Vous êtes sur la page 1sur 34

1

1. PENGENALAN DELLOYD VENTURES BERHAD



Syarikat Delloyd Ventures Berhad adalah peneraju pengeluar komponen automotif
original equipment manufacturer OEM dan aksesori seperti cermin pintu, kunci pusat dan
penggera, sistem pengatur tingkap berkuasa, pelindung roda, antena radio kereta, modul pintu
dan lain-lain untuk pembuatan dan pemasangan kereta utama di Malaysia. Syarikat ini
beralamat di Lot 33004/5, Jalan Kebun Kampung Jawa, 42450 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Antara pelanggan syarikat Delloyd Ventures Berhad adalah seperti UMW Toyota Motor Sdn
Bhd, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd, Perodua Manufacturing Sdn Bhd, Daihatsu (M)
Sdn Bhd, Ford (Malaysia) Sdn Bhd dan lain-lain lagi. Ia terdiri daripada kumpulan syarikat
yang terlibat di dalam bidang tertentu iaitu pembuatan dan pengedaran secara menyeluruh
komponen dan aksesori kereta. Delloyd Ventures Berhad mempunyai 180 orang kakitangan
termasuk diperingkat eksekutif dan operator. Ia terdiri daripada lima bahagian iaitu Assembly
Department, Painting Department, Injection Department, Metal Stamping Department dan
Logistic/Store Department. Di peringkat atasan syarikat, ia terdiri daripada Dato Tee Boon
Kee sebagai Pengarah Urusan Kumpulan yang mempunyai 3 orang Pengarah Eksekutif iaitu
Datin Chung Geok Siew, Dato Ir. Haji Noor Azmi Bin Jaafar dan Mr. Tee Boon Keat.
Kumpulan korporat ini telak meletakan falsafah di mana Inovasi dan penciptaan produk dan
perkhidmatan adalah memenuhi permintaan dan keperluan pasaran pada masa kini dan masa
hadapan yang berkualiti dan meletakkan syarikat diiktiraf sebagai pengeluar komponen
kereta yang bertarah dunia. Disamping itu juga Delloyd Ventures Berhad telah mengeluarkan
dasar kualiti di mana Delloyd Ventures Berhad komited untuk mereka bentuk dan
mengeluarkan produk yang berkualiti pada kos yang optimum melalui usaha kecemerlangan
yang berterusan untuk memenuhi kepuasan pelanggan. Sehubungan dengan itu, Delloyd
Ventures Berhad telah melaksanakan ISO 14001:2004 dan dianugerahkan sijil pada tahun
2008 manakala OHSAS 18001:2007 telah disijilkan pada tahun 2010 bagi memenuhi
kehendak dasar kualiti yang dikeluarkan oleh syarikat.




2
2. PERLAKSANAAN OHSAS 18001:2007
2.1 PENGENALAN OHSAS 18001:2007
OHSAS 18001:2007 adalah salah satu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang merupakan satu keperluan yang disediakan untuk sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi memudahkan sesuatu organisasi dapat
mengawal risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan meningkatkan pencapaian
organisasi. OHSAS 18001:2007 dibangunkan selari dengan ISO 9001:2008 (kualiti)
dan ISO 14001:2004 (alam sekitar) standard sistem pengurusan untuk memudahkan
integrasi yang berkualiti, pengurusan kesihatan dan keselamatan sistem alam sekitar
dan pekerjaan oleh organisasi. Dengan adanya sistem pengurusan OHSAS 18001
yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi ini dapat memudahkan risiko keselamatan
dan kesihatan pekerjaan dapat dikawal dan dipantau dengan lebih teratur oleh setiap
organisasi. Ia meliputi struktur organisasi, aktiviti organisasi, perancangan,
tanggungjawab, praktis, proses, perlaksanaan, pencapaian, penilaian dan pengekalan
polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pada dasarnya, tujuan pihak organisasi
hanya memikirkan keuntungan sahaja tetapi ia tidak dapat direalisasikan jika tidak
mempunyai sistem pengurusan yang efektif. Selain faktor teknologi dan kualiti, pihak
organisasi perlu menitikberatkan berkenaan faktor persekitaran dan aspek keselamatan
dan kesihatan pekerjaan. Dengan adanya sistem pengurusan OHSAS 18001:2007,
pihak organisasi akan dapat selarikan sistem pengurusan syarikat. Ini kerana sistem
pengurusan OHSAS 18001:2007 wajib selari dengan visi dan misi sesebuah syarikat.
Tujuan sistem OHSAS 18001:2007 diwujudkan adalah untuk mengurangkan dan
mencegah kemalangan di tempat kerja yang boleh menyebabkan kecederaan atau
kerugian dan sekaligus dapat memberikan perlindungan kepada pekerja. Kesan positif
OHSAS 18001:2007 dapat mengurangkan kemalangan di tempat kerja. Maka setiap
pekerja disesebuah organisasi akan berasa terjamin keselamatan dan kesihatan
mereka. Pekerja akan dapat menjalankan kerja dengan kadar optimum dan akan
memberi kesan keatas produk atau perkhidmatan yang memberikan kepuasan kepada
pelangan. Hasil daripada sistem pengurusan OHSAS 18001 yang dijalankan oleh
organisasi maka pihak organisasi akan menpunyai struktur yang teratur dan
mempuyai sistem pentadbiran yang effisien berbanding organisasi yang tidak
mengamalkan sistem pengurusan ini. Diantara kelebihan sistem pengurusan OHSAS
18001:2007 yang berkesan adalah:
3
i. Dapat menyediakan pendekatan berstruktur untuk menguruskan OH&S
ii. Menetapkan dan mengekalkan komitmen untuk kesihatan dan keselamatan
pekerjaan
iii. Menunjukkan komitmen yang kuat untuk keselamatan yang cemerlang
iv. Struktur organisasi di tempat kerja mempunyai peranan dan tanggungjawab
yang jelas
v. Kewujudan peningkatan budaya selamat yang berterusan
vi. Tahap kepercayaan dan komunikasi yang kukuh
vii. Pengurangan tahap kejadian kemalangan dengan peningkatan langkah-langkah
prestasi
viii. Menyumbang kepada prestasi perniagaan dengan mengurangkan kos dan
liabiliti
Sistem pengurusan OHSAS 18001 meliputi kesemua aspek yang penting dan
tersusun yang terdiri daripada aktiviti perancangan, perlaksanaan dan operasi,
pemeriksaan, pengauditan, permantauan, pembetulan dan penilaian semula
pengurusan. Sistem pengurusan OHSAS 18001 ini adalah berdasarkan kepada satu
metodologi yang dipanggil sebagai Plan-Do-Check-Act (PDCA) yang digunakan di
dalam perniagaan bagi kawalan dan penambahbaikkan berterusan dalam proses dan
produk. Ia juga dikenali sebagai Deming bulatan/pusingan/roda, kitaran Shewhart
bulatan kawalan/pusingan. PDCA adalah satu proses secara berterusan yang
membolehkan organisasi untuk menubuhkan, melaksanakan dan mengekalkan dasar
keselamatan dan kesihatan perkerjaan berdasarkan kepimpinan pengurusan atasan dan
komitmen terhadap sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sistem
keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara berterusan berdasarkan metodologi
PDCA adalah seperti berikut :
i. Plan mewujudkan objektif dan proses atau program mengikut mengikut
keperluan undang-undang dan menyampaikan keputusan berlandaskan kepada
dasar OHSAS yang diwujudkan.
ii. Do melaksanakan sesuatu proses atau program
4
iii. Check pemantauan dan pengukuran prestasi berdasarkan kepada dasar
OHSAS, objektif, undang-undang serta keperluan yang lain
iv. Act mengambil tindakan untuk terus meningkatkan prestasi OHSAS
Metodologi boleh digambarkan seperti rajah 1 di bawah :











