Vous êtes sur la page 1sur 3

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2014

SEBELUM
Pada 21 Februari 2014 yang lepas bersamaan hari Jumaat, kami guru pelatih dari
opsyen Pendidikan Khas, Matematik 1, Matematik 2, RBT 1, RBT 2, Pendidikan Seni
dan Pendidikan Pra Sekolah telah bekerjasama dalam proses persiapan tempat
aktiviti. Aktiviti seperti yang telah dirancang akan dilaksanakan di kawasan Court
Tennis, bola tampar, bola keranjang dan juga futsal.
Dengan pemantauan Encik Abd Kadir, kami telah memulakan aktiviti persiapan
tempat pada jam 9 pagi. Encik Kadir telah memberi pertanggungjawaban kepada
kami untuk menggunakan peralatan dan mengendalikan barangan dari stor.
Barang-barang di ambil dan di gunakan dengan cara berkompromi kerana jumlah
peralatan perlu dikongis antara kelas.
Semua AJK Induk dan juga AJK Peralatan daripada setiap kelas turun padangan
dalam aktiviti persiapan tempat. Hanya barangan seperti meja, kerusi, khemah dan
yang kalis air dan tidak mudah rosak sahaja yang di benarkan untuk di susun dan
dikeluarkan kerana barangkali faktor cuaca dan juga dibimbangi jika berlaku kes
kecurian mungkin berlaku. Pada jam 12 tengahari kami semua selesai mengemas.
Pada sebelah petang pula, iaitu jam 4 petang, dengan pemantauan dari pensyarah
bimbingan iaitu Cik Luvrina binti Jamaludin, semua guru pelatih telah turun padang
untuk menghias stesen masing-masing. Semua guru pelatih telah menunjukkan
kesungguhan serta kreativiti masing-masing dalam proses menghias stesen kerana
sempena Karnival Permainan Tradisional ini, kami telah menganjurkan satu
pertandingan tambahan iaitu Stesen Paling Cantik. Oleh itu, setiap stesen akan
dinilai oleh para pensyarah dan di sediakan hadiah bagi tempat pertama, kedua dan
ketiga.




SEMASA
Selaku setiausaha, seawal jam 6:45 saya telah turun ke kawasan gymnasium bagi
membuat persiapan seperti papan markah, kaunter pendaftaran, pelan permainan
dan memastikan setiap masalah dan sebarang keperluan dapat saya atasi dan
penuhi. Tepat jam 7 pagi, kaunter pendaftaran dibuka dan semua pelajar diminta
menandatangani nama masing-masing di papan yang telah di sediakan. Suasana
sangat meriah dengan cuaca yang sangat cerah. Semua mengambil tugas masing-
masing. Ada yang masih menggunakan peluang untuk membuat persiapan tempat,
ada yang menghias khemah, membuat air minuman dan lain-lain. Semua guru
pelatih menjalankan tugas mereka dengan baik.
Jam 7:30 kaunter pendaftaran ditutup. Aktiviti senam aerobik pula di jalankan. Aktiviti
senam aerobic telah di laksanakan di kawasan gelanggang futsal. Di kelolai oleh ahli
kelas Pendidikan Khas. senaman pagi ini telah berjaya meningkatkan kecergasan
kami semua.
Pada jam 8:00 pula bermulalah aktiviti permainan tradisional yang terdiri daripada 4
fasa di selangi dengan 3 kali rehat dan tamat pada jam 12:30 tengahari. Setelah
tamat aktiviti karnival permainan tradisional, majlis penutupan pula di laksanakan di
dalam gymnasium. Majlis penutupan di hadiri oleh semua pensyarah pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. Majlis berakhir pada jam 1 tengahari.









SELEPAS
Setelah tamatnya aktiviti permainan tradisional pada jam 12:30 tengahari, aktiviti
seterusnya ialah majlis penutupan. Pada majlis ini, upacara penyampaian hadiah
bagi pemenang keseluruan pertandingan untuk tempat pertama, kedua dan ketiga di
umumkan. selain itu, untuk pertandingan stesen paling tercantik turut di umumkan
dan di menangi oleh kelas Pendidikan Seni Visual. Tidak terkecuali hadiah saguhati
untuk semua guru pelatih yang telah terlibat bersama-sama dalam menjayakan
carnival serta para pensyarah yang telah banyak memberikan sokongan dan
bimbingan.
Kemudian, setelah tamatnya majlis penutupan, aktiviti mengemas kawasan pula di
lakukan. Semua bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan kawasan
karnival. Setiap bahagian telah dibahagi-bahagikan mengikut kelas bagi
melancarkan proses membersihkan kawasan. Aktiviti berakhir pada jam 1 petang.
Meskipun penat, tetapi terasa ringan apabila semua guru pelatih berganding bahu
menjayakan Karnival Permainan Tradisional bagi Semester 5, 2014.

Vous aimerez peut-être aussi