Vous êtes sur la page 1sur 23

ASAS ORIENTEERING

PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA


i
KANDUNGAN
PENGENALAN............................................................. 1
KEBAIKAN ORIENTEERING................................... 2
SEJARAH....................................................................... 5
TERMINOLOGI DAN PERALATAN........................ 6
JENIS-JENIS ORIENTEERING................................. 8
PETA ORIENTEERING........................................... 11
KOMPAS...................................................................... 15
TEKNIK ASAS............................................................ 17
PROSEDUR MENYERTAI ACARA DAN
PERATURAN AM...................................................... 19
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
ii
PRAKATA PENULIS
Buku Asas Orienteering ini dihasilkan sebagai satu usaha dalam menyediakan
bahan rujukan di dalam aspek asas-asas Orienteering. Buku ini juga bertujuan
menjadi panduan, terutamanya kepada para tenaga pengajar, di dalam Kursus
Asas Orienteering yang merupakan salah satu siri kursus di dalam Kurikulum
Orienteering Kebangsaan.
Buku seumpamanya ini, buat pertama kalinya telah dihasilkan dalam tahun 1993,
bersemperna program Jambore Kembara anjuran Kementerian Belia Dan
Sukan. Buku tersebut merupakan satu-satunya bahan rujukan sukan
Orienteering di dalam Bahasa Melayu di Malaysia. Semenjak itu, beberapa
olahan telah dibuat untuk memantapkan isi kandungan buku tersebut. Isi
kandungan buku ini juga telah dijadikan dalam bentuk risalah untuk para peserta
kursus-kursus Orienteering yang telah diadakan semenjak beberapa tahun yang
lalu. Buku ini diolah berdasarkan bahan-bahan rujukan yang dikeluarkan oleh
Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) serta berdasarkan kepada
pengalaman penulis di bidang Orienteering semenjak tahun 1988.
Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Orienteering
Selangor Dan Wilayah Persekutuan (telah dibubarkan pada tahun 1994 setelah
pembentukan Persatuan Orienteering Malaysia MOA) dan Persatuan
Orienteering Malaysia yang telah memberikan pendedahan dan peluang kepada
penulis untuk mendapatkan pengalaman di dalam dan di luar negara. Semoga
buku ini dapat dimanfaatkan oleh para peminat Orienteering dan perkembangan
sukan Orienteering di Malaysia.
Kapt (B) Rosli Mohd Noor
Dip. IOF (Coaching)
Persatuan Orienteering Malaysia
2005
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
1
PENGENALAN
Pendahuluan
Definisi
Orienteering ialah suatu sukan di mana peserta dengan berpandukan
peta dan kompas dikehendaki mengemudikan dirinya ke titik-titik
kawalan yang telah ditandakan di atas peta dan telah ditempatkan di
atas mukabumi, mengikut susunan yang tertentu.
Inilah dia Orienteering satu sukan rekreasi yang memerlukan pesertanya
mengemudikan dirinya sendiri, berjalan atau berlari, menempuhi pelbagai variasi
rupabumi untuk tiba ke destinasi yang telah ditetapkan. Di dalam pergerakan ke
beberapa destinasi yang dikenali sebagai Titik Kawalan, peserta adalah bebas
untuk memilih laluannya sendiri dengan berpandukan peta dan kompas.
Orienteering merupakan sukan yang mana memerlukan anda berfikir sambil
berlari. Walau bagaimanapun anda tidak boleh mengambil masa yang lama
untuk berfikir bagi mengatasi masalah pergerakan anda. Ini adalah kerana
matlamat larian di dalam orienteering adalah untuk melawati kesemua titik
kawalan dalam masa yang tersingkat.
Cabaran Fizikal & Mental
Orienteering bukanlah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan fizikal seperti
mana aktiviti larian yang lain. Kemahiran membaca peta merupakan juga
elemen yang penting di dalam orienteering memandangkan anda perlu
menentukan laluan yang terbaik.
Ianya sesuatu yang memerlukan imbangan fizikal dan mental yang baik.
Seseorang pelari yang pantas tanpa membuat perhitungan yang baik terhadap
laluannya dengan mudah dapat ditewaskan oleh seseorang peserta yang
perlahan lariannya tetapi memberikan tumpuan yang lebih kepada pembacaan
peta dan pemilihan laluan .
Sukan Untuk Semua
Orienteering adalah untuk semua untuk yang muda atau yang tua,
menyertainya secara berkeluarga atau hanya dengan berjalan sebagai satu
bentuk riadah yang ringan, sehinggalah kepada mereka yang benar-benar
cergas yang ingin meningkatkan kemahiran. Terpulang bagaimanakah caranya
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
2
seseorang itu mengambil bahagian ianya menyeronokkan dan walau apa pun
cabarannya ialah untuk menamatkan acara.
Bagaimanakah Orienteering Disertai ?
Di dalam sesuatu acara, anda perlu mendaftar dan memilih landasan yang
bersesuaian dengan tahap anda. Satelah diberikan peta, anda perlu menyalin
kedudukan titik-titik kawalan dari peta utama dan mulakan pergerakan anda. Di
sinilah akan bermulanya cabaran untuk menentukan laluan yang terbaik untuk
anda tiba di titik kawalan dengan mudah dan cepat.
Apabila sampai di titik kawalan, anda perlu menebuk kad kawalan yang dibawa
bersama oleh anda, dengan menggunakan satu alat penebuk khas. Ini bertujuan
untuk mengesahkan bahawa anda telah tiba di titik kawalan tersebut. Anda akan
lakukan ini sehinggalah anda melawati keseluruhan titik kawalan dan melapur diri
di titik penamat dengan ini anda telah berjaya menamatkan landasan tersebut.
