Vous êtes sur la page 1sur 26

FAKULTI :

PENDIDIKKAN DAN BAHASA





SEMESTER / TAHUN
JANUARI / 2013



KOD KURSUS
HBMT2203




TAJUK KURSUS
TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART 11







DI SEDIAKAN OLEH : ANIZAN BT CHE MAT
NO. MATRIKULASI : 770805035800001
NO. KAD PENGENALAN : 770805035800
NO. TELEFON : 0129601122
E-MEL : anizadib@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE



ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~1~


Kandungan



1.0 Pengenalan - 2 -

2.0 Konsep Pecahan - 3 -

3.0 Analisis Amalan Semasa
3.1 Konsep Asas Pecahan - 5 -
3.1.1 Langkah-Langkah Mengajar Asas Pecahan - 6 -
3.1.2 Kekuatan dan Kelemahan Amalan Semasa - 9 -
3.1.3 Cadangan Penambahbaikkan P&P konsep pecahan - 10 -

3.2 Konsep Pecahan Setara - 11 -
3.2.1 Langkah-Langkah Mengajar Asas Pecahan - 11-
3.2.2 Kekuatan dan Kelemahan Amalan Semasa - 13 -

4.0 Cadangan Pendekatan Yang Lebih Baik Dalam Pengajaran Pecahan
Setara - 15 -

5.0 Rancangan Pengajaran Harian - 18 -

6.0 Kesimpulan - 22 -

Lampiran - 24 -

Bibliografi - 25 -












ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~2~

1.0 PENGENALAN

Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait rapat dengan aktiviti
kehidupan kita seharian sama ada kita sedar atau sebaliknya. Pelajaran matematik merupakan
pembelajaran yang menguji kecerdasan seseorang itu berfikir untuk menyelesaikan masalah
dengan kepintaran yang dibantu oleh daya ingatan terhadap konsep, fakta, kemahiran
mengira dan menyelesaikan masalah. Matematik biasanya dianggap sebagai suatu mata
pelajaran yang abstrak dan memerlukan pelajar-pelajar yang boleh berfikir secara sistematik
dan mantik. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam matematik agak berbeza dengan
subjek-subjek lain. Pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep disamping
penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah. Perwakilan pecahan telah diterima sebagai
suatu proses pembelajaran pecahan yang penting atas beberapa sebab.
Pertama, ia menggalakkan murid berfikir secara matematik. Pemikiran matematik
dapat dikembangkan pada diri murid apabila mereka menterjemah dan menjelaskan konsep
pecahan menggunakan pelbagai perwakilan. Kedua, ia melatih murid sebagai seorang
penyelesai masalah yang fleksibel dan kreatif (Reys, Lindquist, Lambdin, Smith, & Suydam,
2001). Ciri-ciri ini dapat dibina pada diri murid apabila mereka memilih, mengguna dan
mengaitkan pelbagai perwakilan dengan konsep bagi menyelesaikan masalah pecahan.
Ketiga, ia membolehkan murid memahami makna pecahan dengan lebih baik (van de Walle,
2007). Makna pecahan yang tersirat di sebalik penggunaan nombor dan peraturan operasi
dapat difahami dengai lebih jelas apabila murid memodelkan dan memanipulasikan
perwakilan semasa menjelaskan idea pecahan.
Kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah ( KSSR) telah diperkenalkan pada tahun 2011 dengan subjek yang lebih sedikit
tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. KSSR mula diperkenalkan dan
diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki
alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi
beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Kurikulum KSSR memperkenalkan asas pecahan kepada murid bermula tahun satu
lagi. Antara bidang pembelajaran yang diberi penekanan pada tahap ini ialah mengenali

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~3~
beberapa istilah seperti satu perdua dan satu perempat dengan mengunakan perkataan
setengah, separuh dan suku dengan menggunakan bahan konkrit, gambar dan lipatan
kertas. Seterusnya pada tahun 2, bidang yang diperkenalkan ialah menyatakan pecahan wajar
yang pengangkanya satu hingga sembilan dan penyebutnya hingga 10 dan melorek dan
menulis pecahan wajar yang pangangkanya hingga 9 dan penyebutnya hingga 10. Di tahun 3
pula, murid-murid diperkenalkan dengan pecahan wajar, iaitu penyebutnya hingga 10. Selain
itu, di tahun 3 juga murid diperkenalkan dengan pecahan setara dan juga menukar pecahan
wajar kepada bentuk yang termudah. Penerapan dari peringkat awal akan membantu
memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke
tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