RAJAH 1 : Model metodologi sistem pegurusan OHSAS
Sebelum sesuatu perancangan dapat dijalankan, sesebuah organisasi itu perlulah
mewujudkan dan mengukuhkan satu dasar OH&S terlebih dahulu sebelum terlibat di
dalam pembentukan perancangan. Perancangan (PLAN) berdasarkan model
metodologi sistem pengurusan OHSAS adalah meliputi dari aspek :
i. Pengenalpastian bahaya (hazard) proses mengenalpasti sumber atau keadaan
yang berpotensi menyebabkan kemalangan dari segi kecedaraan atau kematian
di tempat kerja.
ii. Penilaian risiko proses dimana penilaian risiko dijalankan samaada
kemungkinan atau pendedahan yang boleh menyebakan kemalangan.

PLAN

DO
ACT

CHECK
5
iii. Penentuan kawalan proses langkah-langkah yang berkaitan untuk
menghapuskan atau mengurangkan risiko kepada tahap yang boleh diterima.
Di dalam perancangan ini juga, sesebuah organisasi perlulah menetapkan,
menerapkan yang mengikut keperluan undang-undang yang diperlukan. Ia juga
perlulah selaras dengan objektif dan program yang telah didokumentasikan mengikut
fungsi dan pangkat di dalam sesebuah organisasi tersebut. Sepertimana di dalam
Rajah 1, pihak organisasi perlu bersandarkan kepada prinsip operasi dan perlaksanaan
(DO) bagi melaksanakan di dalam sistem pengurusan OH&S ini. Ia meliputi segala
aspek seperti peranan yang harus dilaksanakan oleh pengurusan atasan untuk
mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan OH&S. Selain itu juga, di dalam
elemen perlaksanaan ini, pihak organisasi perlu memastikan agar semua orang yang
bekerja perlu dilatih dan mempunyai kesedaran di dalam keselematan dan kesihatan
pekerjaan. Pengawalan dokumen dan pengawalan operasi juga sangat penting di
dalam perlaksanaan dan operasi ini. Seterusnya pihak organisasi perlu menjalankan
pemeriksaan (CHECK) yang merangkumi aspek seperti pengukuran prestasi dan
pemantauan secara berterusan, penilaian pematuhan, penyiasatan insiden,
ketakakuran, tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan dan juga kawalan rekod.
Audit dalaman juga mempunyai peranan yang sangat penting di mana untuk
mengukuhkan dan mengekalkan prosedur sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang telah dibuat. Akhir sekali, penilaian semula hendaklah
dilakukan oleh kumpulan pengurusan atasan pada masa tertentu berdasarkan kepada
laporan audit dalaman, aduan dalam dan perkara-perkara yang perlu. Secara
keseluruhan berdasarkan metodologi PDCA, ia adalah berkait rapat dan ini akan
memberikan penambahbaikkan secara berterusan kepada organisasi yang
melaksanakan OHSAS 18001:2007 dan ia juga diungkapkan sebagai kitaran
penambahbaikkan berterusan (continual improvement). Ia akan memberikan faedah
dan perkara yang positif yang bukan hanya kepada sesebuah organisasi malah
terhadap semua orang yang bekerja di dalam organisasi tersebut.