Gelanggang Alam Semulajadi
Secara amnya, orienteering dibuat di kawasan hutan. Walau bagaimana pun
sebahagian besar kawasan berhutan ini merupakan hutan di mana anda boleh
berlari kerana orienteering memerlukan anda berlari bukannya meredah di hutan
yang tebal lagi bersemak seperti latihan pandu arah. Di Malaysia, kawasan yang
paling sesuai adalah kawasan ladang getah atau pun ladang kelapa sawit yang
membolehkan anda berlari dengan baik serta memberi anda pelbagai pilihan
laluan.
Taman-taman rekreasi yang terbuka seperti taman tasik juga sesuai terutamanya
bagi mereka yang baru untuk mencuba orientering.
KEBAI KAN ORIENTEERI NG
1. Sukan Untuk Semua.
Orienteering boleh dan mudah disertai oleh semua lapisan masyarakat tidak
kira tahap umur, kecergasan atau jantina. Sebagai peserta, ia tidak memerlukan
peralatan atau belanja yang besar hanya memerlukan sedikit bayaran untuk
peta manakala kompas boleh disewa jika perlu. Peserta juga tidak dimestikan
memakai pakaian yang khas memadai dengan memakai pakaian sukan.
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
3
2. Meningkatkan Kecergasan Fisikal.
Satu acara yang diadakan di kawasan yang beralun adalah amat baik untuk
mempertingkatkan daya kecergasan fisikal kerana anda perlu mendaki dan
menuruni cerun dan kadangkala terpaksa meredah di kawasan yang tidak
rata.atau berpaya. Aktiviti ini membantu menguatkan kaki, sistem degupan
jantung anda dan peningkatan stamina serta ketahanan semua ini tidak anda
sedari kerana ketika melakukan orienteering, tumpuan anda adalah lebih kepada
peta.
3. Meningkatkan Kecergasan Mental & Daya Tumpuan.
Orienteering merupakan suatu aktiviti menyelesaikan masalah navigasi ketika
berlari. Bukan sahaja anda perlu berlari, malah anda perlu untuk berfikir untuk
menentukan laluan yang terbaik dan mencari kedudukan titik kawalan.
Di dalam keadaan tertentu juga, ketika anda berlari menuruni cerun, anda perlu
mengawal langkah anda untuk mengelak dari tersepak akar-akar kayu, lubang
atau batu-batu, dan di masa yang sama anda perlu menentukan hala laluan
pergerakan supaya tidak terpesong atau pun tersesat. Kesemua aktiviti ini yang
anda lakukan serentak merupakan satu latihan yang baik bagi minda dan
kodinasi deria terutamanya kodinasi antara mata dan kaki.
4. Memberi Cabaran & Keseronokan.
Jika anda inginkan satu aktiviti yang mencabar tetapi mudah untuk disertai
orienteering adalah jawapannya. Anda akan melalui pelbagai keadaan dari yang
mudah seperti kawasan rata atau yang terbuka sehinggalah pendakian cerun
yang curam lagi licin atau terpaksa meredah hutan atau pun merentasi kawasan
berpaya. Jangan lupa juga bahawa masa tidak menunggu anda. Bolehkah anda
bayangkan bagaimanakah rasanya satelah berjaya mengatasi keadaan-keadaan
yang merumitkan tetapi apabila tiba di destinasi yang dituju, penanda kawalan
tidak ditemui dengan erti kata lain mungkinkah anda tersesat?
Inilah cabarannya, namun setiap kali apabila anda tiba di titik kawalan dan
menemui penanda kawalan, satu kepuasan dan keseronokan sudah tentu akan
timbul di dalam diri anda. Lebih menyeronokkan lagi jika anda berjaya menemui
kesemua penanda-penanda kawalan satelah mengharungi cabaran-cabaran di
sepanjang laluan.
5. Membina Keyakinan Diri & Sikap Positif
Anda perlu melakukannya sendiri membaca peta, menggunakan kompas dan
menentukan laluan yang anda fikirkan terbaik bahkan anda akan berlari seorang
diri. Pernahkah anda meredahi kawasan ladang atau hutan secara
berseorangan ? Yakinkah anda yang anda dapat melakukannya tanpa ragu-
ragu?
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
4
Walau apa pun, yang pastinya anda akan cuba seberapa yang boleh untuk
mencari dan menemui kesemua penanda kawalan. Anda akan cuba mengatasi
segala halangan dan tetap meneruskan pergerakan walaupun anda menghadapi
keadaan yang mencurigakan. Anda yakin boleh satu sikap positif yang dapat
dibina melalui penyertaan acara-acara orienteering dan ini akan membuatkan
anda lebih berkeyakinan untuk menghadapi apa jua cabaran dan masalah.
6. Persekitaran Yang Sihat.
Pada kebiasaannya orienteering dijalankan di kawasan taman dan hutan kecuali
bagi acara orienteering jalan raya. Bagi acara yang dibuat di dua kawasan
pertama yang disebutkan tadi, keadaan dan persekitaran sudah tentunya
nyaman, udara yang bersih dan tenang.
7. Meningkatkan Kemahiran Membaca Peta & Kompas
Orienteering memerlukan anda membaca peta dengan baik dan dibantu oleh
kompas bagi memudahkan anda mencari titik kawalan. Ini secara tidak langsung
membantu anda meningkatkan kemahiran membaca peta dan kompas setiap kali
anda menyertai orienteering. Kemahiran ini turut berguna kepada anda untuk
mencari jalan atau tempat atau menyesuaikan diri apabila tiba di suatu tempat
yang baru.
Kemahiran membaca peta juga turut memudahkan anda menyertai lain-lain
aktiviti seperti perkhemahan, mengembara dan mendaki kerana aktiviti-aktiviti
seperti yang disebutkan turut memerlukan penggunaan peta dan kompas.
