Vous êtes sur la page 1sur 48

Abang Long Fadil (2014)

1. Posisi penjahat bertukar selepas bertukar syot. Perhatikan kedudukan parking lot dan bangunan
yang awalnya berada di tepi penjahat dan kemudian berada di belakang penjahat pada syot
seterusnya.


2. Mamat pegang parang dah jatuhkan tangannya selepas Fadil bagi salam. Tukar syot, parang
berada di atas semula.


3. Penjahat yang ditendang Fadil hilang tiba tiba dalam syot seterusnya. CGI lupa letak la tu!


4. Dua keping papan meja hilang selepas bertukar syot.


5. Bumbung yang pecah ada semula. Lihat kedudukan bumbung yang ditendang. Ianya berada di
bawah PKB 178. Perhatikan syot akhir dan kedudukan bumbung di bawah PKB 178.


6. Kerusi kayu muncul tiba tiba di depan rumah PKB178.


7. Pagar dawai bertukar jadi pagar konkrit. Pagar yang tiada tetiba ada. Pelik kan?


8. Bayang kenderaan yang bawa kamera dikesan di hujung bawah frame.


9. Tangan Fadil sekejap di atas tangan samseng dan sekejap di bawah tangan samseng.


10. Lipatan seban di bahu berubah selepas tukar syot.


11. Ketika Fadil naik tangga, tetiba je syot seterusnya menunjukkan Fadil atas rumput semula
sebelum kemudiannya syot Fadil naik atas tangga semula. Lihat gaya berjalannya yang berbeza yang
membuktikan Fadil sedang berjalan dan bukannya menaiki tangga (gambar bawah).


12. Ketika Fadil kata oppah jahanam kau!, pedang lelaki berbaju biru yang asalnya ada atas bahu
tetiba ada di depan dada sebelum syot seterusnya, ada di atas bahu semula.


13. Serban di bahu Ustaz Abu berbeza posisi selepas tukar syot.


14. Gelas plastik tetiba muncul atas meja yang ada jam, kemudiannya hilang tiba tiba entah ke
mana.


15. Kedudukan tali tasbih yang lebih rendah dalam syot seterusnya.


16. Cermin kereta yang retak pulih tiba tiba.


17. Tali alat pernafasan berubah posisi tiba tiba selepas tukar syot.


18. Kimar tolak semua botol, tinggal serpihan hijau atas meja. Tukar syot, serpihan hijau hilang tiba
tiba.


19. Adegan Kimar lempar Adam adalah fully CGI. Menakjubkan! Tapi, dalam gerak perlahan, anda
akan perasan yang Kimar versi CGI lebih ramping, rambut lebih berkilat, baju yang tidak berkedut dan
tidak mirip pelakon yang sebenar. Tapi, bangga dengan CGI yang bervisi sebegini!
Transformers 3: Dark Of The Moon (2011)

1. Bayang krew dapat dilihat sedang mengawal dolly (alatan kamera) di kereta Presiden.


2. Bayang equipment pula dapat dilihat sebelum pintu kereta dibuka.


3. Rambut Carly yang curly tiba tiba jadi lurus selepas dia naik atas katil.


4. Malah, rambut Carly yang berada di kanan bahunya tiba tiba berada di belakang secara tiba tiba selepas
bertukar syot. Rambut Carly berada di kanan bahunya semula semasa dia tunduk ke dada Sam.


5. Semasa Carly peluk Sam, bunny berada di tepi bantal. Namun, syot seterusnya, bunny tersebut tiba tiba
berada dekat dengan telinga Sam.


6. Kedudukan tiga gambar mak ayah Sam berubah kedudukan secara tiba tiba selepas beberapa syot.


7. Tangan Sam tiba tiba kosong semasa dia ambil kotak sedangkan awalnya dia memegang Wheelie (CGI
Wheelie terlupa buat la tu.. haha)


8. Wheelie duduk di atas tengah sofa. Bila dia hendak bangun, syot seterusnya menunjukkan dia bangun dari
bahagian tepi sofa.


9. Semasa Soundwave tembak, cermin kereta tak pecah. Kita dapat lihat hanya satu kesan tembakan saja di
cermin. Tetapi, ketika Soundwave keliling kereta dan mendarat, lubang besar di kereta tiba tiba terbentuk.


10. Once again, kamera dan kereta krew kelihatan mengekori kereta mak ayah Sam.


11. Semasa Megatron dalam mood treler pertama kali muncul, ada pokok di belakangnya. Di tanah pula ada
rumput yang lebat. Namun, semasa dia tukar mood, rumput jadi jarak jarak dan pokok tidak kelihatan kerana
asap muncul tiba tiba entah dari mana. Malah, mood treler (yang memang menggunakan treler sebenar) lebih
kotor. Semasa hendak bertukar mood, treler (yang adalah CGI) nampaknya suci berbanding semasa awalnya.


