Vous êtes sur la page 1sur 13

ABST1103

1



FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN
ABST1103
SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK
ASSIGNMENT
MENDEKATI MASALAH SEBAGAI SATU PELUANG
Semester:
JANUARI 2014
Name & (Matric Number) : MOHD ASHRUL HISYAM BIN ABDUL JALIL
830905145195001
IC Number : 830905-14-5195
Contact / Phone Number : 019-9538531
E-mail : ashraul7@oum.edu.my
Learning Centre : SHAH ALAM






ABST1103
2

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 3
2.0 SEJARAH AKTIVITI KEUSAHAWANAN NABI MUHAMMAD S.A.W 4
2.1 Rombongan Perniagaan Bersama Abu Talib ke Syam 4
2.2 Menguruskan Perniagaan Khadijah Bt. Khuwailid r.a 5
2.3 Berniaga di pasar-pasar sekitar Kota Makkah 6
2.4 Perniagaan Usahasama 6
3.0 SIGNIFIKAN KEMAHIRAN KEUSAHAWAN DIPUPUK BAGINDA RASUL S.A.W 7
3.1 Perniagaan Sebagai Satu Ibadat 7
3.2 Mengutamakan Prinsip Keadilan 8
3.3 Berdikari Sebagai Seorang usahawan 9
4.0 Faktor-Faktor Kejayaan Nabi Muhammad S.A.W Dalam Bidang Keusahawanan 10
4.1 Jujur dan Amanah 10
4.2 Bijak dan Kreatif 11
4.3 Zuhud dan Tidak Meminta-minta 11

5.0 KESIMPULAN 12
RUJUKAN 13





ABST1103
3

1.0 PENGENALAN
Perniagaan merupakan sumber pendapatan yang diperakui oleh Rasulullah SAW
sebagai sumber yang memberi pulangan wang yang paling banyak daripada pekerjaan
lain. Tidak hairanlah jika kita melihat pada hari ini, ramai dalam kalangan manusia
berlumba-lumba untuk membuka perniagaan sendiri biarpun pada ketika itu,
pendapatan yang diperoleh mereka sudah mencukupi untuk menyara keluarga bahkan
boleh jadi ianya melebihi daripada apa yang sepatutnya. Sejarah kerasulan Baginda
Nabi SAW telah menukilkan banyak catatan yang berkaitan aktiviti keusahawanan yang
pernah dijalankan oleh Baginda Rasulullah SAW sepanjang hidup baginda.
Rasulullah SAW merupakan utusan Allah SWT yang wajib dicontohi dari
segenap kehidupan. Tutur kata dan perbuatan Baginda SAW sewajarnya memberi
impak dalam setiap perbuatan dan pekerjaan kita seharian. Bagi mewujudkan
kesempurnaan dalam mencontohi amalan Baginda SAW, analisis signifikan kemahiran
usahawan yang dimiliki Baginda SAW perlu dilaksanakan dengan lebih mendalam
supaya ianya mampu dijadikan model berkesan terhadap ummah terutamanya dalam
usaha menyebarkan risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia. Kemahiran usahawan yang
diperoleh baginda dipupuk dengan begitu baik hasil Tarbiyah Ilahiyah sejak usia
Baginda SAW masih kecil hingga lah saat baginda dilantik sebagai Rasul.
Selain daripada itu, setiap daripada umat Nabi Muhammad SAW perlu sentiasa
menjadikan kecemerlangan Baginda SAW dalam menjalankan perniagaan sebagai
pemangkin kepada kecemerlangan kita dalam aktiviti keusahawanan. Strategi yang
direncana Baginda SAW sememangnya diakui sangat ampuh dan berupaya
melonjakkan nama dan syiar Islam yang mempromosikan keamanan dan keadilan
termasuklah dalam aktiviti perniagaan. Kejayaan yang dikecap itu bersulamkan faktor-
faktor yang melonjakkan keunggulan baginda sebagai seorang usahawan dan
pendakwah yang berjaya. Faktor-faktor inilah yang perlu diselidik dan digarap dengan
lebih mendalam supaya setiap yang kita lakukan dalam mengendalikan perniagaan
bukan sahaja berpeluang untuk mencapai kejayaan bahkan menambah ganjaran pahala
setelah berjaya mengikuti sunnah Baginda SAW.


