Vous êtes sur la page 1sur 2

Abdul Rahman bin Andak

Dato' Seri Amar Diraja - Dato' Abdul Rahman


bin Andak
Abdul Rahman bin Andak (1850 - 10 September 1930) yang bergelar Datuk Seri Amar
Diraja adalah pembesar di Johor. Bapa beliau ialahHaji Andak bin Haji Jamak manakala
adiknya Tan Sri Taib Andak. Beliau telah mendapat pendidikan British. Oleh itu, beliau
mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai British dan pedagang asing di Johor.
Tugas utama yang dilakukan oleh Datuk Seri Amar Diraja ini adalah mengawal hubungan
yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak British. Tugas yang dilakukan
sememangnya amat berat. Beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan
seimbang. Dengan begitu, British tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan
menjajah negeri Johor. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik sehingga terdapat
pihak British yang amat tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.
Dato' Abdul Rahman Andak adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran
di England dalam tahun 1870'an. Abdul Rahman memulakan kerjayanya dalam JCS dan
berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Dalam menyelamatkan Johor dari
terperangkap dengan muslihat penjajah Inggeris, Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan
bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan
dengan British dalam tahun 1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat
percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris. Inggeris mendapati selagi ada Abdul
Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu Sultan Ibrahim telah dipengaruhi
untuk menamatkan perkhidmatan Dato'Sri Amar DiRaja dan di'amankan' di England dalam
tahun 1909. Ini menyebabkan Gabenor Anderson menyingkir Abdul Rahman dengan
pesetujuan Sultan Ibrahim. Anderson mencadangkan Abdul Rahman dibayar pencen 1000
pounds sterling setahun. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor dalam tahun
1909 dan menguasai Johor mulai 1914. Beliau kemudian membawa diri ke London dan
meninggal dunia di sana.
Pada tahun 1888 satu pertubuhan yang dinamakan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan
Bahasa ditubuhkan oleh Muhammad Ibrahim Munsyi . Tujuannya adalah untuk mengkaji
dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah
disebarkan kepada orang Melayu. Usaha yang utama organisasi ini ialah menterjemahkan
istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa
perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti : setiausaha,
pejabat, dan kerja raya.
Pada tahun 1934 nama pertubuhan ini ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan
Persuratan Buku-buku Di-Raja. Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato' Abdul Rahman bin
Andak.
Beliau menetap di London dan berkahwin dengan Gustel Reis. Beliau telah mendapat 3
orang anak lelaki iaitu Henry, Mansour and Walter
Beliau meninggal dunia di London pada 10 September 1930 dan dikebumikan di tanah
perkuburan Islam di Woking London.
Kategori:
Kelahiran 1850
Kematian 1930
Ahli politik Malaysia
Sejarah Malaysia