Vous êtes sur la page 1sur 30

1 | P a g e

1.0 PENGENALAN
Konsep Perbandaran wujud daripada definisi makna Bandar itu sendiri berdasarkan
bilangan penduduk dalam sesebuah negara. Terdapat beberapa kriteria-kriteria yang
diketengahkan dalam mentakrifkan sesebuah bandar iaitu berdasarkan saiz penduduk,
kepadatan penduduk minimum, berdasarkan penggunaan tanah dan fungsi bandar serta
berdasarkan definisi formal yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan sesebuah
negara termasuk sempadan pentadbiran tertentu (Wan Rozali Wan Hussin, 2007). Oleh itu,
proses perbandaran yang berlaku adalah asas kepada proses pertambahan dan peningkatan
yang bukan sahaja melibatkan pertambahan penduduk malah merangkumi peningkatan
terhadap ekonomi, rangkaian pengangkutan, infrastruktur, penggunaan tanah, landskap
budaya dan fizikal serta pembangunan bandar secara keseluruhannya (Wan Rozali Wan
Hussin, 2007).
Ekosistem Bandar pula ialah lebih khusus kepada penduduk, sumber dan
persekitaran termasuk biologi, fizikal daripada masyarakat, ekonomi, politik dan budaya.
Semua kompenen ini berhubung kait menjadi sesuatu tempat yang didiami oleh manusia.
Ekosistem bandar juga adalah sebahagian besar daripada ekosistem manusia yang
mengalami proses pembangunan manusia melaui evolusi ekosistem semula jadi kepada
ekosistem pertanian dan akhirnya mengalami proses pembandaran.
2.0 PERKEMBANGAN SISTEM PERBANDARAN DI MALAYSIA
Menurut Abdul Samad Hadi (2010), kawasan perbandaran dan terbandar di Malaysia
semakin menyerlah sebagai habitat manusia sejak tiga dekad kebelakangan ini berbanding
awal kurun ke sembilan belas dimana bumi Malaysia masih diselubungi hutan hujan
khatulistiwa yang kaya dengan kepelbagaian biologi dan bahan mineral yang diselang-seli
oleh kampung-kampung yang terletak di muara sungai. Ketika itu, ekologi masih kukuh dan
habitat manusia masih dalam keadaan terkawal dan seimbang. Namun demikian, habitat ini
2 | P a g e

mula berubah corak dan meledak secara meluas terutamanya peningkatan jumlah
penduduk, perubahan sosio-ekonomi, dan penggembelan pelbagai modal yang
menggerakkan kemajuan pembangunan penduduk. Kesannya, kegiatan-kegiatan yang
dilakukakan mengubah habitat manusia yang bermula dalam keadaan semula jadi ke
sesuatu landskap binaan. Terdapat tiga tahap pembandaran yang berlaku di Malaysia iaitu
tahap pembandaran awal (nascent); tahun 1490 hingga awal kurun ke-20, tahap
pembandaran pseudo; selepas perang dunia kedua (1947-1970) dan tahap pembandaran
Mega; tahun 1970-an hingga kini (Abdul Samad Hadi, 2010).

2.1 Tahap-Tahap Pembandaran di Malaysia
2.1.1 Tahap Pembandaran Awal (nascent)
Tahap pembandaran awal (nascent) merupakan pembangunan yang bermula daripada
desa-desa dimana masyarakatnya mengamalkan ekonomi tradisional iaitu pertanian.
Pembangunan bandar yang semakin meluas ialah sejak kedatangan penjajah iaitu Syarikat
Hindia Timur British ke Malaysia. Malaysia pada masa itu merupakan kampung-kampung
besar dengan penduduk yang ramai di pedalaman. Kedatangan mereka adalah untuk
mengeksploitasi pelbagai prospek perniagaan dan pelaburan sehingga tercetusnya
kemunculan penempatan bandar. Tapak permulaan penempatan adalah di pinggir pantai
yang berkedudukan strategik yang dijadikan sebagai pusat pelabuhan dan antara negeri
yang terserlah ialah Pulau Pinang, Singapura dan Pulau Labuan.
Selain itu, syarikat-syarikat British telah melabur terhadap sumber asli oleh keluarga
pembesar di Tanah Melayu seperti galian bijih timah, bijih besi dan emas yang ditemui oleh
Long Jaafar di Perak. Dengan itu wujudnya peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Kehadiran penjajah ke Malaysia pada ketika itu turut membangunkan ibu negeri sebagai
pusat setempat daerah dan pekan-pekan kecil sebagai pusat lokal untuk bekalan barangan
keperluan serta perkhidmatan dan pelabuhan bagi perdagangan dengan dunia Barat.
3 | P a g e

2.1.2 Tahap Pembandaran Pseudo
Tahap pembandaran pseudo merupakan bandar-bandar yang wujud hasil daripada
pengalaman kolonial Inggeris sebagai habitat perbandaran Malaysia sekitar tahun-tahun
selepas peperangan dunia kedua iaitu selepas berundurnya tentera Jepun dimana pihak
Inggeris telah membaik pulih pembangunan (Abdul Samad Hadi, 2010). Hal ini kerana pihak
Jepun telah menghancurkan Tanah Melayu pada ketika itu sebelum berundur. Oleh itu,
Pihak Inggeris melaksanakan perancangan pembangunan dengan membaik pulih Industri
bijih timah dan getah Malaya di samping mengorak langkah untuk memulakan industri
pembuatan.
Selepas perang dunia kedua, Malaysia mengalami masalah kekurangan modal untuk
pembangunan sehingga wujud masalah sosial dan ekonomi seperti masalah peningkatan
penduduk dan pengangguran yang semakin meningkat terutama di desa. Ramai anak muda
yang beralih ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi banyak lambakan pekerja
berlaku di kawasan bandar kerana pada masa itu ekonomi Malaysia merosot. Untuk
menyelesaikan masalah ini, kerajaan telah menggerakkan pertanian komersial secara
meluas menerusi pembukaan tanah baru. Kerajaan telah membangunkan satu rancangan
tanah iaitu Rancangan FELDA bagi untuk menempatkan keluarga miskin tegar tanpa harta di
desa.
Menurut Abdul Samad Hadi (2010), inisiatif pembangunan terus dilancarkan selepas
Malaysia mendapatkan kemerdekaan dari penjajah Inggeris. Pembangunan kawasan industri
dalam kawasan bandar baru terutamanya Petaling Jaya dalam tahun 1950-an dan kemudian
kawasan industri lebih baru berkembang pula di sepanjang jalan utama baru dari Kuala
Lumpur ke Pelabuhan Kelang dalam dekad-dekad seterusnya (1960-an dan awal 1970-an).



4 | P a g e

2.1.3 Tahap Pembandaran Mega
Tahap pembandaran Mega iaitu pada tahun 1970-an hingga kini telah berlakunya proses
pembandaran yang terus bergerak tetapi secara perlahan. Proses pembandaran terus
melonjak secara meluas sehingga timbulnya dasar pembangunan negara yang dikenali
sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dimana bermatlamatkan untuk membasmi kemiskinan
kaum yang terdapat di Malaysia dan penyusunan struktur masyarakat. Melalui DEB telah
menggerakkan pemacu-pemacu baru bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial,
budaya dan kesenian. Modal dari luar yang banyak menyebabkan kawasan perindustrian
lebih maju ke kawasan perindustrian di setiap ibu negeri dan bandar-bandar kecil.
Dengan itu, terdapat tiga kawasan perbandaran mega yang terserlah antaranya
kawasan perbandaran Lembah Kelang-Lembah Langat-Lembah Sungai Selangor; kawasan
perbandaran Pulau Pinang-Seberang Perai-Kulim-Sungai Petani; dan kawasan perbandaran
Johor Baru-Pasir Gudang-Plentong-Skudai (Abdul Samad Hadi, 2010).

