Vous êtes sur la page 1sur 16

BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1

1.0 PENGENALAN

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dan ia bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan
sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan
kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah
penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian
pelajar.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah satu bahagian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran
yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan cirri-ciri sememangnya ada kaitan yang
rapat dengan proses perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Malah ketiga-tiga
perkara ini saling membantu dalam pencapaian matlamat yang sama dalam proses
pendidikan.Ketiga-tiga elemen ini memainkan peranan yang penting dalam kurikulum
pendidikan. Ia dilakukan untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu
tercapai atau tidak. Dalam pengajaran dan pembelajaran, ketiga-tiga aspek ini
dilakukan bagi mengetahui samada guru mengajar dan murid belajar. Oleh itu
pemahaman terhadap konsep pengujian, pengukuran dan penilaian sangat penting bagi
seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.

Pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan dalam semua situasi yang
memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab seorang
guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran ,
malah dia perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang telah berlaku. Lalu dia membuat penilaian untuk mengetahui aspek
yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan membuat
penambahbaikan dalam aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan
tumpuan dalam pengajaran akan datang.

BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2

2.0 JENIS-JENIS PENILAIAN BAHASA
Terdapat beberapa jenis penilaian bahasa seperti Ujian Bakat, Ujian
Pencapaian, Ujian Kefasihan Ujian Kemajuan serta dua jenis ujian yang selalu
dgunakan disekolah secara formal iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan
antara kedua-dua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran,
jangka masa pengajaran dan pembelajaran atau objektif pengajaran dan pembelajaran
yang hendak diuji.

2.1 Ujian Formatif

Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-
pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan
semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses
pembelajaran.
Bahan atau alat ujian yang digunakan oleh guru untuk menguji sesuatu unit
kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang telah diajar.
Ujian yang diberikan adalah berasaskan sesuatu kemahiran atau sesuatu aspek
bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan
atau bulanan.
Bertujuan untuk menguji kemahiran murid dalam penguasaan subkemahiran
bahasa
2.2 Ujian Sumatif
Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di
akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi
markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan
markah murid lain dalam kumpulannya.
Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam
beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa panjang
seperti selepas satu semester atau selepas setahun persekolahan.
BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
3

Ujian ini member penekanan kepada kognitif murid
Selain itu, ujian ini ialah rujukan norma dan pelaporannya pula adalah berbentuk
skor
Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan
dari segi pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan
tindakan.
Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian.
Jenis/Ciri Penilaian Formatif Penilaian Sumatif


Pengertian
Satu jenis ujian formal atau tak formal
untuk mengesan tahap penguasaan
dan kemajuan murid di dalam kelas.
Satu jenis ujian formal untuk
mengesan tahap pencapaian
dalam sesuatu tap persekolahan.


Tujuan
Mengesan penguasaan dan kemajuan
murid untuk membaiki kelemahan
dengan kada segera.
Mengesan pencapaian murid
berdasarkan beberapa unit
pembelajaran dan pemeringkatan
gred murid di dalam kelas.


Aktiviti
Menjalankan ujian formal atau tidak
formal semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sama ada dibuat secara
individu, kumpulan atau menyeluruh.
Menjalankan ujian formal dalam
beberapa waktu berdasarkan
ketetapan jadual secara individu
mengikut kelas.

Masa
Semasa sesi pengajaran dilakukan
atau setiap hujung bulan.
Semasa semester pertama
(pertengahan tahun) dan
semester kedua (akhir tahun).


Bentuk
Ujian tidak formal (pemerhatian dan
sesi soaljawab), atau formal (ujian
bulan) melibatkan ujian kertas pensel
dam masa yang singkat.
Ujian formal adalah ujian kertas
pensel atau ujian, lisan dalam
jangka masa yang ditetapkan
mengikut kesesuaiannya.

Sasaran
Secara individu, secara kumpulan atau
kelas.
Secara kelas

Liputan
Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak
formal) atau beberapa kemahiran (ujian
formal)
Meliputi beberapa unit
pembelajaran atau sesuatu tahap
persekolahan

Rekod
Tiada (bagi ujian tidak formal) dan
penggunaan senarai semak atau rekod
prestasi (bagi ujian formal)
Penggunaan rekod profil atau
pensijilan.




Tindakan
Membetulkan kelemahan dengan kadar
segera atau menjalankan aktiviti
pengayaan atau pemulihan di dalam
kelas.

Menempatkan murid kumpulan
atau kelas yang sesuai.
Merancan g dan mengubahsuai
pelajaran atau kurikulum.
Memberi sijil berdasarkan
pencapaian dalam peperiksaan.


BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
4


2.3 Ujian Kemajuan

Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru
kelas. Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-
pelajar telah menguasai bahan/perkara perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.
Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi
sesuatu darjah yang hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program
pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.
Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah
menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk
tertentu.
Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas
tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara
keseluruhan

3.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Jadual spesifikasi ujian (JSU) merupakan jadual yang menggambarkan cirri
sesuatu ujian dari sgi kandungan iaitu konstruk yang ditafsirkan, pemberatan
tiap-tiap struktur, konteks, pemberatan tiap konteks dan pemberatan taburan
aras kesukaran
Ia bertujuan untuk menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan
secara spontan tidak tahu aras)
Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan.
3.1 CIRI-CIRI JSU
Merupakan matrik yg terdiri drpd 2 paksi iaitu paksi melintang aras kemahiran
dan menegak kandungan.
Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.
BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
5

Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.
Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan
kemahiran.
Kepayahan item dalam lingkungan 20% - 80%.
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-
lain.
Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.
3.3 KEPENTINGAN JSU
Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang
diuji.
kertas ujian dapat digubal secara sistematik
kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
Memberi panduan untuk membentuk soalan.
Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.
Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.
taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran
3.3 LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JSU



Langkah 1
Senaraikan tajuk-tajuk yg hendak diuji.

Langkah 2
Tentukan soalan yg hendak dibina.
a.Soalan objektif (20 soalan)
Langkah 3
Tentukan model aras kesukaran (mudah sukar).
dibina.
a.Soalan objektif (20 soalan)
BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
6










3.3.3 Konsep IK (Indeks Kesukaran)
Tujuan : menentukan indeks soalan (sukar, sederhana, mudah)
Pengiraan :
1. IK = B / J (jumlah yang sedikit)
B = bil. Calon menjawab betul
J = jumlah keseluruhan calon
2. IK = BT + BR / J (jumlah yang banyak - lebih 40 orang)
BT = jumlah calon dalam kumpulan tinggi yg
menjawab betul
BR = jumlah calon dalam kumpulan rendah
yg menjawab betul
J = jumlah keseluruhan calon


Langkah 4
Menentukan jenis soalan yg hendak diuji (objektif,
struktur, esei, dll)
dibina.
a.Soalan objektif (20 soalan)
Langkah 5
1.Tentukan soalan bg setiap komponen.
2.Penentuan aras kesukaran (mudah kepada sukar)
3.Pemarkahan.

Langkah 6
1.Tentukan mata pelajaran.
2.Tahun / tingkatan
3.Susunan nomdor mengikut tajuk.

BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
7

4.0 TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM
Penggunaan Kognitif Bloom amat penting bagi setiap guru dalam penyediaan
item soalan dalam sesuatu ujian / peperiksaan. Seorang guru yang berkesan harus
boleh membezakan aras kesukaran soalan yang dibina samada soalan objektif atau
subjektif.
Setiap item yang dibina perlu menepati aras kognitif Bloom kerana ia amat
penting untuk memastikan taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil pada setiap
pelajar. Lembaga Peperiksaan menggunakan kaedah 5:3:2 iaitu setiap 10 soalan perlu
ada 5 aras rendah, 3 aras sederhana dan 2 aras tinggi. Ini bertujuan untuk bersikap adil
kepada pelajar dan memastikan ujian yang dibina bukan hendak memerangkap murid
untuk gagal.Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh guru berdasarkan JSU di mana
pengagihan item berdasarkan topic dan masa perlu diambil kira.
Menurut Benjamin s. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu
Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
Tahap istilah /Kata Tugas:-
















ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi,
teori hukum, tarikh, peristiwa, nyatakan,terangkan,
namakan, labelkan
pengetahuan
mengubah kepfahaman kepada satu bentuk
kepada bentuk yang lain, menyatakan idea utama
dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep dan menterjemah draf, tulis
semula
kefahaman
menggunakan maklumat dalam situasi yang baru termasuk
menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah,
hukum, teori, formula, bina graf daripada data dan lain-
lain, selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat
Aplikasi
sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil,
bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara
bahagian, kenali struktur organisasi, bezakan, pasti,
pilih
Analisis
menyepadu, mencantum idea menjadi satu usaha
tersendiri menyelesaikan masalh, membuat ramalan,
membuat klasifikasi, bina, hasilkan, susun,kembangkan
Sintesis
BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
8





5.0 DOMAIN AFEKTIF KALTHWOHL 1964



Jadual Domain Krathwohl

Penerimaan

Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin
disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.