ABST1103
4

2.0 SEJARAH AKTIVITI KEUSAHAWANAN NABI MUHAMMAD S.A.W
2.1 Rombongan Perniagaan Bersama Abu Talib ke Syam
Setiap Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT dilatih dengan sifat sabar dan
tekun dengan cara mengembala kambing. Pekerjaan ini turut dilakukan oleh
Baginda Rasul SAW sewaktu Baginda diasuh oleh Ibu susuan Baginda di sebuah
kampung di tanah arab. Pekerjaan mengembala kambing ini membolehkan Nabi
SAW terdedah dengan alam pekerjaan sejak dari kecil.
Tahun berganti tahun, kewafatan Ibu dan Datuk Baginda SAW telah
membuka lembaran baru dalam kehidupan Baginda. Kehidupan yang harmoni
bersama-sama bapa saudara baginda berterusan sehingga baginda mencapai usia
remaja. Sewaktu usia Baginda SAW meningkat ke usia 12 tahun, baginda
berpeluang mengikut rombongan perniagaan Abu Talib yang akan berdagang di
bumi Syam, sebuah bandar yang jaraknya dengan Kota Mekah sejauh 900 km.
Abu Talib sendiri merasa kagum dengan kesungguhan dan keberanian si anak
yatim Muhammad SAW itu. Abu Talib percaya, kesusahan hidup tanpa ayah dan
ibu menjadikan Muhammad seorang anak yang berjiwa kental, sabar, tidak
meminta-minta, tahan ujian dan suka berdikari.
Kafilah dagangan terlah berhenti rehat di tempat bernama Busra di negeri
Syam. Di tempat itu tinggal seorang rahib bernama Buhaira di satu tempat ibadat
Nasrani. Buhaira antara paderi yang dihormati dan dikenali dengan kealiman dan
ketinggian ilmu agamanya. Dan adalah menjadi adat penduduk kawasan tersbeut
memuliakan tetamu yang berhenti rehat, lalu Buhaira melayan kafilah Abu Talib
sebagai tetamunya. Buhaira telah mengadakan jamuan makan untuk tetamunya
itu. Buhaira mendapati ada bayang yang memayungi Muhammad. Bayang itu
mengikuti kemana sahaja Muhammad berjalan. Lalu Buhaira mendapat ilham
bahawa itu adalaha tanda kenabian. Lalu Buhaira menjemput kesemua ahli kafilah
ke majlis jamuannya. Pada mulanya Muhammad SAWtidak ikut serta kerana
baginda masih kanak-kanak. Menyedari ketiadaan Muhammad SAW, Buhaira
lantas berbicara kepada mereka supaya membawa masuk semua ahli rombongan
dagang itu masuk ke dalam rumahnya.

ABST1103
5

Buhaira menyuruh mereka membawakan Muhammad ke majlisnya,
setelah Muhammad dibawa kepadanya, Buhaira telah mendudukkan Muhammad
di sebelahnya dan melayan Muhammad dengan baik. Buhaira telah menanyakan
Muhammad tentang banyak perkara, perkara khusus dan umum. Muhammad
menjawab pertanyaan Buhaira dengan tenang. Buhaira gembira dengan jawapan
yang diberikan Rasulullah. Maka benarlah dengan apa yang diketahuinya tentang
kenabian yang akan muncul dari keturunan Ismail bin Ibrahim, sebagaimana yang
terdapat pada belakang baginda dan cop kenabian akhir zaman pada belikat
baginda. Buhaira berpesan kepada Abu Talib supaya membawa pulang anak
saudaranya itu pulang ke negerinya, dan hendaklah diawasi baginda daripada
golongan Yahudi.
Lalu Abu Talib pun segera membawa Muhammad pulang ke Mekah.
Berlalu beberapa tahun sehinggalah Muhammad meningkat remaja. Sebagai anak
yatim piatu, baginda melakukan semua kerja yang boleh dilakukannya sendiri
tanpa terlalu mengharapkan ihsan Abu Talib.
2.2 Menguruskan Perniagaan Khadijah Bt. Khuwailid r.a
Setelah usia baginda meningkat dewasa. Abu Talib mula merasakan sudah
tiba masanya untuk Nabi Muhammad SAW menempuh alam rumahtangga.
Walaubagaimanapun, beliau tidak berupaya membiayai urusan perkahwinan
Baginda SAW. Lantaran itu, beliau memerintahkan supaya baginda mendapatkan
pekerjaan yang ditawarkan oleh seorang saudagar wanita yang terkenal dengan
kegiatan perdagangannya iaitu Khadijah Bt. Khuwailid r.a.
Peluang yang diperoleh baginda tersebut digunakan sepenuhnya untuk
berkhidmat sebagai peniaga yang jujur dan amanah. Khadijah telah mengarahkan
baginda untuk mengetuai rombongan dagang ke negeri syam. Baginda ditemani
oleh pembantu-pembantu yang setia termasuklah seorang wanita yang bernama
maisarah. Sepanjang perjalanan, beliau dapat melihat pelbagai keajaiban yang
berlaku ke atas Nabi Muhammad SAW yang menunjukkan keistimewaan baginda
sebagai kekasih Allah.

