Vous êtes sur la page 1sur 23

Sample of good assignment

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA.




SEMESTER MEI / 2012


HBML 4103


SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU





.

Sample of good assignment


PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN
ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT
________________________________________________________________________
HBML4103
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
MEI 2012
________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.
/ This assignment contains only ONE (1) question that is set in the language of the printed module for the
course.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu / Answer in Malay.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan
penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New
Roman dan langkau baris 1.5. / Download the language version of the assignment template concerned from
the MyVLE for preparation and submission of your assignment. Your assignment should be typed using 12
point Times New Roman font and 1.5 line spacing.

4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan
perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam
jawapan anda. / Your assignment should be between 2500 to 3000 words excluding references. The number of
words should be shown at the end of your assignment. Do not copy the assignment question and instructions
to your answer.

5. (a) Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal
untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan
senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. / You must submit your assignment ON-LINE via
the MyVLE. Refer to the portal for instructions on the procedures to submit your assignment on-line. You are
advised to keep a copy of your submitted assignment for personal reference.

6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. / You can submit your assignment
ONCE only in a SINGLE file.

7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 27hb Jun hingga 9hb Julai 2012 (ONLINE) Serahan selepas 9hb
Julai 2012 TIDAK akan diterima. / Your assignment must be submitted between 27th June 2012 until 9th
July 2012. Submission after 9th July 2012 will NOT be accepted.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang
sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. / Your assignment should be prepared
individually. You should not copy another persons assignment. You should also not plagiarise another
persons work as your own.

Sample of good assignment







SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION


Sejarah perkembangan sesuatu bahasa dapat diperhatikan melalui teks kesusasteraan lama. Sebagai
seorang pengkaji bahasa Melayu, anda berminat untuk meneliti perbezaan antara bahasa Melayu klasik
dan bahasa Melayu moden. Dengan berdasarkan sebuah hikayat lama, tunjukkan perbezaan antara bahasa
Melayu klasik dan bahasa Melayu moden daripada sudut perkataan (morfologi) dan ayat (sintaksis).

( 40 markah )

__________________________________________________________________________________

PENILAIAN / EVALUATION
Tugasan ini akan menyumbangkan 40 % markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan
kepada Rubrik. / This assignment accounts for 40 % of the marks for the course mentioned and shall be
assessed based on the Rubrics.
Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula / You
would be informed of the assignment mark before the Final Semester Examination commences.
PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH / PLAGIARISM : MARKS DEDUCTION
Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika
plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: / Warning : The submitted assignment
will automatically undergo a similarity check. If plagiarism is detected, marks would be deducted as
follows:
Tugasan dengan kandungan 10 - 30 % yang sama dengan lain: 20% potongan daripada jumlah
markah yang diperolehi.
Tugasan melebihi kandungan 30 % yang sama dengan lain: Markah sifar akan diberikan.
Assignments with 10 - 30 % overlap with others : 20% deduction from the total marks scored.
Assignments with more than 30% overlap with others : Zero mark would be given


MUKA SURAT TAMAT / END OF PAGE


Sample of good assignment

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1
2.0 Bahasa Melayu kuno 3
3.0 Bahasa Melayu Klasik 4
3.1 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik 6
3.2 Bahasa Melayu Klasik Dari Sudut Morfologi 7
3.3 Bahasa Melayu Klasik Dari Sudut Sintaksis 7
3.3.1 Perbezaan antara Bahasa Melayu Klasik dan
Bahasa Melayu Moden daripada sudut perkataan
(Morfologi) dan ayat (Sintaksis) 7
4.0 Kesimpulan 18
Bibliografi 19









Sample of good assignment

1.0 PENGENALAN

Bahasa melambangkan bangsa. Begitulah ungkapan jika kita hendak melihat siapa
yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu
masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi.
Demikianlah juga halnya dengan Bahasa Melayu, apabila kita ingin mengetahui asal usul Bahasa
Melayu, maka kita perlu meneliti asal usul bangsa Melayu. Sebenarnya kita tidak mengetahui
dengan tepat dari manakah Bahasa Melayu itu bermula. Banyak teori yang dikemukan tentang
perkara tersebut. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama
menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua
menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau
Nusantara ini.