2.2 Perkembangan Perbandaran Kuala Lumpur Dahulu Dan Sekarang
a) Keadaan Kuala Lumpur pada masa dahulu (1857-1990)
Bandar Kuala Lumpur yang dahulunya hanya merupakan sebuah pekan kecil sahaja. Pada
awalnya, struktur bandar Kuala Lumpur merupakan deretan susunan rumah batu dalam satu
barisan tetapi telah berubah menjadi pusat tumpuan perlombongan semenjak kedatangan
pihak British pada tahun 1880-an. Perkembangan bandar Kuala Lumpur bermula dengan
kehadiran imigran Cina menurut Ahmad Kamal Ariffin Muhd Rus dalam Sejarah Sosial
Bandar Kuala Lumpur dari Perspektif Kesejahteraan Penduduknya 1890-1914.
Pada tahun 1886, Frank Swettenham telah memulakan perancangan pembinaan
jalan kereta api di antara Kuala Lumpur dengan Kelang. Pembinaan jalan kereta api ini telah
meningkatkan ekonomi Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Kemudian perkembangan
bandar Kuala Lumpur semakin maju apabila terdapat jabatan dan pelan-pelan yang
5 | P a g e

diwujudkan bagi menaiktaraf pembangunan di Kuala Lumpur seperti Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa (1921) dan Pelan Bandar Am untuk mengawal pembangunan (1939).
Selepas perang dunia kedua, Kuala Lumpur telah dijadikan sebagai ibu Negeri Perseketuan
Tanah Melayu. Keadaan ini menyebabkan lebih ramai penduduk berhijrah dari kawasan desa
ke bandar akibat daripada kepesatan Kuala Lumpur seebagai pusat pentadbiran, politik dan
kebudayaan. Pada 1 Februari 1971, Kuala Lumpur telah diberi status sebagai bandaraya dan
telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1972 (Jabatan Perancangan Bandar,
2014).
Pada tahun 1973 dan 1974, Kuala Lumpur mengalami zaman kemuncak dalam
pembangunan hartanah dan semakin berkembang dengan lebih pesat pada tahun 1981
sehingga ke kemuncak yang keempat pada tahun1991 hingga tahun 1995.



Gambar 1: Kuala Lumpur pada masa dahulu
Sumber: http://www.arkib.gov.my/kuala-lumpur-merakam-sejarah-dan-pembangunan-negara1

b) Keadaan Kuala Lumpur Kini (2000-Abad ke-21)
pada abad ke 21, Kuala Lumpur telah berubah menjadi sebuah bandar yang telah dikenali di
Asia. Projek-projek Pembangunan Mega termasuk Koridor Raya Multimedia (MSC), Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan perpindahan pusat pentadbirab
Kerajaan Persekutuan ke Putrajaya telah memberi kesan kepada pertumbuhan masa
6 | P a g e

hadapan Kuala Lumpur di samping berperanan sebagai Pusat perdagangan yang terpenting.
Pada tahun 2004, pelan struktur Kuala Lumpur untuk tahun 2020 telah diwartakan dan
mengandungi wawasan, matlamat, dasar-dasar dan cadangan-cadangan untuk memandu
pembangunan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya bagi 20 tahun akan datang (Jabatan
Perancangan Bandar, 2014).



Gambar 2: Bandaraya Kuala Lumpur Kini
Sumber: http://wanfakhrul.blogspot.com/2009_12_01_archive.html

3.0 ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PERBANDARAN DAN EKOSISTEM
BANDAR
3.1 Isu Banjir Kilat
Secara umumnya, fenomena banjir dapat didefinisikan sebagai kuantiti air yang tidak
dikehendaki. Seterusnya dari segi terminologi teknikal, banjir merupakan sumbangan hujan
luar biasa yang tidak mampu ditampung oleh sesebuah lembangan sungai dan
menyebabkan air melimpah keluar tebing atau dataran banjir (Haliza Abdul Rahman, 2007).
Banjir menjadi bahaya apabila melibatkan masyarakat manusia, khususnya kejadian banjir
yang berlaku di kawasan berpenduduk padat yang berpotensi kehilangan nyawa, jangkitan
penyakit berbahaya dan kemusnahan harta benda. Terdapat pelbagai jenis fenomena banjir
7 | P a g e

seperti banjir lumpur, banjir monsun dan banjir kilat. Namun, isu yang ingin diketengahkan
dalam perbincangan pembandaran dan ekosistem bandar adalah mengenai isu banjir kilat.
Banjir kilat berlaku dalam masa yang singkat iaitu kurang daripada 6 jam dan berupaya
untuk meningkatkan paras air sungai secara mendadak (Noorazuan Md Hashim, Sulong
Muhamad, Kadaruddin Aiyub & Norhayati Yahya, 2011). Tambahan lagi, banjir kilat yang
disebabkan oleh ribut petir dengan hujan setempat yang turun pada kadar curahan yang
tinggi melebihi 180 mm dalam 1 jam tetapi hanya turun dalam satu tempoh masa yang
singkat antara 2 hingga 5 jam (Hairul Anuar, 2006).
3.1.1 Punca-Punca Banjir Kilat
3.1.1.1 Aktiviti Pembangunan
Peningkatan populasi manusia di kawasan bandar utama telah menyebabkan tanah tepi
sungai sengaja dimajukan disebabkan oleh kawasan bandar yang mempunyai tanah terhad.
Menurut Haliza Abdul Rahman (2007), aktiviti pembangunan giat dilakukan oleh manusia
tidak kira sama ada dilaksanakan megikut undang undang seperti Projek Kuala Lumpur
atau secara haram seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur. Magnitud banjir kilat sebenarnya
adalah lebih besar disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pembangunan yang tidak mapan dalam
sistem persekitaran dengan mengggangu komponen-komponen ekosistem asal sungai.
Menurut Norazuan Md Hashim et.al (2011), berdasarkan laporan Jabatan Pengairan Saliran,
pembangunan infrastruktur bandar di sepanjang Sungai Klang telah dikenalpasti sebagai
penyebab utama yang meningkatkan kekerapan dan magnitud banjir kilat di Lembangan
Sungai Klang pada tahun 1999.
Aktiviti pembangunan atau pembandaran yang menyebabkan perubahan
pengangkutan endapan yang sangat ketara juga akan membawa kepada berlakunya banjir
kilat. Proses pembandaran di negara membangun seperti Malaysia berlaku dengan sangat
cepat dan melibatkan perubahan guna tanah secara besar-besaran. Perubahan bentuk muka
8 | P a g e

bumi ini mempengaruhi pengangkutan kebanyakan endapan melalui pelunjuran tanah rang
dan perubahan laluan luahan air. Kuala Lumpur, misalnya di cawangan Sungai Klang
dianggarkan mengangkut beban ampaian sekitar 250 550 m/km/tahun. Kepekatan endapan
yang sangat tinggi lazimnya berlaku selepas pembukaan tanah. Nilai maksimum kepekatan
beban terampai sebanyak 81 230 mg/1 daripada Sungai Anak Air Batu selepas turunan
hujan sebanyak 75 mm dalam masa 45 minit. Kepekatan endapan yang melebihi 10 000
mg/1 adalah perkara biasa di kebanyakan sungai di bandar-bandar Malaysia. Kesannya,
endapan yang banyak ini akan menyebabkan saluran-saluran laluan air tersekat seterusnya
menjadi punca banjir kilat.
Selain itu, kegiatan mengorek pasir tanpa kawalan yang dilaksanakan oleh pemaju
yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk projek pembinaan perumahan turut menjadi
punca kepada terjadinya banjir kilat (Berita Harian, 2013). Sebagai contoh, keadaan ini
berlaku di Bandar Desa Country Homes, Rawang. Lombong pasir yang membentuk kolam
takungan di bandar tersebut gagal menampung air hujan menyebabkan tebingnya runtuh
dan memasuki Sungai Coh. Kelodak hasil pembersihan pasir yang dikorek di kawasan itu
memasuki anak sungai serta parit berdekatan menyebabkan parit tersebut menjadi cetek
dan tersumbat.
3.1.1.2 Kekurangan Kawasan Telap Air
Proses pembandaran mengubah permukaan bumi yang telap air menjadi permukaan yang
tidak telap air. Malahan risiko dan keterdedahan masyarakat bandar kepada banjir kilat
semakin meningkat di Malaysia. Hal ini dapat dilihat berdasarkan pertambahan kawasan
bandar yang terdiri daripada guna tanah tidak telap air seperti permukaan asphalt, simen
dan konkrit. Kekurangan kawasan telap air di kawasan bandar akan mempengaruhi kuantiti
air dan keupayaan alur sungai. Kesannya, kadar penyusupan air ke dalam tanah semakin
berkurangan (Gambar Rajah 3.1.1.2). Lazimnya, alur sungai menerima sejumlah air yang
9 | P a g e

