Vous êtes sur la page 1sur 10

SOALAN

( PERKHIDMATAN/LANTIKAN/PENCEN/PEMANGKUAN/ TATATERTIB/ )

1. Bekas Pegawai Kerajaan yang telah berhenti kerja dari


perkhidmatan Kerajaan boleh diambil balik berkhidmat dalam apa
jua jawatan dengan kebenaran khas

A. Ketua Setiausaha Negara.


B. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
C. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
D. Suruhanjaya yang berkenaan.

2. Encik Z seorang Pembantu Am Rendah di sebuah Jabatan telah


dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan rasuah. Laporan berkenaan
dengan prosiding jenayah tersebut telah dikemukakan kepada Pihak
Berkuasa Tatatertib oleh Ketua Jabatan beliau. Pihak Berkuasa
Tatatertib setelah menimbangkan laporan dan syor berkenaan boleh

A. mengambil tindakan menggantung kerja Encik Z selama 60 hari.


B. mengambil tindakan menggantung kerja Encik Z.
C. mengambil tindakan menahan kerja Encik Z.
D. mengambil tindakan buang kerja Encik Z.

3. Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas


seseorang pegawai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah
dilaksanakan pada

A. tarikh pergerakan gaji pegawai tersebut.


B. awal tahun kesalahan tersebut.
C. serta merta setelah tarikh pengenaan hukuman tersebut oleh
Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan.
D. tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya selepas tarikh
pengenaan hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang
berkenaan.

4. Apakah tindakan bagi seseorang pegawai yang telah dimasukkan ke


dalam perjawatan berpencen apabila dilantik ke satu jawatan baru?

A. Diperakukan menghadiri Kursus Induksi


B. Disahkan dalam perkhidmatan setelah Laporan Perubatan
menyatakan beliau layak untuk dibuat sedemikian.
C. Diperakukan perkhidmatan cemerlang.
D. Tidak perlu diperakukan sekali lagi untuk kemasukan ke dalam
perjawatan berpencen.

1
5. Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tempoh

I. tiga bulan
II. empat bulan
III enam bulan
IV. dua belas bulan

A. I dan II sahaja
B. I, II dan III sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

6. Encik R telah menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya bagi


tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang daripada 24 jam. Beliau layak
menuntut elaun makan sebanyak RM 45.00 sehari. Berapakah
jumlah elaun yang layak dituntut oleh beliau

A. RM45.00.
B. RM125.00.
C. RM60.00.
D. RM22.50.

7. Seseorang pegawai yang dikehendaki bertugas rasmi di luar Ibu


Pejabat layak memohon Pendahuluan Diri. Bayaran yang layak
dipohon di dalam Pendahuluan Diri tersebut ialah

A. elaun makan sahaja.


B. kadar sebenar bayaran sewa hotel.
C. Elaun makan, bayaran sewa hotel/lojing dan tambang
perjalanan.
D. Elaun makan dan bayaran hotel.

8. Seseorang pegawai yang terpilih untuk mengikuti kursus jangka


panjang di Australia selama 18 bulan, layak menuntut elaun dan
bayaran berikut

I. Elaun runcit.
II. Elaun buku.
III. Elaun pakaian
IV. Insuran perubatan

A. I dan II sahaja.
B. I, II dan III sahaja.

2
C. I, II dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

9. Hukuman-hukuman berikut merupakan hukuman tatatertib kecuali

A. Tahan Kerja.
B. Lucuthak emolumen.
C. Tangguh pergerakan gaji.
D. Buang kerja.

10. Bayaran Wad bagi seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam


hospital-hospital Kerajaan hanya boleh dikecualikan sekiranya
pegawai itu

A. jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di luar Ibu


Pejabat.
B. mempunyai gaji kurang daripada RM500.00 sebulan.
C. Jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di pejabat.
D. Menerima rawatan kurang daripada dua minggu.

11. Anggota Perkhidmatan Awam yang dilantik mengikut Sistem


Saraaan Baru (SSB) boleh disahkan dalam perkhidmatan apabila
memenuhi syarat-syarat berikut, kecuali

A. setelah melepasi tahap kecekapan yang ditetapkan pada gred


jawatan tersebut.
B. setelah hadir dengan jayanya Kursus Induksi.
C. setelah diperakukan oleh Ketua Jabatan.
D. setelah lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (jika
perlu).

12. Seseorang pegawai awam yang ditamatkan perkhidmatannya atas


sebab berikut boleh dilantik semula ke dalam Perkhidmatan Awam.

