NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
PENGENALAN Ikan adalah anggota vertebrata poikilotermik (berdarah dingin) yang hidup di air dan bernafas dengan insang. Ikan merupakan kelompok vertebrata yang paling beraneka ragam dengan jumlah spesies lebih dari 27,000 di seluruh dunia. Secara taksonomi, ikan tergolong kelompok paraphyletic yang hubungan kekerabatannya masih diperdebatkan; biasanya ikan dibahagi kepada ikan tanpa rahang (kelas Agnatha, 75 spesies termasuk lamprey dan ikan hag), ikan bertulang rawan (kelas Chondrichthyes, 800 spesies termasuk hiu dan pari), dan sisanya tergolong ikan bertulang keras (kelas Osteichthyes). Pernahkah kamu melihat ikan yang cantik berwarna-warni dipelihara? Bukan untuk dimakan. Ikan kategori ini dikenali sebagai ikan hiasan. Tujuannya dipelihara untuk menceriakan kawasan di sudut rumah, pejabat atau kelas. Ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik. Bolehkah kamu menamakan beberapa jenis ikan hiasan yang dipelihara lazimnya di dalam akuarium? Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan menyeronokkan. Bahkan, boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan. Ikan hiasan atau lebih dikenali sebagai ornamental fish diperingkat antarabangsa merupakan ikan yang mendapat keistimewaan daripada penggemar atau peminat ikan hiasan diseluruh dunia. Ikan yang mempunyai berbagai-bagai spesis ini mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi bagi sesetengah spesis. Bagi memelihara ornamental fish ini, anda hendaklah mempunyai serba sedikit ilmu mengenai penjagaannya seperti kualiti air, cara pemberian makanan, proses pembersihan kolam atau akuarium dan lain-lain lagi supaya tidak berlaku kematian atau kecederaan pada ikan dalam waktu yang singkat. Pengetahuan ini dapat mengelak keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan ikan hiasan tersebut dan membantu pemilik daripada mendapat kerugian. Lebih-lebih lagi ikan hiasan yang mempunyai harga pasaran yang tinggi. Sudah tentu anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda.
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
IKAN PELAGA
Ikan Pelaga memang cantik tetapi suka bergaduh dengan ikan lain termasuk jenis ikan pelaga yang lain. Perlu masuk di dalam bekas yang berasingan dengan ikan lain. Ikan pelaga merupakan sejenis ikan air tawar yang yang dipelihara di dalam akuarium. Ia berasal dari lembangan Sungai Mekong di Asia Tenggara.
Antara jenis ikan pelaga ialah Betta splendens (ikan pelaga siam), Betta imbellis (ikan mengkaring) dan Trichopsis vittata (ikan sempilai).Selain itu ikan pelaga juga dikenali dengan nama ikan laga.
Pada asalnya Betta memerlukan air dengan pH rendah sekitar 5-6.5 untuk hidup dengan baik. Kini kebanyakan Betta yang dihasilkan secara komersial di negara kita telah dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai pH air. Bekalan air domestik yang neutral juga sesuai untuk ternakan Betta. Ikan jantan yang terpilih boleh dipelihara dalam botol minuman kecil secara individu untuk mengelakkan dari dicederakan oleh ikan yang sejenis dengannya. Ikan betina boleh dipelihara bersama ikan-ikan lain yang toleran seperti Rasbora, Angel dan neon tetra. Elakkan dari ikan yang gemar menggigit sirip ikan lain (fin nipper) seperti half-red eye tetra, atau tiger barb.
Betta ialah sejenis omnivor dan boleh diberi sebarang makanan termasuk plankton, cacing, jejentik dan pellet. Ia adalah ikan tahunan (annual fish) dan hayatnya lebih kurang satu atau dua tahun. Adalah tidak digalakkan untuk mengeluarkan wang ratusan atau ribuan ringgit hanya untuk membeli seekor ikan yang diidamkan. Berbeza pula jika anda membelinya untuk dijadikan induk yang bakal mengeluarkan hasil berlipat kali ganda.