banyak berpunca daripada air larian permukaan, aliran terus, aliran perantaraan dan aliran
dasar.
Peningkatan penerimaan air tersebut ke dalam sungai akan menghasilkan pengaliran
keluar hidrograf lembangan saliran yang berbeza-beza mengikut masa. Menurut Norazuan
Md Hashim et.al (2011), proses penyusupan air dan air larian permukaan di bandar berlaku
dengan cepat kerana ruang simpanan air bawah tanah yang terhad. Implikasi bagi gejala ini
adalah air hujan berada dalam keadaan tersekat yang akhirnya akan mengubah bentuk
kepada air larian permukaan. Lebihan air permukaan akan menimbulkan masalah banjir kilat
di kawasan bandar.

Gambar Rajah 3.1.1.2: Pengurangan kawasan telap air
Sumber : Noorazuan Md Hashim, Sulong Muhamad, Kadaruddin Aiyub dan Norhayati Yahya (2011)

3.1.1.3 Sistem Perparitan Yang Tidak Cekap
Sistem perparitan yang tidak cekap adalah punca utama meningkatnya aras air seterusnya
menyebabkan berlakunya banjir kilat. Saluran di kawasan bandar seperti seperti Kuala
Lumpur dibina dengan konkrit dan dilebarkan untuk mengawal banjir kilat (Wan Ruslan,
1994). Kesan daripada peningkatan ciri-ciri saluran bandar ini menyebabkan isipadu aliran
yang banyak diluahkan daripada kawasan bandar. Air yang diluahkan ini menyebabkan
pertambahan banjir dan hakisan tebing di kawasan hilir bandar. Selain itu, faktor longkang
yang direka bentuk tidak berfungsi dengan sempurna tidak dapat menampung dan
10 | P a g e

mengalirkan air semasa hujan lebat kerana telah ditumbuhi dengan rumput. Faktor ini
menyebabkan halangan pengaliran air berlaku dalam longkang tersebut seterusnya
mengakibatkan jalan raya dinaiki air semasa hujan lebat.
3.1.2 Kesan-Kesan Banjir Kilat
3.1.2.1 Kesesakan Lalu Lintas
Kelancaran aktiviti penduduk di Kuala Lumpur sering terganggu akibat masalah banjir kilat
ini. Jalan-jalan utama serta kawasan rendah akan dinaiki air dan mengakibatkan kesesakan
lalu lintas berlaku. Kenderaan masih boleh bergerak tetapi dalam kelajuan yang perlahan
dan sesetengah jalan raya, kenderaan terus tidak dapat bergerak dalam jangka masa satu
jam atau lebih kerana jalan raya di hadapan telah dinaiki air. Hujan lebat dalam masa dua
jam atau lebih mampu menenggelamkan beberapa jalan utama contohnya di kawasan Kuala
Lumpur seperti di Jalan Raja Chulan (Berita Harian, 2013). Keadaan jalan raya akan pulih
setelah banjir surut dan jalan raya boleh digunakan kembali sekiranya tidak terdapat pokok
tumbang atau jalan yang rosak teruk.

Gambar 3: Kesesakan lalu lintas semasa banjir kilat di Jalan Raja Chulan
Sumber : Berita Harian (2013)


3.1.2.2 Kerosakan Harta Benda
Air yang bertakung akibat banjir kilat ini merupakan punca ikatan struktur tanah menjadi
lemah. Proses enapan mudah berlaku dan menyebabkan kerosakan struktur jalan raya dan
sistem perparitan. Menurut Norazuan Md Hashim et.al (2011), banjir kilat akan
11 | P a g e

menyebabkan kerugian besar terhadap manusia dan persekitaran. Bagi kawasan letak
kereta bawah bangunan dan kawasan tempat letak kereta, banjir kilat mendatangkan
masalah kepada mereka. Hal ini kerana kereta-kereta ini akan ditenggelami air dan kos yang
tinggi terpaksa dikeluarkan oleh pemilik kereta untuk membaiki kereta dan untuk menarik
kereta keluar dari kawasan tersebut.
3.2 Isu Tanah Runtuh
Tanah runtuh merupakan suatu proses geomorlogi yang biasa berlaku di kawasan beriklim
tropika (Mokhtar Jaafar, Abdul Halim Yusof & Asiah Yahaya, 2011). Kejadian tanah runtuh
merupakan suatu fenomena biasa bagi mana-mana negara tropika, dan tidak terkecuali
Malaysia. Dalam konteks Malaysia, kejadian tanah runtuh sering dikaitkan dengan faktor
pembangunan tanah yang pesat.
3.2.1 Punca-Punca Tanah Runtuh
3.2.1.1 Aktiviti Penyahutanan
Penebangan hutan secara besar-besaran bagi tujuan pembangunan menyebabkan banyak
pokok dan tumbuhan musnah. Pembalakan mengakibatkan tumbuh-tumbuhan tidak dapat
menjalankan fungsi sebagai pencengkam dan mengukuhkan struktur tanah khususnya bagi
akar tumbuh-tumbuhan. Pembalakan secara berleluasa menyebabkan tanah menjadi
longgar dan menjadi punca kepada fenomena tanah runtuh. Malahan, penarahan bukit yang
tidak terkawal turut mengakibatkan tanah runtuh contohnya di Cameron Highland (Utusan
Malaysia, 2011).
3.2.1.2 Cerun Buatan Manusia
Dalam isu tanah runtuh, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu yang juga pakar
geologi iaitu Datuk Dr Ibrahim Komoo pernah mendedahkan dalam penulisannya pada
tahun 2008 bahawa tanah runtuh berlaku pada cerun buatan manusia, sama ada pada
cerun potongan atau cerun tambakan (Berita Harian, 2013). Cerun potongan dan tambakan
12 | P a g e