6
3. OHSAS 18001:2007 SYARIKAT DELLOYD VENTURES BERHAD
3.1 KEPERLUAN UMUM
Secara umumnya Delloyd Ventures Berhad telah mendapat persijilan OHSAS 18001:
2007 pada tahun 2011. Di mana organisasi syarikat telah mula mewujudkan sistem
pengurusan OHSAS ini pada tahun 2010. Ia juga selari dengan sijil ISO14001 :2004
yang telah dianugerahkan pada tahun 2008. Dengan inisiatif syarikat, maka syarikat
Delloyd Ventures Berhad telah menetapkan, mendokumentasikan, menerapkan ,
memelihara dan meningkatkan secara berterusan sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang bersesuaian dengan keperluana OHSAS. Syarikat telah
mendokumentasikan segala bentuk dokumen yang diperlukan di dalam perlaksanaan
sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan OHSAS 18001: 2007.

3.2 POLISI OHSAS 18001:2007
Secara amnya, pihak atasan syarikat Delloyd Ventures Berhad akan menetapkan dan
mengesahkan polisi yang bersesuaian terhadap syarikat. Di dalam penentuan polisi
OHSAS yang dikeluarkan oleh syarikat di mana ia meliputi segala aspek bagi
mencegah pencemaran alam sekitar, kemalangan yang berkaitan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan serta penambahbaikan secara berterusan terhadap prestasi dan
sistem pengurusan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar. Di dalam pembentukan
polisi ini, syarikat Delloyd Ventures Berhad telah membentuk satu kominiti
keselamatan yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu regulatory, customer dan
supplier.
i. Regulatory yang melibatkan undang-undang yang terpakai di dalam syarikat
seperti Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Jabatan Alam
Sekitar, BOMBA dan Pihak Berkuasa Tempatan.
ii. Customer melibatkan pelanggan utama syarikat seperti UMW Toyota Motor
Sdn Bhd, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd, Perodua Manufacturing Sdn
Bhd dan lain-lain lagi
iii. Supplier melibatkan pembekal-pembekal yang membekalkan bahan mentah
dalam pembuatan.
7
Di dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad, pihak organisasi telah memperkenalkan
satu cara dimana setiap polisi keselamatan akan tertera pada kad matrik setiap pekerja
di dalam syarikat tersebut. Ini adalah satu cara yang berkesan bagi pihak organisasi
untuk berkomunikasi dengan setiap perkerja. Dengan cara ini setiap pekerja tidak
menjadi masalah dalam mengetahui setiap polisi keselamatan di dalam syarikat ini.
Selain itu juga, pihak organisasi mengadakan taklimat polisi keselamatan pada setiap
pagi kepada semua pekerjanya.


GAMBARAJAH 1 : Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Delloyd Ventures
Berhad
8

GAMBARAJAH 2 : Environmental, Health, Safety card bagi setiap pekerja


GAMBARAJAH 3 : Taklimat polisi keselamatan

9
3.3 PERANCANGAN
3.3.1 IDENTIFIKASI HAZARD, PENILAIAN RISIKO DAN
MENENTUKAN KAWALAN
Syarikat Delloyd Ventures Berhad telah menetapkan, menerapkan dan
memelihara prosedur-prosedur untuk identifikasi hazard secara
berterusan, penilaian risiko dan menentukan kawalan yang diperlukan.
Pihak organisasi telah mempekenalkan satu sistem iaitu CCCF
(Completely Check Completely Find Out).
Setiap pekerja disetiap bahagian dikehendaki untuk mengisi satu
borang bagi mengenalpasti hazard disekeliling mereka. Akhirnya,
pihak pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan
mengumpulkan kesemua borang tersebut untuk dianalisa dan akan
menilai tahap risiko di setiap bahagian. Ia juga akan
mendokumentasikan setiap borang yang dikeluarkan adalah terkawal.
Syarikat Delloyd Ventures Berhad telah membahagikan kepada 3 tahap
hazard yang berbeza iaitu :
i. death, disability, lost of organ Rank A
ii. Injury, production shutdown Rank B
iii. Little injury (no medical leave) Rank C







10
HAZARD IDENTIFIED BY OPERATOR

Name
:
Employee
Code : Issue Date : Section : Line :

NO.
JOB / AREA /
ACTIVITY
MACHINE
/EQUIPMENT
HAZARD IDENTIFICATION, HOW
OCCUR, ORGAN
RECOMMENDATI
ON FOR
OF BODY ( Use STOP 6 method) IMPROVEMENT
1



2



3



4



5



6



7



8



9



JADUAL 1: Borang Hazard Identified By Operator
11
3.3.2 KEPERLUAN PERUNDANGAN DAN PERATURAN
BERKAITAN
Syarikat Delloyd Ventures Berhad telah membentuk, menyelaraskan
dan menyelenggara prosedur kerja mengikut keperluan undang-undang
yang telah ditetapkan. Kesemua perundangan yang dibuat adalah
selaras dengan produk, aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan oleh
syarikat. Merujuk kepada dasar polisi keselamatan, kesihatan dan alam
sekitar yang dikeluarkan syarikat, dengan jelas pihak organisasi perlu
selari dengan dasar polisi yang ditetapkan. Syarikat perlu merujuk
kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, dan juga Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 supaya iainya mengikut
perundangan di Malaysia.

