid-murid yang mempunyai daya fikir yang tinggi amat menepati
matlamat KSSR dan mereka perlu dilatih oleh guru-guru khas. Dari segi perkembangan
kognitif, perubahan dari semasa ke semasa akan di nilai dan dibuat penambahbaikkan. Hal ini
akan menyebabkan pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan di negara kita.
Mereka tidak lagi didedahkan dengan pelajaran lama iaitu mereka sekarang didedahkan
dengan dunia kesenian dan teknologi maklumat. Tahap kognitif mereaka akan lebih cepat
berkembang beserta dengan dorongan guru-guru.

Selain itu, cara pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan berubah. Hal ini
adalah kerana kerajaan menetapkan syarat supaya setiap guru meyediakan modul pengajaran
yang sesuai di sekolah. Guru-guru perlu membuat pentaksiran setiap masa bagi
mengelakkan murid-murid daripada keciciran dalam pelajaran. Guru-guru perlu bijak dalam
mengajar murid-murid di sekolah. Sebagai contoh, mempelbagaikan gaya pengajaran. Guru-
guru tidak lagi menggunakan 100% sukatan buku teks, malah mereka mengeluarkan dan
mengaplikasikan idea-idea mereka dalam bentuk pengajaran di dalam kelas. Murid-murid
juga digalakkan memberi idea dan pendapat semasa pembelajaran di dalam kelas.

Seterusnya,perubahan dari segi bahan kurikulum dan bahan sokongan kurikulum. Dalam
perubahan ini, dokumen standard bagi semua mata pelajaran disediakan mengikut wajaran
masa yang telah ditetapkan oleh kementerian.Hal ini bermakna, guru-guru perlu menyediakan
rancangan pengajaran harian mengikut ketetapan peruntukan masa yang telah ditetapkan
oleh kerajaan.

Sejurus selepas transformasi kurikulum dilakukan oleh kementerian, permintaan
prasarana dari pihak sekolah meningkat dan bilangan prasarana akan mula bertambah di
setiap sekolah. Hal ini kerana beberapa subjek yang ditambah atau ditambahbaik
meningkatkan prasarana. Sebagai contoh,Dunia Sains dan Teknologi. Ia memerlukan
prasarana seperti komputer dan peruntukan pembinaan kawasan pembelajaran komputer
seperti makmal komputer. Selain itu, Dunia Kesenian juga memerlukan prasarana yang
mencukupi seperti alatan seni visual dan alatan muzik di setiap sekolah.

Penerapan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap individu di negara kita. Nilai-nilai
kemasyarakatan seperti kecintaan terhadap alam sekeliling dapat diterap melalui pengajaran
subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Selain itu, nilai-nilai kepercayaan dan
kesetiaan beragama dapat dipupuk melalui Pendidikan Agama Islam iaitu pendidikan yang
penuh dengan nilai-nilai holistik. Hal ini akan melahirkan rakyat yang berjiwa murni dan
sosial di Negara kita akan terjaga daripada ancaman gejala sosial.

Kejayaan transformasi kurikulum ini memerlukan komitmen menyeluruh daripada
semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak
berkepentingan. Hal ini kerana, Kurikulum Standard Sekolah Rendah baru ini tidak akan
memberikan impak yang positif jika tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak.

Satu lagi transformasi telah dibuat oleh kementerian pelajaran kita demi kejayaan
kurikulam di Negara kita iaitu penggantian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu
sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan
oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu
membina Negara bangsa,membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan,
merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan.

Transformasi ketiga dalam sistem pendidikan kita tercetus apabila kerajaan
berhasrat menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju menjelang tahun 2020. Untuk
itu, pengusaan ilmu sains dan teknologi diberi keutamaan tanpa mengetepikan
pendidikan yang holistic dan bersepa. PPPM (2013-2025) dilancarkan pada 11 September
2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu lagi transformasi
pendidikan untuk menajak kedudukan kita daripada Negara membangun sederhana
kepada Negara maju berpendapatan tinggi. Bagi mencapai hasrat itu, Negara memerlukan
modal insan yang kreatif dan inovatif serta berdaya saing pada peringkat antarabangsa.

PPPM (2013-2025) mengandungi 11-anjakan dan dilaksanakan sepanjang 13 tahun
dan membabitkan tiga fasa (gelombang) dijangka bakal menepatkan sistem pendidikan
Malaysia setaraf dengan dimiliki Negara membangun. Modal insan yang saing pada
peringkat antarabangsa hanya lahir melalui pendidikan bertaraf dunia. Pelan ini turut
menyasarkan dalam 15 tahun akan datang sistem pendidikan Malaysia bakal meraih
kejayaan seperti Korea Selatan, Finland, Jepun, New Zealand dan Singapura. Banyak
transformasi telah dilakukan oleh kementerian demi kejayaan dan penghasilan modal
insan yang kreatif dan inovatif.