biasanya dibina untuk membolehkan satu permukaan rata disediakan bagi memudahkan
pembinaan, misalnya membina lebuh raya dan kawasan perumahan.
3.2.1.3 Aktiviti Kuari
Batu kapur merupakan salah satu bahan penting dalam proses pembinaan. Aktiviti
pembangunan yang pesat telah menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap
batu kapur terutama sekali dalam bentuk simen dan marmar. Keadaan ini mengakibatkan
banyak kawasan bukit batu kapur terutamanya yang berhampiran dengan kawasan bandar
dieksploitasi. Aktiviti kuari yang giat dijalankan menyebabkan cerun dan tebing di kawasan
bukit batu kapur berisiko tinggi untuk mengalami proses tanah runtuh terutama ketika hujan
lebat (Kamarul Ain Kamal & Nor Aaini Othman, 2010).
3.2.2 Kesan-Kesan Tanah Runtuh
3.2.2.1 Kerosakan Harta Benda
Kerancakan pembangunan di kawasan tanah tinggi seperti aktiviti pertanian dan
pelancongan pergunungan yang unggul di Malaysia khususnya kawasan Kundasang akan
menyebabkan kejadian tanah runtuh. Dengan kedudukan yang strategik, pemandangan
yang indah berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu iaitu salah satu daripada dua kawasan
yang diisytiharkan sebagai Warisan Dunia di Malaysia, serta suhu yang sederhana telah
menjadikan Kundasang semakin terkenal dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar
negeri. Justeru, pembangunan pelbagai kemudahan pelancongan terutamanya motel dan
chalet masih berterusan di kawasan Kundasang untuk menampung kedatangan pelancong
yang semakin meningkat. Namun, dalam kerancakan membangunkan kawasan Kundasang,
impaknya dapat dilihat menerusi kerosakan ke atas harta benda dan bangunan awam
seperti sekolah SMK Kundasang, jalan raya dan rumah-rumah kediaman penduduk setempat
akibat kejadian tanah runtuh yang agak luar biasa. Pembinaan kemudahan-kemudahan
pelancongan di kawasan Kundasang berisiko kepada kejadian tanah runtuh akibat daripada
13 | P a g e

kedudukannya yang terletak dalam kawasan sistem gelinciran tanah kerana keadaan geologi
yang rapuh. Namun, akitiviti pembangunan masih giat dijalankan di sekitar kawasan
Kundasang.
3.2.2.2 Membahayakan Nyawa Manusia
Risiko tanah runtuh boleh membahayakan nyawa manusia sekiranya tiada sebarang
tindakan bersesuaian diambil untuk menanganinya. Sebagai contoh, kejadian tanah runtuh
yang berlaku di Hulu Langat yang membabitkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak
Hidayah Madrasah Al- Taqwa pada 21 Mei 2011 telah mengorbankan 16 nyawa (Utusan
Online, 2011). Tambahan lagi, dalam kejadian tanah runtuh tersebut pada pukul 2.30
petang, seramai 25 orang terdiri daripada anak-anak yatim, penuntut, warden dan
kakitangan rumah anak yatim tertimbus.
3.2.2.3 Kekurangan Kedatangan Pelancong
Pembukaan tanah di Cameron Highlands untuk aktiviti pertanian dan pembangunan secara
tidak terkawal telah mendedahkan kawasan ini kepada agen hakisan. Hakisan tanah akan
menyebabkan kejadian tanah runtuh. Kawasan Cameron Highlands sering berlaku kejadian
tanah runtuh. Masalah tanah runtuh turut dibangkitkan oleh pihak perhotelan. Pelancong
akan membatalkan penginapan hotel apabila didapati berlakunya tanah runtuh di Cameron
Highlands (Lee Boon Hiong, 2007). Keadaan ini ditakuti akan mengurangkan jumlah
pengunjung ke Cameron Highland.

3.3 Isu Pulau Haba Bandar
Pulau haba bandar (PHB) merupakan isu perbandaran yang telah lama wujud dan terbentuk
di kebanyakan bandar raya besar di Malaysia sejak beberapa dekad di penghujung kurun
yang lalu. Menurut Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim & Yaakob Mohd Jani
14 | P a g e

(2009), pulau haba bandar boleh didefinisikan sebagai pengaruh morfologi bandar terhadap
parameter iklim dan cuaca semula jadi yang wujud di persekitaran bandar. Pulau haba juga
melibatkan peningkatan terhadap suhu di bandar sehingga beberapa darjah celcius melebihi
daripada suhu sekitaran di pinggir bandar. Secara umumnya, peningkatan suhu dapat
diperhatikan berlaku di kawasan-kawasan tepubina di dalam bandar berbanding dengan
kawasan-kawasan pinggir dan luar bandar. Isu alam sekitar pulau haba bandar ini telah
dikaitkan dengan faktor perkembangan bandar dan perindustrian yang begitu pesat
sehingga mampu merubah pola dan trend suhu semula jadi di persekitaran bandar seperti
dalam gambar rajah 3.3. Selain itu, perbandaran yang berlaku dengan pesat di Malaysia
khususnya di bandaraya Kuala Lumpur ini telah membawa kepada penyusutan kawasan
hijau kerana telah dibangunkan dengan kawasan petempatan dan perniagaan. Bahkan,
kawasan bandaraya yang semakin meluas dan membesar saiznya telah menjadi salah satu
kawasan yang mendapat tumpuan para penduduk. Aktiviti perbandaran ini telah melibatkan
perubahan-perubahan fizikal seperti penggantian hutan dengan bangunan-bangunan giat
dijalankan setiap hari. Selari dengan perkembangan pusat bandar ini juga telah
menggalakkan peningkatan aktiviti manusia seperti perniagaan, perdagangan, pelancongan,
pengangkutan dan sebagainya yang boleh menyebabkan berlakunya pola suhu dan hujan
harian di kawasan bandar. Justeru itu, manusia memainkan peranan penting dalam
mengubah persekitaran fizikalnya dengan melakukan pelbagai aktiviti harian tersebut
terutamanya di kawasan bandar yang menjadi tumpuan penduduk (Shaharuddin Ahmad &
Noraziah Ali, 2011).

15 | P a g e


Gambar Rajah 3.3: Pulau Haba di Bandar
Sumber: http://iniatinta.blogspot.com

3.3.1 Faktor-faktor yang menwujudkan Pulau Haba Bandar
3.3.1.1 Bentuk Atau Struktur Permukaan Bandar Yang Tidak Sekata
Menurut Tan Chong Tat (2005), bentuk dan struktur permukaan bandar adalah tidak sekata
iaitu kawasan bandar mempunyai pelbagai rupa bentuk bangunan. Dari segi luas permukaan
berkesan, bandar adalah lebih besar daripada kawasan luar bandar. Justeru itu, sebuah
bandar tersebut mempunyai kebolehan yang lebih tinggi untuk mengalami proses
pemindahan haba secara olakan dan sinaran.
3.3.1.2 Peningkatan Bangunan Konkrit
Sesebuah bandar yang lebih besar dan pesat pembangunannya akan menyebabkan
perubahan yang lebih banyak terhadap susun atur unsur-unsur pada bandar tersebut.
Proses perbandaran yang berlaku dengan pesat telah menyebabkan sesuatu kawasan itu
terdiri daripada kawasan tepu bina. Kebanyakan kawasan hijau telah hilang dan diganti
dengan permukaan konkrit yang berkeupayaan menyerap banyak haba serta tidak telap air.
16 | P a g e

(Sin Hui Teng, 2007) Jika berbanding dengan kawasan luar bandar, bandar adalah lebih
banyak terdiri daripada struktur batu-bata, konkrit, kaca dan sebagainya. Justeru, kawasan
tepu bina ini akan menyerap dan menyimpan bahangan matahari sebagai haba pendam
yang mana menyebabkan pulau haba bandar berlaku dengan pesat. Manakala kawasan luar
bandar pula dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan dan rumput-rampai yang bertindak sebagai
agen penyejuk terhadap sesuatu kawasan tersebut. (Tan Chong Tat, 2005)
3.3.1.3 Aktiviti Manusia
Aktiviti perindustrian di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya dan berjaya
menukarkan corak ekonomi dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian. Pelbagai jenis
perindustrian telah muncul seiring dengan perbandaran di Malaysia yang kian pesat.
Contohnya, industri berasaskan logam, kelapa sawit, tekstil dan sebagainya. Industri-industri
tersebut merupakan industri yang penting kerana telah banyak menyumbang tenaga
terhadap pembangunan negara. Namun demikian, aktiviti perindustrian ini membebaskan
pelbagai gas-gas tercemar seperti karbon dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon reaktif dan
lain-lain. (Tan Chong Tat, 2005) Di samping itu, pertumbuhan populasi penduduk yang
semakin meningkat seiring dengan perbandaran telah menggalakkan lagi peningkatan
bilangan kenderaan-kenderaan bermotor. (Sin Hui Teng, 2007) Dengan ini, bandar-bandar
di Malaysia cenderung untuk melepaskan bahan-bahan tercemar seperti karbon dioksida,
karbon monoksida yang lebih banyak. Laporan tahunan Jabatan Alam Sekitar (JAS)
menunjukkan bahawa kenderaan bermotor turut melepaskan 2.4 juta tan karbon
monoksida. 458 ribu tan hidrokarbon, 146 ribu tan nitrogen oksida dan 19 000 tan zarah ke
udara setiap tahun. Pembebasan gas-gas pencemar ini bertindak untuk menyerap dan
memerangkap haba dan merupakan punca utama berlakunya pulau haba bandar yang
akhirnya mengakibatkan peningkatan suhu setempat di sesuatu kawasan.