2.0 Konsep Pecahan

Pecahan diperkenalkan kepada murid setelah mahir dalam komputasi yang
melibatkan nombor bulat. Biasanya pecahan diperkenalkan kepada murid yang berumur
antara 9 hingga 10 tahun, iaitu murid pada peringkat operasional konkrit Piaget. Namun
begitu Kurikulum KSSR telah memperkenalkan pecahan bermula dari tahun satu lagi iaitu
pada umur 7 tahun. Pada peringkat ini murid hanya perlu tahu perkara paling asas dalam
pecahan.
Pecahan merupakan suatu istilah yang membawa pengertian yang luas lagi abstrak
(Carraher, 1996; Kieren,1980; Lamon, 2001; Streefland, 1991). Ini adalah kerana ramai
penyelidik matematik telah mendefinisikan pecahan kepada beberapa perspektif yang
berbeza. Misalnya, semenjak 1980-an, Kieren (1980) telah mendefinisikanpecahan sebagai
Nombor Rasional. Menurut Kieren, Nombor Rasional terdiri daripada kuantiti yang
digunakan bagi memodelkan sesuatu nombor, seperti pengukuran terhadap kuantiti selanjar
dan hasil bahagi yang melibatkan kuantiti selanjar. Selain itu, Kieren juga mentakrilkan
nombor rasional sebagai perhubungan bagi memodelkan sesuatu nombor dalam keadaan
tertentu seperti nombor nisbah dan operator yang menghubungkan dua kuantiti.
Dalam tahun 1990-an pula, Streefland (1991) telah mendefinisikan pecahan dari
perspektif kehidupan seharian manusia. Beliau melihat pecahan sebagai sebahagian daripada
ilmu yang membantu manusia memahami aktiviti yang mereka lakukan. Misalnya,
pemahaman terhadap Nombor Nisbah, konsep kesetaraan, penulisan simbolik, dan peraturan

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~4~
asas operasi aritmetik. Lantaran itu, lima kelompok aktiviti kehidupan seharian manusia telah
dirumuskan bagi mentakrifkan pecahan, iaitu:
1. Membentuk dan mengagihkan kuantiti matematik (menghasilkan pecahan
dan mengenal pasti perhubungannya);
2. Menyusun kedudukan secara pengagihan (mengaitkan konsep nisbah dan
penjanaan kesamaan);
3. Melaksanakan operasi melalui kuantiti perantaraan (melakukan pengiraan
dengan empat operasi asas);
4. Melakukan operasi pada tahap simbolik;
5. Melakukan operasi pecahan secara prosedural.

Menjelang 2000-an, Lamon (2001) telah menjalankan kajian longitudinalnya
terhadap murid sekolah rendah dengan menggunakan lima kategori pecahan iaitu bahagian-
keseluruhan, nisbah atau kadar, operator, hasil bahagi, dan ukuran. Secara yang sama, Reys
et al. (2001) dan van de Walle (2007) jugs mengutarakan definisi pecahan kepada lima
kategori yang sama seperti pandangan Lamon.
Oleh itu, tinjauan ilmiah terhadap pengertian pecahan telah menunjukkan dengan
jelas bahawa ia merupakan suatu topik yang abstrak lagi mencabar. Memandangkan pecahan
adalah penting merentasi topik dalam matematik dan subjek yang lain, maka pembelajaran
pecahan bukan sahaja perlu ditumpukan pada mengenali simbol dan operasi pecahan semata-
mata, bahkan juga yang lebih penting lagi ialah memahami makna pecahan, terutamanya bagi
murid yang baru diperkenalkan dengan pecahan di peringkat sekolah rendah.
Ringkasnya, rata-rata pengamal pendidikan matematik bersetuju bahawa fokus
pembelajaran pecahan bagi murid sekolah rendah perlu lebih ditumpukan pada meningkatkan
kefahaman perhubungan di antara bahagian-keseluruhan. Ini bermaksud bahagian-
keseluruhan seharusnya dijadikan tunjang kepada pembelajaran pecahan di peringkat sekolah
rendah yang merangkumi Jenis-jenis Pecahan, Sifat-sifat Pecahan, Operasi Pecahan, dan
Penyelesaian Masalah Pecahan. Mengikut van de Waite (2007), kefahaman berkaitan
pecahan yang bermula dari hubungan bahagian keseluruhan dikatakan dapat membantu
mereka memahami makna bagi simbol dan operasi yang terlibat pada kemudian hari nanti.


ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~5~
3.0 Analisis Amalan Semasa.

3.1 Konsep Asas Pecahan
Pecahan ( Bahasa Inggeris : fraction dari Bahasa Latin fractus, dipecahkan)
ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.
Terdapat tiga cara untuk memperkenalkan konsep pecahan iaitu:

i) Pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan.
Setiap satu keseluruhan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian yang
sama saiz dan setiap bahagian ini dinamakan pecahan sebagai sebahagian dripada
keseluruhan. Sebagai contoh, Apabila satu benda dibahagi kepada 4 bahagian yang sama, 1
bahagian daripada keseluruhan benda itu ialah








ii) Pecahan sebagai sebahagian daripada kumpulan benda
Konsep sebahagian daripada satu keseluruhan bagi satu kumpulan benda
melibatkan perkaitan antara sebahagian kumpulan asalnya. Sebagai contoh :-

Terdapat 4 biji bola dalam kumpulan ini. Jika Niza mengambil 3
biji bola, maka dia mendapat daripada daripada kumpulan itu.





ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~6~
iii) Pecahan Sebagai Hasil Bahagi
Pecahan juga boleh diungkapkan sebagai pembahagian nombor bulat dalam
bentuk p / q dimana p dan q ialah nombor bulat. P dipanggil pengangka dan q dipanggil
penyebut. Sebagai contoh 4/5 = 4 5 dan 9/10 = 9 10.

3.1.1 Langkah-Langkah Mengajar Asas Pecahan

Pengajaran dan pembelajaran adalah satu aktiviti yang dirancang dan saling berkait
yang mana ianya berlaku secara bersama satu ruang masa tertentu. Maksud pengajaran ialah
implementasi kurikulum iaitu berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah
bilik darjah. Manakala pembelajaran pula adalah berkenaan bagaimana kita menganggap dan
memahami dunia dan tentang membuat makna. lanya boleh dikategorikan mempunyai
prinsip-prinsip seperti pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea,
perlakuan yang bersesuaian bagisesuatu situasi.
Permulaan pengajaran, guru biasanya menggunakan bahan ataupun objek konkrit dan
membuat belahan sama untuk memperkenalkan konsep pecahan. Bahan konkrit yag biasa
digunakan ialah buah-buahan, kek dan sebagainya. Contohnya seperti di bawah :




Guru akan memotong buah limau tersebut kepada 2 bahagian yang sama besar dan
meminta murid menamakan bahagian yang terhasil.
Konsep pecahan juga boleh di ajar dengan bahasa harian murid seharian. Contohnya
guru menimbulkan situasi harian kepada murid iaitu dengan menggunakan kad dialog:-







ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~7~







Sesetengah guru mengajar konsep pecahan secara kelas iaitu guru menyampaikan
semua konsep dan isi pelajaran kepada murid. Terdapat dua cara bagaimana pecahan
diperkenalkan oleh guru ini iaitu dengan menulis dahulu pecahan di papan hitam dan
tunjukkan gambar rajah dan satu cara lagi ialah menunjukkan gambar rajah dan menamakan
pecahan. Contohnya adalah seperti di bawah :










Seterusnya, guru akan memperkenalkan tata tanda pecahan serta istilah pengangka
dan penyebut. Murid-murid tidak dibimbing secara konseptual untuk mengenali dan
memahami pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan.


ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~8~











Ada juga sesetengah guru memperkenalkan konsep asas pecahan dengan menjalankan
aktiviti konkrit dan berpusatkan kepada murid. Beliau menyediakan aktiviti melipat kertas
untuk menghasilkan beberapa bahagian yang sama besar dan kemudian pelajar melorek
beberapa bahagian tertentu. Nama pecahan diperkenalkan berdasarkan bahagian berlorek dan
jumlah bahagian keseluruhan. Contohnya seperti dibawah :
Guru meminta murid membuat lipatan kertas bagi menunjukkan setengah atau
separuh atau satu perdua. Murid melukis garisan pada kesan lipatan tadi.