ABST1103
6

Setibanya mereka di negeri Syam, Nabi Muhammad SAW menunjukkan
kematangan baginda dalam berurusniaga. Baginda melaksanakan amanah yang
diberikan dengan sangat baik. Ini dapat dilihat dari segi pertuturan dengan
pelanggan dan juga cara baginda menguruskan timbangan. Semuanya
diperhatikan oleh Maisarah dan dicatatkan untuk tatapan Khadijah yang
sememangnya mengkagumi akhlak dan peribadi Nabi SAW.
Setelah selesai menjual semua barang dagangan yang dibawa, Nabi SAW
telah membuat satu lagi pembaharuan dalam strategi yang tidak pernah dilakukan
oleh kafilah arab mekah yang berniaga di syam sebelum ini iaitu baginda telah
membeli barang-barang niaga di syam untuk dibawa balik ke mekah untuk
pasaran penduduk di mekah. Ini sedikit banyak dapat membuka ruang pasaran
yang lebih mudah kepada penduduk mekah yang sebelum ini hanya dibeli
mengikut kadar secukupnya untuk mereka guna setiap hari dan bukannya untuk
dijual
2.3 Berniaga di pasar-pasar sekitar Kota Makkah
Sifat berdikari yang ada pada diri Nabi SAW telah menjadi satu peluang
untuk baginda memajukan diri dalam ilmu keusahawanan. Dalam usia yang
muda, baginda telah mencuba menjalankan aktiviti perniagaan di pasar-pasar
utama di sekitar kota Mekah. Antara pasar yang sering dikunjungi baginda adalah
Pasar Al-ukaz dan Pasar Zun Al-Majaz.
Aktiviti baginda akan menjadi bertambah rancak apabila tibanya musim
haji yang mana menyaksikan ramai manusia yang hadir untuk mengunjungi
Masjidil Haram. Bertitik tolak daripada sikap jujur dan amanah yang dimiliki
baginda menyebabkan baginda diberi gelaran Al-Amin sebagai merujuk sifatnya
yang jujur
2.4 Perniagaan Usahasama
Di usia mudanya, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengusahakan perniagaan
sendiri serta berkongsi dengan seorang saudagar kecil bernama As-Saaib bin Abi
As-Saaib. As-Saaib seorang peniaga yang baik, jujur dan amanah. Baginda Rasul
SAW pernah berkata:
ABST1103
7


