Vous êtes sur la page 1sur 11

Persatuan ini telah berkembang pesat di Taman Rumah Awam Air molek.

Walau bagaimanapun
terdapat masalah yang dihadapi oleh persatuan Seni Silat Wira Melayu Melaka pada era moden ini
ialah kesukaran mencari golongan remaja melayu yang meminati seni pertahankan diri bangsa
mereka sendiri. Pengkaji mendapat maklumat bahawa persatuan ini mempuyai 40 orang ahli yang
terdiri daripada lelaki seramai 25 dan perempuan 15 orang pada tahun ini. Oleh sebab itu beliau
ingin mencari ahli baru untuk menyertai persatuan seni silat ini. Kebanyakan ahli persatuan ini keluar
daripada persatuan kerana melanjutkan pelajaran serta bekerja.Menurut Encik Zainon golongan
remaja ketika ini lebih gemar membanggakan seni pertahanan diri bangsa lain seperti muay thai,
taekwando dan wushu. Selain itu golongan remaja ini beranggapan mempelajari silat sudah
ketinggalan zaman serta tidak sesuai untuk dipelajari pada masa kini. Sehubungan itu beliau juga
memberitahu terdapat segelintir ibubapa yang berpandangan negatif terhadap seni silat ini kerana
bagi mereka ia sesuatu perkara yang membuang masa dan tenaga serta tidak mendatangkan
sebarang kebaikan kepada kehidupan dan masa depan anak-anak mereka. Kekurangan ahli dalam
persatuan ini akan memberi kesan seperti kesukaran untuk menyertai pertandingan silat yang
dipertandingkan kerana ahli yang tidak mencukupi dari segi umur dan jantina.


Seterusnya ialah masalah kewangan yang dihadapi oleh persatuan silat ini. Antaranya ialah
kesukaran untuk mendapatkan bantuan kewangan ketika hendak membeli alatan silat yang baru
bagi menggantikan peralatan yang lama seperti tekpi,parang dan kayu. Beliau memberitahu bahawa
alatan silat yang lama perlu diganti kerana tidak selamat digunakan kerana boleh mendatangkan
kecederaan semasa latihan silat. Selain itu pada zaman moden ini kebanyakan harga alatan silat juga


agak mahal kesan daripada kenaikan harga barang yang lain. Kadangkala Encik Zainon terpaksa
menggunakan wang poket sendiri untuk membeli alatan silat serta memohon sumbangan daripada
ibubapa jika wang tersebut tidak mencukupi. Di samping itu persatuan ini tidak dapat menyertai
pertandingan yang berada di luar melaka kerana masalah kewangan seperti pengangkutan,makanan
serta tempat penginapan. Selain itu disebabkan masalah kewangan ini ibubapa tidak mahu
menghantar anak-anaknya menyertai persatuan ini kerana bimbang akan membebankan kewangan
mereka sendiri kerana persatuan ini sering memohon sumbangan ikhlas sewaktu ingin melakukan
sesuatu aktiviti atau program.Justeru itu, ini juga memberi kesan kepada kekurangan ahli Persatuan
Seni Silat Wira Melayu Melaka. Encik Zainon juga memberitahu pengkaji bahawa sukar untuk
mendapat penaja daripada pihak yang berwajib kerana lokasi persatuan ini jauh daripada bandar
dan jarang mendapat perhatian daripada media serta akbar Melaka Hari Ini.



Beliau turut memberitahu kesukaran mendapatkan guru silat yang berkaliber pada zaman ini. Ini
berlaku kerana kebanyakan persatuan yang mengajar silat tidak mengenakan sebarang bayaran
kepada ahli-ahli silat. Sehubungan itu guru silat yang mengajar tidak dibayar gaji. Beliau ingin
mencari guru silat yang yang ikhlas mencurahkan ilmu persilatan kepada bangsa mereka sendiri. Di
samping itu beliau juga memberitahu pengkaji bahawa terdapat guru silat yang berminat tetapi
meminta gaji yang tidak sepatutnya. Oleh sebab ini beliau masih mengajar silat walaupun usia
mencecah 68 tahun kerana mengalami masalah kewangan. Ahli-ahli silat persatuan ini juga
menyokong keyataan yang diberikan oleh Encik zainon sendiri. Beliau bimbang mengenai faktor usia
yang sudah meningkat serta risau generasi kini yang hampir lupa akan sejarah pertahankan diri

bangsa mereka sendiri yang telah lama bertapak di Malaysia sejak zaman kesultanan melayu melaka
lagi. Beliau juga menambah kebanyakan guru silat muda kini lebih gemar memandang wang serta
harta daripada ingin mengekalkan sejarah bangsa mereka sendiri. Selain itu beliau beranggapan
guru silat sekarang bukan guru silat hebat dan berkaliber seperti dahulu yang lebih mementingkan
seni pertahankan diri ini daripada wang ringgit.






