Murid mewarna separuh daripada bahagian bentuk tersebut.

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~9~

Lipatan kertas ini diteruskan dengan melipat ke bahagian yang lebih kecil. Daripada
pengalaman melipat kertas berturut-turut, murid akan dapat perhatikan bahawa semakin
banyak lipatan yang dibuat semakin banyak petak pada kertas semakin kecil nilai sesuatu
pecahan.

3.1.2 Kekuatan dan Kelemahan Amalan Semasa
Terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan semasa amalan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran konsep pecahan ini. Dalam pengajaran konsep pecahan ini, terdapat
perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya
akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan
maujud. Penerangan guru yang diiringi dengan sumber yang dipilih dengan rapi dan sesuai
dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami
sesuatu dengan lebih jelas.
Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat,
sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang menggunakan
bahan maujud seperti buah limau dan kertas, murid dapat menyentuh dan melihat sumber
tersebut. Ini akan membantu murid memahami dan mengingati isi pelajaran iaitu mengenai
bahasa pecahan, konsep pecahan, simbol pecahan dan makna nilai pecahan. Kajian telah
menunjukkan bahawa manusia hanya mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar,
20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan
lihat. Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti
pembelajaran, lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan
itu kekal lama dalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran seperti
bahan maujud tersebut.
Namun begitu, terdapat juga kelemahan semasa amalan semasa penagajaran dan
pembelajaran konsep pecahan ini. Salah satu daripadanya ialah miskonsepsi konsep pecahan.
Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami
konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka.
Pemahaman terhadap konsep pecahan yang terhad ini juga mungkin dipengaruhi oleh amalan

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~10~
pengajaran yang terlalu menekankan penguasaan kemahiran, tanpa kefahaman konsep yang
sebenar. Amalan pengajaran yang berasaskan kepada kaedah hafalan dan latih tubi boleh
menghalang murid daripada mempunyai kefahaman yang jelas mengenai konsep pecahan itu
sendiri. Beberapa bentuk dan kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid berkaitan nombor
pecahan ialah melalui aktiviti perbandingan pecahan. Contohnya miskonsepsi konsep
pecahan :-









3.1.3 Cadangan Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran Konsep Pecahan

Untuk memperkenalkan konsep pecahan, guru perlu menggunakan bahan konkrit
ataupun bahan maujud seperti buah-buahan, kek dan sebagainya yang biasa mereka lihat di
persekitaran mereka. Seterusnya guru boleh memperkenalkan konsep pecahan dengan
menggunakan kertas segiempat sama. Guru boleh menyuruh murid melipatkan kertas
segiempat sama itu secara berperingkat-ringkat. Murid mesti dibimbing mengenal, menyebut
dan menulis simbol pecahan. Secara ringkasnya cara memperkenalkan konsep pecahan boleh
di lihat dalam jadual di bawah :
Lipatan Konsep Sebutan Tulisan

1. Satu Bahagian
Mutlak





Nilai pecahan adalah
sentiasa kurang daripada
1. 1 adalah nilai terbesar
dalam pecahan

satu

1
Murid yang keliru dengan konsep
pecahan akan menyebut pecahan ini
sebagai 3/5 ataupun 5/3

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~11~

2. Setengah atau
satu per dua







Satu dibahagikan kepada
dua bahagian sama

Setengah atau
Satu per dua


3. Suku atau satu
per empat






Satu dibahagikan kepada
empat bahagian

Suku atau
satu per empat




3.2 Konsep Pecahan Setara
Pecahan setara ialah pecahan-pecahan yang mempunyai nilai yang sama walaupun
pengangka dan penyebutnya berbeza. Contohnya seperti rajah di bawah :







Pecahan satu perdua sama dengan pecahan dua perempat



Pecahan empat perlapan sama dengan pecahan dua perempat


3.2.1 Langkah-Langkah Mengajar Pecahan Setara

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan menerima dan
mengakui apa sahaja yang dicurahkan oleh guru. Jarang sekali murid akan mencari dan

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~12~
mengkaji lebih daripada apa yang diberikan oleh gurunya. Walau bagaimanapun adakalanya
kefahaman yang diterima oleh murid tidak sama dengan maksud sebenar yang ingin
disampaikan oleh guru. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan kesilapan konsep dalam
minda pelajar (Vinner, Hart & Wilson, 1994; Kamaludin , 1996).
Kebiasaanya di dalam kelas, guru mengajar pecahan setara dengan berpusatkan
kepada guru iaitu guru menerangkan maksud pecahan setara mengikut apa yang difahaminya.