Rakan kongsi yang paling baik ialah as-Saaib. Dia termasuk dikalangan
mereka yang dijinakkan hati dan beliau lebih baik setelah memeluk Islam.
3.0 SIGNIFIKAN KEMAHIRAN KEUSAHAWAN DIPUPUK BAGINDA RASUL S.A.W
3.1 Perniagaan Sebagai Satu Ibadat
Al Quran telah menyebutkan mengenai matlamat hidup manusia iaitu
untuk beribadat kepada Allah SWT. Justeru tujuan manusia dihidupkan di dunia
adalah untuk beribadat kepada Allah SWT, tetapi jangan menyempitkan makna
ibadat tersebut. Ibadat bukan sahaja bermakna mengerjakan puasa, mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat dan haji atau sebagainya, tetapi ibadat
sebagaimana yang dimaksudkan di dalam ayat yang di atas adalah ibadat am
sebagaimana yang telah didefinisikan oleh para ulamak iaitu ibadat yang meliputi
segala bentuk aktiviti, asal saja mengharapkan keredhaan , kasih sayang dan
rahmat Allah SWT sama ada di dalam bentuk perbuatan atau ucapan yang zahir
atau yang batin; kesemuanya itu adalah ibadat kepada Allah SWT.
Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak dapat memisahkan diri daripada
kegiatan-kegiatan muamalat khasnya dalam bidang perniagaan. Manusia amat
memerlukan hal yang sedemikian, malah Allah SWT menyuruh supaya manusia
menceburi bidang perniagaan. Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an-
Nisa', ayat 29 maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-
harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah(tipu, judi dan sebagainya),
kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di
antara kamu".
Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah
merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana
sabdanya yang bermaksud:
"Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui
perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi).
ABST1103
8

Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama
ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai
kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW juga telah
bersabda maksudnya:
"Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan
para nabi, siddiqin dan para syuhada"(Hadis Riwayat Tirmizi).
Bagaimanapun, perniagaan yang dimaksudkan adalah yang mengikut
garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak, yang juga disertai dengan sifat
benar dan amanah. Sifat-sifat sedemikian adalah merupakan ciri-ciri yang akan
menempatkan mereka bersama-sama dengan para nabi dan rasul.Rasulullah SAW
telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada bersumpah dan
mengatakan sesuatu yang tidak benar. Rasulullah SAW telah bersabda
maksudnya:
"Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan
keberkatannya" (Hadis Riwayat Bukhari).
Di samping itu para peniaga hendaklah sentiasa bersedia memberi
kemudahan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Mereka perlu
ingat bahawa tujuan perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan
tetapi juga terselit konsep memberi kemudahan dan membantu pihak lain,
khasnya pengguna.
3.2 Mengutamakan Prinsip Keadilan
Islam juga menyuruh manusia berlaku adil dalam perniagaan di samping
memberikan layanan yang baik kepada pelanggan. Ini bersesuaian dengan konsep
persaudaraan dalam Islam, seperti dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah
bersabda maksudnya:
"Seseorang Muslim itu adalah bersaudara kepada seorang Muslim yang lain"
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
Baginda Rasulullah SAW telah diriwayatkan sebagai seorang ahli perniagaan
yang sentiasa meletakkan harga jualan yang sama kepada semua pelanggan yang
hendak membeli barangan yang sama. Keistimewaan yang dimiliki Baginda ini
ABST1103
9

membuatkan setiap perniagaan atau jualannya sentiasa laris dan mendapat
keuntungan yang besar. Perkara ini telah diakui oleh pekerja Saidatina Khadijah
iaitu Maisarah.
Islam melarang umatnya daripada melakukan "monopoli" dan menyorok
barangan (ihtikar) kerana perbuatan tersebut boleh menaikkan harga sesuatu
barangan akibat kesukaran mendapatkannya di pasaran. Rasulullah SAW
bersabda maksudnya,
"Sesiapa yang menyorok(barangan), dia telah melakukan kesalahan"(Hadis
Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi & Muslim).
Unsur-unsur tipu daya atau helah juga patut dielakkan oleh peniaga, ini
kerana ia boleh menghilangkan keberkatan di dalam perniagaan. Rasulullah SAW
telah bersabda yang berbunyi:
"Barangsiapa yang menipu kami, dia bukanlah daripada golongan kami" (Hadis
Riwayat Muslim).
Hadis ini timbul daripada satu peristiwa yang berlaku di sebuah pasar di zaman
Rasulullah SAW, di mana Baginda telah mendapati seorang peniaga telah
melakukan penipuan dengan meletakkan gandum yang basah di bahagian sebelah
bawah dan gandum yang kering di bahagian atasnya.
3.3 Berdikari Sebagai Seorang usahawan
Rasulullah S.A.W sememangnya seorang insan biasa yang hidup dalam
serba kekurangan. Setelah yatim pada usia yang amat muda baginda mula
berdikari dan berusaha tanpa meminta simpati sesiapa pun. Dari seorang
pengembala kambing sampailah seorang peniaga yang hebat, Rasulullah S.A.W
membina kehidupannya tanpa bantuan sesiapa. Segalanya dibuat sendiri dengan
penuh minat dan rendah diri. Proses pembelajaran baginda cukup hebat. Pernah
suatu ketika bapa saudaranya jatuh dalam perniagaan, Rasulullah S.A.W dalam
masa yang singkat mengambil keputusan mencari pelbagai alternatif sehingga
menemui jalan penyelesaian.
ABST1103
10

