Vous êtes sur la page 1sur 15

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

HBML 1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
SEMESTER MEI 2014

NAMA

: MUKUNAH A/P MUNISAMY

NO. MATRIKULASI

: 820313-06-5694001

NO. KAD PENGNEALAN

: 820313065694

NO. TELEFON

: 019 9797360

E-MEL

: m.mugunah@yahoo.com

NAMA TUTOR

: DR SYED ABDULLAH

PUSAT PEMBELAJARAN

: MENTAKAB LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 DEFINISI DAN KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

3.0 CIRI-CIRI KEPENTINGAN PENGAJARAN PERIBAHASA BAHASA MELAYU


3.1 Meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid
3.2 Menerapkan nilai murni dalam diri murid
3.3 Mempertingkatkan kemahiran menulis
3.4 Generasi baru dapat mengenali bahasa warisan nenek moyang
3.5 Memartabatkan Bahasa Melayu

4.0 STRATEGI DAN TEKNIK MENGAJARKAN KARANGAN MENGGUNAKAN


PERIBAHASA
4.1 Pengajaran Kontekstual
4.2 Pengajaran Direktif
4.3 Pengajaran Koperatif
4.4 Pengajaran Mediatif
4.5 Teknik Drama
5.0 KESIMPULAN

6.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN
Peribahasa Melayu merupakan bahasa indah yang mempunyai kepentingan tersendiri
dalam penuturan masyarakat Melayu suatu masa dahulu. Peribahasa Melayu yang telah
dicipta berdasarkan pengalaman hidup turut memancarkan nilai dan hati budi orang
Melayu. Namun, pada masa kini aspek peribahasa semakin kurang dititikberatkan
walaupun peribahasa merupakan elemen penting dalam kriteria berbahasa.
Peribahasa dikatakan sebagai cerminan watak bangsa yang memiliknya. Di samping itu,
peribahasa juga penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna
bahasa. Ini kerana dalam peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat
sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan.
Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus
berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya.
Peribahasa telah digunakan untuk mengenal peradaban, di samping membuat ketentuan
antara baik-buruk serta mencari ketetapan dalam tatacara hidup bermasyarakat.
Peribahasa bertujuan menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran mempunyai ciri
pelembut agar pendengar atau pembacanya tidak mudah terasa hati. Dalam konteks
kemasyarakatan, peribahasa mempunyai dua tujuan utama, iaitu menyembunyikan
ungkapan atau kata-kata dan penghuraian sistem adat Melayu. Masyarakat Melayu
sememangnya terkenal dengan budi bahasa yang lembut ketika berkomunikasi dengan
pihak lain. Pada kebiasaanya, masyarakat Melayu tidak gemar berterus terang dalam
menyatakan sesuatu yang tidak digemarinya.

Dalam era globalisasi pada hari ini, pengguanaan peribahasa amat penting dalam
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Melayu sebagai kebangsaan. Oleh itu, dalam era
moden ini nilai dan norma masyarakat Melayu juga kadangkala tergugat akibat daripada
penggunaan bahasa yang terlalu berterus terang dan terbuka. Namun begitu, dalam
konteks masyarakat Melayu yang kaya dan mementingkan nilai norma serta adap sopan,
sikap keterbukaan ini masih perlu dibataskan.
Dalam sukatan pelajaran sekolah rendah, peribahasa terkandung dalam proses pengajaran
dan pembelajaran karangan. Karangan adalah satu jenis gerak kerja penting dalam aspek
penulisan. Pengajaran dan pembelajaran karangan bagi semua peringkat adalah penting
kerana ia merupakan tingkat tertinggi kemahiran bahasa iaitu kemahiran bahasa tulisan.
Mengikut Awang Mohd Amin (1983 dalam Kamarudin Hj Husin), objektif pengajaran
dan pembelajaran karangan berbeza mengikut peringkat umur. Biasanya proses
pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah memberi kemahiran bertutur menggunakan
kata-kata, rangkai kata dan ayat yang berpadanan dengan peringkat umur pelajar.
Peribahasa dalam penulisan karangan akan membantu menjana minda murid-murid
dengan lebih kreatif.
Oleh itu, Bahasa Melayu wajar mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
untuk menarik minat murid agar pengajaran tidak begitu terikat dan membosankan.
Strategi proses pengajaran dan pembelajaran peribahasa akan diterangkan lagi di dalam
tugasan ini.
2.0