8. Memupuk Sifat Keberanian & Ketenangan Di Dalam Keadaan Cemas.
Apabila berlaku sesuatu keadaan yang mencemaskan, tindakan yang awal yang
perlu dilakukan adalah bertenang dan jangan panik. Walau bagaimana pun
bertenang di dalam keadaan cemas dan berani menghadapi sebarang
kemungkinan bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dibuat secara spontan
tetapi ianya memerlukan latihan.
Orienteering merupakan satu cara untuk anda melatih sifat keberanian dan
bertenang di dalam apa jua keadaan yang mencemaskan. Ini kerana di dalam
orienteering anda perlu berlari secara individu dan terpaksa menempuh pelbagai
keadaan rupabumi serta persekitaran yang sunyi dan kadangkala mendebarkan.
Orienteering juga melatih anda bertenang terutamanya apabila anda sesat, ini
bertujuan agar anda dapat menggunakan minda anda sebaik mungkin untuk
mengatasi masalah dan mencari jalan keluar. Adalah penting untuk
mengekalkan minda di dalam keadaan yang tenang ketika anda di dalam
keadaan yang mencemaskan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang boleh
memudaratkan diri anda.
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
5
SEJARAH
Perkembangan Antarabangsa
Orienteering mula diperkenalkan di Sweden pada tahun 1918 di kalangan tentera
dan kemudiannya Major Ernst Killander mempopularkan sukan orienteering
kepada orang awam.
Pada tahun 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International
Orienteering Federation IOF) ditubuhkan di Copenhagen dengan keahlian 10
buah negara Bulgaria,
Cezcholovakia, Denmark, Finland, Hungary, Jerman Barat, Jerman Timur,
Norway, Sweden dan Switzerland.
Perkembangan Di Malaysia
Orienteering mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan
Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983. Kemudiannya, pada tahun 1986
sebuah lagi persatuan iaitu Persatuan Orienteering Selangor & Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (Wilayah Orienteering Association WOA)
ditubuhkan. Pada tahun 1988, WOA buat julung kalinya telah berjaya
mengadakan Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia 1988 (MOOC 1988).
Walau pun sukan orienteering di Malaysia pada ketika itu masih belum
mempunyai satu badan peringkat kebangsaan, namun demi untuk mengikuti
perkembangan dunia orienteering di peringkat antarabangsa, WOA telah
berusaha untuk memohon bagi mewakili Malaysia untuk menjadi Ahli Gabungan
(Associate Member) kepada IOF pada tahun 1992. IOF telah meluluskan dan
mengiktiraf WOA sebagai sebuah badan sementara bagi mewakili Malaysia di
dalam IOF.
Pada tahun 1994, sebuah badan induk peringkat kebangsaan iaitu Persatuan
Orienteering Malaysia (Malaysia Orienteering Association MOA) telah berjaya
ditubuhkan bagi menyelaraskan segala akviti sukan orienteering di Malaysia dan
sebagai satu badan orienteering yang mewakili Malaysia di dalam IOF. MOA
ditubuhkan dengan mempunyai 7 cawangan negeri iaitu Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Johor dan .
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
6
TERMINOLOGI DAN PERALATAN
Peta Utama (Master Map)
Peta Utama adalah peta yang menunjukkan landasan (course) yang akan
digunakan oleh para peserta. Landasan tersebut perlu disalin ke atas peta
peserta sebaik sahaja tiba masa untuk memulakan acara. Perhatian perlu diberi
ketika menyalin agar tidak ada berlaku kesilapan kerana jika peserta tersalah
tanda kedudukan titik kawalan di atas peta beliau, ini boleh menyebabkan
peserta tidak akan menjumpai titik kawalan itu. Namun perlu diingat bahawa
masa telah pun berjalan ketika salinan dibuat, oleh itu elakkan mengambil masa
yang terlalu panjang untuk menyalin.
Di dalam pertandingan, landasan telah pun siap dicetak/disalin ke atas peta yang
diberikan kepada peserta. Kaedah ini menjimatkan masa serta mengelakkan
risiko kesilapan para peserta.
Landasan (Course)
Landasan merupakan sekumpulan titik-titik kawalan yang perlu dilawati mengikut
susunan tertentu. Landasan dilukis di atas peta utama yang merangkumi semua
kedudukan titik-titik kawalan, titik permulaan dan titik penamat. Setiap titik
kawalan ditanda dengan tanda bulatan, titik permulaan ditanda dengan tanda
tigasegi dan titik penamat ditanda dengan tanda bulatan dua garisan.
Garisan lurus yang dilukis menghubungi setiap titik adalah sebagai panduan arah
pergerakan kepada peserta. Walau bagaimana pun, adalah terpulang kepada
peserta untuk menentukan pergerakannya samada akan mengikuti arah garisan
tersebut (ini bermakna mengikut arah kompas sepenuhnya) atau menggunakan
laluan lain yang difikirkan lebih mudah dan pantas.
Jarak sesuatu landasan adalah dikira dari titik permulaan melalui kesemua titik-
titik kawalan mengikut garisan lurus yang telah dilukiskan sehinggalah ke titik
penamat, di mana ukuran dari satu titik ke satu titik yang lain dibuat dari tengah-
tengah setiap tanda.
200
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
7
Titik Kawalan (Control Point)
Titik Kawalan adalah suatu kedudukan yang telah ditentukan yang perlu dilawati
oleh setiap peserta. Kedudukan ini merupakan ciri-ciri semulajadi atau buatan
manusia di mana ciri-ciri tersebut mestilah terdapat atau telah dilukiskan di dalam
peta yang akan digunakan.
Kedudukan ini bolehlah dianggap sebagai Titik Pemeriksaan (Check Point) tetapi
apa yang menarik ialah kedudukan tidak dikawal atau tidak dijaga oleh sesiapa.