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian
Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu.
Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung
batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai
Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama,
Beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah
kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan
pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan
yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau
mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di
Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik . Perkataan tersebut
di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi.
1

Sample of good assignment

Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa Bahasa Melayu
ini berasal daripada satu induk yang sama terdapat di Nusantara dan Selatan Asia.


W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa Bahasa Melayu dan bahasa
Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik)
merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa
Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa Bahasa Melayu
dan bahasa Campa merupakan warisan daripada Bahasa Melayu Kontinental. Di samping
keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu
(terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa
terdapat kesamaan pembentukan kata dalam Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau
berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang
dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula
berkesimpulan bahawa struktur Bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di
Kampuchea.


J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati
bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di
daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka
gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa Bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K.
Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa
mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.
Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong
pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan
2

Sample of good assignment

bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk
Bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci
lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini
bukan bergerak sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu
Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun,
beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan
perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi.

Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan
daripada bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Klasik berasal daripada Bahasa Melayu Kuno
dan Bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada Bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang
keliru. Beliau berpendapat bahawa hubungan Bahasa Melayu Moden dengan Bahasa Melayu
Purba adalah logik.

Bahawa Bahasa Melayu Moden berasal daripada Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa
Melayu Klasik berasal daripada Bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada
Bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada Bahasa Melayu Kuno. Skema ini juga
memperlihatkan bahawa Bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada
dialek Johor-Riau dan Bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek
yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek
Johor-Riau ini dipercayai bahasanya hanya berasal daripada Bahasa Melayu Klasik.

2.0 BAHASA MELAYU KUNO
Berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah digunakan oleh pedagang Arab
sebagai laluan pelayarannya membawa barang perniagaan dari Tiongkok, Sumatera, dan India ke
3

Sample of good assignment

Pelabuhan Yaman. Dari Sumatera hasil yang paling utama mereka beli ialah rempah kerana
rempah ini merupakan keperluan yang penting bagi orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba' wujud
di antara 115-950 SM). Pelabuhan di Sumatera pula mendapat bekalan rempah ini dari Pulau
Maluku di samping Acheh yang sudah terkenal hasil rempahnya ke dunia Arab.


Pedagang Arab yang dimaksudkan di sini tidak semestinya beragama Islam kerana
hubungan di antara Arab dan alam Melayu telah wujud sejak zaman sebelum munculnya Islam.
Penggunaan kapur barus untuk mengawetkan mayat (mummi) yang disimpan di dalam piramid
pada Zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari Barus (nama tempat) di Pulau Sumatera.
Pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan
pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan
mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini
bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India
dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga
para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk
menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan
Bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai
sebagai Bahasa Melayu Kuno.

3.0 BAHASA MELAYU KLASIK

Menurut Kamus Edisi ke-4 makna klasik adalah serius dan abadi, tertinggi nilainyadan
menjadi standard kepada yang lain. Bahasa Melayu Klasik pula bermaksud bahasa yang serius
dan abadi nilainya, tinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain.

4

Sample of good assignment

Manakala pengertian Bahasa Melayu Moden pula ialah bahasa yang berkembang serta
digunakan hingga hari ini.

Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik bermula abad ke-13 dan berakhir abad
ke-19. Sementara Dr. Zaitun Azma mengatakan perkembangan Bahasa Melayu Klasik
mempunyai kaitan dengan perkembangan sastera. Ia menceritakan tentang sejarah. Pada masa
yang sama bahasa klasik digunakan pengarang untuk menghasilkan karya dalam bidang
kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan ini
pengaruh agama Hindu hilang sedikit demi sedikit.

Bahasa Melayu Klasik diasaskan apabila terdirinya kerajaan Islam Samudera Pasai di
bawah perintahan Sultan Malikul Saleh. Zaman permulaan ditandai dengan terjumpanya Prasasti
bertarikh 702 hijrah. (1303 m) Selain itu terdapat juga di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan
Selatan Sumatera dan lain-lain. Zaman klasik memperlihatkan kemasukan perkataan Arab
dengan tulisan jawi. kata-kata pinjaman Arab dan Farsi disamping Portugis, Inggeris dan
Belanda. Dalam masa yang sama Zaman Bahasa Melayu Klasik boleh dikesan dengan
kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu hadir dalam pemerintahan,
perhubaungan, perdagangan dan penyebaran agama Islam.