3.3.3 OBJEKTIF DAN PROGRAM
Syarikat Delloyd Ventures Berhad telah menetapkan obejektif dan
sasaran untuk mencapai dasar polisi yang ditetapkan oleh organisasi.
Syarikat telah membentuk objektif di mana ia sesuai dengan dasar
polisi syarikat yang telah ditetapkan dan termasuk komitmen syarikat
untuk mencegah daripada sebarang kecedaraan atau masalah kesihatan.
Ia bukan sahaja melibatkan kesihatan dan keselamatan pekerja sahaja,
ia juga meliputi terhadap pengawalan alam sekitar. Segala bentuk
objektif yang ditetapkan oleh pihak syarikat adalah sesuai dengan
peraturan dan perundangan untuk peningkatan berterusan. Setiap
objektif dan sasaran yang diwujudkan akan dipantau dan dikekalkan
program-program pengurusan.
Di dalam pembentukan obejktif dan segala bentuk program, pihak
syarikat telah menitikberatkan beberapa perkara iaitu dari segi dasar
polisi syarikat, keperluan undang-undang, aspek persekitaran dan
matlamat yang lain. Pihak kominiti bertanggungjawab untuk melihat
keberkesanan objektif dan program yang telah diatur setiap tahun. Jika
ada sebarang perubahan yang perlu dilakukan, maka pihak kominiti
12
keselamatan akan mempertimbangkan perubahan dan mengemaskini
dalam setiap objektif yang ditetapkan. Selain itu juga, syarikat Delloyd
Ventures Berhad menawarkan pelbagai program keselamatan dan
kesihatan pekerjaan bagi memenuhi kehendak objektif bagi mencapai
matlamat yang ditetapkan.
Syarikat telah menetapkan beberapa objektif yang perlu dicapai dalam
tempoh masa yang ditetapkan iaitu :
i. Sifar kemalangan maut
ii. Meminiumkan kes-kes kecederaan
Syarikat Delloyd Ventures Berhad juga telah membentuk satu master
plan untuk mencapai objektif yang ditetapkan dalam tempoh setahun.
Segala perlaksanaan, program, aktiviti yang dijalankan di dalam
syarikat terkandung di dalam master plan ini.

3.4 PERLAKSANAAN DAN OPERASI
3.4.1 SUMBER, PERANAN, TANGGUNGJAWAB, AKAUNTABILITI DAN
AUTORITI
Di dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad, Pengarah Urusan Kumpulan
adalah bertanggungjawab secara penuh dalam pembentukan organisasi
keselamatan. Pergarah urusan kumpulan akan memberikan tanggungjawab
kepada Champion untuk pembentukan kominiti keselamatan. Bagi
pengstrukturan kominiti keselamatan, ia akan merujuk kepada sumber,
peranan, akauntibiliti, tanggungjawab dan pihak berkuasa. Di bawah ini
menunjukkan kominiti keselamatan yang diwujudkan di syarikat Delloyd
Ventures Berhad dengan peranan dan tanggungjawab setiap ahli kominiti ini.
13

GAMBARAJAH 4 : DELLOYD CCCF kominiti

Diantara tugas dan peranan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut di
syarikat Delloyd Ventures Berhad :

NO
PENERANGAN KERJA
TUGAS PERANAN & TANGGUNGJAWAB
1 CHAMPION
Untuk mengawasi dan membimbing perlaksanaan aktiviti
keselamatan dan kesihatan.
Untuk mengkaji dan menentukan RANK A dan maklumbalas
keberkesanan
Untuk melakukan rondaan bulanan dan susulan terhadap
maklumbalas.
2
PENGURUS
KESELAMATAN
Memimpin, melaksanakan dan mengawasi semua aktiviti
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Menjalankan rondaan mingguan dan bulanan
14
3 SETIAUSAHA
Menyelaras semua perancangan aktiviti keselamatan dan
kesihatan dan penyelarasan di antara setiap jabatan.
Untuk menyusun penemuan dan membuat ringkasan untuk
analisis jawatankuasa dan tindakan selanjutnya
Menyediakan laporan Keselamatan dan Kesihatan
4
PENGURUS
KILANG
Untuk memastikan perlaksanaan Keselamatan dan Kesihatan
penjagaan dilaksanakan dengan berkesan di dalam KILANG.
Untuk melakukan rondaan bulanan dan mingguan
Untuk menentukan RANK B & RANK C keberkesanan
maklumbalas.
5 PEMIMPIN/ AHLI
Mengambil bahagian dalam mingguan dan bulanan rondaan
keselamatan Keselamatan & Kesihatan
Terlibat dalam penyelarasan aktiviti Keselamatan dan Kesihatan
Untuk mengambil bahagian dalam audit Keselamatan dan
Kesihatan yang dijalankan.

JADUAL 2 : Peranan dan tanggungjawab
Daripada carta organisasi kominiti keselamatan yang ditetapkan seperti
gambarajah 4 di atas menunjukkan setiap ahli di dalam syarikat Delloyd
Ventures Berhad akan mengambil bahagian dalam program keselamatan,
kesihatan, dan alam sekitar. Setiap ahli yang dilantik dan diberikan tugas perlu
bergerak aktif bagi menjayakan segala bentuk program atau aktiviti yang telah
dirancangkan sepertimana dalam pelan induk.
Peranan dan tanggungjawab yang telah diberikan perlulah didokumentasikan
dan dikomunikasikan dengan cara yang berkesan supaya setiap ahli yang
dilantik mengetahui tanggungjawab masing-masing.
Di dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad Pengurus Keselamatan,
mempunyai peranan yang sangat penting kerana ia perlu memimpin,
melaksanakan dan mengawasi semua aktiviti keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.