Penanda Kawalan (Control Marker)
Bagi membantu dan menentukan para peserta tiba di titik
kawalan yang betul, suatu penanda yang khas iaitu
Penanda Kawalan digantung di setiap titik kawalan.
Setiap Penanda Kawalan mempunyai kod kawalan iaitu
samada dalam bentuk nombor atau huruf atau kombinasi
nombor dan huruf. Setiap kod untuk penanda kawalan
adalah unik iaitu tidak ada Penanda Kawalan yang
mempunyai kod yang sama. Kod ini bertujuan untuk
memastikan peserta tiba di titik kawalan yang betul.
Di setiap Penanda Kawalan ini, sebuah penebuk (puncher) turut digantung
bersama. Setiap penebuk yang juga unik ini adalah digunakan untuk menebuk
kad kawalan setiap peserta.
Kad Kawalan (Control Card)
Sebagai membuktikan peserta telah melawati setiap titik kawalan, setiap peserta
perlu membawa bersama Kad Kawalan yang disediakan oleh penganjur. Antara
butiran yang terdapat di dalam Kad Kawalan adalah masa mula dan masa tamat
peserta yang akan dicatit oleh pengelola atau penjaga masa.
Apabila tiba di sesuatu titik kawalan, peserta perlu menebuk Kad Kawalan ini di
ruangan khas dengan menggunakan penebuk yang tersedia bersama penanda
kawalan. Kad ini perlu diserah kepada penjaga masa apabila peserta tiba di
tempat penamat untuk dicatitkan masa.
Pada pertengahan tahun 90an, sejajar dengan perkembangan teknologi, IOF
telah memperkenalkan serta mula menggunakan sebuah alat elektronik yang
dikenali sebagai penebuk elektronik (electronic puncher). Alat kecil ini yang
berfungsi seperti kad Touch & Go, dibawa oleh setiap peserta dan
menyentuhnya pada alat elektronik di setiap penanda kawalan. Maklumat
mengenai penanda kawalan akan tersimpan secara elektronik dan kemudiannya
akan disemak melalui komputer setelah peserta menamatkan lariannya. Peserta
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
8
tidak lagi akan menggunakan kad kawalan serta penebuk konvensional
sekiranya mereka dibekalkan dengan alat elektronik ini. Memandangkan kos alat
ini yang agak tinggi, masih banyak negara masih belum menggunakannya lagi.
Keterangan Kawalan (Control Description)
Keterangan Kawalan adalah satu senarai titik-titik kawalan yang terdapat di
dalam sesuatu landasan. Di dalam senarai ini terdapat butiran siri titik kawalan,
kod kawalan dan keterangan ringkas mengenai kawalan tersebut. Keterangan
ini yang mana juga perlu disalin oleh peserta sebelum memulakan larian,
bertujuan untuk memberikan panduan kepada peserta untuk tiba di kedudukan
titik kawalan yang betul. Siri titik kawalan adalah menunjukkan bilangan titik-titik
kawalan yang terdapat di dalam sesuatu landasan, manakala kod kawalan
adalah kod yang terdapat di setiap penanda kawalan. Keterangan untuk setiap
kawalan merupakan suatu keterangan ringkas mengenai apakah ciri yang
terdapat di sesuatu titik kawalan itu.
Contoh Keterangan Kawalan:
KETERANGAN KAWALAN
Sir
i
Kod Keterangan
1 23 Simpang aliran air
2 36 Batu
3 39 Penjuru bangunan
4 51 Susuh bukit
5 64 Simpang rintis
JENIS-JENIS ORIENTEERING
1. Orienteering Merentas Desa.
(Cross Country Orienteering)
Pada umumnya, apabila disebut orienteering, ia dirujuk kepada orienteering jenis
ini Orienteering Merentas Desa. Ia juga dikenali sebagai Acara Klasik (Classic
Event).
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
9
Di dalam acara ini, peserta adalah dimestikan melawat kesemua titik-titik
kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat
salah satu titik kawalan tersebut, penyertaannya dikira batal. Orienteering ini
biasanya dijalankan di kawasan rupabumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai
untuk pertandingan kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi
cabaran yang hampir sama.
2. Orienteering Bermarkah.
(Score Orienteering)
Di dalam acara jenis Orienteering Bermarkah, banyak titik-titik kawalan
disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu
bergantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta adalah bebas untuk
memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati, walau bagaimana pun masa
adalah dihadkan dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebehi dari had masa
yang ditetapkan akan dikenakan penalti dan bentuk penalti bergantung kepada
pengelola atau penganjur acara.
Matlamat acara Orienteering Bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang
terbanyak dengan melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di dalam
tempoh masa yang dihadkan. Format ini adalah sesuai untuk peserta-peserta
baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawat salah satu titik
kawalan. Walau pun acara ini nampaknya agak mudah tetapi peserta perlu
merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.
3. Orienteering Jalanraya.
(Street Orienteering)
Walau pun dikenali sebagai Orienteering Jalanraya tetapi ia tidaklah dilakukan di
jalanraya yang sibuk. Acara ini dijalankan di kawasan-kawasan perumahan.
Penanda kawalan biasanya tidak digunakan sebaliknya peserta perlu mencatit
butiran atau maklumat yang terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor pili
bomba dan sebagainya.
4. Orienteering Bukit.
(Mountain Orienteering)
Orienteering ini dijalankan di kawasan berbukit-bukau di samping jarak yang
agak jauh. Terdapat juga di mana acara ini dijalankan melebihi dari satu hari dan
di dalam keadaan ini peserta perlu membawa bersama-sama peralatan
bermalam.
Format ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang agak
tinggi memandangkan landasan acara ini yang mencabar serrta memerlukan
kemahiran navigasi dan daya keyakinan yang mantap.