Semua transfomasi yang dilakukan ini tidak akan berjaya tanpa seorang pendidik.
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara merupakan kata-kata yang
digunakan betul-betul dapat menggambarkan profesion guru pada masa sekarang. Dengan
keinginan negara kita untuk mencapai status negara maju yang menyebabkan pengembangan
pesat dalam bidang teknologi serta menyebabkan perubahan dalam dinamika sosial
masyarakat di Malaysia, sudah seharusnya fungsi dan tugas guru perlu berubah. Guru harus
berinovasi bagi memenuhi keperluan dan desakan yang terhasil dalam era globalisasi ini.
Guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas
bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lagi.
Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, Lahirnya seorang Perdana Menteri,
Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang
mengajarnya baca dan tulis. Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya
selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan
tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara. Iltizam
dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan berdaya saing
untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara maju.
Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada
putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan maklumat ini,
pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet, e-
buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu bertindak
sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini, guru bukan sahaja
perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu menguasai ilmu
psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan
pemelajaran . Dalam situasi ini, pelajar lebih minat dan beria-ia untuk mengikuti pelajaran.
Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat
membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang.
Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan golongan
yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal ini terjadi demikian kerana
warga didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat
kepada anak buahnya. Pendidikan kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan. Guru
perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke
arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan. Dengan bimbingan, prihatin,
asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap penyayang, bersemangat kental dan
berfikiran terbuka akan bercambah. Jati diri penggerak wawasan. Atas sumbangan guru,
pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara.
Kita perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang berguna.
Malangnya, kini banyak pelajar telah dipengarui oleh budaya barat dan hedonisme sehingga
terbelenggu oleh kemelut sosial . Remaja kita seolah-olah tidak dapat melepaskan diri dalam
kepompong sindrom sosial, seperti melepak, mat rempit, penagihan dadah, dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya guru perlu mendukung cita-cita untuk membanteras sindrom sosial dalam
pekarangan sekolah dan masyarakat kita. Rentetan daripada itu, guru perlu sentiasa
bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya . Para pendidik
sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung
jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal jalan. Secara tidak langsung, guru berupaya
mementuk masyarakat madani dan sakinat. Jasa guru akan sentiasa dikenang dalam sanubari
anak muridnya hingga akhir hayat.
Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang
lain. Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurilum
serta berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang bertanggungjawab dan
amanah sentisa dihormati oleh rakan sejawatan dan anak murid. Sekalung budi dan sekeping
kad Hari Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi kepada semua guru. Jasa dan budi
guru akan sentiasa dikenang. Segala teguran dan kritikan daripada guru semata-mata adalah
demi kebaikan pelajar. Tampaknya, profesion guru semakin mencabar berbanding dengan
zaman silam. Oleh itu guru perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk meladeni kerenah
pelajar yang semakin liar. Jangan putus asa dan patah semangat malah perlu sentiasa
menyemarakkan semangat dan motivasi pelajar supaya mereka dapat menjadi insan yang
kamil dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.
Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan
pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia. Guru
cemerlang negara terbilang. Pendidik perlu melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak
pelajar ke arah cemerlang.Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran
tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata amat
berat.Pendidikan yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut terpanggil dan
terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan pendidikan yang tepat dan
bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan tamadun manusia dan negara
di Malaysia khususnya umat Islam.
Menurut Kamus Dewan global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala , globalisasi
membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita dengar kini
adalah dunia tanpa sempadan. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan
memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada
ekonomi, politik, budaya dan pendidikan.
Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesiapa
yang tidak turut serta akan ketinggalan. Proses globalisasi ini berlaku dalam tiga bentuk utama
iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling berkaitan antara satu sama
lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan dunia pendidikan Cabaran globalisasi
dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan
warganegara glokal yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi
mengikut acuan local atau tempatan.















PENUTUP

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktiviti
pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan negara Malaysia
untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negara-negara membangun
yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat
universiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat . Berikut merupakan
hasrat dalam FPK :

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."

Berdasarkan hasrat yang terkandung dalam FPK ini, dapatlah dirumuskan secara
ringkas bahawa proses dan asas utama dalam pembinaan modal insan berkualiti yang baik,
seimbang dan bersepadu secara langsung merupakan saluran utama untuk mencapai cita-cita
Negara.Tujuan dan matlamat pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk
melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta
menjadiwarganegara yang baik.

Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga,
masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju di samping
bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan tidak
kira daripada sebarang aspek pun.


BIBLIOGRAFI

BUKU-BUKU :

Kementerian Pendidikan Malaysia(1990), Falsafah Pendikan Negara, Kuala Lumpur.Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof, Bohhan Yusof (2002), Peranan dan Implikasi,
Kuala Lumpur, Utusan Publication.

Abdul Rahman Aroff, Zakaria Kasa (1994), Falsafah dan Konsep Pendidikan (Edisi Kedua),
Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992), Falsafah Pendidikan Negara, Kuala Lumpur, Kementerian
Pendidikan Malaysia.


INTERNET:

http://www.scribd.com/doc/15905601/Falasafah-Pendidikan-Kebangsaan-Falsafah-pendidikan-
Negara. (Atas Talian : 7 MARCH 2014)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan (Atas Talian : 8 MARCH 2014)

http://upu.mohe.gov.my/protal/arkib/fpk.php (Atas Talian : 10 MARCH 2014)

http://www.scribd.com/doc/113104154/26/TRANSFORMASI-KURIKULUM-KEBANGSAAN
(Atas Talian : 11 MARCH 2014)

Vous aimerez peut-être aussi