15
Pengurus keselamatan diwajibkan mengetahui CCCF konsep dan juga
bertanggungjawab dalam penyampaian secara berkesan setiap ahli-ahli dalam
syarikat. Ia bukan sahaja tertumpu kepada ahli-ahli dalam syarikat malah ia
juga melibatkan vendor dan pembekal dalam penyampaian program
keselamatan dan kesihatan perkerjaan.







16

GAMBARAJAH 4 : Safety Manager dalam aktiviti keselamatan

3.4.2 KOMPETENSI, LATIHAN DAN KESEDARAN
Syarikat Delloyd Ventures Berhad adalah bertanggungjawab dalam
memastikan semua pekerja yang melakukan pekerjaan yang berpontensi
kepada kecederaan diberikana latihan dan kesedaran yang mencukupi supaya
setiap ahli dalam organisasi sedar akan wujudnya sistem keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.
Peranan syarikat dalam pelantikan kominiti keselamatan mestilah
menitikberatkan dari aspek pendidikan, latihan dan pengalaman. Sebelum
kominiti keselamatan ini diarahkan untuk memberikan latihan dan kesedaran
kepada ahli lain di dalam syarikat, organisasi syarikat mestilah menghantar
mereka untuk memberikan latihan untuk memenuhi keperluan OHSAS
18001:2007 di mana ahli ini perlulah kompeten.
Ahli kominiti keselamatan yang telah dilantik perlu memberikan latihan dan
kesedaran kepada semua pekerja terutama sekali pekerja yang baru atau
pekerja yang bekerja di kawasan yang berbahaya, kontraktor dan pelawat.
Latihan yang diberikan perlu meliputi dari aspek dasar polisi keselamatan dan
kesihatan pekerjaan, risiko kecederaan yang tinggi dan keperluan manual
keselamatan yang telah didokumentasikan.
17


GAMBARAJAH 5: Jadual latihan dan kesedaran keselamatan kesihatan pekerjaan

GAMBARAJAH 6 : Bahan latihan
18




GAMBARAJAH 7 : Latihan CCCF untuk Eksekutif



19




GAMBARAJAH 8 : Latihan (CCCF) untuk operator
3.4.3 KOMUNIKASI, PENGLIBATAN DAN PERUNDINGAN
Syarikat Delloyd Ventures Berhad bertanggungjawab dalam pembentukan
cara berkomunikasi dengan berkesan kepada setiap ahli organisasi berkenaan
keselamatan dan kesihatan pekerjaaan.

20
Ia juga tidak tertumpu diperingkat dalaman sahaja malah ia melibatkan
komunikasi diperingkat luaran seperti bersama vendor, supplier dan agensi
kerajaan. Pengurus keselamatan bertanggungjawab dalam menyampaikan
berkenaan OHSE secara berkesan kepada semua peringkat dalam organisasi.
Diantara cara komunikasi dalaman yang berkesan yang dijalankan adalah
dengan mengadakan mesyuarat, perbincangan, latihan, poster, risalah, majalah
dan lain-lain lagi.
Komunikasi luaran akan dijalankan oleh pengurus keselamatan dengan
penerangan awal berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan
disampaikan. Di dalam gambarajah 9 menunjukkan pengurus keselamatan
sedang menerangkan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada
vendor seperti dari Lian Hwa Casting Sdn Bhd, Xenso Electronics Sdn Bhd,
CTS Industries Sdn Bhd dan lain-lain lagi.
Pihak organisasi keselematan akan menerima, mendokumentasi dan
maklumbalas berkenaan perkara-perkara berkepentingan yang disampaikan
oleh pihak-pihak luar akan diambil kira.
Organisasi keselamatan (CCCF) di dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad
akan memastikan penglibatan kesemua pekerja dalam pengenalpastian hazard,
penilaian risiko dan penentuan kawalan. Perkara ini adalah bertujuan untuk
memastikan semua pekerja dapat mengetahui berkenaan langkah-langkah
kawalan bagi menggelakkan berlakunya kecederaan.
Jika berlakunya kemalangan didalam premis penglibatan pekerja di dalam
syarikat perlu untuk penyiasatan kemalangan bagi menggelakkan kemalangan
yang sama berulang.
Perundingan dan perubahan dalam keseleamatan dan kesihatan pekerjaan akan
dijalankan di dalam organisasi keselamatan. Ia juga termasuklah penglibatan
pekerja terutama sekali di dalam organisasi keselematan dalam pembangunan
dan penilaian semula dasar polisi dan objektif OHS.


21



GAMBARAJAH 9 : Penerangan OHS kepada vendor dalam Delloyd

3.4.4 DOKUMENTASI
Organisasi keselamatan di dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad
bertanggungjawab mendokumentasikan kesemua perkara yang berkaitan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Diantara keperluan dokumentasi adalah manual, prosedur dan rekod. Tiga
perkara ini adalah perkara yang utama yang perlu didokumentasikan secara
terkawal oleh organisasi supaya ia mudah dibaca oleh setiap pekerja.
Organisasi keselamatan syarikat telah mendokumentasikan mengikut
keperluan OHSAS adalah seperti berikut :
i. Polisi dan objektif OHSAS 18001:2007
ii. Penjelasan berkenaan prosedur kerja mengikut skop OSH
22
iii. Elemen-elemen yang penting yang berkaitan sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan rujukan dokumen
iv. Dokumen rekod