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
10
5. Orienteering Malam.
(Night Orienteering)
Orienteering Malam dijalankan di kawasan terbuka seperti di taman-taman tasik
dengan jarak landasan yang agak pendek demi keselamatan para peserta serta
masa yang terhad. Peserta perlu membawa lampu untuk membaca peta dan
mencari penanda kawalan.
6. Orienteering Berganti-ganti.
(Relay Orienteering)
Acara Orienteering Berganti-ganti dijalankan dengan penyertaan secara
berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam sesuatu pasukan akan
menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu
tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta di dalam sesuatu
pasukan akan melalui landasan yang berbeza.
7. Star Orienteering (Norwegian Event).
Acara Star Orienteering, yang dulunya dikenali sebagai Norwegian Event, adalah
satu acara yang digunakan bagi menyediakan satu landasan yang panjang di
dalam kawasan yang kecil atau pun di kawasan yang sempit.
Tidak seperti acara-acara yang lain, peserta bagi acara ini akan hanya diberi
menyalin kedudukan titik permulaan dan titik kawalan pertama sahaja terlebih
dahulu. Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta akan menyalin kedudukan
titik kawalan yang kedua pula dari satu peta yang tersedia di situ. Proses ini
akan terus dilakukan sehingga peserta tiba di titik penamat.
Dengan penggunaan alat penebuk elektronic, peserta dibekalkan dengan peta
yang telah lengkap dengan keseluruhan titik-titik kawalan. Peserta sudah
semestinya perlu mengikut susunan landasan kerana sebarang
kesipalan/penipuan akan dikesan melalui penebuk tersebut.
8. Orienteering Pecut.
(Sprint Orienteering)
Satu acara yang memerlukan ketangkasan bukan sahaja fizikal malah
kemampuan membaca peta serta memilih laluan dengan pantas. Acara ini amat
sesuai dijalankan di kawasan perbandaran dengan menggunakan peta berskala
1:4,000 atau 1:5,000. Dengan jangka waktu larian yang singkat (kurang dari 20
minit), penggunaan alat penebuk elektronik adalah satu keperluan.
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
11
VARIASI ORIENTEERING
Di dalam banyak keadaan, sukan orienteering dilakukan secara berlari atau
secara berjalan. Walau bagaimana pun, orienteering turut dilakukan di dalam
beberapa variasi mengikut kesesuaian keadaan. Antara lain-lain cara
orienteering dilakukan adalah seperti berikut:
Ski Orienteering
Mountain Bike Orienteering
Trail Orienteering (Orienteering untuk orang cacat)
PETA ORIENTEERING
Pengenalan
Peta merupakan elemen yang terpenting di dalam orienteering di mana tanpa
peta orienteering tidak dapat dijalankan. Oleh yang demikian, orienteering
memerlukan suatu peta yang khas dibuat mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan oleh IOF.
Peta orienteering adalah dibuat oleh mereka yang mempunyai pengetahuan dan
minat di bidang orienteering. Hanya para orienteer yang memahami apakah
yang perlu dimasukkan ke dalam peta orienteering bagi membantu para peserta
menggunakan segala ciri yang ada di atas tanah dan peta sebagai panduan
navigasi.
Butiran
Suatu peta orienteering yang lengkap mengandungi butiran-butiran berikut:
Nama Tempat Arah Utara Peta
Skala Sela Kontur
Petunjuk Garisan-garisan
Utara
Kredit (Jurukur & Juru Kartografi)
Nama Tempat
Nama tempat ini menunjukkan kawasan sesebuah peta itu dilukis.
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
12
Arah Utara
Arah utara di dalam peta orienteering adalah bertujuan untuk membantu
peserta mengorientasikan peta dan kedudukan di mukabumi. Peta
orienteering sentiasa dilukis dengan kedudukan arah utara berselari dengan
bahagian tepi kertas peta.
Skala
Peta orienteering dilukis dengan tepat mengikut skala yang berpandukan
kepada piawaian IOF. Ini bermakna apa jua ukuran di dalam peta adalah
bersamaan dengan ukuran di atas tanah mengikut nisbah yang telah
ditentukan pada peta tersebut.
Bergantung kepada keperluan acara atau keadaan mukabumi, skala-skala
berikut adalah antara yang biasa digunakan:
1:5,000 1:10,000 1:15,000
Mengukur jarak
Dengan mengambil contoh peta yang berskala 1:10,000 ini menunjukkan
1cm (10mm) di atas peta adalah bersamaan dengan 100m di atas tanah.
Jika jarak di antara dua titik kawalan adalah 2.5cm di atas peta, ini adalah
bersamaan dengan 250m di atas tanah.
Sela Kontur
Sela kontur merupakan jarak di antara dua garisan kontur di atas peta di
mana pada kebiasaannya sela ini menunjukkan ukuran 5m di atas tanah,
sebagaimana berpandukan kepada piawaian IOF.
Petunjuk
Peta orienteering dilukis dalam beberapa warna dan simbol-simbol mengikut
spesifikasi yang telah ditentukan oleh IOF. Bagi memudahkan peserta
membuat rujukan mengenai apakah yang ditunjukkan atau dimaksudkan
dengan warna-warna dan simbol-simbol yang terdapat di dalam sesuatu
peta, maka satu Petunjuk (Legend) di sediakan. Di dalam Petunjuk ini,
semua maksud bagi warna-warna dan simbol-simbol yang terdapat di dalam
peta itu dijelaskan.
Garisan-garisan Utara
Selain dari satu petunjuk arah utara, terdapat juga beberapa garisan tegak
merentangi peta yang menunjuk ke arah utara yang dikenali sebagai
Garisan-garisan Utara. Garisan-garisan ini juga dikenali sebagai Garisan
Meridien atau Garisan Panduan.