Amat Juhari Mouin (1992: 1062) menjelaskan bahawa tulisan rumi mula diperkenalkan
oleh David Barboza tahun 1516 setelah Melaka ditawan Portugis dimana tahun kejatuhan
Melaka. Secara ringkasnya, kosa kata bahasa Arab banyak digunakan seperti dalam Hikayat
Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Melayu Johor dan lain-lain.
Sementara tokoh penting dalam perkembangan bahasa ini ialah Hamzah Fansuri, Samsuddin Al-
Sumaterani dan Abdul Raof Singkel.
5

Sample of good assignment

Dari segi fonologi sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tidak ada data. Kebanyakan
data berbentuk lisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang sebenar. Awang Sariyan
menyatakan perlambangan bunyi vokal kepada 5 iaitu I,a,u, (daripad vokal Arab, 1, wau dan
ya ) Namun vokal klasik adalah a, e, i, o, u. Penggunaan imbuhan adalah sama dengan imbuhan
moden. Ianya sama berlaku pada proses morfofonetik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi
sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanafaatkan empat pola ayat dasar iaitu ayat tunggal, ayat
majmuk, ayat kompleks dan ayat pasif.

3.1 Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Klasik berbeza dari kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri tersebut
ialah:
a) Ayat yang panjang dan berbelit-belit.Gabungan ayat tunggal yang dicantumkan
dengan menggunakan kata hubung tertentu dan dan atau atau menggunakan tanda
koma dan tanda koma bertindih sahaja.
b) Banyak ayat pasif .Bentuk ayat pasif yang lumrah digunakan iaitu bentuk yang
menggunakan objek pelaku atau subjek.
c) Menggunakan bahasa istana. Banyak menggunakan panggilan titah, gering dan
sebagainya.
d) Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, sahaya dan sebagainya.
e) Terdapat banyak menggunakan kata pangkal ayat ini atau perdu perkataan seperti
sebermula, alkisah, hatta, arakian dan sebagainya.
f) Penggunaan ayat songsang dengan pendepanan prediket kesan daripada pengaruh
bahasa Arab dan menggunakan partikel pun dan lah.
6

Sample of good assignment

Mengikut kajian Asmah Hj Omar tentang kitab Aqaiid al-Nasafi iaitu teks tertua
Bahasa Melayu menunjukkan hamper 80 % kosa katanya adalah kosa kata Bahasa Melayu. Kata
pinjaman yang digunakan ialah Bahasa Arab, Farsi Dan Sanskrit.

3.2 Bahasa Melayu Klasik Dari Sudut Morfologi

Berdasarkan petikan Sejarah Melayu di atas kita boleh melihat penggunaan kata pangkal
ayat atau perdu perkataan iaitu maka sebanyak empat kali contohnya.Maka titah raja kepada
bendahara dan segala orang besar-besar.
Penggunaan kata partikel masih lagi digunakan dalam ayat, Contohnya, maka rajapun
segera naik gajah.
Penggunaan partikel lah masih digunakan iaitu haru-birulah bunyinya sampai ke
dalam.

3.3 Bahasa Melayu Klasik Dari Sudut Sintaksis
3.3.1 Perbezaan antara Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden dari sudut
perkataan (Morfologi) dan ayat ( Sintaksis).

Petikan 1
Hatta, berapa lamanya, setelah sudah Raja Iskandar melihat matahari terbit. Maka baginda pun
kembalilah, lalu dari negeri Raja Kida Hindi. Maka Raja Kida Hindi pun keluarlah meghadap
Raja Iskandar dengan segala perembahannya, daripada tahfifah yang mulia-mulia dan daripada
mata benda ajaib-ajaib. (petikan Sejarah Melayu mukasurat 6).
7

Sample of good assignment

Berdasarkan petikan buku Sejarah Melayu di atas kita boleh melihat beberapa perbezaan antara
Bahasa Melayu Klasik. Antara perbezaan dari segi morfologi ialah :
a) Perbezaan Dari Segi Morfologi
Perbezaan 1
Bahasa Melayu Klasik
Dalam Bahasa Melayu Klasik terdapat perkataan pangkal ayat iaitu Hatta. Kata-kata ini
bukan sahaja digunakan untuk memulakan perenggan tetapi pada awal ayat Ini menjadi satu
dalam perenggan. Ini menjadi satu kemestian jika mahu memulakan ayat atau perenggan.

