Vous êtes sur la page 1sur 2

Kajian yang dilakukan ini adalah satu bentuk kajian perbandingan di antara transaksi tanah islam

dan undang-undang tanah di Malaysia atau lebih dikenali sebagai Kanun Tanah Negara 1965
mengenai persoalan ekuiti dalam urusniaga tanah di Malaysia.
Kajian ini meliputi lima bab. Bab pertama akan membincangkan kaedah dan latar belakang
kajian ini. Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan mengenai penerangan tentang latar
belakang kajian, objektif kajian, skop kajian, metodologi penyelidikan yang digunakan. Penulis
juga merujuk kajian lepas dan artikel yang terlah dibuat oleh penulis yang terdahulu.
Dalam bab kedua, penulis membincangkan mengenai sejarah undang-undang tanah. Disini
penulis akan menghuraikan dua bahagian iaitu sejarah perundangan tanah islam serta urusniaga
tanah islam berserta produk pembankan islam yang digunakan dalam transaksi tanah. Kedua
sejarah undang-undang tanah sivil (KTN) serta urusniaga tanah bawah KTN. Ini juga
termasuklah definisi tanah itu sendiri menurut perundangan islam dan KTN.
Bab ketiga pula, penulis akan menghuraikan persoalan ekuiti dalam urusniaga tanah dan
perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ini termasuklah dengan definisi ekuiti, urusniaga
yang boleh termasuk dalam ekuiti, dan keadaan ekuiti boleh diterima mengikut keputusan
mahkamah. Di bawah bab ini juga, penulis akan mengemukan dua tajuk kecil iaitu ekuiti di
bawah transaksi tanah islam dan ekuiti di bawah KTN. Penulis akan mengemukakan beberapa
kes bagi mengupas lebih lanjut mengenai penghakiman mahkamah dalam memutuskan kes
berkaitan ekuiti urusniaga tanah.
Manakala di dalam bab keempat, penulis cuba membuat perbandingan di antara KTN dan
transaksi islam dalam isu urusniga ekuiti tanah serta analisisnya. Akhirnya, di bab lima, penulis
akan membuat kesimpulan dan rumusan serta cadangan kepada pihak yang terbabit mengenai
kajian yang dibuat. Bab ini adalah penutup bagi latihan ilmiah dan cuba untuk mencapai objektif
kajian yang telah dinyatakan oleh penulis dalam bab satu.

Vous aimerez peut-être aussi