Akhir sekali pengkaji ingin merumus tentang Persatuan Silat Wira Melayu Melaka yang
dijalankan di Taman Rumah Awam Air Molek Melaka. Kajian ini dalah mengenai asal usul Persatuan
seni Silat Wira Melayu Melaka yang berada di lokasi kajian. Persatuan seni silat ini sudah bertapak
selama 8 tahun di lokasi tersebut. Oleh itu persatuan ini sudah dikenali penduduk taman yang
berdekatan dengan tempat lokasi pegkaji. Seterusnya pegkaji ingin mengetahui perkembangan
persatuan ini yang awalnya ditubuhkan di Kampung Pengkalan Lama Durian Melaka pada tahun
1975 dan telah berpindah ke lokasi baru yang kini berada di Taman Rumah Awan Air Molek. Sejak
berpindah ke lokasi baru persatuan Ini telah mempuyai logo serta makna yang tersendiri. Tujuan
logo ini dibuat adalah untuk memudahkan orang ramai mengenali persatuan ini dengan lebih mudah.
Di samping itu persatuan ini juga mempuyai Blog yang dibuat oleh anak didik Encik Zainon yang kini
menjadi guru silat di Terangganu.Tujuan blog ini dibuat adalah untuk memberitahu dan
memperkenalkan persatuan ini di negeri-negeri yang lain. Selain daripada itu ialah masalah dan
cabaran yang dihadapi oleh persatuan ini semasa perkembangannya. Masalah yang sering dihadapi
oleh persatuan ini ialah masalah kewangan yang memberi kesan kepada aktiviti persatuan ini
seperti tidak dapat menyertai pertandingan silat yang berada di luar lokasi melaka serta tidak
mempuyai wang yang mencukupi untuk membeli alatan yang silat yang baru seperti gambit,parang
dan tekpi.









Kesimpulanya asal usul persatuan silat ini telah ditubuhkan pada awal tahun 1975 di kampung
Pengkalan lama Tengah Durian Daun Melaka. Pengasas persatuan ini merupakan Encik Zainon bin
Baba yang kini masih menjadi guru silat di Rumah Awan Air Molek Melaka. Beliau sudah hampir 45
tahun terlibat dalam seni silat ini yang dipelajari daripada ayahnya sendiri semasa masih kecil.
Beliau menubuhkan persatuan ini kerana minat serta dorongan daripada keluarganya. Selain itu
persatuan silat ini juga mengalami perkembangan yang pesat. Ini kerana selepas berpindah ke air
molek pada tahun 2007 persatuan ini telah mencipta logo silat serta mempuyai makna yang
tersendiri. Persatuan silat ini juga mempuyai beberapa cawangan iaitu Semabok, Bukit Rambai dan
Kuala Terengganu. Seterusnya pada tahun 2012 gelanggang rasmi persatuan silat ini telah
dirasmikan Oleh Datuk Mohd Ali Bin Rustam. Persatuan Seni Silat Wira Melayu juga mengalami
masalah seperti tiada peruntukan kewangan yang menjadi faktor segala aktiviti yang dirancang tidak
dapat dijalankan dengan jayanya. Selain itu golongan remaja zaman sekarang tidak berminat
dengan seni silat bangsa mereka sendiri. Di samping itu golongan remaja ini beranggapan seni
pertahankan diri ini tidak harus dipupuk kerana sudah ketinggalan zaman.

Akhir kata, pengkaji berharap agar persatuan seni silat ini akan terus berkembang dan dikenali
ramai orang tidak kira dalam dan luar negeri melaka. Selain itu pengkaji menyeru anak muda
sekarang agar tidak melupakan seni pertahankan diri bangsa kita sendiri. Seterusnya berharap agar
Encik Zainon akan terus memperjuangkan seni silat ini agar persatuan ini akan terus maju dan
menjadi contoh kepada guru silat muda yang baru menubuhkan persatuan mereka sendiri.




Nota hujung

1. Temu bual dengan Encik zainon Bin Baba pada 10.1.2014 , bertempat di rumah beliau
sendiri. ( mengenai asal usul persatuan silat)
2. Temu bual dengan anak beliau sendiri iaitu Mohd Syafik Bin Zainon pada 17.1.2014 , malam
di gelanggang silat persatuan ini. ( mengenai perkembangan persatuan silat ini)
3. Temu bual dengan beliau dengan anggota silat lain pada 24.1.2014 ,bertempat di rumah
beliau sendiri. ( mengenai masalah yang dihadapi persatuan ini)






































BIBLIOGRAFI


1. Sumber premier

Temuramah :

I ) Nama : Encik Zainon Bin Baba.

Jawatan : Guru Silat Persatuan Seni Silat Wira Melayu Melaka.

Umur : 57 tahun

ii) Nama : Mohd Syafik Bin Zainon.

Status : Anak kepada guru silat.

Umur : 19 tahun



2. Sumber Sekunder :
i) Siswirama.Blogsport.com












Lampiran

Vous aimerez peut-être aussi