Vous êtes sur la page 1sur 3

17.

0 LAPORAN AJK TUGAS KHAS


17.1 PENGENALAN
17.1.1 Program Perkhemahan Sukan dan Rekreasi dilaksanakan untuk pelajar
PPISMP 3A bagi memenuhi tuntutan proforma .
17.1.2 Pelaksanaan program ini dilihat penting kerana memberi ruang dan peluang
kepada pelajar untuk menimba pengalaman sebagai pengurus program selain turut
menjadi peserta.
17.1.3 Program ini sememangnya wajar diadakan kerana program ini dapat menjadi
arena pembelajaran kepada peserta dalam aspek pengurusan, kepimpinan,
kemahiran dan kekuatan mental serta fizikal bagi menjadi seorang pendidik yang
baik.

17.2 KELEBIHAN PROGRAM
17.2.1 Program ini telah memberi peluang kepada setiap peserta untuk belajar cara-
cara untuk menjayakan sesuatu aktiviti bermula pada peringkat sebelum, semasa
dan selepas program dilaksanakan.
17.2.2 Aktiviti-aktiviti semasa program berlangsung sangat menarik, mencabar serta
dapat memberi kesan kepada peserta. Peserta-peserta yang menyertai program ini
mempunyai latar belakang yang berbeza jadi terdapat individu yang berkemahiran
serta mampu melakukan setiap aktiviti dengan baik dan terdapat juga individu yang
sebaliknya. Justeru program ini dapat dilihat sebagai medium untuk setiap peserta
menambah ilmu dan kemahiran baharu selain sebagai tempat untuk mereka
mengukuh serta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang telah mereka miliki.
17.2.3 Program ini turut menjadi satu arena yang boleh menguji kekuatan mental
serta fizikal peserta program sama ada pada saat sebelum, semasa dan selepas
program berlangsung. Cabaran ini mampu menyedikan peserta untuk menjadi guru
yang berkualiti.
17.2.4 Dari segi pelaporan berdasarkan tugas AJK Tugas Khas pula, program ini
telah memberi saya peluang dan ruang untuk menjadi seseorang yang lebih kuat
pada masa akan datang. Pada peringkat sebelum program berlangsung, Pengerusi
telah mengarahkan saya untuk mereka bentuk banner program. Sebanyak 3 reka
bentuk telah dicadangkan kepada ahli kelas dan kemudian pengerusi telah
membawa cadangan tersebut kepada pensyarah. Encik Masywawi telah memilih
salah satu reka bentuk yang telah dicadangkan. Pada hari Sabtu bersamaan 21
September 2013, semua ahli kelas telah bertungkus lumus menyiapkan banner.
Saya juga telah diamanahkan untuk menyiapkan banner bagi Malam Kebudayaan.
Semasa program berlangsung Encik Santharan menyatakan bahawa banner kami
tidak melambangkan kematangan kami sebagai seorang bakal guru dan kecewa
dengan logo IPGKBM yang telah kami lukis pada banner. Pada pihak kami, kami
berasakan bahawa banner itu sudah cukup baik dan setimpal dengan usaha yang
telah kami berikan. Kami juga yakin bahawa banner kami sebenarnya agak baik
memandangkan sebelum Pendidikan Luar berlangsung kami telah mendapatkan
pandangan daripada beberapa orang pelajar dari kelas lain dan mereka memuji
banner yang telah dihasilkan. Walau bagaimanapun, kami sangat menghormati
komen yang telah diberikan dan kami juga bersetuju terdapat kekurangan pada logo
IPGKBM. Pengalaman ini memberi saya peluang untuk belajar cara mengawal emosi
ketika berhadapan masalah dan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
17.2.5 Semasa program berlangsung, saya sebagai AJK Tugas Khas sekali lagi
diberi kesempatan untuk belajar cara menyelesaikan sesuatu masalah selain
menjadi pemudah cara kepada individu lain. Pada malam pertama perkhemahan,
Encik Masywawi telah mengarahkan saya untuk melaporkan isu kerosakan lampu di
tapak perkhemahan kepada pihak pengurusan. Pada keesokan harinya, saya telah
berjumpa dengan pihak pengurusan sebanyak tiga kali dan akhirnya saya berjaya
mendapatkan bantuan daripada pekerja mereka. Lampu di tapak perkhemahan telah
ditambah dan keadaan ini memudahkan semua peserta yang mahu menjalankan
sebarang aktiviti atau tugas pada waktu malam. Saya juga sentiasa menyediakan diri
saya untuk menghulurkan sebrang bantuan kepada mana-mana AJK yang
memerlukan. Walapun tugasan saya tidaklah segah atau seberat jawatankuasa lain
saya tetap berpuas hati dengan komitmen yang telah saya berikan kerana sekurang-
kurangnya saya dapat belajar sesuatu yang bernilai melalui tanggungjawab ini.

17.3 KEKURANGAN PROGRAM
17.3.1 Kelemahan program ialah sebelum program ini berlangsung terdapat
beberapa kali mesyurat telah diadakan tetapi kadang-kadang makluman mengenai
mesyurat tersebut lewat diterima atau diberitahu secara mengejut dan keadaan ini
menyebabkan AJK-AJK yang mahu melontarkan sebarang pendapat tidak dapat
mengelurakan pandangan secara berkesan kerana tidak bersedia. Terdapat juga
inidividu-individu yang mengambil mudah terhadap mesyuarat yang diadakan.
17.3.2 Perjalanan program agak lambat berikutan pergerakan peserta yang lembab
dan mengambil mudah terhadap arahan dan teguran yang diberi.

17.4 CADANGAN
17.4.1 Setiap mesyuarat yang mahu dijalankan mestilah dikendalikan dengan lebih
teratur agar satu perbincangan yan berkesan dapat diwujudkan.
17.4.2 Setiap peserta perlu bermuhasabah diri dan menilai sendiri kelebihan dan
kekurangan yang terdapat pada diri masing-masing. Sikap bertolak-ansur, tidak
mementingkan diri, saling membantu dan menghormati orang lain perlulah dimiliki
dan sikap-sikap ini merupakan antara sikap asas yang sewajarnya dimiliki oleh
seorang guru.

17.5 PENUTUP
Program ini berlangsung dengan jayanya dan diharapkan dapat diteruskan lagi pada
masa akan datang.

Vous aimerez peut-être aussi