Vous êtes sur la page 1sur 2

APA YANG DIHARAPKAN MELALUI PRAKTIKUM INI

Praktikum memberi peluang kepada saya mengamalkan pengetahuan,


kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah
dan sekolah. Program praktikum menyediakan peluang bagi saya mempraktik
teori dalam amalan pengajaran pembelajaran serta menghasilkan teori
pengajaran pembelajaran saya yang tersendiri, sekiranya perlu. Pelaksanaan
program peringkat ini lebih memberi tumpuan kepada proses pengajaran
pembelajaran dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan permuafakatan
antara institut perguruan, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan. Melalui
program latihan praktik dan sistematik yang berasaskan sekolah dan bersifat
developmental, saya juga berharap agar dapat membina, menguasai dan
mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru permulaan yang
berkesan.
Melalui praktikum ini, saya berharap agar dapat:
1) Menyatupadukan teori yang dipelajari dengan amali pengajaran dan
pembelajaran
) Mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran dan
pembelajaran
!) Merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran secara
berpasangan dan individu dengan bimbingan
") Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran
#) Memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati dan
mengamalkan nilai profesion keguruan
$) Memperkembang potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan
portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam
semua aspek tugas
%) Mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dan pembestarian
proses pengajaran pembelajaran
&) Menguasai kemahiran pemudahcaraan
') Menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko
kurikulum.
(isediakan oleh:
)(*)* +,* M-.)M)(

Vous aimerez peut-être aussi