Vous êtes sur la page 1sur 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II

LENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA,


13700 PERAI, PULAU PINANG

LAPORAN PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER KEBERSIHAN TANDAS 1


LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : NUR ANATI BINTI AZIZAN
PROGRAM : PISMP JANUARI 2010
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II
NAMA PROJEK/AKTIVITI : PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA
POSTER KEBERSIHAN TANDAS
TEMPOH PELAKSANAAN : 12 SEHINGGA 15 JULAI 2013

OBJEKTIF:
Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:
1) Menerapkan nilai-nilai menjaga kebersihan
2) Mendidik murid-murid supaya lebih menghargai tandas sekolah.
3) Membuka minda murid-murid supaya suka pada lukisan.
4) Membentuk sahsiah murid-murid supaya bersama-sama menghargai lukisan.
5) Memupuk sifat menghargai kemudahan awam terutamanya tandas awam di
kalangan murid-murid.

STRATEGI PELAKSANAAN:

Hari /Masa Aktiviti
12 Julai (Jumaat)
(8.45 -9.45 pagi)
Pertandingan Mewarna Tahap 1
12 -15 Julai
Jumaat Isnin
Pertandingan Melukis dan mewarna poster Tahap 2
22 Julai (Isnin) Penyampaian Sijil dan Hadiah



SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II
LENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA,
13700 PERAI, PULAU PINANG

LAPORAN PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER KEBERSIHAN TANDAS 2

REFLEKSI:
1) Kekuatan Projek/Aktiviti

Bimbingan daripada guru di sekolah sebenarnya banyak merupakan
faktor kejayaan program ini. Di sini, saya belajar banyak tentang proses
mengurus pertandingan yang melibatkan peserta yang ramai.
Walaupun pertandingannya berbentuk arahan yang mudah, namun
proses menyenaraikan kriteria pemenang merupakan satu yang baru
bagi saya. Dalam projek ini, peranan Puan Chan telah banyak
membantu kami memahami komponen penting dalam pertandingan
melukis dan mewarnai poster. Diharapkan ilmu ini dapat saya gunakan
di masa akan datang.
Dari segi peralatan, saya telah dibekalkan dengan peralatan yang
secukupnya oleh ketua panitia. Kesemua peralatan telah diterima
dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, pertandingan yang dianjurkan
dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekurangan. Sepanjang
pertandingan berlangsung, saya telah bertugas untuk memantau
perjalanan program untuk memastikan pertandingan berjalan dengan
lancar. Hal ini memudahkan pihak pengelola untuk mengumpul kertas
lukisan selepas pertandingan tamat. Memandangkan pertandingan ini
mendapat sambutan yang meriah, sistem pengumpulan kertas lukisan
perlu diberi penekanan agar tiada peserta yang ketinggalan.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Sebarang kelemahan yang saya dapati di dalam projek ini adalah dari
kelemahan saya sendiri. Di dalam menjalankan tugas, kita seharusnya
meneliti setiap perkara dengan sedalam yang boleh supaya tiada
sebarang perkara yang boleh mengganggu perjalanan pertandingan.
Hal ini terjadi apabila kami tidak membuat pengumuman tentang
pertandingan melukis dan mewarnai poster ini kepada guru-guru lain
dan murid-murid. Ada di antara guru-guru tidak jelas tentang

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II
LENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA,
13700 PERAI, PULAU PINANG

LAPORAN PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER KEBERSIHAN TANDAS 3

pertandingan tersebut. Kami terlepas pandang dalam memberi
penerangan kepada guru-guru bagaimana pertandingan ini harus
berlangsung bagi tahun 1, 2 dan 3. Tambahan, memo yang dikeluarkan
oleh pihak penganjur tidak diletakkan masa yang jelas. Terima kasih
kepada Encik Zalizal, kami sempat membetulkan kesalahan yang
terdapat pada memo tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Untuk meningkatkan lagi sambutan dari murid, saya mencadangkan agar tempoh
masa pertandingan dipanjangkan agar murid tahap 2 dapat menyiapkan lukisan
terus di sekolah. Bagi meningkatkan kreativiti murid, sebuah pameran berkaitan
dengan tema pertandingan boleh diadakan agar lukisan yang dihasilkan adalah lebih
pelbagai dan menarik.

KESIMPULAN:

Pertandingan bertemakan kreativiti sememangnya dapat menarik minat murid secara
keseluruhannya. Kelebihan ini boleh digunakan untuk menyampaikan mesej kepada
mereka. Pertandingan ini juga memberi semangat kepada murid terhadap
kebersihan tandas yang perlu mereka jaga.

Vous aimerez peut-être aussi