Vous êtes sur la page 1sur 12

Saidatina Khadijah al-Khuwailid

# Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan


gelisah. Diriwayatkan kehebatan Saidatina Khadijah ialah beliau
seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW
selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira.
# Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan
semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada kekuatan
iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina Khadijah tidak
mengalami gangguan dan ancaman kaum Musyrikin, tetapi sebagai
seorang wanita, beliau turut berasakan penderitaan dan kesedihan
jika suaminya menerima tentangan dahsyat dalam menyebarkan
dakwah Islam.
# Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama
Rasulullah SAW. Perkara ini dapat disaksikan dalam peristiwa
pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani Hasyim
dan Bani Mutalib selama tiga tahun.
# Pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa
raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah
SAW.
# Meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah
dan Rasul-Nya serta memberikan perlindungan dan pembelaan
kepada suaminya.
# Sanggup mengharungi pelbagai ugutan dan cabaran bersama
Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.






Saidatina Aishah r.a
Beliau mempunyai ilmu yang luas dalam bidang fiqh,
kemasyarakatan dan politik. Beliau menjadi pakar rujuk ilmu hadis,
seorang pemidato dan sasterawan. Urwah ibni al Zubir menyifatkan
Aisyah wanita paling alim dalam ilmu al-Quran, fiqh, syair dan hadis
Keistimewaan yang dimiliki beliau di antaranya seperti berpendirian
kuat, kecenderungan meneliti sesuatu perkara, ketangkasan
bertindak, kefasihan bertutur, daya ingatan yang kuat, segalanya
adalah kurniaan dari Allah.

Aku tidak mengetahui seorang pun yang lebih memahami tentang
sunnah Rasul dan yang lebih tepat pendapatnya, lebih tahu tentang
ayat Al-Quran yang diturunkan, serta lebih mengerti tentang hal-hal
yang fardhu; selain AisyahIbn Abdil Bar turut mengatakan,
Aisyah memiliki pengetahuan yang sangat tinggi di dalam bidang
tafsir, hadis, dan fikih; selain di dalam bidang perubatan, syair dan
salasilah.

Urwah bin Zubair juga berkata,
Aku tidak pernah mengetahui seorang pun yang lebih mengerti
tentang Al-Quran dan ketentuan-ketentuannya, tentang halal dan
haram, tentang syair, tentang pembicaraan dan nasab bangsa
Arab, selain Aisyah

Turut mengakuinya ialah Abu Umar di dalam ucapan beliau,Pada
zamannya tiada seorang pun yang mampu menandingi Aisyah
dalam bidang ilmu fikih, ilmu pengetahuan, dan ilmu syairSahabat
yang lain, Abu Bard bin Abu Musa mengisahkan dari ayahnya yang
pernah berkata,
Kami, para sahabat Rasul, tidaklah menghadapi suatu kesulitan
lantas kami tanyakan kepada Aisyah, melainkan kami mendapatkan
penyelesaian yang baik darinya.Di dalam kisah lain, beliau
menyebutkan,
Aku melihat guru-guru para sahabat besar bertanya kepada Aisyah
mengenai faraid
Ummul Mukminin, Aisyah radiallahu anha menjadi teladan dalam
hal kezuhudan, kemurahan hati, kedermawanan dan ketabahan
beliau.
Saidatina Aisyah r.a. bukan sahaja memiliki ketinggian ilmu
pengetahuan, bahkan turut memainkan peranan penting dalam
proses pendidikan dan pembentukan masyarakat ketika itu.
Sebagai seorang guru, beliau memiliki lisan yang jelas dan menarik
hati serta kelancaran bertutur kata beliau digambarkan dengan
begitu tinggi oleh al-Ahnaf:
Aku pernah mendengar ucapan dari Abu Bakar dan Umar, dari
Uthman dan Ali serta para khulafa hingga ke hari ini, tetapi belum
pernah aku mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik
hati dari mulut seorang pun melainkan Aisyah r.a.
Di samping menjelaskan kemusykilan orang ramai, beliau turut
mengambil anak-anak kecil, ada di kalangan mereka yatim piatu,
untuk dibesarkan dan dilatih di bawah bimbingannya sendiri. Di
samping itu juga terdapat saudara-saudara beliau yang mendapat
bimbingan yang sama. Dengan demikian, rumah Saidatina Aisyah
r.a. dijadikan sekolah dan sebuah institusi pengajian.
Ada di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang di
bawah pimpinan beliau. Peranan Aisyah dalam menggerakkan
proses pendidikan terutamanya bagi kaum wanita seharusnya
dijadikan contoh ikutan.