17 | P a g e

3.3.2 Kesan-kesan Pulau Haba Bandar
3.3.2.1 Alam Sekitar Manusia
Kejadian pulau haba bandar ini mengakibatkan sesuatu kawasan setempat menjadi panas.
Suhu yang terlalu panas ini telah mengakibatkan timbulnya penyakit seperti sakit kepala,
sakit mata, kulit kering dan kehilangan air dalam badan manusia. Manusia tidak dapat
menerima persekitaran yang terlalu panas dan bahangan haba ini akan menyebabkan
seseorang individu tersebut pening dan pitam. Pulau haba juga menyebabkan sesorang itu
mengalami sakit mata. Mata manusia tidak baik jika didedahkan pada cahaya yang
berlebihan. Selain itu, kulit manusia juga amat sensitif untuk menerima bahangan haba yang
berlebihan. Pulau haba juga akan meneyebabkan manusia akan kehilangan air dalam badan.
Hal ini kerana, manusia mudah mengeluarkan peluh ketika mengalami suhu yang tinggi.
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
3.3.2.2 Alam Sekitar Fizikal
Pulau haba ini juga turut menyebabkan suhu di kawasan bandar semakin meningkat. Hal ini
dapat dilihat apabila konsep urbanisasi pesat sesebuah bandar seperti pembinaan
bangunan, jalanraya dan aktiviti manusia telah mempengaruhi suhu di kawasan bandar.
Suhu di bandar lebih tinggi berbanding luar bandar kerana morfologi di kawasan bandar
seperti kepadatan bangunan telah bertindak menyimpan haba. Di samping itu, pulau haba
turut disebabkan oleh aktiviti manusia yang membebaskan karbon dioksida, karbon
monoksida, debu-debu, zarah yang bertindak menyerap dan memerangkap serta
memantulkan haba sehinggalah suhu di bandar semakin meningkat. Sebaliknya, kawasan
luar bandar adalah berbeza di sebabkan terdapatnya litupan tumbuh-tumbuhan yang
bertindak menyerap haba dan karbon dioksida untuk membuat makanan sendiri melalui
proses fotosintesis. Seterusnya, tumbuhan tersebut mengeluarkan oksigen untuk kegunaan
manusia. Hal ini menunjukkan bahawa tumbuhan tersebut mampu bertindak untuk
18 | P a g e

menyeimbangkan kandungan karbon dioksida dan oksigen di sesuatu kawasan serta mampu
menjadi agen penyejuk terhadap sesuatu kawasan luar bandar.

3.4 Isu Pertambahan Sisa Pepejal
Menurut Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim dan Sarifah Yaacob
(2012), Proses perbandaran dan pembandaran yang melibatkan pertambahan penduduk
dan peningkatan aktiviti domestik seperti perindustrian telah menyebabkan bertambahnya
sisa pepejal yang dijana oleh masyarakat. Pengurusan sisa pepejal merupakan antara
masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat terutama di kawasan bandar. Sisa pepejal
merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia yang mempunyai sifat
kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal adalah antara masalah
utama yang dihadapi oleh kebanyakan bandar di negara Malaysia. Bahkan menurut Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2010), sisa buangan pepejal terdiri
daripada pelbagai komponen bahan buangan yang tidak bertoksid seperti sisa pepejal
domestik daripada sisa makanan, buangan barang-barang pukal seperti bingkai kenderaan,
tayar buruk, pembunagan bahan daripada perlombongan dan kuari serta bahan bunagan
daripada pengorekan dan pecahan bangunan. Kuantiti sisa pepejal yang dijana setanding
dengan jumlah penduduk yang menghuni sesuatu kawasan. Justeru, pertambahan
penduduk, peningkatan taraf sosio-ekonomi dan perubahan gaya hidup yang menjadi
semakin canggih yang mempengaruhi peningkatan bahan sisa pepejal.
3.4.1 Faktor-Faktor Meningkatkan Pembuangan Sisa Pepejal
3.4.1.1 Ciri-Ciri Penduduk (Demografi, Ekonomi Dan Gaya Hidup)
Ciri-ciri penduduk meliputi demografi, ekonomi dan cara hidup merupakan ciri yang saling
berkaitan antara satu sama lain. Ketiga-tiga ciri ini berkait rapat dengan proses
19 | P a g e

perbandaran. Perbandaran dan pembandaran di sesuatu kawasan bandar telah
menggalakkan perubahan gaya hidup penduduk. Perubahan gaya hidup yang ketara pada
masa kini adalah menerusi penggunaan bekas pengisi minuman, lampin pakai buang dan
bekas pembungkus makanan. Justeru, perubahan ini menambahkan lagi penjanaan sisa
pepejal di sesuatu kawasan bandar. Seterusnya, proses perbandaran juga menggalakkan
perubahan ciri demografi di sesuatu kawasan. Hal ini kerana, berlakunya pertambahan
penduduk di kawasan bandar. Pertambahan penduduk ini telah meningkatkan lagi
penjanaan sisa pepejal. Selain itu, corak ekonomi di sesuatu kawasan bandar yang
mengalami perbandaran turut berubah, contohnya aktiviti perindustrian.
Aktiviti perindustrian juga merupakan faktor yang menyumbang kepada peningkatan
pembuangan sisa pepejal di kawasan bandar. Oleh itu, ketiga-tiga aspek ciri-ciri penduduk
tersebut akan menambahkan jumlah penjanaan sisa pepejal dan seterusnya meningkatkan
keperluan pelupusan sampah. Namun demikian, tanah di kawasan bandar bukan sahaja
berkurangan bahkan semakin mahal. Justeru, penempatan tapak pelupusan sampah dalam
kawasan bandar akan mengalami ketiadaan kawasan pelupusan dan peningkatan kos
pelupusan. Di samping itu juga, masalah pengurusan sisa pepejal yang berkaitan dengan
perbandaran adalah penjanaan sisa pepejal di kawasan setinggan. Hal ini kerana,
perbandaran yang berlaku di sesuatu kawasan akan meningkatkan lagi perumahan kawasan
setinggan. Kawasan rumah setinggan tidak mempunyai sistem pembuangan sampah yang
sistematik dan seterusnya mengakibatkan penduduknya membuang sisa pepejal domestik
dengan sesuka hati. Malah, berlaku juga pembuanag sisa pepejal ke dalam sungai dan parit
yang boleh menimbulkan kesan terhadap alam sekitar. (Jalina Kassim, 2006)



