Vous êtes sur la page 1sur 7

Muktazilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Sebahagian daripada siri berkaitan

Islam
Rukun Iman

Allah Kitab Malaikat Nabi
Hari Akhirat Qada dan Qadar
Rukun Islam

Syahadah Solat Puasa
Zakat Haji
Kota Suci

Makkah Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya

Aidilfitri Aidiladha

Hukum

Al-Quran Sunnah Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait Sahabat Nabi
Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi Syafie
Maliki Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik Haiwan Seni
Takwim Kanak-kanak
Demografi Perayaan
Masjid Dakwah Falsafah
Sains Wanita Politik

Lihat juga

Kritikan Islamofobia
Glosari
Portal Islam
P

B

S



Muktazilah (bahasa Arab: al-mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran dalam Islam yang
terkenal dengan sifat rasional dan liberal. Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran
teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal)
sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Etimologi
2 Sejarah perkembangan
3 Ajaran asas
4 Akal dan wahyu
5 Tokoh Muktazilah
6 Lihat juga
7 Rujukan
8 Bacaan lanjut
9 Pautan luar
Etimologi
Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab (itazala) yang bermaksud "meninggalkan",
"menjauhkan diri".
Sejarah perkembangan
Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah)
di Basrah, Iraq, apabila Wasil ibn Ata meninggalkan kelas pembelajaran Hasan al-Basri selepas
berselisih faham mengenai isu Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn (akan diterangkan kemudian).
Beliau dan pengikutnya termasuk Amr ibn Ubayd kemudiannya dilabelkan sebagai
Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri mereka sebagai Ahl al-Tawhid wa al-
'Adl (golongan tauhid dan keadilan Tuhan) berdasarkan ideologi yang mereka perjuangkan di
antaranya mahukan sistem Islam yang berdasarkan akal. Mereka juga dilabel sebagai golongan free
will dan free act, kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan melakukan sesuatu.
Ketika pertama kali muncul, pemikiran Muktazilah tidak mendapat simpati umat Islam, terutama di
kalangan masyarakat awam kerana mereka tidak begitu memahami ajaran Muktazilah yang bersifat
rasional dan sarat dengan falsafah. Alasan lain mengapa pemikiran ini kurang mendapat sokongan
umat Islam pada saat itu adalah kerana pemikiran ini dianggap tidak selari dengan
sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.
Muktazilah bergantung kepada beberapa aspek pemikiran dari falsafah Islam, Greek dan Helenistik.
Aliran Muktazilah berkembang di kalangan golongan intelek semasa pemerintahan Khalifah al-
Ma'mun dari dinasti Abbasiyah (198-218 H/813-833 M). Kedudukan Muktazilah semakin kukuh
setelah Khalifah al Ma'mun menjadikannya sebagai mazhab rasmi negara. Dikatakan Khalifah al
Ma'mun sejak kecilnya sudah dididik dalam tradisi Yunani yang gemar dengan falsafah dan ilmu
pengetahuan.
[1]

Dan pada zaman itulah golongan muktazilah memaksakan pemikirannya yang dikenal dalam
sejarah dengan peristiwa Mihnah (fahaman bahawa al-Quran itu makhluk Allah, jadi tidak qadim.
Jika al-Quran dikatakan qadim, maka akan timbul kesimpulan bahawa ada yang qadim selain Allah).
Ajaran asas
Muktazilah mempunyai lima ajaran asas iaitu:
1. Al-Tauhid :
Muktazilah percaya kepada Tauhid iaitu Tuhan itu satu. Mereka berbeza dari majoriti
Muslim dalam menerangkan tentang konsep Tauhid supaya selari dengan wahyu dan
akal. Contohnya majoriti mazhab dalam Islam menghadapi kesulitan dalam
menerangkan sifat Tuhan tanpa menyamakanNya dengan perwatakan manusia
(anthropomorphic) atau tidak menerangkan langsung maksud tersebut seperti yang
tertulis dalam wahyu.
[2]
Muktazilah mengatakan sifat Tuhan adalah tidak berbeza dari
zatNya. Dengan kata lain, Tuhan itu Maha Mengetahui, tetapi Tuhan itu Maha
Mengetahui kerana zatNya bukannya kerana Ia mempunyai pengetahuan yang terasing
dari diriNya. Konsep Tauhid ini diterangkan dalam hasil kerja cendekiawan Muktazilah,
hakim agung Abd al-Jabbar ibn Ahmad.
[3]