SAHSIAH GURU PENDIDIKAN ISLAM
- Penampilan diri dan perwatakan
Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru
muslim hendaklah merangkumi:
(a) Sifat Rohaniah
1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna
2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh
para Rasul
3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain

(b) Sifat-Sifat Akhlak
1. Benar dan jujur
2. Menepati janji
3. Amanah
4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan
5. Merendah diri
6. Sabar, tabah dan cekal
7. Hilm, pemaaf dan toleransi
8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud
dan qanaah

(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani i. Sifat Mental
1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial)
2. Menguasai mata pelajaran takhassus
3. Luas pengetahuan am
4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat
5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid
6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

ii. Sifat Kejiwaan
1. Sifat tenang dan emosi yang mantap
2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang
jiwa bila mengingatiNya.
3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat
4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan
5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan
masyarakat

iii. Sifat Fizikal
1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau
tidak berjangkit
2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih




- Sikap terhadap tugas
Sikap guru terhadap pekerjaan:-
- merupakan keyakinan seorang guru mengenai pekerjaan yang
diembannya, yang disertai adanya perasaan tertentu, dan
memberikan dasar kepada guru tersebut untuk membuat respons
atau berperilaku dalam cara tertentu sesuai pilihannya.
- mempengaruhi tindakan guru tersebut dalam menjalankan
aktivitas kerjanya. Bilamana seorang guru memiliki sikap positif
terhadap pekerjaannya, maka sudah barang tentu guru akan
menjalankan fungsi dan kedudukannya sebagai tenaga pengajar
dan pendidik di sekolah dengan penuh rasa tanggung jawab.
- dilihat dalam bentuk persepsi dan kepuasaannya terhadap
pekerjaan maupun dalam bentuk motivasi kerja yang ditampilkan.
Guru yang memiliki sikap positif terhadap pekerjaan, sudah barang
tentuakan menampilkan persepsi dan kepuasan yang baik terhadap
pekerjaanya maupun motivasi kerja yang tinggi, yang pada
akhirnya akan mencerminkan seorang guru yang mampu bekerja
secara profesional dan memiliki kompetensi profesional yang tinggi.





Hubungan Interpersonal
Interpersonal di sini membawa maksud kebolehan seseorang
bekerja secara kooperatif di dalam kumpulan, termasuk kebolehan
komunikasi secara verbal dan nonverbal, dapat membezakan
individu dari segi emosi, motivasi, perangai dan niat,mempunyai
perasaan empati serta dapat ketahui kepercayaan, ketakutan dan
harapan individu lain iaitu sensitif terhadap perasaan dan emosi
orang lain (Gardner,H 1983).
Kemahiran Interpersonal adalah lebih sinonim dengan kemahiran
berkomunikasi (Abdullah dan Ainon 2000). Malah kemahiran
interpersonal juga turut dikenali sebagai kemahiran individu itu
bersosial, bergaul atau berhubung. Antara kebolehan yang terdapat
dalam kemahiran interpersonal ialah kebolehan mementingkan nilai
murni, berpendirian, dan berminat dalam falsafah (Gardner,H
1983).
Peranan yang dimainkan oleh guru adalah penting dalam usaha
membentuk dan mencorak generasi akan datang sebagaimana
yang dicita-citakan oleh negara. Sebagai penyalur maklumat dan
penyampai visi dan misi kerajan guru haruslah mempunyai
kemahiran profesional, cekap dan dedikasi di dalam menjalankan
tugas mereka ( Mak Soon Sang, 1996 ).

Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah proses bagaimana
guru berkongsi pengalaman dengan muridnya, dan begitu juga
sebaliknya. Apabila mereka berkomunikasi, mereka saling
menyatakan pengetahuan dan pengalaman masing-masing dan
dengan cara itu, mereka mendapat manfaat daripada pertukaran
tersebut. Yusof (1990),
menyatakan bahawa komunikasi dari perspektif Islam ialah proses
menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dengan
menggunakan kaedah dan prinsip komunikasi yang terdapat dalam
Al-Quran dan Hadis.