12. Semasa Carly datang pejabat Sam, dia bawa Carly masuk meeting room. Sam edar file atas meja. Sampai ke
laptop Lenovo, Sam masih pegang failnya. Namun, between syot, korang akan tengok fail di tangan Sam
sekejap di tangannya dan sekejap di atas meja dan diselak selak Sam.


13. Semasa Carly cakap tentang Mercedes SLS AMG, Sam taip. Ada 3 fail di tepi kanan Sam. Namun, 3 fail
tadi hilang semasa Sam cakap you drove this here?Malah posisi fail juga sudah berubah secara tiba tiba.


14. Bayang kenderaan yang membawa kamera untuk mengekori kereta Sam dapat dilihat di atas jalan semasa
kereta Sam membelok ke NEST.


15. Semasa Carly di luar NEST, dia pakai kasut tumit tinggi. Tetapi, lepas tentera bagi Sam dan Carly masuk
NEST, kasut Carly tetiba bertukar jadi kasut but (tumit tebal).


16. Lennox garu belakang dan dari posisi cekak pinggang, tangannya kemudian dijatuhkan. Namun, tukar je
syot, tiba tiba dia dalam posisi cekak pinggang semula secara tiba tiba.


17. Semasa seorang tua jatuhkan penukul di sebelah Agent Simmons, kedudukan penukul berbeza daripada syot
awal semasa orang tua tersebut ambil penukulnya semula.


18. CGI Bumblebee tertinggal menyebabkan Bumblebee tidak kelihatan dalam satu syot ini (rujuk gambar atas).
Mana mungkin Bumblebee yang memenuhi kawasan belakang Simmons tidak kelihatan sedikit pun.


19. Decepticons lompat dan menyebabkan papan tanda jalan jatuh menegak ke hadapan. Tulisannya jadi
terbalik. Namun, syot seterusnya menunjukkan papan tanda tersebut tiba tiba membentuk tanjak sebelum
menegak semula selepas syot lompatan kereta.


20. Semasa dua Decepticons buat lompatan dan transform, papan tanda kembali jadi terbalik (perhatikan
perkataan MILE yang terbalik). Namun, semasa syot driver Simmons cuba hidupkan enjin kereta, papan tanda
yang membentuk tanjak tiba tiba muncul (perhatikan perkataan AURORA yang tidak terbalik) semula.


21. Bumper belakang kereta merah ini yang tidak terkena sedikit pun semasa pertarungan Decepticon dengan
IronHide ini tiba tiba terbuka dan remuk secara tiba tiba.


22. Posisi kereta merah berubah kedudukan. Semasa pertarungan, posisi kereta merah berada di antara garaj dan
sebuah bangunan putih. Namun, semasa Decepticon ditolak masuk garaj, Ironhide tolak kereta tersebut dari
kawasan simpang lain (dimana pertarungan berlaku dan kedudukan sebenar kereta merah tadi) ke kawasan yang
berlaku pertarungan. Lihat bangunan putih (tempat pertarungan dan kedudukan asal kereta merah) yang berada
di simpang lain semasa letupan berlaku di dalam garaj.


23. Mood treler Megatron selepas kapal angkasa Autobot ditembak berbeza dengan mood trelernya semasa di
Afrika. Dalam mood treler Megatron semasa dia di Chicago, tiada besi tajam di atas bumbung.


24. Semasa Epps halang Sam supaya tak teruskan rancangan untuk selamatkan Carly, dia tarik Sam dan Sam
lepaskan beg ke pegangannya. Syot seterusnya, begnya berada di bahunya semula secara tiba tiba.


25. Kepala Sam terkeluar dari sebalik tempat persembunyiannya. Mana mungkin maid tu tak nampak kepala
Sam yang terbonjol keluar tu.


26. Semasa tentera keluar dari pesawat dalam kekalutan, bayang kamera/krew kelihatan pada seorang tentera.


27. Semasa meja besar jatuh di sebelah Shockwave, korang akan perhatikan ada gelas putih yang jatuh dan
kedengaran bunyi kaca pecah. Lepas tu, syot tunjukkan Epps yang bertahan di bangunan yang senget. Syot
seterusnya menunjukkan gelas tersebut ada kembali, dah jatuh semula secara perlahan. CGI dan editing yang
cuai!