Bahasa Melayu Moden
Dalam Bahasa Melayu Moden perkataan hatta dan seumpamanya tidak digunakan lagi
malah digugurkan dalam sebarang penulisan. Penulisan Melayu Moden tidak memperlihatkan
penggunaan kata panggkal ayat sedemikian.

Perbezaan 2
Bahasa Melayu Klasik
Dalam petikan Sejarah Melayu di atas penggunaan bahasa istana adalah menonjol iaitu
baginda. Ia merupakan ganti nama pertama kepada seorang raja. Contoh dalam petikan.
Setelah sudah Raja Iskandar melihat matahari terbit, maka baginda pun kembalilah.


8

Sample of good assignment

Bahasa Melayu Moden
Dalam Bahasa Melayu Moden penggunaan Bahasa Istana tidak begitu menonjol kerana
penggunaan bahasa yang biasa yang mempunyai pelbagai laras yang berfungsi sebagai bahasa
ilmu.

b) Perbezaan Dalam Bidang Sintaksis
Perbezaan 1
Bahasa Melayu Klasik
Dalam bidang sintaksis penggunaan ayat Bahasa Melayu Klasik adalah ayat panjang-
panjang dan berbelit-belit Gabungan beberapa ayat tunggal dicantumkan dengan menggunakan
kata hubung tertentu terutama dan juga ataudengan guna tanda koma atau tanda nokhtah
bertindih sahaja.. Contohnya .
Maka Raja Kida Hindi pun keluarlah menghadap Raja Iskandar dengan segala
persembahanny,daripada tahfifah yang mulia-mulia dan daripada mata benda ajaib-ajaib

Bahasa Melayu Moden.
Dalam Bahasa Melayu Moden ayatnya lebih ringkas, padat dan tepat sesuai dengan
fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks yang
melibatkan pelbagai ilmu pengetahuan moden.
Setelah sekian lama berada di negeri tersebut, Raja Iskandar dan rombongannya pulang dari
negeri Kida Hindi. Sebelum berangkat Raja Kida Hindi meraikan Raja Iskandar dengan
memberikan hadiah dan layanan yang baik.
9

Sample of good assignment

Petikan 2
Setelah berapa lamanya, maka Raja Suram pun sampailah kepada sebuah negeri, Gangga
Negara namanya, Raja Gangga Syah Jehan namanya rajanya. Adapun negeri itu di atas bukit, di
pandang dari hadapan terlalu tinggi dan dari belakang rendah juga: ada sekarang kotanya di
Darat Dinding, ke sana Perak sedikit.
( petikan Sejarah Melayu mukasurat 9).

c) Bahasa Melayu Klasik Dari Sudut Morfologi
Perbezaan 1
Bahasa Melayu Klasik
Dalam petikan di atas didapati penggunaan partikel lah dan pun amat kerap sekali. Ini
dilakukan untuk menambah keberkesanan penggunaan Bahasa Melayu. Contoh dalam ayat.
Raja Suram pun sampailah kepada sebuah negeri. Adapun negeri itu di atas bukit.

Bahasa Melayu Moden
Dalam Bahasa Melayu moden penggunaan partikel lah dan pun jarang sekali
digunakan. Partikel ini digunakan dalam ayat suruhan untuk memberi kesan kepada pembaca.




10

Sample of good assignment

d) Perbezaan Bahasa Melayu Dalam Bidang Sintaksis
Perbezaan 1
Bahasa Melayu Klasik
Dalam bidang sintaksis petikan di atas menggunakan ayat pasif di mana lebih mengutamakan
objek pelaku atau subjek. Contohnya. Adapun negeri itu di atas bukit, di pandang dari hadapan
terlalu tinggi dan dari belakang rendah juga: ada sekarang kotanya di Darat Dinding, ke sana
Perak sedikit.

Petikan Dari Bahasa Moden.
Dari penggunaan bahasa moden ia adalah seperti berikut.
Raja Suram kembali ke negerinya setelah berada di negeri Gangga Negara yang terletak di
tempat tinggi dalam daerah Dinding, Negeri Perak.