20 | P a g e

3.4.2 Kesan pertambahan sisa pepejal
3.4.2.1 Pencemaran lembangan saliran
Peningkatan kawasan bandar dan tepubina telah menggalakkan aktiviti pembangunan fizikal
dan pertambahan penduduk. Pembangunan fizikal dan pertambahan penduduk dapat
dikaitkan pertambahan bahan buangan domestik atau peningkatan pepejal terampai dalam
air sungai. Pertambahan bahan buangan domestik serta kumbahan boleh mengakibatkan
parameter seperti COD, BOD dan Ammonikal-Nitrogen mencatatkan tahap pencemaran
lembangan saliran yang serius. (Noorazuan Md Hashim & Asmala Ahmad 2007) Selain itu,
proses perbandaran yang meningkatkan lagi projek-projek pembangunan bagi kawasan
perumahan, industri dan perniagaan sudah tentu menjadi punca kepada peningkatan
pembuangan sisa pepejal dan seterusnya menjadi penyebab kepada penurunan kualiti
lembangan saliran.
3.4.2.2 Pencemaran Bau
Tapak pelupusan yang mengandungi sisa pepejal yang banyak boleh menyebabkan
pencemaran bau berlaku. (Zaini Sakawi, Sharifah Mastura Syed Abdullah, Othman Jaafar,
Mastura Mahmud, Lukman Ismail, Mohd Rozaimi Ariffin, 2012) Sisa buangan melalui aktiviti
manusia boleh datang dari pelbagai sumber seperti domestik, perniagaan, industri dan
institusi. Kehadiran sisa buangan dalam sesuatu ekosistem merupakan indikator perubahan
alam sekitar yang memberi impak kepada pencemaran bau yang mendatangkan
ketidakselesaan kepada manusia dan punca wujudnya masalah lain. Masalah bau dari sisa
buangan ini bukan sahaja datang daripada penstoran sisa buangan yang tidak dikutip
daripada pelbagai sumber yang terjana melalui aktiviti manusia. Tetapi turut datang dari
sumber semulajadi yang tidak diurus dengan sistematik dan sempurna. Di samping bau
yang terjana dari penstoran sisa buangan, masalah bau yang wujud dari tapak pelupusan
sisa buangan turt menjadi punca utama pencemaran yang berpunca daripada kelemahan
21 | P a g e

pengurusan. Kelemahan ini boleh juga disebabkan penggunaan teknologi yang rendah
sehingga memberi masalah kepada kesejahteraan alam sekitar setempat tapak pelupusan.
Bau yang datang dari tapak pelupusan bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, tetapi
turut mengundang bencana kepada persekitaran fizikal lain. Hal ini kerana, kehadiran bau
merupakan indikator bagi wujudnya gas daripada longgokan sisa buangan tersebut yang
boleh mengganggu kesihatan awam. Oleh itu, pencemaran bau merupakan salah satu
komponen pencemaran yang sering mendapat perhatian individu, badan bukan kerajaan
dan media. (Zaini Sakawi et. al, 2012)

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH EKOSISTEM BANDAR
4.1 Dasar Perbandaran Negara
Menurut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (2006), Keperluan Dasar Perbandaran
Negara ini telah ditekankan di dalam RMK-8 dan RMK-9, di mana DPN perlu digubal untuk
meningkatkan keberkesanan kualiti perkhidmatan bandar ke arah mewujudkan bandar yang
selamat, bersistematik, moden dan menarik. Peruntukan dibawah bahagian IIB, Seksyen 6B
(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) yang dipinda pada tahun 2001 (Akta
A1129), juga menyatakan keperluan bagi Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa
menimbangkan dasar perbandaran negara atau dasar lain yang serupa dalam menyediakan
draf Rancangan Fizikal Negara (RFN).
Dasar Perbandaran Negara adalah bertujuan untuk memandu dan menyelaraskan
perancangan dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik
khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan
penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam
bandar. Dasar Perbandaran Negara ini digubal berdasarkan enam teras yang berikut iaitu
22 | P a g e

Pembangunan Perbandaran yang Efisien dan Mampan, Pembangunan Ekonomi Bandar yang
Kukuh, Dinamik dan Berdaya Saing, Sistem Pengangkutan Bandar yang Bersepadu dan
Efisien, Penyediaan Perkhidmatan bandar, infrastruktur dan Utiliti yang berkualiti,
Pewujudan Persekitaran Kehidupan Bandar yang sejahtera dan Beridentiti serta Tadbir Urus
Bandar yang Efektif.
Antara agensi pelaksana adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD),
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Jabatan Perangkaan dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), semua Agensi Awam dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT).
4.2 Akta Majlis Bandaraya Dan Perbandaran (Pindaan) 1957
Berdasarkan Undang-Undang Malaysia (2006), Terdapat undang-undang kecil mengenai
kerja-kerja tanah bagi kawasan-kawasan perbandaran tertentu telah diperkenalkan
terutamanya Akta Majlis Bandaraya dan Perbandaran (pindaan) 1957 dimana kuasa-kuasa
tempatan diberikan kuasa untuk pengawalan berhubung dengan kerja-kerja tanah. Melalui
akta ini, penggunaan tanah dapat dikawal untuk mengurangkan hakisan akibat pengurusan
tanah yang tidak sistematik.
4.3 Akta Jalan, Tali Air Dan Bangunan 1974 (Pindaan) 1978
Demikian juga Akta Jalan, Tali air dan Bangunan 1974 dan dipinda pada tahun 1978 untuk
pengawalan hakisan tanih dan pemendapan akibat dari pembangunan perumahan dan
pembandaran. Walaupun penggubalan akta dan undang-undang tersebut mempunyai asas
yang baik bagi mengawal aktiviti yang boleh menyebabkan penyalahgunaan tanah yang
serius, keadaan sebenarnya menunjukkan bahawa akta dan undang-undang tersebut tidak
diberi perhatian yang berat dan menimbulkan persoalan tentang keberkesanannya serta
sikap kerajaan dalam mengawal hakisan tanih (Undang-Undang Malaysia, 2006).
23 | P a g e

4.4 Menyediakan Sistem Perparitan Dan Saliran Yang Sempurna
Sistem perparitan merupakan suatu sistem penting yang berperanan untuk menghalang
tindakan air dari mengurangkan kekuatan dan ketahanan struktur tanah. Fungsi asas sistem
perparitan ialah mengalirkan air larian permukaan ke kawasan tertentu yang lebih selamat
dan ekonomi. Sistem perparitan ini boleh dibahagikan kepada perparitan awal dan
perparitan utama. Perparitan awal berperanan mengumpul dan mengalirkan air permukaan
daripada reka bentuk ribut awal yang mempunyai ulangan 2, 5 dan 10 tahun bergantung
kepada guna tanah. Perparitan awal ini mampu mengurangkan kos penyelenggaraan serta
mengelak berlaku kerosakan-kerosakan kecil. Biasanya sistem perparitan awal ini adalah
parit di tepi jalan, paip air larian, pembentungan dan lain-lain struktur yang direka bentuk
untuk membawa air larian permukaan. Perparitan utama pula merupakan saliran terpenting
dalam suatu sistem perparitan. Ianya merupakan punca keberkesanan dan kecekapan
sistem perparitan. Direka bentuk untuk kala berulang 100 tahun bagi mengurangkan
kerosakan harta benda akibat banjir. Sistem ini akan mengumpulkan jumlah air larian
daripada sistem perparitan permulaan ke sungai, tasik ataupun laut.
Pihak pemaju perlu menyediakan sistem perparitan yang memenuhi piawaian yang
ditetapkan seperti menyediakan sistem sekunder bagi membantu sistem perparitan utama
yang tidak dapat menampung muatan air larian permukaan yang besar atau mengalami
kerosakan, sistem perparitan bawah permukaan mestilah dapat mengalirkan air resapan dan
lain-lain punca air bumi dengan berkesan, sistem saliran yang direka bentuk mestilah
berupaya mengalirkan air larian pada kapasiti yang besar dengan pantas tanpa berlaku
limpahan dan kecerunan sistem perparitan harus sesuai dan tepat bagi mendapatkan satu
aliran yang berterusan. Oleh yang demikian, pihak berkuasa (Jabatan Pengairan & Saliran)
wajar menyediakan peraturan ketat dan pemantauan yang lebih kerap dan Pihak
pemaju perlu menyediakan sistem perparitan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Pemaju yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan hendaklah diambil
24 | P a g e