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
PENDUAN MEMILIH IKAN PELAGA (BETTA)
Pelbagai jenis Betta fancy boleh dibeli di pasaran tempatan ketika ini seperti jenis yang berwarna merah, kuning dan hitam, terdapat juga jenis yang berkilat (metallic) seperti hijau dan biru, pelbagai warna dan bercorak marble. Terdapat juga yang mempunyai ekor yang panjang (veil tail, comb tail atau palm leaf), jenis berekor pendek (short fin), ekor cabang dua (duoble tail) dan berbentuk ekor guppy atau half moon. Warna ikan dan jenis sirip adalah mengikut selera individu peminat.
Ciri penting yang perlu diambil kira dalam memilih Betta ialah dilihat keadaan siripnya semasa berenang dan mengembang. Sirip yang sangat terlentuk ke bawah dan terlipat dianggap tidak bermutu. Bahagian ekornya mestilah agak selari dengan badannya semasa ikan berehat atau berenang. Ekor (jenis panjang) yang berlipat atau bergulung menunjukkan ikan sudah tua atau telah lumpuh (paralyse) dan tidak menarik. Sirip ikan yang kuncup menunjukkan ikan kurang sihat atau kurang selesa dengan sekitarannya. Untuk memilih jantan yang bertenaga perlu dipastikan terdapatnya buih di dalam bekasnya sementara ikan betina dipilih dari individu yang kelihatan ceria dengan sirip terbuka luas, warna menarik dan memberangsangkan.
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
JENIS-JENIS IKAN LAGA CROWNTAILS
DELTAS / SUPER DELTAS
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
DOUBLE TAILS
HALFMOON
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
HALFMOON PLAKATS
VIELTAILS / LONG TAILS
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
WILD TYPES / IMBELLIS
PENJAGAAN IKAN PELAGA
Air yang sesuai untuk ikan pelaga adalah air yang bebas klorin. Air tapis dan air yang di masak sesuai untuk ikan Pelaga kerana air ini tidak mengandungi klorin. Jika menggunakan air paip biarkan air tersebut selama 3-5 hari sebelum digunakan untuk ikan pelaga.Terdapat juga ubat anti-klorin yang boleh didapati dimana-mana kedai ikan peliharaan. Air yang sudah dirawat juga alternatif yang baik untuk ikan pelaga. Air mempunyai pengaruh besar kerana air yang kotor atau berklorin boleh mendatangkan banyak penyakit kepada ikan pelaga ini kerana air-air ini mengandungi bacteria yang tidak sihat untuk ikan pelaga. Jika bekas akuarium atau balang ikan pelaga tiada penutup pastikan air tidak terlalu penuh. Ini kerana ikan pelaga sangat aktif dan boleh melompat keluar dari akuarium.
Makanan
Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan pelaga.Hal ini disebabkan ikan pelaga hanya makan makanan yang muat dengan mulut mereka. Kadang-kadang ikan NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
laga juga cerewet dalam pemakanan. Makanan ikan lain seperti makanan ikan emas dan koi tidak sesuai untuk ikan pelaga.
Pembersihan Aquarium atau bekas Ikan Pelaga
Pembersihan aquarium untuk ikan pelaga sekurang-sekurangnya sekali seminggu. Tempatkan ikan laga dalam air lama ketika membersihkan bekas. Bersihkan bekas ikan pelaga dengan air panas atau suam kerana sabun boleh menjejaskan kesihatan ikan pelaga.penambahan ubat anti-klorin diperlukan jika menggunakan air paip. Air yang telah ditukar haruslah sama suhunya dengan air lama.Ini adalah untuk mengelakkan perubahan suhu mengejut yang boleh membawa maut pada ikan pelaga.
KENALI BETTA JANTAN DAN BETINA
Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemerhatian untuk mengenali yang mana jantan dan betina. Di antaranya adalah seperti berikut. 1.Sirip - ikan betta jantan pada umumnya mempunyai sirip lebih panjang dari sirip betta betina. Sesetengah jenis ikan betta mempunyai sirip pendek, seperti Plakat mempunyai sirip lebih pendek , dan hampir seperti sirip plakat betina
Perbezaan yang dapat kita lihat antara Betta Jantan dan Betina NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
2. Ciri - ciri bentuk badan betta betina ialah mempunyai "Ovipostor" atau pun bintik putih dibawah perutnya iaitu tempat telur dikeluarkan. Cara yang lain untuk mengenali ikan laga betina ialah apabila ia bersedia untuk mengawan, badannya akan berbelang- belang.
Bintik putih yang terdapat pada bahagian bawah perut ikan betina.