Berdasarkan nombor diatas, guru akan bersoal jawab dengan murid, Soalan :
Mengapa pecahan ini dikatakan sama?. Ini kerana ketika kita mendarabkan atau
membahagi kedua bahagian atas dan bawah dengan jumlah yang sama, nilainya adalah tetap.
Peraturan yang patut diambil perhatian ialah: Apabila nombor di bawah (penyebut) di darab
dengan nombor 2, maka nombor yang di atas ( pengangka ) juga perlu di darab dengan 2.
Suatu pecahan boleh ditukarkan kepada pecahan setara dengan mendarabkan
pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama. Contohnya seperti rajah di bawah :-




Darabkan pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama
( Pecahan satu perdua di darabkan dengan dua )







Darabkan pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama
( Pecahan satu perdua di darabkan dengan tiga )

Selain itu juga, amalan biasa guru semasa mengajar pecahan setara ialah
menggunakan carta pecahan setara. Murid-murid akan dapat melihat dengan lebih jelas

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~13~
konsep pecahan setara dengan menggunakan carta pecahan setara ini. Di sini di sertakan
contoh carta pecahan setara bagi satu perdua dan satu pertiga :-















3.2.2 Kelemahan dan Kekuatan Amalan Semasa

Mata pelajaran Matematik bukan sahaja sukar untuk dipelajari malahan para guru
turut menghadapi kesukaran untuk mengajar. Salah satu topik yang selalu dianggap paling
sukar oleh murid adalah pecahan. Bagi kanak-kanak, pecahan telah dilihat sebagai suatu
nombor yang memiliki sifat yang unik berbanding dengan nombor bulat yang pernah
dipelajari oleh murid sebelum itu. Keunikan sifatnya telah menyebabkan ianya sukar
difahami (Fan Siong Peng, tanpa tarikh). Salah satu subtopik yang sering murid keliru adalah
mengenai pecahan setara. Murid masih tidak memahami konsep pecahan setara yang mana
pecahan setara adalah pecahan yang mempunyai nilai yang sama. Murid juga didapati keliru
penukaran pengangka dan penyebut yang mana murid menganggap untuk pengangka
penukaran nilai adalah menggunakan operasi tambah manakala penyebut menggunakan
operasi darab.
Kesilapan konsep seperti ini berpunca daripada konsep pecahan setara yang tidak
difahami atau dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Manakala dalam masalah penyusunan
Pecahan setara bagi
pecahan satu perdua
Pecahan setara bagi
pecahan satu pertiga

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~14~
pecahan, mereka mendapati pelajar-pelajar tidak dapat membezakan antara nombor bulat
dengan nombor pecahan. Akibatnya, terdapat pelajar yang menyusun pecahan secara menaik,
sama ada berdasarkan nilai pengangka ataupun nilai penyebut. Masalah ini biasanya berlaku
di peringkat awal pembelajaran tajuk pecahan.
Untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam menjawab soalan pecahan setara ini,
guru boleh menggunakan Kaedah Newmans Error Analysis. Menurut Newman (1983),
menyatakan masalah utama murid dalam menjawab soalan berbentuk perkataan terletak
kepada peringkat kefahaman dan transformasi iaitu menukarkan perkataan dalam soalan
kepada ayat atau simbol matematik. Ianya juga Digunakan untuk mengenal pasti punca
kesilapan & kesalahan murid-murid khususnya dalam penyelesaian masalah. Kaedah
Newman digunakan sebagai prosedur asas diagnostik. Ujian rujukan kriteria hendaklah diberi
keutamaan & dilakukan secara formatif. Guru membantu murid berdasarkan tahap
penguasaan mereka dalam 5 fasa Newman Error Analysis. Berikut ialah 5 fasa Newmans
error analysis yang dapat membantu murid dalam memahami pecahan setara ini.
i) Pembacaan
Kebolehan membaca semula soalan kepada diri sendiri dengan senyap
dan meminta bantuan guru jika terdapat perkataan yang tidak difahami. Guru
cuba membantu murid untuk meberi kefahaman konsep pecahan setara.
ii) Pemahaman
Pada peringkat ini, Kebolehan murid memberitahu guru mengenai kehendak
soalan. Murid cuba menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru mengenai
konsep pecahan setara. Apabila murid dapat menyatakan pecahan setara ialah
pecahan yang sama nilai, menunjukkan murid memahami soalan yang
berkaitan dengan pecahan setara.
iii) Transformasi\
Kebolehan untuk mendapatkan jawapan. Apabila murid memahami konsep
pecahan setara, murid dengan mudah akan tahu cara untuk mendapatkan
jawapan bagi soalan yang dikemukakan.
iv) Kemahiran Proses
Keupayaan menyelesaikan masalah tersebut dan kemudiannya memberitahu
guru apa yang dia (murid) fikirkan . Peringkat ini murid menjelaskan kepada