Gerakbalas

Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia
mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu.
Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas
pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.

membuat pertimbangan termasuk memberi
rasional atas alasan dalaman atau luaran,
mentafsir dan mengkritik, pilih, berikan,
alasan,kritikan, buktikan
Penilaian
BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
9


Penilaian

Sesorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat.
Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap
individu.

Jenis penilaian
1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.
2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.
3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi
landasan pendirian dan menerima cabaran.

Organisasi

Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang
sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan
menyusun nilai-nilai konsep itu.

Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu
cara hidup.

6.0 PEMBINAAN UJIAN / ITEM

6.1 LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN





LANGKAH AM
PENYEDIAAN
ITEM UJIAN
MENYEDIAKAN
JSU
MENULIS ITEM
UJIAN
MENYEMAK
ITEM UJIAN
MENILAI ITEM
UJIAN
MEMBUAT
KAJIAN RINTIS
TERHADAP ITEM
BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
10

6.2 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

BIL
KANDUNGAN/TOPIK/
KEMAHIRAN
OBJEKTIF KOGNITIF BLOOM
JUMLAH
ARAS RENDAH
(50%)
ARAS
SEDERHANA
(30%)
ARAS TINGGI
(20%)
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
Kata Ganti Diri 1 1
Imbuhan 2 2
Kata Hubung 1 1
Simpulan Bahasa 1 1
Ayat Sama Maksud 2 1 3
Ayat Tanya 1 1
Kata Nama Khas 1 1
Perkataan Seerti 1 1
Ayat tunggal 1 1
Kata Adjektif 3 1 4
Kata Ganda 1 1
Ayat Majmuk 1 2 3

JUMLAH 6 4 4 2 3 1 20


6.3 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF
Item / soalan objektif bermaksud item/soalan yang mempunyai jawapan yang
tepat / tertentu / spesifik seperti item betul salah, aneka pilihan, padanan atau
pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapn tertentu sama ada betul atau salah,
jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul atau perkataan
pelengkap yang betul.

CONTOH 20 ITEM UJIAN MENGIKUT ARAS TAKSONOMI BLOOM

1. Sultan Mahmud sedang bersantap. ______________suka makan ikan dengan kuah
Asam.
A. Baginda C. Dia
B. Mereka D. Beliau

Aras Taksonomi Bloom : Pengetahuan

BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
11

2. Bas itu mengalami _______________ kerana dilanggar oleh sebuah bas dari belakang.
A. kerosakan C. terosakkan
B. dirosakkan D. merosakkan

Aras Taksonomi Bloom : Aplikasi

3. Mariani makan buah limau _______________ makan nasi.
A. sambil C. selepas
B. sementara D. lalu

Aras Taksonomi Bloom : Aplikasi

4. Emak tidak suka _______________ dalam pergaduhan antara saya dengan kakak.
A. cepat tangan C. ringan tangan
B. campur tangan D. bekas tangan

Aras Taksonomi Bloom : Sintesis

5. Zakri membaling beberapa biji batu yang diberi oleh Mthusamy ke dalam kolam.
A. Zakri membaling batu ke dalam kolam kerana tidak diberikan oleh Muthusamy.
B. Beberapa biji batu yang diberikan oleh Muthusamy dibaling oleh Zakri ke dalam
kolam.
C. Zakri dan Muthusamy membaling batu ke dalam kolam kerana tidak diberi mereka.
D. Beberapa biji batu yang diberikan oleh Muthusamy dibaling oleh Zakri ke dalam
kolam.

Aras Taksonomi Bloom : Kefahaman


6. Semua berikut adalah punca kemerosotan permainan bola sepak sekolah tersebut,
kecuali.

A. Masih memakai jersi lama yang kurang menarik
B. Para pemain tida persefahaman
BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
12

C. Kurang semangat kesukanan
D. Tiada persediaan sebelum perlawanan

Aras Taksonomi Bloom : Analisis

7. Apakah yang akan terjadi kepada Faris jika dibiarkan bermain di tepi jalan raya?
A. Dia akan mendapat kawan baharu
B. Dia akan menjadi budak yang pandai berdikari
C. Dia akan ditimpa kemalangan
D. Dia akan mati lemas

Aras Taksonomi Bloom : Penilaian

8. Ahmad tu mengalami _______________ kerana dilanggar oleh sebuah kereta dari
belakang.
A. cedera C. cederakan
B. kecederaan D. kecedera

Aras Taksonomi Bloom : Aplikasi

9. Ani dan Ida ialah kawan rapat. Setiap hari,mereka akan bersama-sama untk pergi ke
kelas. Mereka juga saling bantu membantu antara satu sama lain.

