Vous êtes sur la page 1sur 36

Penulisan tesis

ETIKA PENYELIDIKAN


Penggunaan Bahan Hakcipta
Semasa penulisan laporan penyelidikan/disertasi/tesis
calon perlu berhati-hati apabila menggunakan bahan
hakcipta (copyrighted materials). Calon boleh
menggunakan petikan pendek daripada bahan dengan
syarat mencatatkan penghargaan kepada penulis.
Penggunaan bahan yang lebih meluas perlu mendapat
kebenaran daripada pemilik bahan dan surat kebenarannya
hendaklah dilampirkan. Pemilik bahan juga perlu diberi
penghargaan di dalam bahagian penghargaan Kertas
Projek/ Laporan Penyelidikan /Disertasi /Tesis.
Salah Laku Akademik

Semua perlakuan tidak jujur seperti menipu, plagiarisme, dan memberi maklumat
palsu dianggap sebagai salah laku akademik yang tidak sekali-kali boleh dimaafkan.
Plagiarisme berlaku apabila idea atau perkataan dari karya orang lain yang telah
diterbitkan digunakan tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis. Dalam
penggunaan idea atau perkataan orang lain, penghargaan mesti dibuat mengikut
garis panduan American Psychological Association (APA) yang terkini, seperti :
l Penggunaan idea atau perkataan orang lain mesti diakui setiap satunya dalam teks.
l Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain perlu diakui dengan menggunakan
tanda petik dan halaman serta dengan menyatakan sumbernya di dalam teks. Contohnya,

Change may come about either because it is imposed on us (by natural events or
deliberate reform) or because we voluntarily participate in or even initiate change
when we find dissatisfaction, inconsistency, or intolerability in our current
situation (Fullan, 2001, hlm. 30-31)
Bahagian awal
(a)Perakuan Keaslian Penulisan
Pengesahan keaslian hendaklah ditandatangani oleh calon. S
(b) Halaman JudulJudul/ tajuk seperti yang diluluskan oleh Senat, nama calon seperti yang
didaftarkan dengan universiti, kenyataan diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi ijazah
dan tarikh penyerahan. Sila rujuk contoh 3 di Lampiran 1.
Nota: Pada kebiasaannya tajuk yang baik tidak mengandungi lebih daripada 12 patah perkataan.
(c) Penghargaan
Bahagian ini tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan Kertas Projek/ Laporan
Penyelidikan /Disertasi /Tesis memasukkan satu kenyataan yang ringkas tidak melebihi satu
mukasurat untuk menyampaikan penghargaan terhadap sebarang bantuan istimewa.
(d) Sinopsis
Sinopsis diletakkan di bahagian hadapan Kertas Projek/ Laporan Penyelidikan /Disertasi /Tesis
selepas halaman penghargaan. Sinopsis ditulis tidak melebihi 500 perkataan untuk tesis Ph.D dan
200-250 perkataan untuk Kertas Projek/ Laporan Penyelidikan/ Disertasi dan ditaip menggunakan
jarak selang satu baris. Sinopsis perlu merangkumi tujuan kajian, metodologi, dapatan penting
kajian dan implikasi kajian.
Jika Kertas Projek/ Laporan Penyelidikan /Disertasi /Tesis ditulis dalam Bahasa Malaysia, tajuk serta
sinopsis dalam Bahasa Inggeris mesti disertakan. Begitu juga sekiranya Kertas Projek/ Laporan
Penyelidikan
Disertasi /Tesis ditulis dalam Bahasa Inggeris, maka tajuk serta sinopsis dalam Bahasa Malaysia
mesti disertakan.
Senarai Kandungan
Bab, tajuk dan pecahan kecil yang utama hendaklah disenaraikan
mengikut garis panduan APA terkini. Tajuk bagi setiap bahagian yang
disenaraikan mestilah selaras dengan apa yang terkandung dalam
bahagian teks.
(f) Senarai Jadual
Setiap jadual yang terdapat dalam bahagian teks mestilah disenaraikan
mengikut garis panduan APA terkini.
(g) Senarai Rajah
Setiap rajah yang terdapat dalam bahagian teks mestilah disenaraikan
mengikut garis panduan APA terkini.
(h) Senarai Simbol, Kependekan atau Tatanama (Jika ada)
Senarai ini diletakkan selepas senarai rajah dan jadual.
(i) Senarai Lampiran
Semua lampiran mestilah disenaraikan mengikut garis panduan APA
terkini.

