Vous êtes sur la page 1sur 15

Bagaimana membaca peta

Dalam membaca peta, anda harus memahami


dengan baik semua simbol atau informasi
yang ada pada peta.
Kalau anda dapat membaca peta dengan baik
dan benar, maka anda akan memiliki
gambaran mengenai keadaan kawasan yang
ada dalam peta, walaupun belum pernah
melihat atau mengenal muka bumi secara
langsung.
Apa yang perlu dilihat dalam peta?
1. Tajuk peta / nama kawasan peta
2. Lokasi kawasan, melalui letak garis lintang dan garis
bujur.
3. Arah, melalui petunjuk arah (orientasi).
4. Jarak atau luas suatu tempat di lapangan, melalui
skala peta.
5. Ketinggian tempat, melalui titik trianggulasi
(ketinggian) atau melalui garis kontur.
6. Kecerunan lereng, melalui garis kontur dan jarak
antara garis kontur yang berdekatan.
7. Sumber alam, melalui petunjuk.

Teknik asas menggunakan peta dan
kompas
Pertama sekali ialah memastikan kemanakah
yang hendah anda pergi.(arah yang hendak
dituju).
Ikut segala prosudur yang telah ditetapkan
contoh:
(a) perhatikan di peta anda dimanakan arah
utara
(b) Fahami sedikit bentuk muka bumi yang yang
anda akan lalui,
(c) Merancang untuk memudahkan untuk sampai
ke destinasi.
Langkah Pertama:

1.Letakan kompas anda pada peta, tandakan
tempat yang hendak dituju, berdasarkan
bearing yang diberi atau melalui pandangan
(ingatan) sahaja, buat satu garisan di peta (jika
perlu).
2.Selarikan kompas anda dengan garisan yang
anda buat dipeta contoh 'point A' ke 'point B'.
3.kedudukan anda ialah di 'point A' jangan
silap, lebih baik lukis 'arrow' (jika perlu) pada
garisan untuk menuju ke 'point B'.

4.Dari 'point A' anda boleh menentukan jarak
ke'point B', menggunakan skala pada kompas
anda atau berdasar grid yang diberi pada peta
(jika ada).
Langkah Kedua:

1.Kukuhkan kedudukan kompas diatas peta agar "base
plate" kompas tidak lari kedudukan

2.Pusingkan "rotating capsule"@"kompas
housing",sehingga penunjuk Utara dan selatan di
bahagian atas "rotating capsule"@"kompas housing"
sama arah dengan garisan arah Utara di peta.

3.pastikan kedudukan anak panah dibahagian bawah
"capsule point" sama arahnya dengan arah utara
didalam peta.

Langkah Ketiga:

1.Pegang kompas ditangan anda dan fokuskan
dihadapan anda.Pastikan"base plate" dalam
keadaan rata ditangan anda dan arah anak
panah lurus dan menunjukan tempat yang
ditujui.

2.Pusing badan anda dan sehingga utara dan
selatan dibahagian atas "capsul" sebaris atau
selari dengan jarum magnatik dan warna
penanda merah dibahagian bawah jarum
kompas adalah sama arah dengan anak panah.
3.kini arah anak panah pada "base plate" akan
terarah ketempat yang anda hendak pergi.

Peringatan.
Elakkan sebarang halangan dengan membuat bearing
baru dan apabila halangan sudah dielak, kembali
semula ke arah yang ingin dituju.
semasa anda berjlan atau berlari ke kawasan yang
ditujui, kemungkinan kompas "capsul", secara tidak
sengaja terpusing. oleh itu periksa selalu dari masa ke
semasa agar anda tidak tersasar.
Ingat semua perbezaan diantara jarum magnetik yang
pastinya akan menunjuk arah utara dan "derection
arrow" (anak panah penunjuk kompas) yang akan
menujukan arah yang hendak ditujui.

Vous aimerez peut-être aussi