Kegunaan utama garisan-garisan ini adalah untuk peserta membuat
pelarasan kompas di atas peta terutamanya untuk mendapatkan arah
pergerakan ke titik kawalan.
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
13
Kredit
Terdapat ruang di dalam peta di mana butiran berikut dicatit sebagai
penghargaan dan maklumat:
Nama Jurukur Nama Juru Kartografi
Tarikh Kerja Ukur Tarikh Kartografi
Tarikh Cetakan Hakcipta (copyright)
Penaja / Kerjasama
Warna
Segala butiran/simbol yang terdapat di dalam peta orienteering adalah penting
kepada peserta untuk membantu beliau membuat navigasi.
Warna turut memainkan peranan penting di dalam menentukan
kategori/spesifikasi setiap simbol di mana warna-warna ini telah ditetapkan
mengikut piawaian IOF. Peta orienteering dilukis di dalam 6 warna untuk simbol-
simbol tertentu seperti berikut:
Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu.
Biru - ciri-ciri air
Perang - ciri-ciri kontur & jalanraya
Putih - keadaan tumbuhan : hutan - berlari
Hijau - keadaan tumbuhan : hutan - berjalan/redah
Kuning - keadaan tumbuhan : terbuka
Kontur
Garisan kontur yang terdapat di dalam peta orienteering adalah untuk
menggambarkan keadaan rupabumi iaitu bentuk keadaan tanah yang sebenar.
Ini termasuk menunjukkan ketinggian sesuatu tanah tinggi bukit, gunung dan
sebagainya.
Memahami kontur merupakan kunci kepada navigasi yang baik dan adalah
penting jika seseorang ingin menjadi orienteer yang cekap. Cara yang terbaik
untuk memahami kontur adalah dengan secara praktikal iaitu dengan membawa
peta dan bandingkan keadaan tanah dengan garisan-garisan kontur di atas peta.
Selain pentingnya perlu mengetahui beberapa ciri atau keadaan di tanah tinggi di
mana kadang kala ciri-ciri ini digunakan sebagai titik kawalan, ia juga turut
membantu peserta untuk merancang laluan yang lebih baik dan mengelakkan
dari pendakian cerun curam yang tidak perlu.
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
14
Jarak antara garisan-garisan kontur menggambarkan keadaan cerun sesuatu
tanah tinggi. Garisan-garisan yang rapat menggambarkan suatu cerun yang
curam, manakala garisan-garisan yang renggang menggambarkan suatu cerun
yang landai.
Berikut adalah beberapa contoh bentuk-bentuk kontur yang menggambarkan
keadaan tanah dan beberapa ciri yang terdapat padanya.
1. Susuh Bukit (Spur).
Susuh bukit merupakan sebahagian
tanah yang menganjur keluar dari
sesuatu kawasan tanah tinggi.
2. Ceruk (Re-entrant).
Ceruk adalah berlawanan dengan
susuh bukit di mana ia adalah
sebahagian tanah yang melengkung
ke dalam dari sesuatu kawasan tanah
tinggi. Pada kebiasaannya aliran air
dari tanah tinggi melalui kawasan ini.
3. Permatang.
Permatang adalah puncak antara dua
tebing yang panjang yang
menyambungkan beberapa siri bukit
atau tanah tinggi.
4. Knol.
Knol adalah suatu bukit kecil yang boleh dilihat
dengan jelas di mana-mana dataran samada di
kawasan tanah pamah atau tanah tinggi.
5. Pelana.
Lekukan di antara 2 knol adalah dikenali sebagai
Pelana.

ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
15
KOMPAS
Pengenalan
Kompas ialah elemen kedua yang penting di dalam orienteering. Ia merupakan
satu alat bantuan di dalam menunjukkan arah pergerakan.
Kompas terdapat di dalam berbagai jenis dan bentuk. Walau pun apa jua jenis
kompas boleh digunakan di dalam orienteering, namun menggunakan kompas
orienteering adalah lebih digalakkan kerana ciri-ciri yang terdapat padanya
memudahkan penggunanya untuk mendapatkan arah pergerakan dengan
pantas.
Tidak seperti aktiviti navigasi yang lain, orienteering tidak menitikberatkan
penggunaan darjah-darjah bering (bearing degrees). Apa yang penting ialah
melaraskan kompas dengan peta ke arah destinasi yang dituju
Kegunaan Kompas
Secara amnya, kompas bertujuan untuk menunjuk arah. Di dalam orienteering,
kompas orienteering digunakan di dalam perkara-perkara berikut:
Melaras peta
Membantu di dalam navigasi
Menentukan kedudukan
Membuat peta
Mengukur jarak di atas peta
Bahagian-bahagian Kompas:
Perumah
kompas
Jarum magnetik
(Bahagian merah menunjukkan utara)
Plet tapak
Perumah kompas Skala
Garisan melaras Petunjuk arah pergerakan
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
16
Melaras Kompas Dengan Peta
Penggunaan kompas di dalam orienteering cukup mudah, ringkas dan anda tidak
perlu mengetahui bering pergerakan anda. Memandangkan masa merupakan
antara faktor yang penting dan ianya dipengaruhi oleh kecekapan anda dalam
memilih laluan yang terbaik, maka adalah penting untuk mengetahui dan
memahirkan diri cara penggunaan kompas yang efektif.
3 langkah pantas untuk melaras peta dengan kompas adalah seperti berikut:
Langkah Pertama
Letakkan bahagian tepi kompas (kiri atau
kanan) berselari dengan arah pergerakan
anda di atas peta.
Perhatian: Tentukan anak panah petunjuk
arah pergerakan di hadapan kompas turut
berselari menunjukkan arah yang sama.