al-Qur'an ialah makhluk.
Tuhan di alam akhirat kelak tak terlihat mata manusia. Yang terjangkau mata manusia
bukanlah Ia. Mereka berdalil dengan firman Allah Taala
[4]
:
" "
yang bermaksud:
Maka Nabi Musa berkata: Wahai Tuhan ku perlihatkanlah kepadaku zat Mu yang Maha
Suci supaya aku dapat memandang kepada Mu, Allah menjawab: Engkau tidak sekali-
kali dapat melihat Ku
Mereka menafikan penglihatan itu berdasarkan kepada tafsiran mereka akan perkataan
yang menafikan masa sekarang dan akan datang.
2. Al-'Adl - Keadilan Tuhan. Dalam menghadapi masalah kewujudan kejahatan di dunia,
Muktazilah percaya kepada free will (kebebasan manusia). Kejahatan dilihat sebagai
sesuatu yang berlaku kerana kesalahan manusia dalam melakukan sesuatu. Muktazilah
tidak menafikan kewujudan kezaliman ke atas manusia kerana ini terjadi disebabkan
manusia itu menyalah gunakan free will (kebebasan) yang diberi Tuhan. Dalam
menerangkan hal ini, Muktazilah bergantung kepada doktrin taklif - iaitu hidup ini adalah
ujian Tuhan kepada manusia yang diberikan akal fikiran untuk memilih yang baik dan buruk.
Pada hari Kiamat nanti, mereka akan dihukum Tuhan atas segala nikmat yang mereka
perolehi dan tanggungjawab yang diamanahkan semasa mereka di dunia. Sekiranya
mereka ini menyalah gunakan akal fikiran yang diberi Tuhan, mereka akan dihukum di
neraka. Ini kerana Tuhan telah bersikap adil dalam menjelaskan jalan yang lurus dan jalan
yang sesat dalam kitab suciNya.
3. Al-Wa'd wa al-Wa'id - Janji dan amaran. Mereka berpendapat Tuhan tidak
akan mungkir janji iaitu memberi pahala pada muslimin yang baik dan memberi azab seksa
pada muslimin yang jahat pada hari Kiamat nanti.
4. Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn - Posisi pertengahan. Pendapat ini
dicetuskan Wasil ibn Ata yang membuatnya berpisah dari gurunya Hasan al-Basri, bahwa
mukmin berdosa besar dan tidak bertaubat, dia bukan mukmin (beriman) tetapi juga bukan
kafir (tidak beriman), statusnya boleh dipanggil fasik. Mereka ini boleh dikebumikan sebagai
Muslim, didoakan dan mengahwini Muslim. Hanya Tuhan yang akan menentukan di neraka
mana mereka ditempatkan kerana neraka itu mempunyai banyak tingkat untuk semua
golongan.
Imam Hasan al-Basri berpendapat muslim berdosa besar masih seorang mukmin
sementara golongan Khawarij mengatakan mereka kafir.
5. Al-amr bil ma'ruf wa al-nahy 'an al munkar - menyeru
kebaikan dan melarang kemungkaran. Menyeru kebaikan terdapat dua jenis, satu yang
wajib seperti tanggangjawab agama (al-faraid) apabila seseorang meninggalkannya
(dayya'aha) dan yang sunat (al-nafila) apabila seseorang meninggalkannya (tarakaha). Dan
bagi melarang kemungkaran, ia wajib kerana kemungkaran itu adalah salah (qabih). Jika
boleh, melarang kemungkaran itu mestilah jalan yang tidak menyusahkan atau menjadikan
kemungkaran itu tidak begitu teruk, dengan matlamat supaya kemungkaran itu tidak berlaku
langsung.
Tafsiran Muktazilah berbeza dengan tafsiran ulama-ulama ahli as-sunnah wal-jamaah. Di
mana muktazilah berpendapat bahawa menyuruh kepada perkara yang maruf dan
mencegah perkara kemungkaran mestilah dengan hati terlebih dahulu, kemudian dengan
lidah, kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak mencukupi dengan lidah dan tangan
maka dengan menggunakan pedang. Mereka tidak membezakan antara yang berkuasa
dengan tidak berkuasa. Mereka berdalil dengan firman Allah Taala
[5]
:
" " yang
bermaksud:
"Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang maka damaikanlah di antara
keduanya dan jika salah satu di antara keduanya berlaku zalim terhadap yang satu lagi
maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah."
Akal dan wahyu
Golongan Muktazilah mempunyai teori sendiri tentang akal, wahyu dan hubungan di antara
keduanya. Mereka menghargai kekuatan akal dan intelek manusia. Bagi golongan ini, akal manusia
membawa mereka mengenali Tuhan, sifatNya dan akhlak. Apabila pengetahuan asas ini dan
kebenaran Islam dan wahyu al-Quran dicapai, akal dan kitab suci akan menjadi sumber utama
kepada panduan dan ilmu pengetahuan orang Islam. Harun Nasution dalam Muktazilah dan
Falsafah Rasional (1997), berhujah penggunaan meluas rasionaliti oleh Muktazilah dalam
memajukan pandangan agama mereka dengan menulis: "Adalah tidak menghairankan penentang
Muktazilah seringkali menuduh Muktazilah sebagai manusia yang tidak memerlukan wahyu, bahawa
bagi mereka semuanya boleh diketahui dengan akal, dan terdapat konflik di antara akal dan wahyu,
bahawa mereka berpegang kepada akal dan meninggalkan wahyu, dan Muktazilah tidak
mempercayai wahyu. Tetapi adakah benar Muktazilah berpendapat semuanya boleh diketahui
melalui akal dan oleh itu wahyu tidak diperlukan? Tulisan-tulisan golongan Muktazilah menunjukkan
sebaliknya. Pada pendapat mereka, akal manusia tidak cukup kuat untuk mengetahui segalanya
dan kerana itu manusia memerlukan wahyu untuk sampai kepada kesimpulan berkenaan apa yang
baik dan apa yang tidak baik untuk mereka."
Posisi Muktazilah tentang peranan akal dan wahyu diterangkan dengan baik oleh Abu al-Hasan al-
Ash'ari (wafat 324 selepas hijrah/935M), seorang ahli teologi mazhab Ash'ari, dengan
mengaitkannya kepada sarjana Muktazilah Ibrahim al-Nazzam (wafat 231 selepas hijrah/845M):