3.4.5 PENGAWALAN DOKUMEN
Syarikat Delloyd Ventures Berhad telah membuat kawalan dokumen mengikut
keperluan sistam pengurusan OHSAS.
Pengawalan dokumen yang dibuat oleh organisasi keselamatan syarikat akan
menitikberatkan perkara-perkara berikut:
i. Setiap dokumen yang hendak diterbitkan perlulah mendapat
pengesahan daripada pengurusan atasan.
ii. Jika terdapat perubahan atau penilaian semula keatas dokumen perlu
mendapat pengesahan.
iii. Setiap perubahan dan penilaian dokumen perlu diketahui oleh semua
pihak di dalam syarikat.
iv. Setiap dokumen yang diterbitkan hendaklah mudah dibaca dan
difahami oleh semua pihak.
v. Menjamin segala bentuk dokumen asal yang ditetapkan oleh organisasi
keselamatan kesihatan pekerjaan diidentifikasikan dan proses
pengedaran dikawal.
vi. Jika terdapat dokumen yang perlu dilupuskan, ia perlu mendapat
pengesahan daripada pengurusan atasan
3.4.6 PENGAWALAN OPERASI
Organisasi keselamatan dalam Syarikat Delloyd Ventures Berhad adalah
bertanggungjawab dalam menentukan operasi dan aktiviti yang terdedah
kepada risiko kecederaan dan kemalangan yang telah dikenalpasti.

23
Organisasi keselamatan akan menerapkan kaedah pengawalan dan integerasi
dalam sistem pengurusan OHS secara menyeluruh. Perkara yang
dititikberatkan oleh organisasi keselamatan adalah seperti berikut :
i. Pengawalan terhadap barangan, alatan dan perkhidmatan yang
digunakan adalah seperti di dalam gambarajah 10.
ii. Ia juga melibatkan prosedur dokumentasi supaya tidak berlaku
perubahan terhadap dasar polisi dan objektif OHS.
iii. Pengawalan terhadap kontraktor dan pengunjung lain ke tempat kerja.




GAMBARAJAH 10 : Pengawalan barangan
24
3.4.7 PERSEDIAAN KECEMASAN DAN RESPON
Syarikat Delloyd Ventures Berhad bertanggungjawab dalam mengenalpasti
potensi berlakunya kecemasan dan membentuk prosedur tindak balas atau
respon jika berlaku kecemasan. Syarikat juga membentuk pasukan yang
dikenali sebagai Emergency Respon Team bagi menguruskan pekerja di
syarikat semasa berlaku kecemasan seperti kebakaran.
Diantara aktiviti yang dijalankan oleh organisasi keselamatan adalah :
i. Mengadakan ujian atau latihan prosedur tindakbalas kecemasan
kebakaran bagi semua kakitangan syarikat.( Gambarajah 11 )
ii. Mengadakan latihan kepada pekerja iaitu FIRST AIDER
REFRESHMENT TRAINING dimana latihan menjurus kepada tindakan
yang perlu diambil jika berlaku kecemasan ke atas individu semasa
bekerja. ( Gambarajah 12 )



GAMBARAJAH 11 : FIRE DRILL TRAINING



25



GAMBARAJAH 12 : FIRST AIDER REFRESHMENT TRAINING
3.5 PEMERIKSAAN
3.5.1 PENGUKURAN PRESTASI DAN PEMANTAUAN
Syarikat Delloyd Ventures Berhad telah menetapkan prosedur untuk
memantau dan mengukur pencapaian OSH secara teratur supaya ia boleh
mencapai dasar polisi dan objektif yang dibentuk.
Syarikat telah menetapkan beberapa perkara bagi keperluan pengukuran
prestasi dan pemantauan adalah seperti berikut:
i. Pengukuran kualitatif dan kuantitatif di mana syarikat telah
menetapkan objektif zero fatal accident dan mengurangkan absent
accident. Hasil objektif tersebut, organisasi keselamatan telah membuat
satu pengukuran yang di panggil Injury Frequency Rate (I.F.R) yang
bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan pengurangan
kemalangan setiap tahun. Pemantauan ini juga merujuk kepada tahap
pencapaian objektik OSH yang ditetapkan.

26

Contoh :
2012
I.F.R Injury Frequency Rate = 3 (a) X 1,000,000
233,584 (b)
= 13.90
2013
I.F.R Injury Frequency Rate = 3 (a) X 1,000,000
102,128(b)
= 9.3
a no of mc
b man hour
** I.F.R 2013 berkurangan 33% berbanding 2012
ii. Pemantauan peronda keselamatan ( safety patrol ) telah diwujudkan
oleh organisasi keselamatan dalam syarikat. Pengurusan atasan
dipertanggungjawabkan untuk menetapkan rondaan keselamatan pada
masa-masa tertentu yang juga dikenali sebagai Genchi Genbutsu. Ia
bagi memastikan pengukuhan aktiviti CCCF yang dijalankan.
iii. Organisasi keselamatan juga menitikberatkan rekod data hasil daripada
pengukuran dan pemantauan untuk dijadikan bahan analisa korektif
dan tindakan lain yang sepatutnya dilakukan.