Langkah Kedua
Tanpa menggerakkan plet tapak kompas,
pusingkan perumah kompas sehingga
garisan melaras berselari dengan garisan
utara (garisan meridien) peta.
Perhatian: Tentukan utara di perumah
kompas turut berselari dengan utara peta.
Langkah Ketiga
Pusingkan badan anda sehingga jarum
magnetik berselari dengan garisan melaras
(di dalam perumah kompas) dan juga utara
peta. Arah pergerakan anda adalah
sebagaimana petunjuk arah pergerakan
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
17
TEKNIK ASAS
Tidak kira samada pelayaran, penerbangan, rondaan tentera dan juga
orienteering, kemahiran navigasi merupakan faktor yang penting. Kemahiran
navigasi akan menentukan :
samada anda dapat tiba atau pun tidak di tempat yang ditujui.
samada anda mengikuti laluan yang betul seperti mana yang dirancangkan.
kepantasan anda untuk tiba.
Peta merupakan suatu alat utama untuk anda bergerak dan dibantu dengan
kompas. Segala maklumat yang ada di dalam peta adalah amat berguna kepada
seseorang orienteer di dalam merancang pergerakan dan menentukan
kedudukan ketika bergerak. Pergerakan dari satu kawalan ke satu kawalan yang
lain tidak semestinya dalam satu arah yang lurus iaitu dengan kata lain tidak
semestinya mengikut arah kompas 100 peratus. Malah pada sesuatu peringkat
di dalam landasan mungkin tidak memerlukan kompas langsung tetapi hanya
berpandukan peta sahaja.
Persediaan Peta
Perkara pertama yang anda patut lakukan apabila menerima peta ialah melaras
dan menentukan arah utara peta dan kompas, dan menentukan kedudukan anda
ketika itu.
Untuk mengemudikan diri dengan lancar dan pantas, anda sentiasa perlu
melaras peta agar ciri-ciri di atas peta berselari dengan ciri-ciri yang sama di atas
tanah. Bagi membantu anda berlari dan di masa yang sama mengetahui
kedudukan anda, sebaiknya peta dilipat sekecil yang boleh hanya mempamirkan
laluan yang akan diikuti. Peta hendaklah dipegang oleh tangan kiri ibu jari kiri
sentiasa mengikuti dan menunjukkan laluan pergerakan. Ini akan memudahkan
anda sentiasa mengetahui kedudukan anda di atas peta serta mengurangkan
risiko untuk sesat.
Teknik Susur Tangan (Handrails)
Bagi mereka yang baru di dalam orienteering, seseorang itu digalakkan memilih
laluan yang menggunakan ciri-ciri sebagai panduan pergerakan di mana ciri-ciri
ini adalah sesuatu yang mudah dikenalpasti dan diikuti di atas tanah. Ciri-ciri
yang dimaksudkan ini antara lainnya ialah jalan, lorongkaki, sungai, pagar dan
sebagainya, di mana ia dikenali sebagai ciri garisan (line feature). Kaedah
penggunaan ciri garisan ini dinamakan sebagai Teknik Susur Tangan.
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
18
Sebelum memulakan pergerakan,
cuba perhatikan apakah ciri garisan
yang boleh digunakan sebagai
Susur Tangan. Pastikan ciri
tersebut dapat membawa anda
seberapa hampir ke titik kawalan
yang anda tujui atau pun setidak-
tidaknya ciri tersebut menghala
selari ke arah pergerakan anda
walau pun hanya separuh
perjalanan sahaja.
Hanya dalam beberapa keadaan
sahaja yang anda akan menemui satu ciri garisan yang akan membawa anda
benar-benar hampir ke titik kawalan yang anda tujui. Oleh yang demikian,
terdapat di dalam beberapa keadaan yang lain, anda perlu memilih dan
merancang mengunakan beberapa ciri-ciri garisan di dalam sesuatu peringkat
larian.
Teknik Titik Sasaran (Attack Point)
Titik Sasaran merupakan suatu ciri yang jelas untuk digunakan sebagai:
Titik panduan untuk mengubah arah pergerakan.
Apabila anda tidak menggunakan arah kompas tetapi membuat pilihan
laluan yang lain seperti menggunakan ciri garisan dan sebagainya, anda
perlu membuat pembetulan atau mengubah arah pergerakan dari masa
ke semasa untuk tiba ke titik kawalan. Oleh yang demikian, anda perlu
pastikan satu ciri sebagai Titik Sasaran untuk dijadikan panduan di mana
apabila tiba di Titik Sasaran tersebut
anda akan mengubah laluan samada
anda akan melaras kompas semula atau
menggunakan pilihan laluan yang lain.
Ciri rujukan / sasaran sebelum tiba di
titik kawalan.
Selain dari menjadikan Titik Sasaran
sebagai panduan tempat untuk
mengubah laluan, Titik Sasaran juga
digunakan sebagai suatu ciri yang boleh
dirujuk untuk mengesahkan yang anda hampir tiba di titik kawalan yang
ditujui. Ciri yang dipilih sebagai Titik Sasaran di dalam keadaan ini
perlulah yang agak hampir dengan sesuatu titik kawalan. Elakkan
menggunakan banyak Titik-titik Sasaran di dalam setiap peringkat
pergerakan anda kerana ini boleh melengahkan pergerakan.
3
4

5
6
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
19
Relokasi
Relokasi adalah suatu teknik atau prosedur yang digunakan apabila anda tidak
pasti akan kedudukan sebenar anda atau apabila anda sesat.
1. Jangan panik jika anda rasa anda telah sesat.
2. Jangan bergerak/merayau-rayau tidak tentu arah.
3. Laraskan peta ke arah peta utara dan cuba bandingkan corak ciri-ciri yang
anda boleh lihat.