3. Sifat -Ikan betta jantan selalunya lebih agresif berbanding dengan ikan laga betina. Ikan betta jantan tidak boleh bersama didalam satu bekas kerana ia akan berlawan sampai mati, tetapi betta betina boleh hidup di dalam satu komoditi. Selain itu, warna ikan betta jantan adalah lebih menarik dari ikan betina
CARA MEMBIAKKAN IKAN LAGA
LANGKAH PERTAMA: Kenalpasti Jantina Cara nak kenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang je. Kebiasannya ikan jantan mempunyai ekor yang panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif. Tapi sekarang ni para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang dan warna yang terang. Jadi untuk kenal pasti ikan laga betina ialah melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya. Tengok gambar kat bawah tu..nampak tak biji putih kat perut tu seperti yang telah dibincangkan di atas.
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
LANGKAH KEDUA : Pilih Induk Yang Matang Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti memastikan induk yang akan dibiakkan adalah matang. Ikan laga biasanya matang apabila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya. Tapi anda boleh memerhatikan ikan laga tersebut.
Jantan Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan air.
Betina Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya. Induk ikan laga betina yang bersedia untuk dibiakkan mempunyai perut yang buncit dan terdapat biji putih di bahagian anusnya.
LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki Yang Sesuai Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang- kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki. Anda boleh menggunakan macam-macam contohnya akuarium, baldi, dan sebagainya. Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. Masukkan air lebih kurang 4,5 inci dari dasar. Jangan letak air terlalu dalam, nanti payah induk-induk tu nak kutip telur. Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit perlindungan untuk induk betina macam kayu atau pokok kiambang bagi tujuan menyorok bila kena kejar. Satu petua NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
nak kongsi dengan anda semua, anda boleh meletakkan daun ketapang kering atau nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu bagi tujuan menjadikan air berasid dan sesuai untuk pembiakan. Untuk meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak la polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya.
Daun ketapang
LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki Sebaiknya anda letak induk jantan dulu dalam tangki pembiakan. Induk betina ni anda masukkan dalam bekas kaca atau apa-apa bekas lutsinar (biar yang jantan boleh nampak). Lepas tu masukkan dalam tangki yang ada induk jantan tadi. Ikan ini tak boleh dilepaskan sekali dalam tangki kerana nanti ikan tu akan berlaga. Jadi macam ni la caranya untuk mengelakkan dari ikan-ikan ni berlaga. Kena kenal-kenalkan ikan-ikan ini terlebih dahulu.
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Betina Selepas Induk Jantan Buat Buih Sekiranya anda nampak induk jantan telah buat buih. Maknanya dia telah bersedia untuk mengawan. Buih tu sebenarnya adalah sarang. Selepas jantan buat buih masukkan la induk betina. Induk jantan dan betina sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi. Mula-mula anda lepaskan induk betina, induk jantan akan mengejar induk betina. Tapi jangan risau, sang jantan tu dah lama sangat mengidam kat induk betina tu.
Pengawanan Biasanya menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan Semasa mengawan ikan jantan dan betina akan membelitkan badannya antara satu sama lain. Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan menghembuskannya ke dalam sarang buih. Buih yang rosak akan terus dibaiki oleh ikan jantan. Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga beberapa jam
Penjagaan Fry Selepas proses ini selesai, seeloknya di alihkan induk betina dan tinggalkan yang jantan sahaja sebab induk jantan akan jaga telur dan anak-anak ikan nanti. Induk betina pula akan makan telur atau anak, tapi tak semua la induk betina akan makan telur atau anak. Jadi sebagai langkah keselamatan, lagi mudah diasingkan sahaja induk betina.
Telur menetas selepas 24-30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula ke dalam sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberi makanan. Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semula jadi yang terdapat dalam air hijau (green water) yang boleh didapati dari air ternakan ikan seperti tilapia / keli yang NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
telah lama. Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang baru menetas. Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan rumusan berbentuk serbok. Fry berumur 7-10 hari perlu dipindahkan ke dalam tangki pemeliharaan yang lebih besar untuk pembesaran dengan diberi makan moina atau blood worm yang dicincang. Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan Selepas sehari anak ikan menetas, anda boleh pilih samaada nak asingkan induk jantan atau tidak. Kalau anda tengok induk jantan ni makan anak, anda kena asingkan cepat-cepat. Tapi kalau tak makan, tak perlu asing la sebab induk jantan ni akan jaga dan pastikan tangki anda tidak dipenuhi jentik-jentik. Jentik-jentik ni boleh makan anak-anak ikan. Ini la ritual bertelur
LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak Anak-anak ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas, seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni adalah ia akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut. Air hijau ini sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya, tapi ada juga banyak species lain yang ada. Ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia, ikan keli.