DEFENISI DAN KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA


MELAYU
Peribahasa merupakan suatu kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata yang
mengambarkan sesuatu maksud yang tertentu. Menurut Zaba peribahasa ialah susunan
kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan
indah perkataannya (dalam Rubiah Aksah, 2005). Peribahasa adalah ayat atau kumpulan

kata-kata yang tetap susunannya dan mempunyai pengertian yang tertentu (Daud
Baharum, 1992).
Peribahasa ada dua jenis iaitu makna selapis dan makna berlapis. Makna selapis
merupakan peribahasa yang mengandungi makna tersurat. Jenis peribahasa yang
tergolong dalam makna selapis ialah bidalan, pepatah, perbilangan dan lidah pendeta.
Makna berlapis pula merupakan peribahasa yang mengandungi makna yang tersitat.
Contoh peribahasa makna berlapis ialah perumpamaan, kiasan, simpulan bahasa dan
ibarat.
Dalam sukatan pelajaran di sekolahhanya empat jenis peribahasa diberi penekanan iaitu
bidalan, pepatah, perumpamaan dan simpulan bahasa. Berikut adalah penerangan tentang
jenis peribahasa:
i)Bidalan
- Bidalan adalah ungkapan yang menjadi panduan nilai sosial, mengandungi teladan dan
nasihat. Contoh bidalan adalah Sesat ke hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
ii)Pepatah
-Pepatah ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam Melayu. Pepatah
berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkeratkerat atau berpatah-patah. Contoh pepatah ialah Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang
ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
iii)Perumpamaan
-Perumpamaan ialah kata-kata yang membawa makna tersurat dan tersirat. Perumpamaan
mudah dibezakan daripada bentuk peribahasa lain kerana ia menggunakan kata
perbandingan seperti bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya. Contoh perumpamaan
ialah Seperti kaca terhempas ke batu, Bagai tikus jathu ke beras dan Seperti bumi
dengan langit.

iv)Simpulan Bahasa
-Simpulan bahasa ialah peribahasa yang mudah. Simpulan bahasa mempunyai dua atau
tiga patah perkataan yang mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang
membentuknya. Contoh simpulan bahasa ialah Kaki Ayam, Kaki Bangku, Muka Tembok
dan Ringan Tulang.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu di sekolah, peribahasa
mempunyai kedudukan yang sama penting dengan aspek lain. Hal ini kerana peribahasa
berupaya untuk berkembang dan relevan dengan bahasa secara keseluruhannya.
Kemahiran berbahasa ini pula akan diteliti dalam konteks kebolehan pelajar
menggunakan peribahasa dalam aktiviti seharian dan penulisan. Hasil penulisan tentunya
akan menjadi lebih indah dan bermutu sekiranya dimuatkan dengan peribahasa yang tepat
dan sesuai.
Sehubungan itu, murid perlu diajar mengenai ciri dan penggunaan peribahasa secara
mudah dan tepat. Namun begitu, murid tidak seharusnya digalakkan menghafal sesuatu
peribahasa seperti yang lazim dilakukan sebelum ini. Sebaliknya, mereka harus
dirangsang agar menggunakan peribahasa dalam pelbagai situasi.
3.0

CIRI-CIRI KEPENTINGAN PENGAJARAN PERIBAHASA BAHASA MELAYU


3.1 Meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid
Aspek peribahasa semakin kurang dititikberatkan walaupun peribahasa merupakan
elemen penting dalam kemahiran berbahasa. Ini kerana sesetengah individu beranggapan
bahawa peribahasa merupakan bahasa klise atau milik sastera lama. Selain itu, muridmurid juga tidak memahami peribahasa dengan baik. Ada juga yan g mengatakan
peribahasa sukar diingat dan dihafal serta membosankan.
Selain itu, senario hari ini juga telah menggambarkan keupayaan murid dalam berbahasa
adalah kurang. Murid cenderung menggunakan Bahasa Inggeris daripada Bahasa
Melayu. Penekanan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris di rumah menyebabkan

penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah rendah agak terbatas. Oleh
itu, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah menjadi begitu
mencabar terutama dalam pengajaran dan pembelajaran peribahasa.
Penulisan peribahasa membantu murid melihat penggunaan bahasa dalam bentuk yang
beraneka rupa dan dalam situasi yang berbeza-beza. Ia dapat member peluang kepada
murid berimiginasi. Luahan imiginasi murid akan disampaikan dalam bentuk tulisan
cerita, penerangan atau sebagainya.
3.2 Menerapkan nilai murni dalam diri murid
Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi bahasa yang lembut ketika
berkomunikasi dengan pihak lain. Pada kebiasaannya, masyarakat Melayu tidak gemar
berterus terang dalam menyatakan sesuatu yang tidak digemarinya. Tujuan penggunaan
peribahasa itu sendiri telah menggambarkan nilai murni yang cuba diterapkan dalam diri
seseorang individu.
Di mana tujuan penggunaan peribahasa ialah menyampaikan sesutau nasihat, teguran,
atau ingatan secara kiasan atau sindirian. Ini bermakna hubungan bahasa dengan
kepercayaan dan nilai hidup dalam kebudayaan penuturnya. Malah bahasa dan konsep
pemikiran penutur juga ditentukan oleh cara dan perlakuan penutur itu terhadap setiap
sesuatu yang dipandang dan diamati di dunia ini. Setiap satu perlakuan yang dipandang
mendorong penutur itu membina pemahaman yang bermakna tentang alam sekelilingnya
lalu diungkapkan menggunakan bahasa.
Melalui kata-kata yang digunakan dalam peribahasa sama ada secara tersurat ataupun
tersirat telah menyerlahkan nilai keindahan dan kesantunan berbahasa. Kesopanan dan
kesantunan berbahasa dalam komunikasi dianggap sebagai adap seseorang. Contoh
peribahasa bagi menyembunyikan kata-kata kasar ialah Lembu punya susu, sapi dapat
nama. Peribahasa ini membawa maksud orang lain yang berusaha atau bekerja, tetapi
orang lain yang mendapat pujian atau penghargaan. Peribahasa ini menunjukkan teguran

yang dilakukan secara halus dan beradap. Kesopanan dan kesantunan ini dapat
diterapkan dalam diri murid-murid melalui pengajaran karangan di sekolah.

3.3 Mempertingkatkan kemahiran menulis


Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Menulis merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dilatih kera ia penting
dimiliki oleh setiap murid. Sebahagian besar daripada pendidikan formal memerlukan
kerja-kerja menulis dan mengarang sebagai kaedah untuk menyampaikan maklumat,
idea, peranan dan pendapat.
Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan
murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk
tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuka karangan tertentu. Berikut adalah tujuan lain
penulisan karangan.
Melatih murid-murid melahirkan idea
Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea
Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk perenggan
yang betul
Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul
berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu
Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul
Dalam pengajaran peribahasa murid-murid biasanya akan diberi satu tajuk peribahasa.
Berdasarkan peribahasa tersebut murid-murid akan menghuraikan atau menulis cerita

berdasarkan peribahasa yang diberikan. Ini menunjukkan penulisan peribahasa akan


menggalakkan murid menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilakan penulisan
bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

3.4 Generasi baru dapat mengenali bahasa warisan nenek moyang


Masyarakat Melayu memnag kaya dengan peribahasa kerana ia adalah warisan nenek
moyang terdahulu yang digunakan sehingga hari ini. Ia juga dikatakan sebagai puisi
tertua yang memaparkan akal budi bangsa Melayu, penciptaan peribahasa sangat terikat
dengan adat istiadat Melayu lama.
Peribahasa dijadikan sebagai panduan dan pedoman hidup masyarakat dalam menjalini
kehidupan seharian. Namun, pada masa kini penggunaan peribahas a jarang sekali
digunakan dalam pertuturan harian malah dalam penulisan sekali pun. Gaya bahasa
generasi sekarang kurang mementingkan kesopanan dan kedengaran agak kasar. Dengan
adanya pengajaran dan pembelajaran peribahasa di peringkat sekolah generasi sekarang
boleh mengetahui dan mempelajari bahasa warisan terdahulu.
3.5 Memartabatkan Bahasa Melayu
Senario kini tentang kedudukan Bahasa Melayu menujukkan semakin kurang penerapan
Bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat, khususnya yang berkaitan dengan
kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
Penggunaan peribahasa dalam pertuturan seharian tidak lagi kedengaran. Dasar kerajaan
ingin memartabatkan Bahasa Melayu dapat diterapkan dalam pengajaran peribahasa di
sekolah. Peribahasa adalah warisan budaya kita. Warisan ini perlu dijaga agar ianya tidak
terhakis oleh perkembangan semasa. Bahasa Melayu adalah bahasa kita dan kitalah yang
bertanggungjawab meletakkannya ke tempat yang sewajarnya.