Petikan 3
Maka pada malam itu dipandang oleh Wan Empuk dan Wan Malini dari rumahnya, di
atas Bukit Seguntang itu bernyala-nyala seperti api. Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini,
Cahaya apa gerangan bernyala-nyala itu ? Takut pula beta melihat dia. Maka kata Wan Malini,
Jangan kita ingar-ingar,kalau gemala naga besar besar gerangannya.
(petikan Sejarah Melayu muka surat 17)


11

Sample of good assignment

e) Perbezaan Bahasa Melayu Dari Segi Morfologi
Bahasa Melayu Klasik
Berdasarkan petikan Sejarah Melayu di atas kita melihat penggunaan kata yang digunakan iaitu,
Penggunaan kata pangkal ayat maka
Penggunaan perkataan kata kerja pasif iaitu dipandang
Menggunakan perkataan klasik iaitu ingar-ingar

Bahasa Melayu Moden
Dalam Bahasa Melayu Moden penggunaan maka tidak digunakan lagi. Sementara satu
perkataan dipandang adalah kata kerja pasif. Kita boleh menukarkannya kepada kata kerja
aktif iaitumemandang.
Perkataan ingar-ingar membawa maksud agak-agak.

f) Perbezaan Bahasa Melayu Dari Sudut Sintaksis
Bahasa Melayu Klasik
Dari sudut sintaksis pula struktur yang digunakan dalam petikan Sejarah Melayu ini adalah
pasif dan berbelit-belit.Contoh petikan tersebut. Takut pula beta melihat dia.

Bahasa Melayu Moden
Dalam Bahasa Melayu Moden kita boleh bina seperti berikut. Beta takut melihat api itu.
12

Sample of good assignment

Dalam Bahasa Melayu Moden kita boleh membuat ayat seperti berikut.
Wan Empok dan Wan Malini mengalihkan pandangan ke atas bukit dan mendapati terdapat
cahaya yang cerah seolah-olah satu bencana kebakaran sedang berlaku.

Petikan 4
Maka berebutlah melihat orang penuh sesak, tiada bersela lagi, dan haru birulah bunyinya
sampai ke dalam. Maka rajapun segera naik gajah lalu berangkat keluar, diiringkan oleh segala
orang besar-besar. Maka dilihat rajalah kelakuan Makhdum sembahyang itu nyatalah seperti di
dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan segala orang besar-besar, nyatalah
demikian seperti di dalam mimpiku itu.
(Petikan sejarah Melayu mukasurat 56).

g) Bahasa Melayu Klasik Dari Sudut Morfologi
Berdasarkan petikan Sejarah Melayu di atas kita boleh melihat penggunaan kata pangkal
ayat atau perdu perkataan iaitu maka sebanyak empat kali contohnya. Maka titah raja kepada
bendahara dan segala orang besar-besar.
Penggunaan kata partikel masih lagi digunakan dalam ayat, contohnya maka rajapun segera naik
gajah.
Penggunaan partikel lah masih digunakan iaitu haru-birulah bunyinya sampai ke dalam

h) Bahasa Melayu Klasik Dari Sudut Sintaksis
Berdasarkan petikan Sejarah Melayu di atas, ayat yang digunakan adalah ayat pasif,
13

Sample of good assignment

panjang dan berbelit-belit. Contohnya di atas Bukit Seguntang itu bernyala-nyala seperti api..
Dalam Bahasa Melayu Moden
Dalam Bahasa Melayu Moden dapat ditulis seperti berikut.
Di dapati ramai orang berhimpun dalam situasi tidak menentu.Ianya menarik minat Sultan
Alauddin untuk mengetahui apa yang berlaku. Baginda mengambil keputusan untuk menyiasat.
Dalam penyiasatan itu ia ditemani oleh dua orang pahlawan iaitu Hang Isap dan Hang Siak.