Selepas seminggu cuba dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga ini akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnya. Satu lagi tips ikan laga ini akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup seperti jentik-jentik ataupun frozen blood worm. NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
Setelah berumur 3 bulan ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan secara individu di dalam botol. Ikan betina boleh dipelihara dalam tangki secara komuniti. Untuk penghasilan komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan.
CARA UNTUK MEMASTIKAN IKAN DALAM KEADAAN SIHAT Ikan sihat dan cantik adalah pilihan ramainamun bukan semua dari kita dapat memasikan bahawa ikan belaan kita itu sihatjadi disini saya akan tunjukkan cara untuk memastikan ikan laga anda sentiasa sihat dan cara untuk mengubati ikan anda apabila ia mula menunjukkan tanda tidak sihat PERBEZAAN IKAN YG SIHAT DAN IKAN YG TIDAK SIHAT IKAN LAGA YG SIHAT IKAN LAGA YG TIDAK SIHAT Aktifslalu brenang sana sni Layuselalu berada di kwsan ats airx aktif Induk yg sihat dn sempurna Badan mengembang.bhgian bwh membesar Kemahuan utk mkn nrmal Induk yg kurus dan tiada kemahuan utk makan Kulit yg sihat dan bersih Kulit yg bertompok-tompok
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
PENYAKIT-PENYAKIT IKAN BETTA
1. Clamped fin (sirip menguncup)
Penyakit ini adalah amat biasa bagi ikan betta Punca : Air atau suhu sejuk dan kualiti air yang tidak elok Rawatan: amat mudah kalau kena pada peringkat awal. 1. Tukar air 100% 2. Pastikan kualiti air yang baik, jika air paip biarkan 2 atau 3 hari dalam baldi untuk mengurangkan klorin. 3. Masukkan sehelai daun ketapang kering dan sedikit garam kasar. 4. Letak balang di luar rumah biar kena embun semalaman.letak dicelah2 pokok pun boleh dan dibiarkan 2-3 hari.jangan diberi makan semasa proses rawatan ini.
Penyakit ini jika lewat dirawat akan menyebabkan ikan terkena white spot dan boleh mati.
Penyakit sirip menguncup
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
2. Tail rot or fin rot (Ekor atau sirip mereput)
Simtom: Sirip atau ekor Ikan Betta seolah-olah menjadi lebih pendek dan lebih pendek atau ekornya seolah-olah jatuh dan terdapat warna hitam atau merah di tepi sirip / ekor betta ini. Warna mungkin pudar / pucat. Punca : air yang kotor akan menyebabkan bakteria dan partikel-partikel merbahaya merebak dalam air Rawatan : 1. Tukar air 100% 2. Masukkan sedikit garam berubat 1 sudu kecil / gal. setiap kali tukar air baru 3. Tunggu hingga 5 hari jika tiada perubahan, gunakan ubat betta seperti API Tetracycline, API Fungus Cure, API Triple Sulfa, atau API Erythromycin.
Sirip dan ekor yang mereput
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
3. Fungal Infection (Jangkitan Fungus)
Simtom : Terdapat tompok seperti kapas putih pada badan atau kepala, lesu, tidak lalu makan, sirip menguncup dan warna badan jadi pucat. Rawatan : 1. Asingkan ikan sakit dari ikan yang sihat. 2. Tukar air 100% 3. Cuci tangki atau balang ikan sebersih-bersihnya dan jemur pada matahari. 4. Masukkan garam berubat/garam akuarium 1-2 sudu kecil / gelen setiap kalI air ditukar. 5. Jika rawatan ini tidak berhasil, gunakan ubat betta seperti Melafix juga yellow powder keluaran Jepun dan S1 6. Tukar air setiap hari dan masukkan ubat anti fungus diatas sehingga sembuh.