Sebagai satu aspek Bahasa Melayu yang indah, peribahasa Melayu seharusnya diajarkan
kepada murid-murid agar mereka dapat menikmati dan menghayati keindahannya, malah
menggunakannya untuk melahirkan fikiran dan persaan dengan tepat dan halus. Dengan
itu, pengajaran dan pembelajaran peribahasa di peringkat sekolah dapat memupuk
kesedaran tentang pentingnya peribahasa kepada murid-murid, seklaigus membantu
memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia.

4.0 STRATEGI DAN TEKNIK NEGAJARKAN KARANGAN BAHASA MELAYU


MENGGUNAKAN PERIBAHASA
4.1 Pengajaran Kontekstual
Strategi ini menekankan pengajaran berdasarkan konteks tertentu iaitu isi pelajaran yang
dirancang berasaskan kurikulum dan objektif pelajaran yang ditentukan. Dengan
menggunakan strategi ini guru boleh bertindak sebagai fasilitator. Pengamatan perlu
dilakukan mengenai hubungan antara perkara yang dibandingkan, diikuti dengan
menyimpul makna yang simbolik dan terakhir dengan membuat penilaian terhadap
ketepatan peribahasa berdasarkan konteks atau situasinya. Dengan cara ini, murid diajar
menghayati peribahasa berdasarkan konteks dan situasi.
Dengan strategi pengajaran berdasrkan konteks ini, guru perlu bijak memilih peribahasa
yang akan diajar. Guru dicadangkan agar memilih peribahasa yang mudah dan biasa
digunakan dalam masyarakat. Guru juga harus mengetahui maksud dan pengertian serta
penggunaan periabahasa yang diajar kepada murid. Berikut merupakan contoh
pengajaran peribahasa menggunakan konteks situasi.
4.2 Pengajaran Direktif
Pengajaran direktif hanya berpusatkan guru semata-mata. Guru akan member penerangan
dan melakukan demonstrasin tentang topic pelajaran yang diajar terlebih dahulu sebelum
memberi murid-murid solan latih tubi. Fokus pengajaran adalah kemahiran asas iaitu
kemahiran lisan termasuk mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis

dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh, guru akan meminta murid menulis ayat secara
berperingkat-peringkat. Murid diberi contoh-contoh ayat berdasarkan peribahasa yang
dipilih. Kemudian, murid harus membina sendiri ayat yang serupa pula. Selain itu,
pembinaan perenggan juga boleh digunakan. Guru memaparkan contoh karangan
menggunakan peribahasa dan murid-murid harus menulis karangan bermula dengan
perenggan satu, dua dan tiga.

4.3 Pengajaran Koperatif


Pengajaran koperatif adalah kerjasama antara murid-murid dalam bilik darjah. Strategi
ini dimulakan dengan guru mengajar sesuatu topic. Setelah selesai murid-murid
membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif pelajaran yang hendak
disampaikan oleh guru.
Marzano, Pickering dan Pollock (2009 dalam Anisah Mustaffa, Fauziah Osman,
Nurhidayah Ashari) menyatakan bahawa pengajaran koperatif merupakan strategi
pengajaran secara berkumpulan yang amat berkesan dan fleksibel berbanding strategi
pengajaran yang lain-lain. Kaedah koperatif ini sangat membantu murid-murid dalam
memahami dan mengembangkan idea penulisan karangan peribahasa. Ini akan menjana
pemikiran kritis dalam kalangan murid. Melalui proses pemikiran yang kritis dan
mengaitkan peribahasa dalam sesebuah situasi dapat meluaskan pemahaman murid
terhadap peribahasa. Murid telah menggunakan daya pemikiran mereka.
4.4 Pengajaran Mediatif
Memahami maksud peribahasa sangat penting dalam penulisan karangan. Sekiranya
murid tidaka memahami maksud sesuatu peribahasa, penulisan karangan akan
melencong daripada kehendak soalan. Sehubungan itu, kaedah mediatif ini sangat
membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah mediatif ini
menggunakan media dalam proses pengajran dan pembelajaran. Dalam memahami
maksud peribahasa penggunaan media elektronik dan bahan bercetak sangat membantu
murid-murid. Sebagai contoh guru menggunakan laman Youtube atau menghasilkan

