Vous êtes sur la page 1sur 5

TUGASAN 2

AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967


AKTA KESATUAN SEKERJA 1959
15 MEI 2014









MILLY HAFIZAH MOHD KANAFIA
871020-49-5578


SOALAN 3 AKTA KESATUAN SEKERJA 1959
Berikut merupakan peranan dan tugas-tugas pegawai-pegawai dalam Majlis Jawatankuasa
Kerja.
1. Presiden
Bidang tugas beliau adalah sebagai Pengerusi untuk semua mesyuarat dan bertanggungjawab
tentang ketenteraman dan kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat tersebut. Selain daripada itu,
presiden perlu mengesahkan dan menandatangani minit bagi setiap mesyuarat . Presiden juga
bertanggungjawab menandatangani semua cek Kesatuan bersama-sama Setiausaha dan
Bendahari. Presiden juga bertanggungjawab dalam mengawasi pentadbiran dan perjalanan
Kesatuan serta berikhtiar supaya setiap peraturan Kesatuan ini dipatuhi oleh setiap ahlinya.
2. Naib Presiden
Bidang tugas seorang Naib Presiden adalah membantu Presiden menjalankan tugas-tugasnya
dan memangku jawatan Presiden pada masa ketiadaanya. Naib Presiden juga menjalankan
tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
3. Setiausaha
Tugas seorang Setiausaha adalah mengelolakan kerja-kerja Kesatuan mengikut peraturan-
peraturan ini dan melaksanakan perintah-perintah dan arahan-arahan Mesyuarat Agung atau
Majlis Jawatankuasa Kerja.
Tugas-tugas lain Setiausaha adalah mengawasi kerja-kerja kakitangan Kesatuan dan
bertanggungjawab tentang surat-menyurat dan menyimpan buku-buku, surat-surat keterangan
dan kertas-kertas Kesatuan mengikut cara dan aturan yang diarahkan oleh Majlis
Jawatankuasa Kerja.
Menetapkan serta menyediakan agenda mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja dengan
persetujuan Presiden dan menghadiri semua mesyuarat, menulis minit-minit mesyuarat dan
menyediakan Laporan Tahunan Kesatuan untuk Mesyuarat Agung . Tahunan.
Selain dari itu, Penolong Setiausaha hendaklah menyediakan atau menguruskan supaya
disediakan Penyata-Penyata Tahunan dan surat keterangan lain yang dikehendaki oleh Ketua
Pengarah Kesatuan Sekerja dalam masa yang ditentukan. Setiausaha juga perlu menyimpan
dan mengemaskini suatu Daftar Keanggotaan yang mengandungi Nama Anggota, Alamat
Kediaman, Nombor kad Pengenalan dan Tarikh Menjadi Anggota Kesatuan. Tugas
Setiausaha juga termasuklah menandatangani semua cek Kesatuan bersama dengan Presiden
dan Bendahari.
4. Penolong Setiausaha
Tugas Penolong Setiausaha adalah membantu Setiausaha dalam urusan pentadbiran Kesatuan
dan memangku jawatan Setiausaha pada masa ketiadaannya. Tugas lain sebagai Penolong
Setiausaha adalah menjalankan tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis
Jawatankuasa Kerja.
5. Bendahari
Bendahari bertanggungjawab dalam urusan Penerimaan dan Pembayaran wang Kesatuan dan
urusan penyimpanan dokumen kewangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-
Peraturan Kesatuan Sekerja 1959. Bendahari juga perlu menyediakan Penyata Tahunan
sebagaimana yang dikehendaki dalam Seksyen 56 Akta Kesatuan Sekerja 1959. Bendahari
juga perlu mengeluarkan Resit Rasmi bagi sebarang wang yang diterima.
Selain dari itu, Bendahari adalah bertanggungjawab tentang keselamatan simpanan buku-
buku kewangan dan surat-surat keterangan yang berkenaan di Ibu Pejabat. Buku-buku dan
surat-surat keterangan ini tidak boleh dikeluarkan dari tempat rasminya tanpa kebenaran yang
bertulis daripada Presiden pada tiap-tiap kali ia hendak dikeluarkan. Menyediakan Penyata
Kewangan bagi tiap-tiap Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja dan bagi Mesyuarat Agung.
Bendahari juga bertanggungjawab menandatangani semua cek Kesatuan bersama dengan
Presiden dan Setiasusaha.
6. Penolong Bendahari
Tugas Penolong Bendahari adalah membantu Bendahari dalam urusan kewangan Kesatuan
dan memangku jawatan Bendahari pada masa ketiadaannya. Menjalankan tugas-tugas
sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
7. Ahli Jawatankuasa Kerja
Membantu pegawai-pegawai kesatuan lain dalam mentadbir dan menguruskan kesatuan.