Bab 1 Pengenalan
Pengenalan mengandungi latar belakang dan pernyataan masalah yang dikaji, tujuan
kajian, soalan kajian, kepentingan kajian, skop, batasan kajian dan definisi istilah.
(b) Bab 2 Sorotan Kajian
Bahagian yang mengandungi kajian lepas dan teori yang berkaitan dengan topik yang
dikaji. Lazimnya kerangka teori dimasukkan dalam bahagian ini tetapi boleh juga
dimasukkan dalam bab pengenalan.
(c) Bab 3 Metodologi
Huraian yang mendalam tentang reka bentuk kaedah penyelidikan dan instrumen atau
protokol yang digunakan dalam kajian, prosedur pemungutan data dan kaedah analisis
data.
(d) Bab 4 Dapatan kajian
Pembentangan dan huraian dapatan yang diperoleh daripada kajian yang telah
dijalankan.FAKULTI PENDIDIKAN | UNIVERSITI MALAYA | GARISPANDUAN UNTUK
MENULIS KERTAS PROJEK, LAPORAN PENYELIDIKAN, DISERTASI, TESIS

(e) Bab 5 Perbincangan, Kesimpulan dan Cadangan
Bahagian ini mengandungi perbincangan, kesimpulan dan cadangan berasaskan hasil
penyelidikan yang diperoleh.
Bahagian tambahan terdiri daripada:

(a) Rujukan
Semua bahan yang dirujuk dalam bahagian teks
mestilah disenaraikan mengikut garis panduan APA
terkini.
(b) Lampiran
Lampiran boleh terdiri daripada Instrumen atau
protokol kajian seperti borang soal-selidik, protokol
temu bual, protokol pemerhatian dan lain-lain.
Selain itu perkara yang berikut boleh dilampirkan:
ilustrasi tambahan, contoh data asal dan petikan yang
terlalu panjang hingga tidak dapat dimuatkan ke dalam
bahagian teks.
BAB 1
Pre amble
Apa sub tajuk yang terkandung dalam bab ini
berikan sedikit keterangan
Pengenalan
gambaran kasar yang ringan untuk pembaca sebelum
membaca keseluruhan tesis.
mengandungi pengenalan kepada kajian yang ingin dikaji yang
boleh dibaca bagi pembaca yang tidak mempunyai kefahaman
tentang apa yang dikaji juga ia mesti mengandungi kajian-
kajian lepas yang relevan dengan apa yang dikaji.
mengandungi hipotesis kajian, ini penting bagi memahamkan
pembaca ketika memasuki bahagian "Perbincangan"
disamping itu juga ia menjadi penanda aras bagi penilai atau
penyelia mengesahkan bahawa kajian tersebut memenuhi
hipotesis awal yang dicadangkan dan hipotesis penting bagi
pelajar itu sendiri untuk menulis bahagian "Kesimpulan".
mestilah mengandungi Objektif Kajian, supaya ia dapat
dicapai oleh kajian tersebut dan merupakan jawaban dalam
penulisan bahagian "Kesimpulan".
penyusunan topik dalam tesis, yang mana pelajar
memaklumkan kepada pembaca akan susunan topik yang
dibuat dalam tesis tersebut.

Kajian Literatur
Mengumpulkan kesemua kajian-kajian yang relevan
dibuat sebelum itu.
Bezanya dengan bahagian Pendahuluan ialah Kajian
Literatur mestilah mengandungi lebih banyak petikan
kajian-kajian lepas dan mengolahnya dalam bentuk
teks yang tersusun jika rujukan lepas-lepas dalam
bentuk gambarajah atau graf, perlu di ketahui apa yang
berkaitan dengan kajian pelajar itu mesti dibincangkan
dan dahulukan topik tersebut dengan perkara yang
umum dalam kajian sehinggalah perkara yang khusus
dalam kajian pelajar itu sendiri.
Keputusan
hasil dapatan kajian yang diperolehi oleh pelajar.
Di dalam penulisan bahagian Keputusan ini, pelajar mestilah bertanggungjawab ke
atas hasil yang diperolehi yakni tidak menyembunyikan hasil dapatan kajian
tersebut dan mengubahsuai data supaya sesuai dengan apa yang dikehendaki
pelajar dan ini merupakan salah satu integriti akademik. Jika pelajar mendapati
bahawa keputusan itu tidak memenuhi kehendak pelajar itu sendiri, maka dengan
profesionalnya pelajar itu haruslah bijak melaporkan dan mengolah keputusan
yang diperolehi itu di dalam bahagian
Perbincangan nanti. Keputusan itu mestilah dimulai dengan hasil dapatan yang
umum sehinggalah kepada khusus atau daripada yang mudah kepada yang lebih
sukar, pelajar juga boleh melampirkan keputusan tambahan pada akhiran bahagian
Keputusan ini.
Penggunaan perkataan dalam ayatnya untuk bagian ini haruslah digunakan Past
(Perfect) Tense seperti, ...has been used..., ....measured by.... , ...derived..... Jika
dalam Bahasa Melayu, kita mesti menggunakan ayat-ayat yang pasif dengan
imbuhan "di......kan" atau imbuhan "di" contoh; ...sampel ini diukur dengan...,
....digunakan Kaedah Runge-Kutta untuk menyelesaikan..., pendek kata dahulukan
predikat Subjek kemudian barulah Objek.