klip video atau memaparkan babak-babak yang sesuai daripada filem-filem Melayu
klasik untuk menarik minat murid sebagai rangsangan terutama sekali daripada babak
filem klasik Melayu arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Justeru, pendekatan
menggunakan tayangan klip video yang ada kaitan dengan peribahasa dalam lakonan
juga merupakan satu lagi pendekatan yang dapat dimanfaatkan sebagai satu inisiatif
ICT.
Menggunakan kaedah ini, guru boleh menayangkan gambar-gambar yang berkaitan
dengan peribahasa. Gambar-gambar tersebut membantu murid-murid memahami
maksud sebenar peribahasa tersebut. Gambar boleh menggambar seribu perkataan.
Guru juga menggunakan tayangan slide dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai contoh menggunakan slide untuk menerangkan isi penting karangan.
4.5 Teknik Drama
Teknik drama dapat membantu guru mencapai objektif pembelajaran peribahasa dengan
meningkatkan kefahaman murid.
Drama merupakan lakaran peristiwa yang disedut daripada alam fantasi dan imaginasi.
Peristiwa itu baloh dipilih daripada pelbagai peribahasa yang ada. Aktiviti drama dalam
bilik darjah tidak memerlukan pentas daan peralatan yang lengkap tetapi pelakon harus
menggunakan bahasa yang betul, tersusun dan indah. Penglibatan murid dalam aktiviti
drama di bilik darjah adalah secara langsung sama ada sebagai pelakon atau penonton.
Melalui aktiviti ini murid boleh mengalami dan mengumpul pengalaman untuk
membantu mereka memahami maksud peribahasa yang telah dipilih.
Proses pengajaran dan pembelajaran peribahasa dikatakan

membosankan. Aktiviti

menggunakan teknik drama ini dapat membantu murid dari segi rangsangan iaitu aktiviti
ini dijalankan untuk menarik minat dan tumpuan murid terhadap murid suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Contohnya, setelah mengajar makna perumpamaan,
murid diminta melakonkan satu peristiwa untuk menerangkan maksud perumpamaan itu.

Aktiviti drama yang boleh dilakukan ialah :


i)

Main peranan
Murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi sebagai
contoh cerita Tuan Puteri yang biduman dan raja yang adil dan bijaksana serta
situasi di pasar atau di kedai makan dengan memasukkan elemen peribahasa
yang sesuai dengan dialog.

ii)

Dialog
Murid akan membaca dan membina skrip dialog yann mengandungi elemen
peribahasa mengikut peranan yang ditetapkan dengan bahasa, intonasi, nada,
gaya dan aksi yang sesuai.

iii)

Teater membaca
Guru memilih skrip drama yang baik seperti kancil dan buaya serta di dalam
skrip tersebut mengandungi peribahasa. Murid akan membaca dengan lancar
serta menggunakan sebutan, nada, intonasi dan gaya yang betul bertdasarkan
cerita serta melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan suasana cerita.

iv)

Improvisasi
Merupakan lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau
situasi sebenar dalam kehidupan seharian. Aktiviti ini dijalankan dalam
kumpulan kecil iaitu antara dua hingga lima orang sahaja. Murid diberi masa

yang pendek iaitu antara 10 hingga 15 minit, untuk berfikir dan menyususn
dialog untuk dilahirkan secara spontan.

5.0 Kesimpulan
Peribahasa merupakan satu susunan bahasa yang menarik, indah, berlapik dan memiliki
ciri kehalusan budi pekerti pencipta dan penuturnya. Rakaman pemikiran dan falsafah
bangsa Malaysia diungkapkan menggunakan bahasa dengan bersumberkan alam flora,
alam fauna, alam benda dan alam semesta bagi menyampaikan teladan, perbandingan,
pengajaran, sejarah, nilai dan peraturan hidup dan sebagainya bagi membawa pengertian
yang cukup mendalam. Menyedari kepentingan peribahasa dalam karangan, beberapa
strategi pengajaran dan pembelajaran dicadangkan agar ia boleh menjadi lebih menarik
dan tidak membosankan.

