Vous êtes sur la page 1sur 3

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA NATIONAL KEY RESULT AREA (NKRA)

Latar Belakang
27 Julai 2009, DatoSeri Mohd Najib Tun Razak mengumumkannya
6 bidang digariskan dan diberi keutamaan pada peringkat kebangsaan
Setiap bidang ini diketuai oleh seorang menteri yang dinamakan menteri
pimpinan (lead minister)
Perdana menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan
Tujuan Pelaksanaan NKRA
Bagi memastikan elemen bertanggungjawab yang serius wujud dalam
kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam
Supaya rakyat sebagai klien utama tidak berada dalam kesamaran
sebaliknya ada inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang
sedang digembleng oleh kerajaan
Supaya rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat
dimaklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan
menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan

Pelaksanaan NKRA
Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap
matlamat NKRA dan pencapaian Indeks Prestasi Utama atau KPI ( Key
Performance Index)
KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA
Setiap NKRA, akan dikenal pasti KPInya dengan sasaran khusus agar dapat
diukur.
Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap lead minister ini bagi
menilai pencapaian KPI yang tertentu.



ENAM BIDANG NKRA
Bidang usaha Ciri
Mengurangkan
kadar jenayah
Memastikan negara berada dalam keadaan aman dan
damai, bebas daripada segala bentuk ancaman dan jenayah
Jenayah jalanan seperti curi ragut, samun tanpa bersenjata
dan samun berkawan tanpa bersenjata api dikurangkan
Menambah baik persepsi rakyat terhadap keselamatan
awam
Meningkatkan prestasi agensi-agensi penguatkuasaan
seperi Kementerian Dalam negeri, Jabatan peguam Negara
dan Jabatan Perdana Menteri
Memerangi
rasuah
Memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia
dalam Indeks Persepsi Rasuah bertambah pulih pada masa
hadapan.
Langkah seperti tender terbuka, peningkatan
penguatkuasaan menaik taraf Badan Pencegah Rasuah
(BPR) menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan sebagainya telah diadakan.
Meluaskan akses
kepada
pendidikan
berkualiti dan
berkemampuan
Memastikan generasi muda berilmu, berfikiran kratif,
berinovatif, bercirikan nilai murni serta berdaya saing di
persada antarabangsa
Menyediakan pendidikan yang terbaik bermula dari
peringkat prasekolah
Meningkatkan
taraf hidup
rakyat yang
berpendapatan
rendah
Membanteras kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat
Memastikan bantuan kebajikan rakyat sampai ke tangan
rakyat dan tiba pada masa yang tepat



Memperkasa
prasana luar
bandar dan
pedalaman
Meningkatkan infra luar bandar dan pedalaman supaya
harta dan kekayaan negara dapat dinikmati oleh semua
rakyat di seluruh negara
Kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan air, bekalan
elektrik dan kemudahan kediaman dipertingkatkan
Menambah baik
pengangkutan
awam dalam
jangka masa
sederhana
Menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang
komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat
Meningkatkan peratusan penggunaan sistem
pengangkutan awam hingga 25% pada penghujung 2012

Vous aimerez peut-être aussi