27
3.5.2 PENILAIAN PEMATUHAN
Dalam penilaian pematuhan di dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad,
syarikat mengikut kesesuaian dengan perundangan yang berkaitan dengan
OSH. Hasil daripada penilaian yang telah dilakukan akan direkod berdasarkan
keperluan.
Syarikat ini melakukan penilaian pematuhan mengikut masa yang ditetapkan
iaitu dalam tempoh 3 bulan bagi memantau keberkesaan dalam perlaksanaan
OSH dan laporan tersebut akan dikajisemula bagi penambahbaikan.
3.5.3 PENYIASATAN INSIDEN, KETAKAKURAN, TINDAKAN
PEMBETULAN DAN TINDAKAN PENCEGAHAN
3.5.3.1 PENYIASATAN INSIDEN
Penyiasatan insiden adalah salah satu aspek yang penting dalam
pengurusan OHS. Dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad telah
menetapkan prosedur menggendalikan, menyiasat dan menganalisa
sebarang kecederaan atau kematian yang disebabkan kemalangan di
tempat kerja. Antara faktor-faktor yang diambilkira adalah:
i. Menyiasat punca sebenar kemalangan.
ii. Menganalisa punca kawasan yang berlakunya kemalangan.
iii. Menyediakan maklumbalas pencegahan disemua kawasan
dan kawasan peralatan mesin.
iv. Memaklumkan hasil penyiasatan yang juga dikenali sebagai
YOKOTEN di syarikat Delloyd Ventures Berhad.
Penyiasatan hendaklah dilakukan pada masa ditetapkan oleh
organisasi keselamatan supaya tindakan pencegahan dapat dilakukan
dengan segera.

28


GAMBARAJAH 13: Borang laporan insiden/kemalangan
29
3.5.3.2 KETAKURAN, TINDAKAN PEMBETULAN DAN
TINDAKAN PENCEGAHAN
Ketakuran (NCR) ialah ketidakpatuhan terhadap keperluan di dalam
manual atau prosedur yang telah ditetapkan dalam sistem
pengurusan OHS.
Dalam syarikat Delloyd Ventures Berhad, jika ada berlaku
penyimpangan kepada manual dan prosedur yang telah ditetapkan
maka tindakan untuk mengenalpasti dan membetulkan ketakuran
dan melakukan tindakan pembaikkan.
Segalan tindakan yang dilakukan adalah untuk mengelakkan perkara
yang sama berulang. Tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan
akan direkod dan dimaklumkan kepada semalu ahli syarikat untuk
langkah pencegahan. Pencegahan samaada dari risiko yang sedia
ada atau risiko yang berubah akan diambilkira atau perlu diubah dan
perubahan akan didokumentasikan dalam sistem pengurusan OHS.

3.5.4 KAWALAN REKOD
Syarikat Delloyd Ventures Berhad telah menetapkan, menerapkan dan
memelihara segala bentuk dokumen yang berkaitan dalam sistem pengurusan
OHS dan mengikut standard yang telah ditetepkan. Ia juga akan diletakkan
nombor siri yang ditetapkan bagi memudahkan setiap dokumen dibezakan.
Syarikat telah membentuk satu prosedur bagi pengawalan rekod supaya ia
mudah dikenalpasti, disimpan, mudah diakses dan dilupuskan. Segala bentuk
rekod yang diwujudkan harus mudah dibaca, dikenalpasti dan dikesan.syarikat
telah tempoh selama 5 tahun untuk penyimpanan rekod dan diletakkan
dilokasi yang ditetapkan.
30
3.5.5 AUDIT DALAMAN
Syarikat juga telah menetapkan satu prosedur bagi mengukuhkan dan
mengekalkan prosedur audit dalaman serta jangkamasa audit dijalankan.
Audit dalaman adalah bertujuan untuk mengukuhkan sejauh mana
keberkesanan perlaksanaan sistem pengurusan OHS dengan tujuan untuk
menambahbaik sistem tersebut. Selain itu juga, ia hendaklah bertepatan
dengan objektif dan dasar polisi yang diwujudkan.
Proses audit dalaman melibatkan :
i. Perancangan audit
ii. Perlaksanaan audit
iii. Laporan audit
iv. Punca Ketidakpatuhan (jika tidak patuh)
v. Tindakan pembetulan
Dalam perancangan audit, organisasi keselamatan akan bertanggungjawab
dalam mentadbir aktiviti audit dan merancang jadual audit. Pemilhan juruaudit
adalah berdasarkan kepada juruaudit yang kompetensi dan tidak berat sebelah.
Laporan audit secara menyeluruh akan dikeluarkan dan akan dibangkitkan
dalam mesyuarat bagi mengetahui ketidakpatuhan, menilai dan menjalankan
tindakan pembetulan.
3.6 PENILAIAN SEMULA PENGURUSAN
Syarikat Delloyd Ventures Berhad melibatkan pengurusan atasan dan organisasi
keselamatan akan menjalankan kajian semula pengurusan sekurang-kurangnya
setahun sekali bagi melihat sejauh mana keberkesanan dalam sistem pengurusan
keselamatan kesihatan pekerja dan alam sekitar yang telah dilaksanakan.
Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan dan penambahbaikkan ke atas sistem
pengurusan OHS termasuklah dasar polisi dan objektif.

31
Penilaian semula pengurusan adalah meliputi :
i. Pencapaian organisasi keselamatan dalam melaksanakan sistem pengurusan
keselamatan.
ii. Pencapaian objektif OHS.
iii. Penilaian program atau aktiviti yang dijalankan dalam sistem pengurusan
OHS.
iv. Penilaian ke atas keperluan perundangan dan pematuhan.
v. Penilaian audit dalaman dan luaran.
vi. Statistik penyiasatan insiden, tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan.
vii. Penilaian maklumbalas sistem pengurusan OHS dari pekerja-pekerja
syarikat.