4. Pop Eye (mata membengkak dan membonjol)
Simtom : Satu atau kedua-dua mata akan membengkak dan membonjol keluar. Jika tidak dirawat ikan akan mati. Punca : Keadaan air yang kotor dan tidak sesuai Rawatan : 1. Tukar air 100% (gunakan air tapisan) 2. Masukkan sedikit aquarium salt atau garam kasar kedalam balang ikan 3. Tukarkan air setiap hari. 4. Untuk rawatan yang efektif disyorkan menggunakan ubat Baktopur keluaran Sera. NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
mata ikan membengkak
5. Penyakit Dropsy
Penyakit ini sering disebut sebagai salah satu penyakit maut bagi Betta. Penyakit ini susah untuk diubati Simtom utama : Ikan Betta kembung dan jika anda melihat dari atas, anda akan dapat melihat sisiknya terbuka atau kembang. Selera makan juga hilang dan sentiasa berada di permukaan air. Punca : 1. Kualiti air yang tidak elok / kotor, 2. Kandungan Ammonia atau Nitrite yang byk dlm tangki 3. Mungkin dari makanan seperti jangkitan dari cacing hidup. Rawatan : Jika dikesan pada fasa awal penyakit ini berlaku mungkin boleh diubati 1. Asingkan ikan ini dari ikan-ikan yang lain. 2. Tukar air yang bersih 100% 3. Masukkan Aquarium salt (garam akuarium) 1-2 sudu kecil /gelen dan Jungles Anti-Parasite pellets untuk makanannya. 4. Tukar air setiap hari dan masukkan garam akuarium setiap kali tukar air baru. 5. Anda juga boleh mencuba ubat Arowana Gold untuk rawatan susulan. Jika lewat dikesan tiada harapan untuk menyelamatkan ikan ini.
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
sisik ikan terbuka
6. Bloated Betta (perut membengkak @ kembung) Simtom : 1. Ia berlaku kebanyakannya di bahagian bawah perut ikan. 2. Ikan Betta yang kembung tidak akan berhenti makan dalam kebanyakan kes. 3. Ikan akan kelihatan sakit . 4. Masalah pencernaan adalah salah satu daripada gejala utama. 5. Perut akan kelihatan buncit. 6. Ikan akan menjadi kurang aktif atau kerap menyembunyikan diri. Rawatan : 1. Tukar air ke bersih 100% (guna air tapisan lagi baik) 2. Kurangkan beri makanan (makanan pellet 2-4 pellet sehari) NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
3. Ambil garam ENO tanpa perasa @ garam ORS dan masukkan sedikit kedalam tangki atau balang ikan. Anda akan dapat lihat tahinya akan keluar bertali. 4. Tukar air 1@2hari sekali dan masukkan garam ENO sedikit setiap kali air ditukar. 5. Pastikan paras air rendah supaya ikan tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan udara dari atas.
kembung dibahagian bawh perut
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
KHASIAT DAUN KETAPANG UNTUK IKAN LAGA
Pokok ketapang adalah sejenis tumbuhan yg tak asing lagi di Malaysia dan juga rendang kerana daunnya yang lebar. Pokok ketapang digunakan sebagai tempat berteduh oleh kebanyakan orang/petani kerana daunnya yang lebar. Nama botani bagi pokok ini adalah Millania Catappa. Setiap bahagian pokok ketapang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Daun Ketapang adalah bahagian yang paling berkhasiat kerana mengandungi asid Humin dan Tunnin yg boleh menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali. Daun ketapang yg muda dan tua mempunyai khasiat yg berlainan. Daun ketapang yg tua/kering adalah daun yg sesuai untuk ikan laga kerana air rendaman daun ini boleh merawat luka-luka pada ikan laga. Air rendaman daun daun ketapang tua / kering berwarna keemas-emasan/gelap
Daun ketapang
Daun ketapang adalah ubat terbaik untuk ikan laga bagi menggantikan blackwater. Daun ketapang mempunyai bentuk yg lebar dan besar. Daun ketapang juga digunakan secara meluas oleh penternak-penternak ikan laga. Daun ketapang bukan sahaja digunakan untuk ikan laga malah daun ini juga digunakan oleh penternak- penternak ikan kelisa dan juga ikan-ikan hiasan kerana khasiatnya yg mampu bertindak sebagai pembunuh bakteria yang boleh mendatangkan penyakit-penyakit buruk kepada NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
Ikan serta mengurangkan nilai PH / asid air.