tindakan undang-undang serta penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan dengan
lebih kerap iaitu 1 atau 2 kali sebulan (Bazlan Sabri, 1996).
4.5 Kaedah Kejuruteraan (Projek Tebatan Banjir)
Kaedah kejuruteraan juga digunakan dalam mengawal banjir yang berlaku seperti projek
tebatan banjir. Kerajaan telah menunjukkan komitmen dalam mengawal bencana banjir
melalui usaha memberi peruntukkan dalam projek-projek yang melibatkan pengawalan
banjir. Contohnya, dalam Rancangan Malaysia ke-2, kerajaan telah memperuntukkan
sejumlah RM 16.5 juta untuk tujuan ini. Manakala, dalam Rancangan Malaysia ke-7,
kerajaan telah menambah peruntukan untuk tujuan ini kepada RM 1 billion. Antara projek
yang dijalankan adalah seperti SMART (Terowong jalan raya dan Pengurusan banjir) yang
berfungsi untuk mengalirkan lebihan air sungai Ampang dan Klang seperti dalam gambar
rajah 4.5. Terowong ini berfungsi untuk mengatasi masalah banjir yang disebabkan oleh
limpahan air banjir Sungai Klang di Kuala Lumpur dengan melencongkan air banjir di
pertemuan Sungai Klang atau Sungai Ampang ke terowong sepanjang 9.7km. Terowong
Smart ini merupakan terowong kedua terbesar dibenua Asia ini merupakan satu-satunya
projek inovatif oleh Kerajaan Malaysia yang menggabungkan dwi fungsi, yang pertama
seumpamanya di dunia.
Fungsi utamanya adalah mengurangkan masalah banjir di kawasan tumpuan utama
pusat bandaraya Kuala Lumpur manakala fungsi keduanya bagi mengurangkan masalah
kesesakan lalu lintas di kawasan antara Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dengan pintu masuk
sebelah selatan di Sungai Besi.



25 | P a g e






Gambar Rajah 4.5: Gambar Terowong SMART bagi Mengatasi Banjir


Melalui sistem ini, bencana banjir dijangka dapat dikurangkan pada masa akan datang
disamping melihat pelbagai kelebihan yang diperolehi daripada sistem ekologi apabila
manual berkenaan diintegrasikan dengan pengurusan lembangan saliran secara terkawal
atau bersepadu di Malaysia (Suhaimi Yahya, 2011).
4.6 Meningkatkan Kawasan Hijau Atau Zon Penampan
Menurut Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim & Yaakob Mohd Jani (2009), dengan
membanyakkan kawasan hijau adalah dapat meningkatkan proses sejatan di kawasan
bandar dan mengurangkan kadar penyimpanan haba pendam oleh bahan-bahan binaan.
Dengan itu, keadaan persekitaran bandar menjadi lebih sejuk apabila kadar kelembapan
bandingan lebih tinggi. Peningkatan suhu bandar sehingga membawa kepada pembentukan
Pulau Haba Bandar misalnya boleh juga dikurangkan apabila ditingkatkan kawasan badan
air. Peranan badan air dalam mengurangkan suhu bandar pernah dikaji di sekitar Kuala
Lumpur dan usaha membanyakkan kawasan pancutan air di kawasan bandar boleh juga
mengurangkan kadar suhu yang tinggi. Pancutan air mampu meningkatkan kadar
kelembapan bandingan dan dengan itu mengurangkan suhu sekitaran dalam bandar.
Rujukan : Google http://state.water.gov.my/scc/index.php/ms/perkhidmatan/operasi-smart
(Gambar Terowong SMART bagi Mengatasi Banjir)
26 | P a g e

Selain itu, perlu dikurangkan penggunaan bahan berbentuk cermin atau yang
mampu memantulkan bahangan pada kadar yang tinggi. Ini disebabkan peningkatan
pantulan bahangan boleh meningkatkan pembebasan haba ke ruang sekitar bandar. Hal ini
dapat boleh meningkatkan kadar suhu bandar sehingga membentuk pulau haba bandar.
Kebelakangan ini, usaha mengurangkan suhu bandar boleh dilaksanakan dengan menanam
pokok di atas bumbung-bumbung bangunan yang rata atau konsep bumbung hijau
(Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim & Yaakob Mohd Jani, 2009).
4.7 Menyediakan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Dan Sisa Toksid Yang Cekap
Menurut Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS (2011),
terdapat beberapa garis panduan umum bagi perancangan pemuliharaan dan pembangunan
KSAS kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa pepejal dan sisa toksid iaitu sebarang bentuk
pembangunan semula hanya dibenarkan selepas tempoh 10 tahun dengan merujuk Garis
Panduan Pembangunan Semula Kawasan Brownfield, sistem pengumpulan air resapan dan
gas di tapak sedia ada perlu dinaik taraf merujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran,
tapak sedia ada perlu dipagar dan dilandskap, semua tapak baru tidak dibenarkan di dalam
kawasan tadahan air atau dalam lingkungan 5000 meter dari sungai utama atau 500 meter
dari anak sungai, semua tapak baru perlu mempunyai sistem pengumpulan air resapan,
sistem pengumpulan gas dan suatu lapisan tidak telus cecair di dasar tapak berkenaan.
Rekabentuk sistem saliran tapak pelupusan ini perlu merujuk kepada (JPS), semua tapak
baru tidak dibenarkan menerima sisa terjadual atau sisa toksid dan tiada pembangunan
perumahan, sekolah, hospital dan pengambilan air tanah di dalam zon penampan sekitar
500 meter dari tapak pelupusan sisa pepejal.
Manakala, bagi garis panduan umum bagi perancangan pemuliharaan dan
pembangunan KSAS kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa toksid pula ialah
pembangunan semula tidak dibenarkan, tapak sedia ada perlu dipagar dan dilandskapkan,
27 | P a g e

semua tapak baru tidak dibenarkan di dalam kawasan tadahan air atau dalam lingkungan
5000 meter dari sungai utama atau 1000 meter dari anak sungai dan tiada pembangunan
perumahan, sekolah, hospital dan pengambilan air tanah di dalam zon penampan sekitar
1000 meter dari tapak pelupusan sisa toksid.
4.8 Mewujudkan Bandar Dalam Taman (Hutan Bandar)
Menurut Shaharudin Idrus (2011), perhutanan bandar didefinisikan sebagai satu cabang
perhutanan khusus yang mempunyai objektif menanam dan menguruskan pokok-pokok
untuk menyumbang faedah daripada kewujudannya masa kini serta berpotensi
menyumbang ke arah kebaikan psikologi, sosiologi dan kebajikan ekonomi masyarakat
bandar. Hutan Bandar merupakan sebuah entiti kawasan yang terkandung di dalamnya
elemen-elemen hutan dan terletak di kawasan yang ditakrifkan sebagai kawasan
perbandaran.
Dari segi geografinya, hutan bandar wujud dalam empat zon yang jelas iaitu Zon
paling luar dikenali sebagai sekitar pinggir bandar yang lazimnya merupakan zon peralihan
antara kawasan hutan, guna tanah pertanian dan lot-lot penempatan khususnya campuran
perkampungan tradisi dan kawasan pembangunan yang kurang dikawal. Zon kedua adalah
kawasan pinggir bandar. Kawasan ini mengalami kadar penjelmaan yang lebih tinggi di
mana tumbuh-tumbuhan dan permukaan tanah digondolkan bagi tujuan pembangunan baru
untuk menampung kesesakan bandar. Walau bagaimanapun, kehilangan tumbuh-tumbuhan
ini akan diganti semula melalui penanaman selepas pembangunan siap dijalankan.
Zon ketiga pula adalah kawasan perumahan di dalam bandar yang terdiri daripada
perumahan berkepadatan tinggi, sederhana dan berkepadatan rendah, terletak di antara
kawasan pinggir bandar dan menghampiri ke sempadan pusat bandar (Central Business
District). Pokok-pokok yang terdapat di kawasan ini agak terhad daripada segi jumlah serta
saiznya. Kawasan hijau sering kali wujud pada lot atau ruang yang kecil, bertaburan dengan
28 | P a g e