SOALAN 3 AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967
(a) Apabila kesatuan sekerja ingin memulakan perundingan bersama dengan pihak majikan
pada kali pertama, kesatuan mesti perolehi pengiktirafan daripada majikan berkenaan. Ini
adalah satu proses penting bagi kesatuan sekerja kerana ia akan menentukan samaada
mereka mempunyai hak untuk menyuarakan kehendak dan pendapat mereka. Ini
berdasarkan seksyen 9(2) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menyatakan bahawa
sebuah kesatuan sekerja pekerja-pekerja boleh menyampaikan suatu tuntutan untuk
diiktirafkan berkenaan dengan pekerja-pekerja atau mana-mana kels pekerja yang diambil
bekerja oleh majikan berkenaan atau ahli-ahli kesatuan sekerja majikan-majikan yang
berkenaan kepada majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan secara bertulis dalam
borang yang ditentukan (tertakluk kepada seksyen 9(1)).

Setelah itu, majikan atau suatu kesatuan sekerja majikan-majikan hendaklah dalam tempoh
21 hari (seksyen 9(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967), sama ada memberikan
pengiktirafan (seksyen 9(3)(a) Akta Perhubungan Perusahaan 1967) atau jika
pengiktirafan tidak diberikan, memberitahu kesatuan sekerja pekerja-pekerja berkenaan
secara bertulis alasan-alasan mengapa pengiktirafan tidak diberikan (seksyen 9(3)(b) Akta
Perhubungan Perusahaan 1967).

Seterusnya, berdasarkan seksyen 9(3A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, setelah
pengiktirafan diberikan, majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan yang berkenaan
hendaklah memberitahu Ketua Pengarah.
Sebaliknya, berdasarkan seksyen 9(4) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, sekiranya
majikan tidak memberikan pengiktirafan dan telah menyampaikannya kepada pihak
kesatuan sekerja pekerja-pekerja ataupun pihak majikan tidak mematuhi subseksyen (3),
kesatuan sekerja pekerja-pekerja boleh;
(a) Selepas menerima pemberitahuan itu; atau
(b) Selepas tempoh 21 hari yang dinyatakan di dalam subseksyen (3) telah tamat,
melaporkan perkara ini kepada Ketua Pengarah secara bertulis. Sekiranya gagal, tuntutan
untuk pengiktirafan hendaklah disifatkan telah ditarik balik.
Berdasarkan subseksyen (4B), setelah menerima laporan, Ketua Pengarah boleh mengambil
langkah atau membuat apa-apa penyiasatan untuk memastikan
(a) Kekompetenan kesatuan sekerja pekerja-pekerja yang berkenaan untuk mewakili
mana-mana pekerja atau kelas pekerja-pekerja yang menuntut supaya
pengiktirafan itu diberikan; dan
(b) Secara undi rahsia, peratusan pekerja atau kelas pekerja-pekerja yang menuntut
supaya pengiktirafan itu diberikan, adalah merupakan ahli kesatuan sekerja
pekerja-pekerja yang membuat tuntutan.
Akhir sekali, setelah memastikan perkara di bawah subseksyen (4A), Ketua Pengarah
hendaklah memberitahu Menteri (seksyen 9(4C) Akta Perhubungan Perusahaan
1967).

(b) Seksyen 9 (1A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 menerangkan tentang sekiranya
terdapat pertikaian yang timbul pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas
pengiktirafan diberikan, sama ada mana-mana pekerja yang di ambil bekerja dalam bidang
tugas pengurusan, eksekutif, kerahsiaan atau keselamatan boleh dirujukkan kepada Ketua
Pengarah oleh kesatuan sekerja pekerja, majikan atau kesatuan sekerja majikan-majikan.
Seterusnya, dibawah subseksyen (1B) menerangkan pula tentang tindakan yang perlu di
ambil oleh Ketua Pengarah setelah menerima rujukan di bawah subseksyen (1A), iaitu
perlulah membuat penyiasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu dan wajar untuk
menyelesaikan perkara berkenaan.
Sebaliknya, sekiranya perkara tersebut tidak dapat diselesaikan, maka Ketua Pengarah
hendaklah memberitahu Menteri (seksyen 9(1C) Akta Perhubungan Perusahaan 1967).
Berdasarkan seksyen 9(1D) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, setelah Menteri menerima
pemberitahuan tersebut, Menteri hendaklah memberikan keputusannya sama ada mana-mana
pekerja atau pekerja yang dinyatakan dalam seksyen 9(1) mengenai keputusan tersebut
kepada kesatuan pekerja-pekerja, majikan dan kesatuan sekerja majikan-majikan yang
berkenaan secara bertulis.

Vous aimerez peut-être aussi