Daun Ketapang Kering
Antara khasiat daun ketapang untuk ikan laga ialah:- 1. Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali 2. Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada ikan laga 3. Merawat luka-luka pada ikan laga 4. Mencegah ikan laga dari terkena penyakit 5. Mengoptimum kesihatan ikan laga 6. Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan 7. Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium) 8. Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat 9. Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit 10. Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap 11. Pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak 12. Mengurangkan stres/murung ikan laga 13. Keadaan air yg nyaman dan selesa untuk ikan laga NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
Perhatian: Penggunaan berlebihan sehingga nilai Ph air tidak stabil boleh membahayakan nyawa ikan.
Cara Penggunaan: 1. Ambil sekeping daun ketapang yg kering letakkan ke dalam bekas/akuarium 2. Untuk penggunaan yg sedikit daun tersebut boleh dipotong dan hanya memasukkan beberapa helai cukup sekadar untuk menukarkan warna air kepada kekuningan 3. Boleh digunakan ketika ikan sakit/stres 4. Juga boleh digunakan untuk ikan yg sihat supaya tercegah daripada terkena penyakit 5. Ditukar 1-2 mggu sekali
NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
CARA BUAT MICROWORM
Microworm adalah ulat yg bersaiz seni dan sesuai untuk anak-anak ikan yang baru menetas dan sesuai sebagai makanan pertama anak ikan laga. Walaupun namanya Microworm. Mereka bukan betul-betul cacing. Microworm adalah nematod. Sesetengah nematod adalah makanan terbaik untuk ikan dan sesetengah nematod lain adalah parasit yang boleh memburukkan kesihatan ikan. Sesetengah penternak ikan akan menghasilkan nematod sebagai makanan ikan mereka. Nematod nie makan makanan yang berkanji seperti Oatmeal,tepung dan seumpamanya. Jadi nematod nie betul-betul selamat untuk ikan anda dan boleh dimasukkan kedalam akuarium tanpa Menjejaskan kesihatan ikan.
Microworm boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan Microworm Starter. Untuk Microworm Starter anda boleh cari kat mana-mana kedai ikan. Sesetengah kedai menyediakan microworm dalam bentuk doh dan sesetengah dalam bentuk serbuk. Kalau dalam bentuk doh. Microworm boleh dihasilkan terus tapi untuk yang berbentuk serbuk campur sedikit air dan gaul sebelum menghasilkan microworm.
Untuk menghasilkan microworm anda perlu Microworm Starter *Yg nie wajib...klu x derr..xderr larr microworm Bekas kecil *tempat penghasilan microworm Oatmeal Serbuk Yis *sebagai mknana utk microworm Sedikit air NORAZILAWATI MUSTAPA (RBT 3109 HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN)
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2
Cara hasilkan microworm 1. Campurkan 7 sudu besar Oatmeal dengan sedikit air ke dalam bekas dan gaul *Jgn terlalu cair ataupun terlalu keras...sedang2.. 2. Taburkan satu sudu kecil yis dan campur dengan satu sudu Microworm Starter 3. Gaulkan campuran tersebut 4. Tutup bekas tersebut supaya microworm tidak terkeluar. Tebuk sikit pada penutup tu *supaya campuran tuu sentiasa lembab 5. Biarkan selama 2-3 hari. Selepas tempoh nie akan kelihatan microworm merayap disekeliling bekas. Ambil sedikit dan beri pada anak ikan anda. Perhatian Untuk Microworm yg masih dalam keadaan serbuk. Campur sedikit air dan gaul. Biarkan selama sehari sebelum menghasilkan microworm Untuk menghasilkan Microworm lagi. Anda perlu ulangi dari awal hingga akhir Letakkan pada suhu bilik *pada suhu nie akan terhasil microworm. Microworm akan merayap keluar untuk melarikan diri dari haba nie.. >> tuu sbb pnuh pda sekeliling bkas Suhu yang sejuk akan memperlambatkan proses penghasilan microworm Microworm yang siap boleh diberi pada anak ikan *microworm nie bentuk putih kecil Microworm oleh disimpan selama seminggu *simpan pada suhu bilik
Kebaikan microworm sesuai untuk anak ikan kerana saiznya yang kecil membantu pembesaran ikan makanan hidup yang sesuai untuk ikan laga selepas jentik-jentik mudah dihasilkan dan selama untuk ikan