3.7 MASALAH DALAM PERLAKSANAAN OHSAS 18001: 2007
Dalam perlaksanaan OHSAS 18001: 2007 oleh syarikat Delloyd Ventures Berhad,
syarikat juga mengalami masalah dalam melaksanakan sistem pengurusan
keselamatan ini. Antara masalah yang sering dihadapi oleh syarikat adalah seperti
berikut:
i. Komunikasi masalah komunukasi dalam menyampaikan perkara-perkara
yang berkenaan dalam sistem pengurusan keselamatan terutama sekali
penyampaian maklumat kepada pekerja asing. Lebih 30% pekerja di syarikat
Delloyd Ventures Berhad adalah warga asing yang bekerja sebagai operator.
Ini menyukarkan pihak organisasi keselamatan syarikat untuk menyampaikan
maklumat. Walaubagaimanapun, organisasi keselamatan mengambil
pendekatan dengan cara mewujudkan lebih banyak risalah bergambar dan
maklumat-maklumat bergambar yang lebih mudah difahami oleh pekerja
warga asing.
32
ii. Tingkah laku/ kelakuan pihak organisasi sukar untuk mengawal tingkah
laku sebilang pekerja di dalam organisasi kerana tidak semua pekerja boleh
menerima atau memahami segala bentuk latihan atau pengajaran yang telah
diberikan. Sebilang pekerja ini tidak menghiraukan keselamatan ditempat
bekerja walaupun mereka telah diberi latihan secukupnya.
iii. Beban kerja dalam permulaan proses pembentukkan sistem pengurusan
keselamatan kesihatan pekerjaan, syarikat mengalami masalah dalam
melaksanakan sistem pengurusan tersebut dengan beban kerja yang
bertambah. Para pekerja terpaksa melakukan kerja yang banyak termasuk
melibatkan kerja hakiki dan kerja yang melibatkan perlaksanaan sistem
pengurusan keselamatan dan pekerjaan. Walaubagaimanapun, diakhirnya
pihak pengurusan sedar tentang kepentingan perlaksanaan sistem OSH di
mana dalam pada masa yang sama ia mewujudkan keseluruhan sistem
pengurusan yang lebih efisen.

3.8 FEADAH SISTEM PENGURUSAN OHSAS 18001: 2007
Berdasarkan laporan kajian perlaksanaan yang dijalankan terhadap syarikat Delloyd
Ventures Berhad ini menunjukkan terdapat beberapa faedah yang boleh diperolehi
dengan melaksanakan sistem pengurusan OHSAS 18001: 2007 antaranya ialah:
i. Peningkatan pemikiran dan kesedaran majikan dengan adanya sistem
pengurusan ia akan dapat meningkatkan cara pemikiran dan kesedaran
majikan terhadap pekerja tentang kepentingan keselamatan ditempat kerja.
ii. Peningkatan pematuhan undang-undang perlaksanaan sistem ini akan
meningkatkan pematuhan undang-undang dimana dapat memudahkan pihak
berkuasa dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang kerana sistem
ini juga perlulah selari dengan undang-undang berkaitan yang
dikuatkuasakan.
iii. Pengurangan jumlah kemalangan dengan adanya latihan, kesedaran,
identifikasi hazard, penilaian risiko dan kawalan yang dilaksanakan akan
dapat mengurangkan jumlah kemalangan.
33
iv. Mewujudkan kesedaran keselamatan dikalangan pekerja sistem pengurusan
OHS ini akan lebih berkesan jika kesedaran dapat diterima oleh semua
pekerja yang terlibat dalam syarikat.
v. Pengurusan dasar polisi dan objektif syarikat yang efisen sistem
keseluruhan pengurusan syarikat yang lebih sistematik.
vi. Meningkatkan nama syarikat dengan adanya pensijilan OHSAS 18001:
2007, syarikat akan dapat menaikkan nama syarikat dikalangan masyarakat
dan pesaing.

3.9 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulanya, hasil laporan kajian terhadap perlaksanaan OHSAS 18001:
2007 di syarikat Delloyd Ventures Berhad mendapati proses perlaksanaan sistem ini
akan mendatangkan faedah yang berguna kepada majikan dan pekerja seperti
kesedaran dan cara berfikir terhadap keselamatan, pengurangan jumlah kemalangan,
menaikkan nama organisasi di kalangan masyarakat dan pesaing dan peningkatan
pematuhan undang-undang. Walaubagaimanapun, laporan ini mendapati terdapat juga
masalah yang timbul dalam perlaksanaan sistem ini seperti komunikasi, tingkah laku
dan beban kerja. Secara keselurunhanya, sistem ini menguntungkan syarikat dan
pekerja.








34
RUJUKAN

Occupational health and safety management system requierements (OHSAS
18001:2007) ISBN 978 0 580 50802 8, July 2007
Malaysian Standard (MS 1722: 2011) ICS: 13.100 , 2011
Kadir Arifin, Jamaluddin Md Jahi, Ismail Bahari, Abd Rahim Md Nor dan Abu Bakar
Che Man. Sistem Pengurusan Bersepadu: Satu Pengenalan 2005. Halaman 3-20
Kadir Arifin, Jamaluddin Md Jahi & Muhammad Rizal Razman. Perlaksanaan
OHSAS 18001: 2007 dan Faedah Kepada Organisasi Di Malaysia.
http://www.nsai.ie/NSAI/files/18/18d115e9-31ce-4052-b54a-4811afc52904.pdf
http://en.wikipedia.org/wiki/PDCA

Vous aimerez peut-être aussi