Berbekalkan kemahiran keusahawanan dan ketrampilan yang menarik
baginda menawarkan khidmat menjual barang dagangan para saudagar kaya
Mekah. Baginda juga mempunyai jaringan dengan ramai ketua suku Kabilah Arab
yang dibina sejak kecil lagi. Sehingga pada satu ketika, seorang wanita kaya
bernama Siti Khadijah menawarkan satu perniagaan berdasarkan sistem
perkongsian iaitu untung dibahagikan sama rata. Kecekapan baginda dalam
menguus perniagaan tersebut, dalam jangkamasa yang singkat baginda telah
menjana pendapatan yang besar. Akhirnya kejujuran dan kecekapan baginda telah
menambat hati Siti Kahadijah lantas beliau diperisterikan oleh Nabi SAW.
Sikap berdikari ini telah memupuk diri baginda ke arah mentaliti seorang
pendakwah yang baik. Baginda berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat
dalam usaha baginda menjalankan perniagaan sedikit sebanyak memberi
pengalaman yang berguna kepada baginda untuk berhadapan dengan masyarakat
ketika mana baginda mula menyampaikan risalah Islam sewaktu di angkat
menjadi Rasul.
4.0 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN NABI MUHAMMAD S.A.W DALAM
BIDANG KEUSAHAWANAN
4.1 Jujur dan Amanah
Jujur merupakan satu sikap yang mendatangkan kepercayaan orang
terhadap diri kita. Begitu juga dengan amanah yang mana lebih tertumpu kepada
kepercayaan oleh orang lain terhadap kita dalam menjalankan setiap pekerjaan
yang diarahkan. Sikap keduanya merupakan kunci utama Baginda Nabi SAW
mendapat kepercayaan seorang saudagar kaya untuk menjalankan perniagaannya
di beberapa buah tempat termasuk lah negeri syam, Yaman dan Iraq. Perilaku
yang amanah dan jujur dalam menguruskan timbangan contohnya telah
menyebabkan para pelanggan senang berurusan dengan baginda.
Sikap sebegini juga memberikan kesan yang sangat besar kepada
perkembangan dakwah Nabi SAW selepas sahaja baginda bertanggungjawab
menyampaikan risalah Islam ke seluruh pelusuk bumi Hijjaz. Masyarakat di
sekeliling baginda telah melihat dengan mata dan hati mereka tentang bagaimana
baginda menyantuni masyarakat sekeliling. Setiap perkataannya juga
ABST1103
11