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~15~
guru apa yang dia faham mengenai pecahan setara yang telah di ajar dengan
menggunakan bahan konkrit dan juga teknik lipatan kertas.
v) Pengekodan
Kebolehan menulis jawapan dengan betul. Setelah murid dapat menyatakan
pecahan setara ialah pecahan yang sama nilai ataupun murid dapat
menunjukkan dengan menggunakan kertas A4 bahawasanya pecahan setara
ialah pecahan yang sama nilai, guru perlu memastikan murid dapat menulis
pcahan setara seiring dengan kefahmannya.

Rata-rata murid memahami konsep bagi tajuk ini sewaktu diajar tetapi mengalami
masalah sewaktu diberikan tugasan yang berkehendakkan mereka menyelesaikan secara
sendiri tanpa dibantu oleh guru. Ini menunjukkan murid-murid ini sebenarnya berpotensi
untuk berjaya sekiranya diberikan kepercayaan, masa yang mencukupi dan galakan yang
berterusan dari masa ke semasa. Mereka tidak dapat menjawab bukan hanya kerana mereka
tidak tahu konsep tetapi kurang keyakinan diri.

4.0 Cadangan Pendekatan Yang Lebih Baik Dalam Pengajaran Pecahan Setara

Menurut Gravemeijer (2007), penggunaan bahan manipulatif sahaja tidak semestinya
membantu pelajar membina memahami konsep asas pecahan. Walau bagaimana pun,
pendekatan pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah seharusnya banyak
menekankan permainan manipulatif. Cara ini menjadikan proses pembelajaran lebih
menyeronokkan. Permainan manipulatif dapat membantu pelajar meningkatkan metakognisi
dan membina pemahaman yang menjadi asas kepada sesuatu konsep matematik (Hass,
2008). Kajian juga menunjukkan perlunya penggunaan manipulatif di kalangan pelajar untuk
membantu pelajar ini merapatkan jurang pengetahuan atau pemahaman sedia ada mereka
yang telah terbina (Hass, 2008). Penekanan kepada menggunakan pelbagai model fizikal
dalam proses pengajaran pembelajaran dapat membantu meningkatkan metakognisi dalam
pemahaman pelajar membina dan mempunyai imej pecahan (Cramer et al., 2002).
Budaya dalam bilik darjah juga mungkin menjadi salah satu faktor yang
mempengaruhi perkembangan metakognisi dan pemahaman konsep pecahan setara. Budaya
matematik dalam bilik darjah termasuklah jenis tugasan yang diberikan kepada pelajar,

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~16~
peranan guru sebagai pembimbing dan budaya sosial dalam bilik darjah. Pelajar wajar
didedahkan dengan tugasan yang lebih bermakna berasaskan kehidupan seharian. Masalah
tersebut perlu diatasi dengan menjadikan pengajaran lebih bermakna dan menarik bukan
formula atau peraturan yang perlu dihafal sahaja. Peranan guru sepatutnya sebagai
pembimbing untuk membantu pelajar membentuk konsep yang betul.
Pendekatan yang paling berkesan dalam penagajaran pecahan setara ialah
menggunakan area model. Area model yang dimaksudkan di sini ialah menggunakan
gambarajah untuk memperkenalkan konsep pecahan. Berikut adalah contoh penggunaan
area model dalam pengajaran pecahan setara