bentuk yang tidak menentu. Zon terakhir bagi hutan bandar adalah pusat bandar. Tumbuh -
tumbuhan yang terdapat di kawasan ini adalah amat sedikit sekali kerana keadaan ruang
untuk pokok-pokok boleh dikatakan tidak langsung diberi pertimbangan semasa
pembangunan awalnya dan kini pokok menghadapi persaingan dengan keperluan lain yang
lebih utama (Shaharudin Idrus, 2011).

5.0 KESIMPULAN
Proses pembandaran yang dilaksanakan sangat penting dalam meningkatkan kualiti hidup
sosial penduduk. Dengan kemajuan pembangunan yang terdapat pada sesebuah negara
membolehkan kehidupan penduduk lebih terjamin. Namun demikian, terdapat masalah yang
timbul akibat daripada perkembangan sesebuah negara seperti timbulnya isu alam sekitar
seperti pulau haba, banjir kilat, pembuangan sisa pepejal, tanah runtuh dan sebagainya.
Oleh itu, perancangan dalam membangunkan sesebuah negara perlu disediakan bagi
mengatasi masalah yang akan wujud akibat pembangunan yang dilaksanakan.









29 | P a g e

RUJUKAN
Abdul Samad Hadi. (2010). Urbanisasi di Malaysia: Mengaitkan Kepelbagaian Proses ke
Bentuk Perbandaran. Malaysian Journal of Environmental Management, 11(2), 21-
23.
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus. Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur dari Perspektif
Kesejahteraan Penduduknya 1890-1914. Diakses pada 20 Mei 2014 dari
http://portalfsss.um.edu.my/portal/uploadFolder/pdf/Sejarah%20Sosial%20Bandar
20Kuala%20Lumpur%20dari%20perspektif%20kesejahteraan%20penduduknya.pdf

Bazlan Sabri. 1996. Kajian Sistem Saluran Terbuka yang Sistematik (Kajian Kes: Kg. Melayu,
Kangkar Pulai, Johor). Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Kejuruteraan Awam.
Berita Harian. 25 Disember 2013. Kegiatan Korek Pasir Punca Banjir Kilat. Diakses pada 06
Mei 2014 dari www.bharian.com.my.
Berita Harian. 11 April 2013. Ibu Negara Dilanda Banjir Kilat. Diakses pada 03 Mei 2014 dari
www.bharian.com.my.
Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS. 2011. Kawasan Bekas
dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Toksid. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
Hairul Anuar. 2006. Tesis: Kajian Banjir Kilat di Wangsa Melawati. Kuala Lumpur. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.
Haliza Abdul Rahman. 2007. Tesis: Suatu Tinjauan Terhadap Permasalahan Banjir Kilat di
Lembah Klang. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim & Sarifah Yaacob. 2012.
Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi
rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space,
8(5), 64-75.
Jabatan Perancangan Bandar. 26 Februari 2014. Sejarah Perbandaran Kuala Lumpur.
Diakses dari http://jprb.dbkl.gov.my/profail/profailsejarah.html

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 2006. Dasar Perbandaran Negara (DPN). Kuala
Lumpur: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Diakses pada 15 Mei
2014 dari http://www.townplan.gov.my/content.php?ID=40.
Jalina Kassim. 2006. Kajian Penjanaan dan Komposisi Sisa Pepejal di Kawasan Luar Bandar:
Kajian Kes Kampung Perpat Darat Rengit, Batu Pahat, Johor. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Kamarul Ain Kamal & Nor Aini Othman. 2010. Tesis: Aplikasi GIS dalam Kajian Taburan
Aktiviti Kegunaan Tanah di Kawasan Bukit Batu Kapur di Ipoh, Perak. Universiti
Teknologi Mara.
Lee Boon Hiong. 2007. Tesis: Pembangunan Ekopelancongan di Cameron Hihgland: Satu
Kajian Kes. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
30 | P a g e

Mokhtar Jaafar, Abdul Halim Yusof & Asiah Yahya. 2011. Analisis Tahap Kebolehruntuhan
Tanah dengan Menggunakan Skala ROM: Kajian di Kampus Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi. Journal of Society and Space, 7(3), 45-55.
Noorazuan Md. Hashim, Sulong Muhammad, Kadaruddin Aiyub & Norhayati Yahya. 2011.
Pembangunan Tanah Runtuh dan Fenomena Banjir Kilat: Kes Sungai Lembing,
Pahang. Jurnal e-Bangi, 6(2), 155-169.
Norazuan Md Hashim & Asmala Ahmad. 2007. Tepubina bandar: Isu dan kaitannya dengan
kesihatan ekosisitem lembangan saliran. Malaysia Journal of sosiety and Space, 3,
20-34.
Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md Hashim & Yaakob Mohd Jani. 2009. Fenomena Pulau
Haba Bandar dan isu alam sekitar di Bandaraya Kuala Lumpur. Malaysia Journal of
Society and Space, 6(3), 57-67.
Shaharuddin Ahmad & Noraziah Ali. 2011. Aktiviti ekonomi dan penjanaan haba di beberapa
lokasi terpilih di Kuala Lumpur. Malaysia Journal of Society and Space, 7.
Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim & Yaakob Mohd Jani. 2009. Fenomena Pulau
Haba Bandar Dan Isu Alam Sekitar Di Bandaraya Kuala Lumpur. Journal of Society
and Space, 5(2), 115 - 125.
Shaharudin Idrus. 2011. Era Hijau: Mengekalkan Hutan Bandar di Malaysia. Selangor: UPM
Holdings Sdn. Bhd.
Sin Hui Teng. 2007. Fenomena Pulau Haba dan Pembandaran: Satu Kajian Kes Di Pulau
Pinang. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Suhaimi Yahya. 2011. Analisis Keselamatan di Lebuh Raya Terowong SMART. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.
Tan Chong Tat. 2005. Tren Perubahan Suhu Jangka Panjang Bagi Stesen yang Terpilih di
Negeri Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Undang-Undang Malaysia. 2006. Akta 133: Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Diakses
dari http://www.kpkt.gov.my/kpkt_2013/akta/Akta133y1974bm.pdf pada 15 Mei
2014.
Utusan Malaysia. 01 Ogos 2011. Ramai Tak Kisah Bencana Alam. Diakses pada 06 Mei 2014
dari www.bharian.com.my.
Utusan Online. 22 Mei 2011. Kronologi Kejadian Tanah Runtuh di Negara Ini. Diakses pada
06 Mei 2014 dari www.utusan.com.my.
Wan Rozali Wan Hussin. (2007). Kualiti Hidup Sosial dan Proses Perbandaran di Malaysia.
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Wan Ruslan. 1994. Pengantar Hidrologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaini Sakawi, Sharifah Mastura Syed Abdullah, Othman Jaafar, Mastura Mahmud, Lukman
Ismail & Mohd Rozaimi Ariffin. 2012. Persepsi Penerima Sensitif Ke Atas Pencemaran
Bau Dari Tapak Pelupusan Secara Terbuka. Journal of Social Sciences and
Humanities.

Vous aimerez peut-être aussi