Vous êtes sur la page 1sur 5

http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/konsep-asas-moral.

html
KONSEP ASAS MORAL
1.0 Definisi Konsep
Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut: moral, etika
dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling
berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

1.1 Konsep Moral
Perkataan moral berasal daripada perkataan mores - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah
laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai
murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan
seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat
dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.
Secara etimologi istilah moral berasaldaripada bahasa Latin mos, moris
(adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) mores (adat
istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak).Banyak ahli menyumbangkan pemikirannya untuk
mendefinisikan kata moral secara terminologi.

Dagobert D. Runes
Moral adalahhal yang mendorongmanusiauntukmelakukantindakan-tindakan yang baiksebagai
kewajiban atau norma

Helden (1977) dan Richards (1971)
Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-
tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan.



Atkinson (1969)
Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa yang dapat dan tidak
dapat dilakukan.
Contohnya Siva menjumpa isebuah beg yang mengandungi sebuah komputer riba di atas bangku
stesyen bas. Sebagai seorang pelaja rkolej sudah pasti Siva memerlukan sebuah komputer riba,
untuk memudahkannya membuat kerja-kerja kolej. Tetapi sebagai seorang yang bermoral Siva telah
membawa komputer riba itu ke balai polis untuk diambil tindakan yang selanjutnya.
Rumusannya moral ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat
peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat
peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang
yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan
peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi
keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin
akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.





















http://drsir.blogspot.com/2012/11/mpw-1153-konsep-asas-nilai.html
Ciri Nilai

Moral ialah suatu nilai tetapi adakah semua nilai itu moral? Untuk menjawab soalan ini, kita perlu
memahami apakah yang dimaksudkan dengan 'nilai'. Terdapat beberapa ciri nilai iaitu nilai yang
ditonjolkan secara lisan atau menerusi perlakuan individu atau kumpulan. Contohnya, seseorang
yang menghayati nilai tanggungjawab akan menunjukkan nilai tersebut dalam pertuturan dan
perlakuannya. Dia juga akan mempertahan nilai tanggungjawab pada dirinya serta mengkritik orang
lain yang bersikap tidak bertanggunjawab.

Nilai juga merupakan satu kepercayaan yang preskriptif sama ada diharapkan atau tidak diharapkan.
Contohnya, nilai rajin ialah sesuatu yang diharapkan dan positif berbanding dengan nilai malas yang
tidak diharapkan serta negatif. Ada kemungkinan seseorang itu lebih mengutamakan sesuatu
berbanding dengan nilai lain. Nilainya itu pula mungkin berlainan daripada nilai orang lain.

Fungsi Nilai

Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam
sesuatu isu sosial atau moral. Nilai bukan sahaja memberi suatu tunjuk arah kepada seseorang
tentang bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai
tingkah laku sendiri serta orang lain.

Nilai juga berfungsi sebagai satu panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan.
Walaupun dalam situasi beberapa nilai mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan
membantunya menyelesaikan konflik yang dihadapi. Selain itu, nilai bukan hanya merangsang malah
mengehadkan perlakuan seseorang.

Nilai moral mempunyai ciri (5) dan fungsi (6)

Apakah yang membeza nilai moral berbanding nilai bukan moral?

Nilai moral merujuk nilai yang dianggap oleh individu atau kumpulan masyarakt sebagai sesuatu
nilai yang baik dan patut dari segi moral.
Nilai bukan moral dalam domain politik, ekonomi atau estatika, walaupun baik, ia tiada kaitan
dengan apa yang dianggap baik dan patut dari segi moral. Walaupun, terdapat sesetengah nilai
moral ada yang berpunca daripada agama, tetapi nilai moral tidak meliputi semua nilai agama.
Nilai moral sama dengan nilai sosial daripada beberapa aspek. Oleh itu, persamaan dan perbezaan
antara nilai moral dan nilai bukan moral tertakluk kepada bagaimana sesuatu nilai itu digunakan
oleh individu.
6 Nilai Etika (Perbezaan Asas Nilai Etika)

Nilai dapat digunakan untuk menunjukan hubungan antara nilai.
Nilai instrumental/ekstrinsik bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
Nilai intrinsik nilai yang tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamat.
Cth: kasih sayang terhadap ibu bapa merupakan suatu kewajipan anak (intrinsik) dan bukan kerana
ingin mewarisi harta mereka (instrument)
Nilai juga dapat digunakan untuk menunjukkan pandangan kita terhadap nilai.
Nilai subjektif : sesuatu nilai diterima atau ditolak oleh seseorang mengikut pandangan peribadi dan
nilai objektif: nilai yang bebas daripada peribadi (sejagat) tetapi berdasarkan satu set kriteria yang
telah diterima oleh orang lain, diterima atau ditolak. Cth: AIDS
Nilai digunakan untuk menunjukan apa yang dinilai.

Nilai relatif (tidak menentu): nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesebuah masyarakat
untuk mencapai matlamat masyarakat; dan nilai mutlak/absolute (bersifat kekal): nilai yang
dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Cth: membunuh
orang lain hukuman bunuh.