A. Bagai kacang lupakan kulit
B. Seperti si buta mendapat tongkat
C. Bagai air dalam sekam
D. Seperti aur dengan tebing

Aras Taksonomi Bloom : Aplikasi

10. Apakah nama ibu negara Malaysia?
A. Kuala Lumpur C. Johor Bharu
B. Kuching D. Wilayah Persekutuan Putrajaya
BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
13


Aras Taksonomi Bloom : Pengetahuan

11. Perkataan seerti dengan gigih ialah _______________
A. tegap C. tekad
B. tekun D. tegas

Aras Taksonomi Bloom :Kefahaman

12. Perkataan seerti dengan gigih ialah _______________
C. tegap C. tekad
D. tekun D. tegas

Aras Taksonomi Bloom :Kefahaman

13. Perkataan seerti dengan gigih ialah _______________
A. tegap C. tekad
B. tekun D. tegas

Aras Taksonomi Bloom :Kefahaman

14. Pakaian pengemis itu kelihatan _______________ sekali
A. hodoh C. indah
B. lusuh D. cantik

Aras Taksonomi Bloom :Pengetahuan

15. Adib merupakan pelajar paling tinggi di dalam kelas.
Rumah itu sangat besar dan cantik bagaikan istana

Apakah persamaan yang terdapat pada kedua-dua ayat di atas?
A. Kata seru C. Kata adjektif
B. Kata nama D. Kata imbuhan

BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
14

Aras Taksonomi Bloom :Sintesis

16. Adib merupakan pelajar paling tinggi di dalam kelas.
Rumah itu sangat besar dan cantik bagaikan istana

________________ berguguran apabila angin bertiup
C. pepohon C. reranting
D. dedaun D. dedahan

Aras Taksonomi Bloom :Pengetahuan

17. Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah _________________
A. Gunung Everest C. Gunung Kinabalu
B. Gunung Himalaya D. Gunung Tahan

Aras Taksonomi Bloom :Pengetahuan

18. Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah _________________
C. Gunung Everest C. Gunung Kinabalu
D. Gunung Himalaya D. Gunung Tahan

Aras Taksonomi Bloom :Pengetahuan

19. Pilih susunan ayat majmuk yang betul

A. Ali tidak dapat mengawal basikalnya lalu terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan.
B. Ali terjatuh ke tepi jalan di dalam longkang lalu tidak dapat mengawal basikalnya.
C. Terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan lalu Ali tidak dapat mengawal basikalnya.
D. Ali dapat mengawal basikalnya lalu tidak terjatuh di tepi jalan ke dalam longkang.

Aras Taksonomi Bloom :Sintesis

20. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
15

i. Walaupun matanya buta tetapi dia dapat melakukan tugas sendiri.
ii. Beberapa orang mata ditugaskan untuk menyiasat kes itu.
iii. Setelah diasah, mata parang yang tumpul itu tajam semula.
iv. Maria rambang mata ketika hendak membeli kain di kedai itu.

A. i dan iii sahaja
B. i, iii dan iv sahaja
C. i, ii dan iii sahaja
D. i, ii, iii dan iv

Aras Taksonomi Bloom :Sintesis


7.0 PENUTUP
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi
membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat
berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi
satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh,
penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program
pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.
Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan
penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru,
kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat
penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang
diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
16


7.0 BIBLIOGRAFI


Mohamad Sahari Nordin.(2002).Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah.Kuala
Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir.(2012). Pentaksiran Sekolah Rendah.Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng, Ismail Abu Bakar.(1989).Pentaksiran dan Penilaian
Dalam Pendidikan. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Aqilah B. Huddin, W.M. Diyana W. Zaki, Aini Hussain, Hafizah Husain, Nor
Fadzilah Abdullah. Perlaksanaan Penggunaan Taksonomi Bloom Bagi Mengukur Kesesuaian
Tahap dan Menjamin Keberkesanan Outcome Kursus.Retrieved on 16 Februari 2013,
from http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krathstax.htm

Krathwohls Taxonomy of Affective Domain.Retrieved on 16 Februari 2013,
from http://www.education.com/reference/article/blooms-taxonomy/

https://www.google.com.my/search?newwindow=1&q=contoh+soalan+bm+objektif+aras
+penilaian&oq=contoh+soalan+bm+objektif+aras+penilaian&gs_l=serp.3...9521893.953
5975.0.9541555.42.34.1.2.2.1.503.6951.5j12j10j6j0j1.34.0....0...1c.1.37.serp..25.17.244
8.AiuHjRfLHbU

http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/05/bmm-3103-contoh-soalan-mengikut-aras.ht

Vous aimerez peut-être aussi