A. Sumpah palsu.
B. Tidak Lulus peperiksaan yang ditetapkan.
C. Prestasi kerja tidak memuaskan.
D. Diwartakan tidak hadir bekerja.

13. Pengertian yang tepat mengenai perlanjutan tempoh percubaan


dengan berdenda ialah :

A. membayar suatu amaun yang ditentukan oleh Suruhanjaya.


B. penangguhan kenaikan gaji dalam tempoh percubaan
lanjutannya.

3
C. hanya menerima gaji akhir sebelum perlanjutan dan hilang
kekananan nya sebanyak masa tempoh percubaannya
dilanjutkan.
D. hilang kekananan sebanyak masa tempoh percubaan
dilanjutkan.

14. Sehingga 31.12.2003, Encik Ramli seorang jurutera PKNS masih


mempunyai baki cuti sebanyak 8 hari. Pada 1.6.2004, beliau telah
diarahkan mengikuti kursus jangka panjang selama 18 bulan di
Australia. Dalam keadaan ini, baki cuti rehatnya sebanyak 8 hari itu

A. boleh diambil semasa beliau berkursus.


B. boleh dibawa ke tahun 2005.
C. boleh diambil selepas beliau berkursus.
D. cuti tersebut akan terhapus sama sekali.

14. Cuti haji diluluskan oleh Ketua Jabatan kepada pegawai-pegawai


Islam untuk menunaikan fardhu haji dengan syarat pegawai telah

I. berkhidmat tidak kurang daripada 4 tahun bagi pegawai tetap.


II. berkhidmat tidak kurang daripada 5 tahun secara berterusan
bagi pegawai kontrak.
III. berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan
bagi pegawai berjawatan sementara.
IV. disahkan dalam jawatan.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

15. Puan Asiah seorang Penolong Pegawai Perangkaan selalu memberi


pinjaman wang dengan bunga kepada rakan-rakan sepejabatnya
yang berada dalam kesusahan. Oleh itu, Puan Asiah

A. telah melakukan kesalahan kerana memberi pinjaman wang


dengan bunga.
B. tidak melakukan apa-apa kesalahan.
C. tidak melakukan kesalahan kerana niatnya baik.
D. tidak melakukan kesalahan kerana memberi pinjaman adalah
urusan peribadi.

16. Encik Dol yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Rendah telah
dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) secara
Kenaikan Pangkat Secara Lantikan pada tahun 2000. Walau

4
bagaimanapun, beliau gagal disahkan dalam jawatan barunya
kerana gagal dalam peperiksaan yang disyaratkan. Dalam keadaan
ini, Encik Dol

A. boleh ditamatkan perkhidmatannya.


B. boleh dibenarkan oleh Suruhanjaya berkenaan kembali semula
ke jawatan asalnya.
C. boleh dibersarakan.
D. tidak dibenarkan kembali ke jawatan asalnya kerana beliau telah
melepaskan jawatan tersebut.

17. Encik Nordin telah memiliki harta pusaka berupa 8 ekar kebun, 15
rumah sewa peninggalan bapanya semasa berusia 18 tahun. Kini
beliau dilantik ke perkhidmatan kerajaan setelah tamat
pengajiannya tahun lepas. Dalam keadaan ini, Encik Nordin

A. tidak perlu melaporkan hartanya itu kerana ianya diperolehi


sebelum beliau berkhidmat dengan kerajaan.
B. perlu melaporkan hartanya itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib
sebaik sahaja dilantik.
C. tidak perlu melaporkan hartanya kerana ianya merupakan harta
pusaka.
D. hanya perlu melaporkan hartanya apabila diarah berbuat
demikian oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

18. Encik Rahim seorang Pegawai Tadbir diarah oleh ketua Jabatannya
melakukan kerja di luar Ibu pejabat. Beliau bertolak dari Kuala
Lumpur ke Perak dengan menaiki kenderaan sendiri pada jam 7.30
pagi dan kembali ke Kuala Lumpur pada hari yang sama di mana
beliau sampai di rumahnya jam 10.00 malam. Bagi maksud ini,
beliau layak menuntut

A. elaun harian, bayaran tol dan elaun dobi.


B. elaun makan dan elaun perjalanan kenderaan.
C. elaun perjalanan kenderaan, elaun harian dan bayaran tol.
D. elaun perjalanan kenderaan, elaun makan dan bayaran tol.

19. Jenis cuti atas sebab-sebab perubatan adalah

I. Cuti rehat
II. Cuti pemulihan dan cuti kuarantin
III. Cuti kemalangan
IV. Cuti Sakit Lanjutan

5
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II dan IV.
D. II, III dan IV.

