Vous êtes sur la page 1sur 2

Akademi Seni Nanyang

Akademi Seni Nanyang merupakan akademi seni yang awal ditubuhkan di Negara ini atas usaha
beberapa orang pelukis yang datang dari Negara China di sekitar tahun 1930-an. Akademi yang
julung kalinya ditubuhkan di Malaya mula dibuka dengan sebuah bilik kecil bertentangan
dengan taman hiburan Gay World di Geylang, Singapura dalam tahun 1937. Setahun kemudian
ia berpindah ke sebuah bangunan yang terletak di 93, Jalan Seranggon, Singapura. Kemasukan
kumpulan pelajar pertama ialah seramai 14 orang sahaja.
Ketidakstabilan politik dan kesukaran sepanjang tahun-tahun huru-hara di Cina menjadi lebih
buruk lagi di bawah pemerintahan komunis Mao Tse Tung. Ia menandakan penghijrahan baru ke
daerah ini, terutamanya cendekiawan dan pelukis yang kemudian berkait rapat dengan Akademi
Nanyang dan apa yang kemudian dikenali sebagai Gerakan Nanyang, yang mendukung ekspresi-
ekspresi tempatan di dalam pergabungan gaya seni Timur dan Barat.

Apabila Cheng Yong kembali pada tahun 1932, beliau mengadakan pameran solo di Philomatic
Union, Acheen Street. Pameran ini telah memberi kesedaran kepada pelukis-pelukis tempatan
yang telah melukis bersendirian dan tidak sedar akan kewujudan pelukis-pelukis lain.
Akademi Seni Nanyang telah diasaskan pada tahun 1938 oleh pengetuanya, Lim Hak Tai. Lim
Hak Tai, seorang pelukis ternama dan berwawasan memperkembangkan kesenian dan
menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Di antara pelukis-pelukis
terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo Pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen
Wen His dan Chen Chong Wee.
Pada peringkat awal hanya terdapat tiga orang tenaga pengajar sepenuh masa. Lim Hak Tai
bertugas sebagai pegetua. Beliau mengajar catan cat air dan minyak. Kao Fei Tse mengajar asas
lukisan dan Chang Meng Tee mengajar grafik (reka bentuk). Seorang pelukis mengajar sambilan
di akedemi ialah Chung Ting Wei.
Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, akademi ini ditutup, Lim Hak Tai pula bersara.
Pada tahun 1946, akademi ini telah dibuka semula dan berpindah ke 49 St. Thomas Walk,
Singapura. Akademi ini mula menghadapi masalah kewangan dan dua orang kaya telah dilantik
menjadi lembaga pengarah untuk membantu kesulitan mereka iaitu Tseng Chee Dahy dan Tsai
Yan Fu.
Georgette Chen (1907-1993) merupakan salah seorang pelukis terkenal akademi ini. Dilahirkan
di Perancis, Georgette Chen Liying belajar catan barat di Paris, New York dan Shanghai, dan tiba
di Singapura pada tahun 1953 untuk mengajar di Akademi Nanyang kerjaya yang akan
menjangkau selama 27 tahun. Akademi menjadi tempat perkembangan seni yang paling menguja
di Malaya pada tahun-tahun selepas perang. Dianggap sebagai salah seorang pelukis perintis
unggul, seni beliau amat dipengaruhi oleh pengalaman-pengalamannya di Perancis, Cina dan
Asia Tenggara.

Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas perang Dunia Ke-2. Mereka dilatih di
akedemi-akedemi Seni di Shangai, Kanton dan Amoy. Pelukis terkenal ketika itu ialah Cheong
Soo Pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Chen Chong Wee.
Mereka juga didedahkan kepada modenis aliran-aliran di Paris. Pelukis-pelukis Nanyang
memainkan peranan yang besar dalam perkembangan tradisi seni moden di Malaysia dan
Singapura melalui aktiviti-aktiviti mereka. Mereka terkenal kerana menggabungkan konsep
Barat dan Timur dalam hasil karya mereka, yang kemudiannya dikenali sebagai Nanyang.
Pada tahun 1950-an, akademi ini menawarkan kursus-kursus peringkat diploma yang
mengambil masa selama 3 tahun. Kelas diadakan pada hari Isnin hingga hari Jumaat, dari jam
9.30 pagi hingga 3.30 petang. Akademi ini mengikut model akademi Beax-art.
Gaya catan yang dibawa oleh pelukis-pelukis keluaran akademi ini jelas mempengaruhi catan
Eropah seperti aliran impresionisme, post-impresionisme, fauvism, abstrak ekspresionisme dan
sedikit-sedikit gaya lukisan China. Antara pelukis yang terkenal ketika itu ialah Khoo Sui Hoe,
Tew Nai Tong, Cheong Soo Ping, Chen Wen His, Lai Foong Mei, Georgette Chen, Kuo Juo Ping,
Cheah Yew Saik dan beberapa orang lagi.

Vous aimerez peut-être aussi