Vous êtes sur la page 1sur 1

Soaljawab 55

(30/7/1998)
--------------------------------------------------------------------------------
Asal kejadian syaitan dan iblis
--------------------------------------------------------------------------------
Apakah asal kejadian syaitan dan iblis?
------------------
mailto:z81935@mbox2.singnet.com.sg
--------------------------------------------------------------------------------
Jawapan
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Bila kita menyebut tentang syaitan dan iblis, tidak sempurna rasanya jika tidak
disebut sekali gandingannya iaitu jin.
Para ulamak berbeza pendapat mengenai asal-usul jin, syaitan dan iblis. Hasan al
-Basri berpendapat bhawa jin adalah anak iblis, manakala manusia adalah anak Ada
m. Sebahagian dari mereka (jin) ada yang beriman dan ada yang kafir. Yang kafir
itu disebut sebagai syaitan.
Ibnu Abbas pula berpendapat bahawa jin itu adalah anak jaan (jin). Mereka bukanl
ah dari kalangan syaitan. Mereka akan mati, sebahagiannya mukmin dan sebahagiann
ya kafir. Syaitan pula adalah anak iblis. Mereka tidak akan mati kecuali bersama
iblis.
Qatadah berkata bahawa dari kalangan jin itu ada syaitan dan dari kalangan manus
ia juga ada syaitan.
Al-Dumairi berpendapat bahawa yang masyhurnya ialah semua jin itu dari zuriat ib
lis. Mereka yang kufur dari kalangan jin disebut sebagai syaitan.
Menurut al-Marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadil Haq (bekas Syeikh al-Azhar), Iblis
adalah 'abu syaitan' (bapa syaitan). Jika malaikat adalah tentera Allah yang men
gajak kebaikkan, iblis dan syaitan adalah sebaliknya. Mereka adalah musuh Allah
yang menyeru ke arah kejahatan dan kerosakkan. Syaitan ialah golongan yang angk
uh dan derhaka dari alam jin. Mereka adalah dari kalangan jin juga.
Kembali kepada persoalan tentang asal kejadian syaitan dan iblis juga jin -, mer
eka ini diciptakan dari api. Ini dijelaskan oleh firman Allah Taala di dalam sur
ah al-Hajar: 26 &27.
Wallhu a'lam
Rujukan
Al-Quran
Buhus Wa Fatawa Islamiah Fi Qadhaya Mu'asharah - al-Marhum Syeikh Jadul Haq Ali
Jadil Haq

Vous aimerez peut-être aussi