- Kepimpinan

Definisi :
1. Adalah proses mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan ke
arah mencapai objektif yang telah ditetapkan.
2. Merupakan suatu proses di mana pemimpin akan cuba
mempengaruhi perlakuan pekerjanya bagi melaksanakan sesuatu
tugas untuk mencapai matlamat kerja bagi unit dan organisasi.
Ciri pemimpin : pemimpin formal,
Pemimpin yang dilantik disebabkan kedudukan formal dalam
organisasi.
Disebabkan kedudukannya sebagai seorang pengurus maka
secara tidak langsung beliau merupakan pemimpin jabatan
berkenaan
Pemimpin tidak formal,
Pemimpin yang dilantik secara tidak formal oleh organisasi untuk
mengetuai sesuatu kumpulan sosial yang terbentuk dalam
organisasi.
Kumpulan yang ditubuhkan secara tidak formal untuk
memperjuangkan kepentingan tertentu mungkin akan melantik
seorang pemimpin.
Kepimpinan beliau ini tidak disahkan oleh organisasi.
Pemimpin yang dilantik mungkin bertaraf lebih rendah atau lebih
tinggi atau setara dengan ahli kumpulan lain








GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PERKHIDMATAN AWAM

- Etika Kerja
1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami
daripada hal-hal lain.
1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira
faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial,
keturunan atau agama.
1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
1.4 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah
sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa
sebarang bayaran.

1.5 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui
pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas,
persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
1.6 Menunjukkan suatu cara pakaian pertuturan dan tingkahlaku
yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar.

2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA.[1]
2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-
anak mereka
2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang
erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
2.3 Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa
mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka
sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali
mereka yang
2.4 Memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-
anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada
ibubapa secara teliti dan bijaksana.
2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi pelajar.
2.6 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar
terhadap ibubapa atau penjaga mereka.


3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN
NEGARA[2].
3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang yang
boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara,
ataupun yang bertentangan dengan Rukunnegara.
3.2 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai nilai yang
boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara
yang yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna menghormati
orang tuan dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.
3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan
memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan
sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.

4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN
PROFESION PERGURUAN
4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau
ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di
hadapan pelajar atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru.
4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai guru.
4.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-
jawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4.4 Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya
mereka yang baru dalam profesion perguruan.
4.5 Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan
nama baik profesion perguruan.
.
4.6 Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru


- Kepentingan Nilai dan Etika

Garis Panduan
Kod etika telah menyediakan garis panduan bagaimana cara dan
kaedah bertingkah laku dalam profesion perguruan. Adalah sangat
berguna kepada guru-guru dalam merujuk dan menjadi kod etika
sebagai panduan dalam pengamalan tingkah laku yang
berlandaskan kehendak profesion perguruan selain daripada Islam
sebagai sumber rujukan pembentukan peribadi muslim.

Pernyataan yang Jelas
Kod Etika Perguruan telah menyatakan dengan jelas tentang
tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang
pendidikan di mana terdapat empat tanggungjawab utama guru
dalam alam pendidikan yang wajib dilaksanakan. Justeru, melalui
kod etika, guru telah diperjelaskan mengenai tanggungjawab yang
sentiasa akan direnung dan dihayati dalam memastikan
perlaksanaan tanggungjawab secara konsisten dan jitu.

Khusus dan spesifik
Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara
ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara
lain yang telah digubal mengikut nila, norma dan budaya
masyarakat Malaysia yang mempunyai keunikkan tersendiri dan
ianya khusus untuk profesion perguruan di Malaysia yang harus
dibanggakan dan lebih membanggakan jika ianya diamalkan dan
dihayati sepenuhnya.

Satu Dokumentasi
Kod etika merupakan satu bentuk dokumentasi yang telah digubal
oleh pihak kerajaan dalam memartabatkan lagi profesion ini dan
Kod Etika dalam bentuk dokumen,merupakan satu usaha untuk
menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan
sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya
boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.


Peningkatan Profesionalisme
Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ini dapat membuka mata
masyarakat bukan untuk membangga diri atau merendahkan
profesion lain namun ianya adalah untuk masyarakat sama-sama
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan
seterusnya menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan
dan negara.
Amalan Nilai-nilai
Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah
organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara
ahli dalam organisasi.



PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

- Perjawatan
- Krikulum
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Di dalam pendidikan formal, satu kurikulum adalah merupakan satu
set kursus, dan isi kandungannya, yang ditawarkan di
sebuah sekolah atauuniversiti. Sebagai satu idea, kurikulum
berasal dari perkataan Latin word bermaksud kursus perlumbaan,
yang merujuk kepada kursus-kursus deeds dan pengalaman
experiences bagaimana kanak-kanak membesar dan baligh
menjadi dewasa.
Makna Kurikulum
Kurikulum merupakan skop dan isi kandungan sesuatu mata
pelajaran di institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti.
Lazimnya ia ditentukan oleh Kementerian Pendidikan negara
masing-masing tetapi guru juga memainkan peranan dalam
menentukan kurikulum mata pelajaran yang diajarinya

Vous aimerez peut-être aussi