28. Sam alihkan begnya ke hadapan dan keluarkan alat ciptaan Wheeljack / Que. Namun, semasa dia ditarik
Starscream, begnya sudah berada di belakang secara tiba tiba.


29. Babak sebelum Sam says No, Im just a mesenger. Sebelum Sam pukul Dylan, jam menunjukkan 12.40
tghari. Lepas Sam pukul Dylan sehingga mengenai pillars, jam menunjukkan 2.20 ptg. Wow, jauh tu masanya.
Ha3


30. Semasa Dylan terkena pillars dan jatuh, jam menunjukkan 2.20 petang. Namun, syot Sam menunjukkan jam
12.15tengahari. Ha3.


31. Lagi.. semasa syot Sam lepas Dylan jatuh, jam menunjukkan jam 12.15 tengahari. Namun, semasa Autobot
datang dan musnahkan pillars, jam menunjukkan jam 11 pagi. Aiyoyo ini cerita time traveler ka dei.. kejap ke
depan kejap ke belakang


32. Tangan Carly berubah ubah kedudukan between syot. Sekejap tangannya di telinga Sam, sekejap lagi
tangannya di bahu Sam
Vikingdom (2013)

1. Darah pada muka jadi bertambah banyak selepas tukar syot.


2. Thor humban seorang penyerang ke belakang. Sebelum penyerang tu jatuh, syot bertukar. Penyerang tu
hilang entah ke mana masa penyerang kedua masuk.


3. Tombak / panah di badan beruang yang berada dalam posisi menegak dilihat condong dalam syot2 lain.


4. Masa Eric muncul dari balik pokok, satu tombak yang berada di badan beruang beralih dari sebelah kiri ke
sebelah kanan.


5. Masa Eric basuh lengan, korang akan nampak air berdarah bergerak melalui celah celah batu. Peliknya, bila
tukar syot, korang akan nampak yang batu2 tu tak ada pun di kawasan Eric basuh tangan. Darah tersebut lebih
pendek dan hanya bergerak ke arah beruang yang tersadai.


6. Visual pemandangan luar rumah Eric berubah. Dari kawasan hutan tiba tiba menjadi kawasan gunung.


7. Dua papan yang berada di depan pokok hilang selepas tukar syot.


8. Bekas atas kotak tiba tiba terbaring selepas tukar syot walaupun masa tali dibuka, bekas tu tak jatuh pun.
Masa mamat Cina tu keluar dari kotak, bekas tu ok semula.


9. Batang kayu yang ada atas kotak sekejap ada sekejap tak ada between syot.


10. Kawan Eric bergerak ikut Eric dan berada di tepi kotak. Tukar syot, dengan megahnya dia berada di
belakang kotak semula.


11. Kayu yang terjulur sedikit di tepi kain biru tu hilang selepas tukar syot.


12. Gelas Yang tiba tiba berubah posisi walaupun tak disentuh oleh sesiapa.


13. Raja Viking yang senget ke kanan tetiba senget ke kiri lepas tukar syot.


14. KANTOI: Masa Eric tikam seorang penyerang kat kepala, korang akan nampak yang tikaman tu bergerak
gerak dan tidak melekat di kepala yang ditikam. CGI yang kurang kemas.


15. Kristal tu berada di atas daratan. Tukar syot, kristal tiba tiba berada di tepi gigi air.


16. Masa Eric kena gigit, tak ada pun kesan gigit. Masa dia nak ambil horn tu, tiba tiba kesan gigit muncul di
belakangnya.


17. Masa Eric kata father, now!, horn tu tetiba ada kat gadis2 kuning tu dalam satu syot. Padahal, dalam syot
sebelum itu, horn tu dah ada kat tangan Eric.


18. Pedang ayah Eric tetiba saja meninggi selepas tukar syot.


19. Tangan Alcuin berubah posisi diantara dua syot.


20. KANTOI: Cemeti yang digunakan untuk pukul Eric tidak mengena pun belakang Eric. Jika diamati, tali
cemeti lebih pendek dari jarak / kedudukan Eric dan juga pemegang cemeti.


21. Korang akan sedar yang struktur dinding close-up dan syot satu lagi tu berbeza.


22. KANTOI: Masa Brynna bangun, ada dialog yang dia tuturkan. Tapi, bibirnya tidak bergerak. Menunjukkan
beberapa syot telah dipotong atas dasar sensitivity mungkin.


23. Rantai yang mengikat kain kat belakang Thor kemas semula selepas tukar syot lepas membelasah.


24. Penukul Thor tu jatuh betul betul depan takhta. Tukar syot, masa Thor berjalan, penukul tu jatuh jauh pulak
dari takhta.