Petikan 5
Maka pada sekali peristiwa pencuri terlalu buas di dalam negeri Melaka, orang
kehilangan pun tiada berhenti lagi sentiasa malam. Telah Sultan Alauddin menengar pencuri
terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu masygul. Telah hari malam maka baginda pun
memakai cara pakaian si pencuri. Maka banginda pun menyamar, tiada membawa teman, hanya
Hang Isap dan Hang Siak juga dibawa baginda. Serta pergi itu, maka Sultan Alauddin pun
berjalan tiga orang berkeliling negeri Melaka itu, hendak melihat hal negeri.
( petikan sejarah Melayu mukasurat 128).

i) Bahasa Melayu Klasik Dari Segi Morfologi.
Bahasa Melayu Klasik
Berdasarkan petikan Sejarah Melayu di atas terdapat penggunaan Bahasa Melayu iaitu
penggunaan kata pangkal ayat maka.
-Penggunaan perkataan Bahasa Melayu Klasik iaitu menengar
-Penggunaan bahasa Sanskrit masygul
14

Sample of good assignment

-Penggunaan perkataan perbuatan berkeliling

j) Bahasa Melayu Moden Dari Sudut Morfologi.
Penggunaan kata pangkal ayat maka adalah popular dalam Bahasa Melayu Klasik.
Bagaimanapun perkataan ini tidak digunakan lagi dalam Bahasa Melayu Moden kerana tidak
sesuai dengan perkembangan masa.
Penggunaan perkataan menengar dalam bahasa melayu klasik sama maksudnya dengan
perkataan mendengar dalam Bahasa Melayu Moden.
Penggunaan perkataan Sanskrit masygul telah tidak digunakan lagi dalam Bahasa Melayu
moden. Perkataan ini digantikan dengan perkataan sedih, hiba, dukacita dan terharu.
Penggunaan perkataan perbuatan berkeliling dalam bahasa klasik digantikan mengelilingi
dalam Bahasa Melayu Moden.

k) Perbezaan Bahasa Melayu klasik Dari Sudut Sintaksis
Dalam bidang sintaksis ayat kompleks yang digunakan adalah panjang dan berbelit-belit.
Maka banginda pun menyamar, tiada membawa teman,hanya Hang Isap dan Hang Siak juga
dibawa baginda. Serta pergi itu, maka Sultan Alauddin pun berjalan tiga orang berkeliling negeri
Melaka itu, hendak melihat hal negeri.
Selain itu ayat pasif banyak digunakan. Contohnya Hang Siak juga dibawa bersama.



15

Sample of good assignment

l) Bahasa Melayu Moden Dari Sudut Sintaksis
Bahasa Moden dapat ditulis seperti berikut.
Banyak kecurian berlaku dalam negeri Melaka pada waktu malam. Sultan Alauddin
mendengar berita buruk itu dan baginda amat sedih. Baginda mengambil keputusan menyiasat
sendiri dengan ditemani oleh Hang Isap dan Hang Siak. Baginda menyamar sebagai seorang
pencuri.

Petikan 6
Arakian, turun sebuah kapal dari Judah datang ke Melaka, di dalam kapal itu ada seorang
pendeta Maulana Sadar Jehan namanya. Telah sampai kepada Sultan Mahmud Syah, baginda
pun berguru pada Maulan Sadar Jahan itu, ia terlalu alim: dan ananda baginda Raja Ahmad pun
disuruh baginda mengaji pada Maulana Sadar Jahan itu.
( petikan Sejarah Melayu mukasurat 185 ).

m) Bahasa Melayu klasik Dalam Bidang Morfologi.
Dalam petikan Sejarah Melayu diatas terdapat penggunaan kata pangkal ayat iaitu arakian.
Terdapat juga pengaruh Islam dan Parsi seperti perkataan Maulana, alim dan perkataan Sanskrit
iaitu pendeta.
Penggunaan tanda baca (nokhtah bertindih) menganggu perjalanan ayat.
Contoh : Telah sampai kepada Sultan Mahmud Syah,baginda pun berguru pada Maulan Sadar
Jahan itu, ia terlalu alim: dan ananda baginda Raja Ahmad pun disuruh baginda mengaji pada
Maulana Sadar Jahan itu.
16

Sample of good assignment

n) Bahasa Melayu Moden Dari Sudut Morfologi.
Penggunaan kata pangkal ayat arakian dalam Bahasa Melayu Moden sudah tidak
dipraktikkan lagi sesuai dengan perkembangan bahasa moden yang lebih pentingkan makna.
Pengaruh Arab, Farsi, Inggeris, portugis dan sebagainya memperkayakan lagi perbendaharaan
kata Bahasa Melayu.
Sementara penggunaan tanda nokhtah bertindih tidak praktikal lagi diletakkan di tengah-tengah
ayat.