membuatkan setiap yang mendengar merasa terpsesona dengan dakwah baginda.
Faktor ini sememangnya penting untuk diserap dalam kalangan kita semua bagi
memastikan matlamat berdakwah akan dapat diterapkan dalam diri setiap
manusia.
4.2 Bijak dan Kreatif
Strategi yang baik serta kebijaksanaan dalam melaksanakan rencana
merupakan kombinasi tindakan yang membuahkan hasil yang
memberangsangkan. Faktor ini merupakan penyumbang yang konsisten dalam
setiap aktiviti perniagaan Nabi SAW. Lihat sahaja kepada gerakan dagang yang
pertama setelah bekerja dengan Khadijah r.a yang mana baginda menetapkan satu
strategi yang baru iaitu sebaik sahaja selesai menjual semua barang dagangan
milik Khadijah r.a, Baginda SAW telah bertindak membeli barangan daripada
Negeri Syam yang tidak terdapat di kota mekah dengan tujuan untuk dijadikan
barang dagangan yang akan dijual di Mekah.
Rasulullah juga berupaya bertindak sebagai mentor dalam bidang
perniagaan kepada para sahabatnya seperti Abdul Rahman Bin Auf dan Saidina
Uthman Bin Affan. Mereka adalah antara sahabat Nabi SAW yang dijanjikan
syurga serta mempunyai kelebihan dalam menjalankan perniagaan.
Kebijaksanaan yang ditunjukkan mereka sangat menarik untuk dikongsi.
Contohnya ketika peristiwa Hijrah, Abdul Rahman Auf telah dipersaudarakan
dengan orang ansar yang kaya. Biarpun cuba dihadiahkan dengan kemewahan,
beliau lebih senang sekiranya dapat dipinjam modal untuk memulakan
perniagaan.
4.3 Zuhud dan Tidak Meminta-minta
Tawaran yang pernah diberikan kepada Nabi Muhammad SAW
merupakan tawaran yang sangat lumayan. Sifat zuhud yang wujud dalam diri
baginda sedikit sebanyak telah melonjakkan keunggulan baginda dalam
menonjolkan kewibawaan sebagai pendakwah ulung. Ini dapat dibuktikan dengan
peristiwa sewaktu Khadijah r.a menawarkan ganjaran yang lumayan setelah
berjaya membawa keuntungan yang berlipat kali ganda. Baginda bertindak
ABST1103
12

memulangkan sebahagian wang tersebut dan hanya mengambil sebahagian sahaja
daripada saguhati tersebut.
Nabi SAW juga sangat tidak menyukai mereka yang gemar meminta-
minta biarpun berupaya untuk menggerakkan tulang empat kerat untuk bekerja.
Pernah terjadi pada suatu ketika, seorang Ansar telah menghampiri Nabi SAW
lantas baginda memberikan pilihan untuk beliau menggadai apa sahaja yang boleh
didagangkan di rumah beliau. Dua barang yang diperoleh dari rumah beliau dapat
dilelong oleh Nabi SAW dengan harga dua dirham.
Wang tersebut kemudiannya dibahagikan kepada dua yang mana
sebahagian digunakan untuk membeli makanan, manakala sebahagian yang lain
digunakan untuk membeli kapak. Atas nasihat Nabi SAW, lelaki tersebut berjaya
memperoleh kejayaan dalam tempoh yang singkat. Faktor ini memberikan satu
nilai tambah kepada kita untuk sentiasa berusaha tanpa mengira erti penat lelah
dan mengurangkan kebergantungan kepada manusia lain.
5.0 KESIMPULAN
Aktiviti keusahawanan bukanlah kegiatan yang baru muncul ditengah-tengah
ruang lapisan masyarakat. Ianya pernah dipelopori oleh manusia teragung iaitu Nabi
Muhammad SAW. Kecenderungan baginda dalam aktiviti perniagaan ini
memungkinkan kita semua membuka mata seluas-luasnya tentang sumber pendapatan
yang paling utama untuk ketika ini adalah perniagaan. Justeru, kepentingan untuk kita
mengetahui kesan terhadap amalan keusahawanan yang dipraktikkan oleh Rasulullah
SAW dapat membawa manusia keluar daripada belenggu kemiskinan. Bagi
merealisasikan perkara itu, kita seharusnya menjadikan faktor-faktor kejayaan
Rasulullah sebagai usahawan yang berjaya sebagai pemangkin dan inspirasi untuk kita
mencapai kejayaan dalam keusahawanan dan juga gerakan dakwah yang diasaskan oleh
Baginda Rasul SAW.
(2553 patah perkataan)



ABST1103
13

RUJUKAN

1. Ripin, Mohd Nasir and Mansur, Nurul Huda (2010) Keusahawanan Menurut Perspektif Al-Quran. Keusahawanan
Menurut Perspektif Al-Quran . pp. 1-9
2. Dr. Ahmad Hatta (et al). (2013). Sirah Teragung Muhammad. Kajang: Maghfirah Pustaka
3. Wan Sabri Wan Husin. (2003). Ciri-ciri usahawan berjaya dari perpekstif Al-Quran, Jurnal Usuluddin, Bil.18,
K.Lumpur: Univ. Malaya

Vous aimerez peut-être aussi