Selain pendekatan area model, pecahan setara juga boleh diajar dengan
menggunakan alat bantu mengajar pecahan iaitu Fraction strips dan Fraction Circle.
Fraction strips dan Fraction circle boleh digunakan sebagai bahan hands-on untuk murid
semasa pengenalan tajuk pecahan. Ianya sesuai juga digunakan oleh semua darjah yang
mempelajari tajuk pecahan. Kits ini boleh diubah suai mengikut keperluan hasil pengajaran.
Berikut ialah Fraction Strips dan Fraction Circle:-

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~17~







Fraction Strips







Fraction circle
Sampel Aktiviti 1: A Part of Me (Fraction Strips)

1. Aktiviti dijalankan sebagai pembelajaran koperatif dan pembelajaran aktif.
2. Murid akan menggunakan kordinasi mata tangan untuk menggunting dan
kefahaman konsep untuk melaksanakan aktiviti.
3. Dalam kumpulan kecil 3 4 orang murid diberikan Fraction Strips.
4. Guru meminta murid untuk melekatkan pelbagai pecahan untuk membentuk
pecahan yang telah dicatatkan oleh guru didalam lembaran aktiviti murid
menggunakan pelbagai nilai pecahan daripada Fraction Strips.
5. Murid akan membandingkan hasil kerja mereka antara satu sama yang lain untuk
mendapat kepelbagaian idea bagaimana satu pecahan boleh terbentuk menggunakan
pecahan-pecahan lain yang bernilai lebih kecil.
6. Dalam aktiviti ini murid boleh mengaplikasikan kemahiran pecahan wajar, pecahan
setara dan penambahan pecahan.



ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~18~
5.0 Rancangan Pengajaran Harian.
Tarikh / Hari : 25 Februari 2013( Isnin )
Masa : 9:15 pg 10:15
Tahun : 3 Amanah Bil. Murid : 25 Orang
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Pecahan
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk:
6.1 Menamakan pecahan wajar.
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk:
(iii) Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar
yang penyebutnya hingga 10.
Masa : 60 minit
Objektif : Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid-murid dapat
- Mengenalpasti pecahan setara bagi pecahan wajar
Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mengetahui pecahan wajar
EMK: : 1.KREATIVITI DAN INOVASI:
Menghasilkan idea melalui pemerhatian, dan
menyatakan idea secara lisan.
2.SIKAP KEUSAHAWANAN:
Berani membuat keputusan
NILAI MURNI
Bekerjasama dalam kumpulan
BBM : Kad imbasan pecahan, Kertas A4 dan marker pen.

Fasa Cadangan Aktiviti
Cadangan
Komunikasi

1. Persediaan

Pemerhatian dan

Guru menyediakan dua biji buah epal.
Buah epal itu yang pertama di potong

Berapa biji epal
yang cikgu

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~19~
Analisis kepada dua bahagian







Guru memanggil dua orang murid ke
depan. Sebahagian epal itu diberikan
kepada murid yang pertama.
Buah epal yang kedua di potong
potong kepada empat bahagian.






Kedua-dua bahagian epal ini diberikan
kepada murid yang kedua.
Murid diminta menyatakan pecahan
setara bagi pecahan satu per dua
Guru membandingkan satu per dua
bahagian buah epal dengan dua per
empat bahagian buah epal dan
menyatakan satu per dua bahagian epal
sama dengan dua per empat bahagian
epal. Contohnya :-



pegang?
Berapa bahagian
buah epal yang
telah di potong?
Berapa bahagian
murid pertama
dapat dan berapa
bahagian murid
kedua dapat?
Apakah saiz
bahagian buah
epal murid yang
pertama dapat
sama dengan
bahagian buah
epal yang murid
kedua dapat?
Nyatakan
bahagian buah
epal yang
dipotong tadi
dalam bentuk
pecahan.

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~20~

2. Imaginasi

Penjanaan Idea


Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan yang mempunyai 3 orang
ahli.
Setiap kumpulan diberikan tiga helai
kertas putih A4 dan marker pen
pelbagai warna, merah, hitam dan biru.
Guru mengarahkan agar :
- Murid 1- melipat kertas A4 kepada
4 bahagian dan lorekkan 1
bahagian dan namakan pecahan
- Murid 2 melipat kertas A4
kepada 8 bahagian dan lorekkan 2
bahagian dan namakan pecahan
- Melipat kertas A4 kepada 16
bahagian dan lorekkan 4 bahagian
dan namakan pecahan.