6.0 Rujukan
Daud Baharum. (1992). Kamus Mutakhir Bahasa Melayu. Longman Malaysia Sdn Bhd.
Petaling Jaya
Dr Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Lokman Abd Wahid, Dr Seman Salleh & Munsyi Zainal
Abidin Kasim. (2009). HDML 1103/HBML 1103 Pengnalan Pendidikan Bahasa Melayu.
Open University Malaysia
Hamedi Mohd Adnan & Abd. Rahman Nurdin (1997). 180 Karangan Contoh SPM. Elemen.
Kuala Lumpur
Kamarudin Hj Husin (1992). Sri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa Longman
Rubiah Aksah. (2005) Seribu Satu Peribahasa Melayu. Karya Bestari Sdn. Bhd

Vous aimerez peut-être aussi

  • Master Timetable 2018-Kosong
    Master Timetable 2018-Kosong
    Document1 page
    Master Timetable 2018-Kosong
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Sekawan Biru
    Sekawan Biru
    Document9 pages
    Sekawan Biru
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • MATAPELAJARAN
    MATAPELAJARAN
    Document2 pages
    MATAPELAJARAN
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Minit Mesyuarat Guru Bil 1 2015
    Minit Mesyuarat Guru Bil 1 2015
    Document8 pages
    Minit Mesyuarat Guru Bil 1 2015
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • RPH Isnin 2015
    RPH Isnin 2015
    Document2 pages
    RPH Isnin 2015
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Template Program Interve THN 5-m3
    Template Program Interve THN 5-m3
    Document7 pages
    Template Program Interve THN 5-m3
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Divider Fail Nilam
    Divider Fail Nilam
    Document7 pages
    Divider Fail Nilam
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Analisis Bacaan NILAM Kelas 2014
    Analisis Bacaan NILAM Kelas 2014
    Document7 pages
    Analisis Bacaan NILAM Kelas 2014
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • 5 Lajur 2014-P1
    5 Lajur 2014-P1
    Document5 pages
    5 Lajur 2014-P1
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Divider Fail Kuasa
    Divider Fail Kuasa
    Document7 pages
    Divider Fail Kuasa
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Exam
    Exam
    Document1 page
    Exam
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • SJKT Ladang Mentakab Seni
    SJKT Ladang Mentakab Seni
    Document13 pages
    SJKT Ladang Mentakab Seni
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Jadual Pemantauan Pengajaran Dan Pembelajaran Tahun 2013
    Jadual Pemantauan Pengajaran Dan Pembelajaran Tahun 2013
    Document1 page
    Jadual Pemantauan Pengajaran Dan Pembelajaran Tahun 2013
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Minit Taklimat Guru 2014
    Minit Taklimat Guru 2014
    Document4 pages
    Minit Taklimat Guru 2014
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • LSSN Plan Khamis
    LSSN Plan Khamis
    Document2 pages
    LSSN Plan Khamis
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Ayam
    Ayam
    Document1 page
    Ayam
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Minit Kedua
    Minit Kedua
    Document4 pages
    Minit Kedua
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • SKTM17
    SKTM17
    Document2 pages
    SKTM17
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Kosa Kata
    Kosa Kata
    Document5 pages
    Kosa Kata
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Program Keceriaan
    Program Keceriaan
    Document3 pages
    Program Keceriaan
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Program RMT
    Program RMT
    Document3 pages
    Program RMT
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • PJK Ketiga
    PJK Ketiga
    Document2 pages
    PJK Ketiga
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Kosa Kata
    Kosa Kata
    Document5 pages
    Kosa Kata
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Ujian Bina Ayat Gambar
    Ujian Bina Ayat Gambar
    Document4 pages
    Ujian Bina Ayat Gambar
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Panitia PJK & Seni Pertama 2014
    Panitia PJK & Seni Pertama 2014
    Document7 pages
    Panitia PJK & Seni Pertama 2014
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Program Keceriaan
    Program Keceriaan
    Document3 pages
    Program Keceriaan
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Program Keceriaan
    Program Keceriaan
    Document3 pages
    Program Keceriaan
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • Penyayang
    Penyayang
    Document7 pages
    Penyayang
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation
  • SKTM17
    SKTM17
    Document2 pages
    SKTM17
    Raja Lethchumi Arumugam
    Pas encore d'évaluation