Keputusan
hasil dapatan kajian yang diperolehi oleh pelajar.
pelajar mestilah bertanggungjawab ke atas hasil yang diperolehi yakni tidak
menyembunyikan hasil dapatan kajian tersebut dan mengubahsuai data supaya
sesuai dengan apa yang dikehendaki pelajar dan ini merupakan salah satu integriti
akademik.
Jika keputusan itu tidak memenuhi kehendak pelajar itu sendiri, maka dengan
profesionalnya pelajar itu haruslah bijak melaporkan dan mengolah keputusan
yang diperolehi itu di dalam bahagian Perbincangan nanti. Keputusan itu mestilah
dimulai dengan hasil dapatan yang umum sehinggalah kepada khusus atau
daripada yang mudah kepada yang lebih sukar, pelajar juga boleh melampirkan
keputusan tambahan pada akhiran bahagian Keputusan ini. Penggunaan perkataan
dalam ayatnya untuk bagian ini haruslah digunakan Past (Perfect) Tense seperti,
...has been used..., ....measured by.... , ...derived..... Jika dalam Bahasa Melayu, kita
mesti menggunakan ayat-ayat yang pasif dengan imbuhan "di......kan" atau
imbuhan "di" contoh; ...sampel ini diukur dengan..., ....digunakan Kaedah Runge-
Kutta untuk menyelesaikan..., pendek kata dahulukan predikat Subjek kemudian
barulah Objek.

Perbincangan
membincangkan dapatan kajian yang diperolehi daripada bahagian
Keputusan.
pelajar haruslah menggunakan pengetahuan yang terkandung di
dalam bahagian Kajian Literatur untuk mengolah dan menguatkan
hujah ke atas hasil dapatan kajian yang diperolehi dengan memetik
senarai rujukan yang berkaitan untuk menyokong keputusan kajian
pelajar itu.
bahagian Kajian Literatur adalah pembantu kepada olahan didalam
bahagian Perbincangan.
Penggunaan ayat di dalam bahagian bertatabahasa Present dan
Past Tense, kerana keputusan itu 'sedang' diperolehi dan terkadang
pelajar akan menggunakan perkataan Past Tense untuk kajian lepas
yang dirujuk atau perlakuan yang telah dilakukan.
Kesimpulan,
Kesimpulan adalah jawaban kepada objektif dan
hipotesis kajian yang kita lampirkan di dalam
bahagian Pendahuluan.
Penulisannya adalah secara bersantai dan pelajar
tidak perlulah tergesa-gesa untuk menulisnya,
kerana ia adalah penghujung kepada
kesuluruhan.
Selalunya, di dalam bahagian Kesimpulan ini
mengandungi kesimpulan kajian, perkara-perkara
yang diabaikan di dalam kajian dan cadangan
kajian akan datang
Rujukan,
Lampirkan kesemua rujukan yang pelajar bincangkan dari
bab Pendahuluan sehinggalah Kesimpulan.
Susunannya bergantung kepada kehendak universiti yang pelajar
duduki, sama ada secara urutan nama (Surname atau First name)
atau urutan nombor yang diletakkan pada setiap bab di dalam tesis
(yang mana setiap pernyataan yang pelajar rujuki).
format penulisan rujukan juga bergantung kepada universiti, setiap
universiti mempunyai formatnya tersendiri, rata-ratanya format
yang digunakan adalah format APA (American Psycological
Association).
Jika di dalam teks untuk format nama kita akan gunakan seperti
beriku sebagai contoh; (Ali, 2006), (Cheng & Anuar, 2008) atau
(Randall et.al., 1999), manakalan bagi urutan nombor pula; [3] atau
[5-10].
contoh format APA:
Buku
Trevio, L. K., & Nelson, K. A. (2007). Managing business ethics: Straight talk about how to do
it right. Hoboken, NJ: Wiley.[Jika lebih daripada seorang, Krause, Bochner, and Duchesne
(2006) atau lebih daripada tiga orang, Mezey et al., 2002 yang selebihnya adalah hampir
sama]

Makalah
Sainaghi, R. (2008). Strategic position and performance of winter destinations.Tourism
Review, 63(4), 40-57.

Tesis
Rose, S. L. (2006). Essays on almost common value auctions (Doctoral dissertation, Ohio State
University). Retrieved from http://www.ohiolink.edu/etd

Surat khabar/Majalah
Cumming, G. (2003, April 5). Cough that shook the world. The New Zealand Herald, p. B4.

Laman sesawang
Hobbit Team. (2011, November 5). 3D concept sketch [Web log message]. Retrieved from
http://www.thehobbitblog.com/

Vous aimerez peut-être aussi