Vous êtes sur la page 1sur 4

No.

Rujukan :___________________
Tarikh : __________________

Pengarah,
Pusat Latihan Pengajar & Latihan Lanjutan,
CIAST, P. Box, 7012,
Seksyen 19, 40300,
Shah Alam, Selangor DE.

Dato/Datin/Tuan/Puan

JEMPUTAN MENGADAKAN CERAMAH SEMPENA PELANCARAN BULAN
KEMERDEKAAN SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sekolah Sukan Bukit Jalil akan mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan
Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah seperti maklumat berikut:

Tarikh : 18 Ogos 2010 (Rabu)
Masa : 7.30-10.30 pg
Tempat : Dewan Olimpik SSBJ

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput Sdr. Ahmad
Khariri Al Hadi Md. Yusop untuk datang ke Sekolah Sukan Bukit Jalil bagi
menyampaikan ceramah dan berkongsi pengalaman tentang pengorbanan beliau
sebagai penderma hati.

4. Pihak sekolah percaya pengorbanan Sdr. Ahmad Khariri dalam
mendermakan hati beliau dapat dijadikan contoh oleh atlet-atlet sekolah ini.

5. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya Sdr. Ahmad
Khairiri dapat hadir ke sekolah ini bagi menyampaikan ceramah tersebut.

Segala pertimbangan dan komitmen kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


(DATUK CHIN LENG SIM @ MARINA CHIN)
Pengetua
Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kuala Lumpur.





























SSBJ/KOKO/06/02/001 Jld. III ( )
13 Ogos 2010

Yang Dihormati,
Tuan Abd. Rahim Hamzah Othman (SUPT)
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras,
Pejabat Polis Daerah Cheras,
55100 Kuala Lumpur.

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SEKOLAH SUKAN
BUKIT JALIL 2010

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sekolah Sukan Bukit Jalil akan mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan
Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah seperti maklumat berikut:

Tarikh : 18 Ogos 2010 (Rabu)
Masa : 8.45 9.30 pg
Tempat : Dewan Olimpik SSBJ

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput Ybrs. Tuan untuk
hadir ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SSBJ 2010 ini. Sesungguhnya
majlis kami akan lebih bermakna dan bererti dengan kehadiran Ybrs. Tuan ke
majlis ini.

4. Bersama-sama ini, disertakan tentatif majlis untuk rujukan pihak Tuan.
Sebarang pertanyaan, pihak Tuan bolehlah menghubungi En. Huszaidi Hussin
(Penolong Kanan Kokurikulum- 016 6357671).




Segala pertimbangan dan komitmen kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


(CHIN LENG SIM @ MARINA CHIN AMN;PJK.)
Pengetua
Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kuala Lumpur.

Vous aimerez peut-être aussi