20. Syarat-syarat kerja yang melayakkan seseorang itu mendapat


bayaran lebih masa adalah kerja-kerja yang

A. dilakukan di luar Ibu Pejabat yang melebihi daripada waktu


bekerja.
B. perlu dibuat pada waktu malam.
C. dilakukan sebelum jam 8.00 pagi dan selepas 4.30 petang.
D. dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada waktu tugas
biasa.

SOALAN PENCEN DAN ASPEK KESELAMATAN PEJABAT

1. Dokumen terperingkat yang dihantar melalui peti atau beg berkunci


adalah dikehendaki menggunakan

A. Sampul pos berdaftar


B. sampul surat biasa
C. sistem dua lapis sampul surat.
D. sistem satu sampul surat sahaja.

2. Tindakan yang perlu diambil terhadap buangan terperingkat sebelum


dibinasakan ialah

A. membawa pulang buangan terperingkat tersebut.


B. menyimpannya di atas rak fail.
C. membuang sahaja buangan terperingkat itu.
D. menyimpannya dalam peti keselamatan yang sesuai dengan
peringkatnya.

3. Encik Zain seorang juruteknik di PKNS sedang bercuti sebelum bersara.


Beliau telah ditawarkan bekerja di sebuah syarikat swasta berdasarkan
pengalaman yang beliau miliki. Oleh itu beliau

A. boleh menerima jawatan tersebut dengan syarat mendapat


kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan.
B. boleh menerima jawatan tersebut kerana beliau sedang
bercuti sebelum bersara.

6
C. tidak boleh menerima jawatan tersebut kerana beliau masih
lagi seorang pegawai kerajaan.
D. tidak boleh menerima jawatan tersebut selagi cuti sebelum
bersaranya habis.

4. Bagi dokumen terperingkat yang tidak kekal terjilid, peringkat


keselamatan hendaklah ditaip atau ditulis dengan huruf besar pada

A. penjuru kiri sebelah atas setiap muka surat.


B. penjuru kanan sebelah bawah setiap muka surat.
C. penjuru kanan sebelah atas dan penjuru kiri sebelah bawah
pada setiap muka surat.
D. penjuru kiri sebelah atas dan penjuru kanan sebelah bawah
setiap muka surat.

5. Tindakan atau sebarang kegiatan yang dilakukan bagi memperolehi


perkara terperingkat dengan cara tersembunyi dan menyalahi undang-
undang yang bertujuan untuk mengancam keselamatan Negara adalah
ditakrifkan sebagai

A. subversif.
B. khianat.
C. sabotaj.
D. espionaj.

6. Kelemahan- kelemahan manusia kerapkali mengakibatkan berlakunya


pelanggaran keselamatan dan mungkin berkesudahan dengan perkara-
perkara rasmi diketahui oleh pihak yang tidak diberi kebenaran.
Kelemahan-kelemahan itu termasuk

I. keinginan hendak menunjuk-nunjuk dan menarik hati saudara mara,


sahabat handai dan rakan taulan, terutama kepada kumpulan
jantina lain mengenai pengetahuan sesuatu perkara terperingkat
yang pada amnya tidak diketahui oleh orang lain.
II. kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan.
III. kecuaian kerana berlebih-lebihan ketagih minuman keras dan
dadah.
IV. tidak cermat ketika bercakap melalui telefon atau di tempat-tempat
awam mengenai perkara terperingkat.

A. I dan II.
B. II dan III.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.

7
7. Yang mana di antara berikut, langkah-langkah keselamatan yang tidak
berkesan?

A. diletakkan di kawasan laluan orang ramai.


B. arahan-arahan senang difahami.
C. setiap orang benar-benar memahami perlunya langkah-langkah
itu diadakan.
D. langkah-langkah itu dikuatkuasakan dengan tegas hingga
dihormati dan menjadi perkara biasa.

8. Proses asas yang digunakan bagi menapis penjawat-penjawat awam


yang dikehendaki melihat perkara-perkara terperingkat Sulit dikenali
sebagai

A. Tapisan Sulit.
B. Tapisan Kasar.
C. Tapisan Rahsia.
D. Tapisan Halus.

9. Surat-surat yang dikeluarkan oleh mana-mana Kementerian, Jabatan


atau Agensi perlu diberi pengkelasan keselamatan mengikut

A. peringkat keselamatan kandungan fail itu.


B. kepentingan kandungan surat.
C. garis panduan Pejabat Keselamatan Kerajaan.
D. panduan Keselamatan Jabatan.

10.Puan Zainun, seorang Pegawai Kanan di Kementerian Dalam Negeri


terpaksa membawa pulang fail terperingkat Sulit untuk menyambung
kerjanya di rumah. Dalam keadaan ini, beliau hendaklah

A. mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.


B. mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Dalam Negeri.
C. Mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pegawai Keselamatan
Kerajaan.
D. Mendapat kebenaran daripada Pendaftaran Fail Kementerian
Dalam Negeri.