Bandingkan saiz yang diperolehi oleh 3
orang murid itu. ( Bahagian berlorek )
Jelaskan kepada murid bahawa
1/4 adalah setara dengan 2/8 setara
dengan 4/16 .
Ulang aktiviti dengan menggunakan
contoh lain.











Berapa keping
potongan kertas
yang setiap
murid lorek?
















Murid
menyatakan
secara lisan
pecahan yang di
lorekkan



ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~21~

3.
Perkembangan

Penambahbaikan

Menilai

Guru menunjukkan carta pecahan
setara dan bersoal jawab dengan murid
Murid beri jawapan secara lisan dan
menyatakan pecahan setara bagi suatu
pecahan wajar.
Soalan diulang dengan pelbagai
nombor merujuk kepada carta pecahan
setara.

Minta murid mewarnakan 2 helai
kertas A4 yang diberi mengikut
pecahan yang dinyatakan.
Warnakan 2/3









Warnakan bahagian berikut supaya
menjadi setara bagi 2/3



Berapakah
pecahan setara
bagi ?
Berapakah
pecahan setara
bagi 1/5
















Warnakan dua
bahagian
daripada tiga
bahagian yang
sama.


ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~22~






Jelaskan kepada murid bahawa 2/3
setara dengan 4/6

Berapakah
bahagian yang
diwarnakan
supaya menjadi
pecahan setara?





4. Tindakan

Pelaksanaan
Amalan
Berterusan

Guru mengedarkan kertas lembaran
kerja kepada murid sebagai latihan
pengukuhan ( Rujuk Lampiran )
Guru dan murid membuat
perbincangan jawapan serta jalan kerja
yang betul.


Murid
menjawab
soalan latihan
secara individu
Murid membuat
pembetulan
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid dalam aktiviti kumpulan dan
latihan dalam lembaran kerja
Nilai dan Sikap
Bekerjasama, tolong-menolong, tekun, yakin diri


6.0 Kesimpulan

Dari penerangan dan contoh di atas guru memainkan peranan yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru yang dapat mengadakan bilik darjah yang menyediakan
peluang-peluang supaya murid-murid dapat berkomunikasi pemikiran sesama mereka, dan
mengkritik pemikiran/idea kawan lain mencipta suasana dalam mana mereka boleh membina
makna matematik untuk diri mereka (Wood, 1991). Di samping itu idea-idea kawan mereka akan
disepadukan ke dalam skema mereka sendiri (Maher & Martine, 1991). Mengwujudkan suasana
tersebut merupakan tugas yang mencabar bagi guru-guru.

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~23~
Selain itu guru juga perlu dapat menyediakan bahan-bahan manipulatif yang dapat
memberi kesan terhadap murid semasa mereka berinteraksi dengan bahan. Aktiviti murid dengan
bahan hendaklah dirancang dengan teliti supaya ianya menjadi satu pengalaman aktif. Iaitu murid
bukan sahaja berinteraksi dengan bahan tetapi mereka berfikir semasa melakukan manipulatif
bahan. Akhirnya pengalaman aktif ini berserta dengan proses rundingan atau perbincangan
akan membina semula atau membaik pulih skema matematik murid.


Jumlah Bilangan Perkataan (3869)



ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~24~
LAMPIRAN
Lembaran kerja di ambil dari modul P & P
Tahun 3

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBMT2203~


~25~

RUJUKAN / REFERENSI

Chong Liep Kiong, Wong Woy Chun, Murugiah Velayutham, Kao Thuan keat (2012),
HBMT 2203 Teaching Of Elementary Mathematics Part II. Selangor : Meteor Doc.
Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 1.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 2.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 3.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sufean Hussin ( 1992 ), Pengajaran Matematik KBSR, Strategi Membina Kemahiran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://belajarpecahan.blogspot.com/2011/06/blog-post.html

http://cikhood.blogspot.com/2013/02/refleksi-tajuk-pecahan.html

http://www.scribd.com/doc/39097990/Satu-Kajian-Mengenai-Penggunaan-Bahan-Bantu

http://www.scribd.com/doc/51523325/PECAHAN-SETARA

Vous aimerez peut-être aussi