Vous êtes sur la page 1sur 3

Pada zaman dahulu, di dalam sebuah hutan yang tebal tinggal seekor monyet yang sangat nakal.

Pada suatu hari, Sang Monyet terjumpa setandan buah pisang yang masak ranum. Di dapati pisang
ini mempunyai biji keras. Lalu dia pun terfikir sesuatu.
"Emm apa kata aku gunakan biji ini untuk menyumpit haiwan-haiwan di sini", detik hati Sang
Monyet.

Setelah selesai makan, Sang Monyet pun duduk di atas sebatang pokok. Apabila ada haiwan lalu di
bawahnya dia pun menyumpit haiwan tersebut. Maka bertempiaran haiwan-haiwan sekalian
terkejut akibat terkena sumpitan tersebut. Sang Monyet ketawa berdekah-dekah melihat keadaan
haiwan-haiwan tersebut. Dia semakin seronok. Tiada seekor haiwan pun yang terselamat dari
sumpitannya itu.Setelah tiada haiwan yang lalu di situ, dia pula yang mencari haiwan-haiwan. Tidak
senang duduk para haiwan sekalian.

Perbuatan itu semakin melampau. Haiwan-haiwan di dalam hutan sudah tidak tahan lagi dengan
perbuatan Sang Monyet itu. Meraka pun bertemu Sang Kancil untuk memohon bantuan. Sang Kancil
adalah haiwan yang pintar dan sering memberikan bantuan kepada haiwan-haiwan yang dalam
kesusahan. Walaupun dia kecil tetapi dia pintar dan baik hati.

Sang Kancil meminta para haiwan menyediakan sebatang kayu yang kosong di tengahnya. Dihiasi
kayu tersebut dgn rumput dan daun-daun. Sang Kancil meminta Sang Gajah untuk berada di hujung
kayu tersebut dengan belalai yang penuh dengan air.

Semua haiwan bersembunyi di sebalik pokok-pokok, ada yang memanjat di celah-celah dahan
pokok, daun-daun dan batu-batu. Masing-masing seakan tidak sabar menunggu apakah yang akan
berlaku selepas ini. Sang Kancil pun menemui Sang Monyet lalu berkata,

"Wahai Sang Monyet yang budiman, adakah kamu ingin melihat terepong ajaib?"

"Teropong ajaib?.Apakah teropong ajaib itu?",kata Sang Monyet kehairanan.

"Oooo teropong ajaib itu memboleh kita melihat apa yang terjadi pada masa depan kita",jawab Sang
Kancil

"Apakah kamu tidak bosan menganggu haiwan-haiwan di sini?", ujar Sang Kancil yang seolah-olah
memberikan galakan untuk Sang Monyet menerima ajakannya.

"Baiklah, kalau begitu bawakan aku ke teropong ajaib itu",kata Sang Monyet tanda setuju.

Sang Kancil membawa Sang Monyet ke tempat tersebut.

"Wah, inikah yang kamu panggil teropong ajaib. Bagaimana aku ingin melihatnya?", tanya Sang
Monyet dengan penuh semangat.

Lebih menambahkan rasa teruja Sang Monyet, Sang Kancil berkata," Wahai Sang Monyet, kamulah
orang pertama yang melihat masa depan daripada teropong ini. Haiwan-haiwan lain di hutan ini
masih belum berpeluang".

"Baiklah, ajarkan aku menggunakan teropong ini," pinta Sang Kancil dengan penuh semangat.

"Masukkan saja kepala ke dalam teropong itu dan kamu akan melihat masa depanmu", kata Sang
Kancil sambil memberikan isyarat bersedia kepada Sang Gajah yang berada di hujung kayu tersebut.

"Wahai Sang Kancil, aku masih tidak dapat melihat apa-apa dari teropong ini?", tanya Sang Monyet
yang tidak sabar-sabar lagi melinat "masa depan".

Sang Gajah yang sudah menerima isyarat daripada Sang Kancil menyemburkan air yang memenuhi
belalainya ke dalam kayu tersebut sehingga Sang Monyet tercampak keluar dengan basah kuyup.

Seluruh haiwan di dalam hutan yang bersembunyi di sekeliling kawasan tersebut keluar sambil
mentartawakan Sang Monyet.Sang Monyet berasa amat malu dengan keadaannya.

"Wahai Sang Monyet, jika kamu masih bersikap nakal masa depan kamu akan gelap seperti di dalam
kayu itu. Tiada siapa mahu berkawan dengan kamu dan akhirnya kamu akan kesunyian. Ini semua
adalah untuk memberikan pengajaran kepada kamu supaya bersikap baik dengan haiwan-haiwan
lain. Pergilah kamu memohon maaf kepada sekalian haiwan dan jangan ulangi sikap nakal kamu itu."
nasihat Sang Kancil kepada Sang Monyet.

Sang Monyet memohon maaf di atas perbuatan nakalnya itu dan berjanji tidak akan mengulangi lagi.

Vous aimerez peut-être aussi