11. Berikut adalah jenis-jenis persaraan mengikut Seksyen 10, 11, 12 dan
12A Akta 227 atau 13 Akta 239. Pilih satu jenis persaraan yang tidak
betul.

A. Persaraan atas sebab penghapusan Jawatan.


B. Persaraan atas sebab kepentingan Negara.
C. Persaraan atas sebab berhijrah.

8
D. Persaraan atas sebab dilantik berkhidmat dalam mana-mana
pertubuhan yang diluluskan oleh kerajaan.

12. “Award wang Tunai gentian cuti rehat” adalah satu lagi faedah di
bawah skim pencen. Jumlah maksima cuti rehat yang dibenarkan
dikumpul untuk tujuan tersebut adalah tidak melebihi

A. 90 hari
B. 120 hari
C. 30 hari.
D. 15 hari

13.Ganjaran terbitan ialah faedah di bawah skim pencen yang dibayar


sekaligus berikutan kematian pegawai berpencen dalam perkhidmatan.
Amaunnya dihitung mengikut formula berikut

A. 7.5/100 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir.


B. 1/600 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir
C. 1/30 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir.
D. 1/500 X tempoh Perkhidmatan X gaji akhir.

14.Pemeriksaan ke atas Pemadam Api hendaklah dilakukan sekurang-


kurangnya

A. 3 bulan sekali.
B. 6 bulan sekali
C. apabila alat tersebut ingin ditukar baru
D. 1 tahun sekali

15.Salah satu daripada perkara di bawah ini tidak seharusnya terkandung


di dalam sesebuah fail

A. Surat-surat dan salinan surat-surat yang diterima.


B. Salinan surat-surat yang dikeluarkan.
C. Draf-draf surat.
D. Minit-minit bebas.

16. Pas Keselamatan bagi mana-mana pejabat kerajaan akan dibahagi


kepada kategori berikut, kecuali

A. Pas Keselamatan Khas.


B. Pas Keselamatan Pelawat.
C. Pas Keselamatan Tetap
D. Pas Keselamatan Sementara.

9
17.Satu kulit fail yang mempunyai tajuk dan nombor yang sama dengan
fail asal hendaklah dibuka dan ditandakan sebagai Jilid II apabila

A. kulit fail asal itu dan kandungannya basah terkena hujan.


B. terlalu banyak lampiran di dalam fail asal itu.
C. had muatan di dalam fail asal itu telah dicapai.
D. kandungan fail asal itu telah mencapai angka seratus atau
melebihi 1 inci ketebalannya.

18. Kertas Minit yang diletakkan di bahagian sebelah kiri kulit fail adalah
digunakan untuk tujuan-tujuan berikut, kecuali

A. merekodkan butir-butir tindakan ke atas panggilan telefon


berkenaan perkara dalam fail.
B. mencatatkan pengedaran fail.
C. merekodkan surat-surat masuk dan keluar.
D. mencatatkan hasil-hasil perbincangan berkaitan isi kandungan
fail.

19.Seorang pegawai awam yang telah lulus tapisan keselamatan yang


disyaratkan kepadanya boleh

A. melihat semua perkara terperingkat secara automatik.


B. melihat perkara terperingkat setakat membolehkannya
menjalankan tugasnya.
C. menyimpan semua jenis fail terperingkat.
D. menentukan peringkat sesuatu dokumen terperingkat.

20.Proses memindahkan fail-fail jabatan ke Arkib Negara perlulah


memastikan

I. fail-fail berkenaan tidak aktif selama satu tahun.


II. fail-fail adalah bernilai dan telah berumur lebih daripada 20
tahun.
III. fail-fail tidak lagi dikehendaki oleh jabatan untuk urusan harian
dan sudah melebihi lim tahun selepas penutupan.
IV. Fail-fail telah disemak sebagai berguna untuk disimpan di Arkib
Negara.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, III dan IV sahaja.
C. II, III dan IV sahaja.
D. I, II dan IV sahaja.

10

Vous aimerez peut-être aussi