o) Perbezaan Bahasa Melayu Klasik Dari Sudut Sintaksis
Berdasarkan petikan dari Sejarah Melayu di atas dapati bahawa ayat yang digunakan
adalah pasif dan songsang. Ayatnya terlalu panjang dan berbelit-belit. Contoh yang digunakan,
Arakian, turun sebuah kapal dari Judah datatang ke Melaka, di dalam kapal itu ada seorang
pendeta Maulana Sadar Jehan namanya. Telah sampai kepada Sultan Mahmud Syah, baginda
pun berguru pada Maulan Sadar Jahan itu, ia terlalu alim: dan ananda baginda Raja Ahmad pun
disuruh baginda mengaji pada Maulana Sadar Jahan itu.

p) Perbezaan Bahasa Melayu Moden Dari Sudut Sintaksis
Dalam Bahasa Melayu moden kita boleh menggunakan ayat seperi berikut.
Sebuah kapal berlabuh di pelabuhan Melaka dan membawa Maulana Sadar Jehan yang berasal
dari Jedah. Sebaik tiba Sultan Mahmud menyuruh anaknya Raja Ahmad belajar Al-Quran dari
Maulana Sadar Jehan tersebut kerana dia seorang yang berilmu..

17

Sample of good assignment

4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya banyak terdapat perbezaan antara Bahasa Melayu Klasik dan
Bahasa Melayu Moden baik dari sudut Morfologi dan Sintaksis. Bahasa Melayu Klasik
mempunyai ciri-ciri yang berbeza berbanding Bahasa Melayu Moden. Ayatnya panjang dan
berbelit-belit, banyak ayat pasif, serta menggunakan ayat songsang. Begitupun dari segi
tatabahasa ianya sama dengan Bahasa Melayu Moden. Ini termasuk juga proses morfofonemik,
penggandaan dan pemajmukan.

Berdasaarkan perbincangan yang dilakukan ternyata Bahasa Melayu Klasik adalah
rentetan daripada bahasa Melayu Kuno dan Purba. Bahasa Melayu Klasik berkembang pesat
pada awal abab ke-13 dan berakhir akhir abad ke- 19. Bahasa ini menuju punjak kejayaan
apabila kedatangan Islam ke pulauan Melayu dengan terbentuknya kerajaan Samudera-Pasai dan
cemerlang pada zaman pemerintahan Melaka.

Gaya Bahasa Melayu Klasik memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya ayat klasik
tedapat pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Ia lebih bertunjangkan tulisan jawi
dan mendapat pengaruh kata-kata pinjaman Arab dan Parsi. Dari segi sejarah Bahasa Melayu
Klasik mempunyai kesignifikannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya
Bahasa Melayu Moden. Peranannya juga adalah penting sebagai asas kepada pembentukan
bahasa baku dan menuju konsep Bahasa Kebangsaan.




18

Sample of good assignment
BIBLIOGRAFI
Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Malaysia Pub. & Distributors.
Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad. (2000). Teknik dan teori terjemahan. Kuala Lumpur:
Persatuan Penterjemah Malaysia.
Arbak Othman. (2001). Pembangunan Bahasa Melayu. Serdang: IDEAL. Universiti Putra
Malaysia.
Asmah Haji Omar. (1985). Bahasa Malaysia saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Dr. Puteri Roslina Abdul Wahid (2011). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Universiti Terbuka Malaysia.
Hashim Musa. (2006). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein. (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan
bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Husin et al. (1997). Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Dr. R. Soekmono. (1992). Pengantar sejarah kebudayaan Indonesia I dan II: Yogyakarta:
Kanisius
Nik Safiah Karim et al. (2004). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Pedoman umum ejaan Bahasa Melayu 1975. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arkib Negara: Hari Ini dalam sejarah
Puteri Roslina Abdul Wahid. (2007). Terminologi dalam perancangan Bahasa Melayu. Puchong,
Selangor: Scholar Press Sdn. Bhd.
Ramli Saleh. (1987). Sebab-sebab kesalahan bahasa di dalam penterjemahan. kesalahan bahasa
dalam Bahasa Malaysia Abdullah Hasan, Mashudi Kader dan Hasnah Ibrahim. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
W.G.Shellabear .(1984). Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.


19

Vous aimerez peut-être aussi