Tokoh Muktazilah
Tokoh-tokoh Muktazilah yang terkenal ialah:
1. Wasil bin Ata, lahir di Madinah, pelopor ajaran ini.
2. Abu Huzail al-Allaf (751-849 M), penyusun lima ajaran asas Muktaziliyah.
3. an-Nazzam, murid Abu Huzail al-Allaf.
4. Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubbai (849-915 M).
Meskipun Muktazilah tiada lagi, namun pemikiran rasionalnya sering dibahas cendekiawan muslim
dan bukan muslim.
Lihat juga
Khawarij
Rujukan
1. Jump up Republika Online: Ensiklopedia Islam
2. Jump up Jackson, 2005
3. Jump up Diterjemahkan oleh Martin et al. (1997)
4. Jump up Muhammad bin Haji Ismail, "Penyelewengan Tafsir dalam Masyarakat di Malaysia",
Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, UKM, 2000
5. Jump up Muhammad bin Haji Ismail, 2000
Bacaan lanjut
'Abd al-Jabbar (1965). 'Abd al-Karim 'Uthman (ed.).. ed (dalam bahasa Arab). Sharh al-Usul al-
Khamsa. Cairo: Maktabat Wahba.
Abu al-Hasan al-Ash'ari (1969). M. M. 'Abd al-Hamid (ed.).. ed (dalam bahasa Arab). Maqalat al-
Islamiyin wa Ikhtilaf al-Musallin. Cairo: Maktabat al-Nahdah al-Misriyah.
Cooperson, Michael (2005). Al-Ma'mun (Makers of the Muslim World). Oxford, England:
Oneworld Publications. ISBN 1-85168-386-0.
Craig, W. L. (2000). The Kalam Cosmological Argument. USA: Wipf & Stock Publishers. ISBN 1-
57910-438-X.
Ess, J. V. (2006). The Flowering of Muslim Theology. USA: Harvard University Press. ISBN 0-
674-02208-4.
Gimaret, D. (1979). "Les Usul al-Hamsa du Qadi 'Abd al-Jabbar et leurs
commentaires". Annales Islamologiques 15: 47 96.
Jackson, S. A. (2002). On the Boundaries of Theological Tolerance in Islam: Abu Hamid al-
Ghazalis Faysal al-Tafriqa (Studies in Islamic Philosophy, V.1). Oxford: Oxford University
Press. ISBN 0-19-579791-4.
Jackson, S. A. (2005). Islam and the Blackamerican: Looking Toward the Third Resurrection.
New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-518081-X.
Martin, R. C.; M. R. Woodward, D. S. Atmaja (1997). Defenders of Reason in Islam: Mu'tazilism
from Medieval School to Modern Symbol. Oxford, England: Oneworld Publications. ISBN 1-
85168-147-7.
Nawas, J. A. (1994). "A Rexamination of Three Current Explanations for al-Ma'mun's
Introduction of the Mihna". International Journal of Middle East Studies 26 (4): 615 629.
Nawas, J. A. (1996). "The Mihna of 218 A.H./833 A. D. Revisited: An Empirical Study". Journal
of the American Oriental Society 16 (4): 698 708.
Walzer, R. (1967). "Early Islamic Philosophy". In A. H. Armstrong (ed.).. The Cambridge History
of Late Greek and Early Medieval Philosophy. UK: Cambridge University Press.ISBN 0-521-
04054-X.

Vous aimerez peut-être aussi