4. Jika anda masih tidak dapat menentukan kedudukan, cuba ingat ciri
terakhir yang telah dilalui dan semak di dalam peta.
5. Setelah 2 minit dan anda masih sesat, cuba bergerak ke arah ciri garisan
yang jelas. Dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke titik
kawalan.
6. Jika anda risau dan masih ragu-ragu, cuba dapatkan bantuan sesiapa atau
balik ke titik permulaan.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah anda mesti melapor diri samada di
titik penamat atau titik permulaan sekiranya anda tidak mahu meneruskan acara.
PROSEDUR MENYERTAI ACARA DAN PERATURAN AM
PENDAFTARAN
1. Daftarkan diri anda dengan mengisi butir-butir di dalam kad kawalan.
Sekiranya pengelola acara menyediakan lebih dari satu landasan, tentukan
anda memilih landasan yang betul/sesuai.
2. Serahkan semula kad kawalan anda dan dapatkan waktu mula anda dari
pengelola acara.
3. Lakukan pemanasan badan apabila waktu mula hampir tiba.
4. Anda tidak perlu berbaris menunggu untuk memulakan acara, memadailah
dengan bersedia di garisan permulaan antara 30 60 saat sebelum waktu
mula anda.
5. Anda tidak boleh berlepas sebelum waktu mula.
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
20
MEMULAKAN ACARA
1. Anda akan diberikan peta beberapa ketika sebelum anda memulakan acara.
Ini bertujuan untuk anda menyemak kedudukan anda dan meneliti peta
tersebut.
2. Sebaik sahaja anda diarahkan untuk memulakan acara, bergeraklah ke
tempat peta utama. Salin kesemua titik-titik kawalan dan keterangan kawalan
dari peta utama ke atas peta anda. Jangan membuang masa ketika
menyalin.
3. Setelah selesai menyalin, segeralah beredar supaya tidak mengganggu
peserta yang seterusnya.
DI TITIK KAWALAN
1. Tentukan anda tiba di titik kawalan yang betul dengan memastikan nombor
kawalan adalah betul.
2. Tebuk kad kawalan di kotak yang betul.
3. Segera jauhkan diri dari kedudukan titik kawalan bagi mengelakkan peserta
yang lain mengetahui dengan mudah kedudukan titik kawalan tersebut.
DI TITIK PENAMAT
1. Serahkan dengan segera kad kawalan untuk dicatitkan masa tamat.
2. Segera beredar supaya tidak mengganggu/menghalang peserta yang lain
yang akan tiba.
3. Anda dinasihat supaya jangan terus duduk tetapi berjalan-jalan sementara
menunggu kadar nadi kembali ke paras biasa.
PERATURAN AM
1. Orienteering merupakan suatu aktiviti sukan rekreasi, pakai pakaian yang
bersesuaian.
2. Setiap peserta yang mengambil bahagian di dalam sebarang acara
orienteering adalah di atas risiko sendiri. Dalam apa jua keadaan pastikan
keselamatan diri.
3. Berikan bantuan/rawatan kepada peserta lain yang tercedera yang
memerlukan bantuan walaupun ketika itu pertandingan sedang berlangsung.
Sekiranya rawatan tidak dapat diberi, laporkan kejadian itu kepada penganjur
ASAS ORIENTEERING
PERSATUAN ORIENTEERING MALAYSIA
21
acara. Penyertaan anda boleh dibatalkan sekiranya anda tidak memberikan
bantuan atau melaporkan kejadian tersebut.
4. Anda dilarang dari merosakkan sebarang tanaman, tumbuhan atau harta
benda awam atau persendirian.
5. Jangan memasuki kawasan yang ditanda sebagai Kawasan Larangan.
6. Elakkan dari memanjat pagar.
7. Elakkan dari menyeberangi tasik atau kolam atau sungai yang boleh
mengancam keselamatan diri.
8. Laporkan kepada penganjur acara sekiranya terdapat penanda kawalan yang
di dapati hilang.
9. Sekiranya anda tidak mahu meneruskan acara, anda dimestikan melapor ke
tempat penamat atau tempat permulaan.
10. Sekiranya wisel dibawa, ianya hanya boleh digunakan untuk tujuan
kecemasan sahaja.
11. Setiap peserta dikehendaki melawat kesemua titik-titik kawalan dan menebuk
kad kawalan mengikut susunan yang telah ditentukan. Walau bagaimana
pun, bagi acara Orienteering Bermarkah, peraturan ini dikecualikan.
PEMBATALAN PENYERTAAN
Peserta akan diistiharkan sebagai Did Not Finish (DNF) iaitu penyertaan
dibatalkan sekiranya peserta melakukan perkara-perkara berikut
Menghilangkan kad kawalan.
Tidak menebuk kad kawalan dengan selengkapnya sebagaimana yang
diperlukan.
Tebukan di kad kawalan terkeluar dari kotak yang sepatutnya.
Tebukan di kad kawalan kurang jelas.
Tidak membantu peserta yang tercedera yang memerlukan bantuan.
Menggunakan wisel tanpa alasan yang menasabah.
Menaiki sebarang bentuk kenderaan kecuali yang dibenarkan seperti di
dalam acara Mountain Bike Orienteering
Renungan:
Perjalanan hidup adalah seperti Landasan Orienteering di mana setiap peringkat kehidupan kita adalah
seperti Titik Kawalan. Sebelum memulakan perjalanan ke titik kawalan, amatilah peta kenali halangan
dan ciri yang membantu, dan plih laluan yang terbaik. Di dalam perjalanan, sentiasa semak peta dan
rupabumi agar kita berjaya sampai di titik kawalan. Begitu jugalah kehidupan kita, jadikan landasan
orienteering konsep perjalanan hidup kita demi kejayaan di dunia dan di akhirat.

Vous aimerez peut-être aussi