Vous êtes sur la page 1sur 4

ABSTRAK

Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan aktiviti kuari terhadap
penduduk di kawasan Kampung Pelet. Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian iaitu
objektif pertama mengenalpasti kesan-kesan aktiviti kuari terhadap penduduk Kampung Pelet
dan objektif kedua ialah langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi dari
aktiviti kuari terhadap penduduk Kampung Pelet. Kajian diadakan di Kampung Pelet, Kubang
Semang. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan serta soal selidik. Sampel kajian
adalah seramai tiga puluh orang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bunyi letupan kuat
mengganggu ketenteraman penduduk antara kesan aktiviti kuari dan membuat aduan kepada
jabatan pengangkutan jalan merupakan langkah untuk mengatasi masalah terhadap penduduk
Kampung Pelet. Bunyi letupan kuat menunjukkan bahawa seramai 30 orang bersamaan 100%
memilih setuju manakala bagi aduan kepada jabatan pengangkutan jalan seramai 28 orang
bersamaan 93.3% memilih setuju dan 2 orang bersamaan 6.7 memilih tidak setuju. Kajian ini
merumuskan bahawa terdapat tujuh kesan aktiviti kuari dan tujuh langkah mengatasi masalah
pencemaran bunyi dari aktiviti kuari terhadap penduduk Kampung Pelet.














Kesimpulan
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan
pembuangan sampah di pasar malam Sungai Dua dan mengkaji langkah-langkah yang diambil
untuk menangani masalah pembuangan sampah di kawasan pasar malam. Hal ini demikian
kerana pembuangan sampah di kawasan pasar malam Sungai Dua selepas akitiviti perniagaan
dijalankan merupakan salah satu pencemaran sampah yang menjadi semakin serius dan telah
menarik perhatian penduduk di kawasan Sungai Dua bahawa pencemaran ini perlu diatasi.
Pencemaran di pasar malam ini sangat mengganggu ketenteraman pengkaji dan penduduk
setempat di kawasan Sungai Dua ketika melalui kawasan tersebut. Soal selidik telah digunakan
sebagai instrumen kajian ini.
Dapatan hasil kajian mendapati bahawa faktor yang menyebabkan berlakunya
pembuangan sampah di kawasan pasar malam Sungai Dua adalah berkaitan dengan kekurangan
tong sampah di sekitar pasar malam dan pembeli suka membuang sisa makanan merata-rata di
kawasan pasar malam. Selain itu, faktor lain yang menyebabkan pencemaran pembuangan
sampah di pasar malam adalah kerana para peniaga dan pembeli sering menganggap bahawa
menjaga kebersihan kawasan pasar malam adalah tanggungjawab MPSP sejurus selesai
melakukan aktiviti perniagaan. Seterusnya, para peniaga tidak membersihkan kawasan gerai
selepas perniagaan dan kekurangan kesedaran sivik mengenai penjagaan alam sekitar dalam
kalangan peniaga dan pembeli juga merupakan faktor yang menyebabkan terjadinya
pembuangan sampah di kawasan pasar malam. Akibat daripada faktor-faktor tersebut peniaga
dan pembeli sering membuang sampah di merata-rata tempat tanpa memikirkan kesan yang akan
timbul daripada pembuangan sampah tersebut.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati bahawa langkah-langkah yang diambil untuk
menangani masalah pembuangan sampah di kawasan pasar malam Sungai Dua adalah dengan
melakukan pemantauan sepanjang aktiviti perniagaan oleh MPSP dan menggantung lesen kepada
peniaga yang tidak menjaga kebersihan. Seterusnya, langkah yang diambil ialah mengenakan
kompaun terhadap pengguna yang membuang sampah sesuka hati dan mengadakan kempen
kesedaran alam sekitar kepada masyarakat. Selain itu, menyediakan tong sampah yang
mencukupi di tapak pasar malam dan meletakkan tong sampah di laluan utama juga merupakan
langkah yang diambil bagi menangani masalah pembuangan sampah di kawasan pasar malam.
Akhir sekali, langkah yang diambil bagi menangani masalah pembuangan sampah di kawasan
pasar malam ialah dengan membersihkan tapak pasar malam selepas aktiviti perniagaan berakhir.
Oleh itu, berdasarkan faktor-faktor tersebut, pihak yang bertanggungjawab haruslah memainkan
peranan penting bagi mengawal keadaan pencemaran ini daripada berterusan dan mengganggu
ketenteraman penduduk.



RUJUKAN

Jurnal Wan Zuhairi Wan Yaacob, Penyediaan Tapak Pembuangan Sisa
Berita Harian, Jamilah Shukri, 16 April 2010
Akhbar Kosmo, Rabu, 19 Mei 2010
Berita Harian, 13 Oktober 2010
Utusan Malaysia, 8.6.2013, Mohamad Saifudin Mohammad Saleh
Utusan Malaysia, 9 Mac 1991
Utusan Malaysia, 30 Mac 1991
Blueprint Program Transformasi MPSP
http://www.utusan.com.my/utusan/Impak_Alam/20120608/al_01/Tradisi-pencemaran-pasar-
malam

Vous aimerez peut-être aussi