25. Kena tikam. Darah memercik. Tapi, tukar syot, kat baju darah sikit pun xde.


26. Kapak atas tanah berubah kedudukan selepas tukar syot.


27. Masa Eric diangkat Thor sambil kaki Eric melilit leher Thor, korang akan perasan yang kedudukan penukul
Thor berubah kedudukan tiba tiba.


28. Kedudukan Brynna berubah selepas tukar syot.
KL Gangster 2 (2013)

1. Masa Malek jalan jalan di KL, ada mamat pegang kayu dan kawan dia tengah belasah orang. Mamat pegang
kayu ada di sebelah kanan orang yang dibelasah. Tukar syot, tetiba mamat pegang kayu tu ada di sebelah kiri
rakannya yang berbaju kemeja kotak.


2. Jai dengan gahnya datang kat meja sambil nak zip jaket. Tukar syot, belum sempat dia zip jaket, dia pegang
leher jaket membetulkan kolar.


3. Member Jai yang pakai baju putih hilang tiba tiba dari belakang Jai dan tiba tiba ditemui sedang membelasah
seseorang selepas tukar syot. Pantasnya dia gerak, tak sampai 1 sec! Haha


4. KANTOI: Masa Shark datang, lantainya batu. Tapi, yang peliknya, masa mak Shark berjalan pergi, pelakon
extra bergetar, macam earthquake tengah berlaku (lihat pelakon india). Menandakan yang pelantar mungkin
digunakan dalam scene ni nak bagi tinggi beberapa pelakon yang pendek. Haha..


5. Adik Malik jatuh tepi peti ais tarik kain senget ketepi. Tukar syot, kain tu jadi kemas balik atas peti ais tiba
tiba. Bila mamat tu cakap mau bayar tak mau bayar?!, kain tu senget balik. Dan syot seterusnya kemas balik.
Begitulah sampai Malik muncul di pintu.


6. Masa berjalan kot Tailong dibutang. Masuk dalam disko, tiba tiba dah terbuka.


7. Tailong sepak /pecahkan jag dan punggung jag masih melekat di atas meja di tempat yang sama. Nampak
seperti jag itu digam di meja untuk kesan pecah yang powerful!


8. Muka Jai sekejap pandang lurus dan sekejap dia pusing pandang Tailong between syot.


9. Masa Malek masuk pintu tempat Tailong, pintu tu dah nak tertutup sendiri. Tukar syot, pintu terbuka luas
semula seperti sebelum dia masuk.


10. Mamat kat belakang tu letak rokok kat mulut. Dan tangan dia menghala ke kotak rokok yang dipegang di
tangan kanan. Tukar syot, kotak rokok di tangan kanan hilang. Dan dia ambil semula rokok di mulut
menggunakan tangan kanan.


11. Dan, selepas dia buang rokok dari mulut, tiba tiba saja rokok tadi ada di mulutnya semula dan dia tengah
bakar rokok tersebut dengan enaknya. Haish


12. Rambut Shark ada atas kolar tiba tiba lepas tukar syot.


13. Rambut ibu Shark juga sedikit ketengah dada selepas dia call Tailong.


14. Masa helicopter nak mendarat, dua orang yang berada di tepi Jai hilang entah ke mana dalam syot
seterusnya. Mereka kelihatan sedang buka pintu heli utk Tailong. Tapi, bila masa pula mereka jalan pergi ke
sana?


15. Lengan Ajib tiba tiba saja terkeluar dari kereta selepas tukar syot.


16. Dada sebelah kanan Tailong terselak tiba tiba selepas tukar syot. Bila Tailong bagun dari baring, barulah
baju tu tutup semula dada sebelah kanan. Malah kedudukan Tailong yang awalnya berada di atas buah dada
Zati, berubah kedudukan berada di atas perut.


17. Malah, baju Zati yang diselak berada atas dadanya semula sebelum Tailong selesai rogol.


18. Tailong baring di tempat berbeza diantara syot. Lihat kedudukan bunga di atas karpet. Berbeza between
syot.


19. KANTOI: Krew / siapa saja yang sedang menonton pembikinan adegan ini kelihatan di badan kereta yang
dipandu Malek. Nak lihat? Slow-mo lah!


20. Bayang motor Jai berubah ubah between syot. Kemungkinan syot ini dirakamkan dalam masa yang agak
panjang.


21. KANTOI: Korang akan nampak lengan dummy yang digunakan sebagai pengganti manusia dalam adegan
kereta terbalik itu menari nari / bergoncang goncang dalam kereta. Kalau terkeluar terus, malu! Haha

Vous aimerez peut-être aussi