Vous êtes sur la page 1sur 6

1

Penghargaan
Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
telah memberi bantuan dalam melaksanakan dan menjayakan projek kajian
tindakan serta menyiapkan laporan ini.
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah
yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4 SJKC Kepong. Seramai 15 orang murid di
dalam kelas tersebut, namun kajian ini hanya ditumpukan kepada 5 orang murid
dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal dan ujian pra. Hasil tinjauan
menunjukkan beberapa orang murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan operasi
darab dua nombor dengan dua nombor kerana kecuaian dan kesilapan dalam
penyusunan nombor sewaktu menyelesaikan operasi darab. Seseorang murid tidak
akan menguasai kemahiran tersebut jika tidak diberi bimbingan dan pemulihan
seterusnya. Kajian tindakan ini telah sedikit sebanyak meningkatkan kemahiran
mengira di kalangan murid-murid. Ini secara tidak langsung membantu dalam
proses peningkatan pengiraan murid serta menambahkan keyakinan dan minat
murid terhadap matematik. Aktiviti-aktiviti seperti pengukuhan atau pengayaan
telah diberi kepada murid untuk menguasai kemahiran pengiraan ini.

2

1.0) Refleksi Pegajaran dan Pembelajaran Lalu
Tahun 4 sekolah ini mempunyai 15 orang murid. Daripada jumlah ini,
didapati 5 orang daripadanya menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran
operasi darab yang diajar. Perkara ini berlaku adalah disebabkan tidak mempunyai
rangsangan positif yang boleh menggerakkan murid-murid menghafal sifir dengan
betul semasa proses P&P dijalankan. Sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan dari
awal, murid-murid akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembelajaran di
dalam topik-topik lain yang melibatkan operasi darab.

2.0) Fokus Kajian
Fokus kajian adalah menjurus kepada masalah menyelesaikan masalah
mendarab dua digit dengan dua digit. Saya telah menganalisa soalan-soalan ujian
sekolah (UPPM 1) dan didapati faktor yang menyebabkan murid menghadapi
masalah mendarab dua digit dengan dua digit adalah disebabkan kecuaian dan
kesilapan dalam penyusunan nombor semasa menyelesaikan operasi darab.

3.0) Objektif Kajian
3.1) Objektif Umum
Secara amnya, kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid-murid
meningkatkan kemahiran menyelesaikan soalan matematik dalam operasi darab
dua digit dengan dua digit dengan tepat dan cepat.
3

3.2) Objektif Khusus
Secara khususnya, kajian tindakan ini dapat:
1. Membantu murid-murid yang lemah agak dapat menguasai kemahiran
mengira soalan matematik dalam operasi darab dua digit dengan dua
digit.
2. Menimbulkan minat murid dalam mata pelajaran matematik.
3. Membina keyakinan diri dan seterusnya melahirkan murid-murid yang
kreatif.
4. Meningkatkan peratus murid yang dapat mengusai kemahiran mengira
dan meningkatkan peratusan kelulusan matematik tahun 4 .

4.0) Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran kami terdiri daripada 5 orang murid Tahun 4 yang
didapati lemah dalam menyelesaikan soalan matematik operasi darab dua digit
dengan dua digit.

5.0) Pelaksanaan Kajian
5.1) Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan
pemerhatian, ujian pra , ujian pos dan soal selidik.

4

5.2) Pemerhatian
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap
masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut.

5.3) Mengenalpasti masalah
Memberi soalan latihan matematik kepada murid yang lemah dalam mata
pelajaran matematik.

5.4) Ujian Pra
Set ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan
penguasaan dan kefahaman mereka terhadap kemahiran penyelesaian soalan
operasi darab dan secara tidak langsung dapat mengesan kelemahan penguasaan
sifir darab di kalangan murid-murid. Ujian pra ini mengandungi 10 soalan
berkaitan fakta asas darab yang melibatkan soalan darab dua nombor dengan dua
nombor .

5.5) Sesi Temubual
Sesi temubual diadakan setelah menjalankan Ujian Pra. Tujuannya ialah
untuk mendapat maklum balas murid mengenai masalah yang mereka hadapi
semasa menjawab soalan Ujian Pra.
5

5.6) Sesi Rawatan
Sesimrawatan dijalankan selama 3 minggu selepas itu. Ujian ini terdiri
daripada 10 soalan matematik dalam operasi darab.

5.7) Menganalisis Data
Menyediakan jadual perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos untuk menilai
keberkesanan kajian ini.
MENGANALISIS DATA

5.8) Refleksi Kajian
Pencapaian murid dalam Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2 menunjukkan
peningkatan yang agak ketara. Masih terdapat murid yang gagal dalam ujian pos 1
dan pos 2. Ini adalah kerana murid itu mengalami masalah belajar dan kurang
Bil Nama murid Ujian
Pra
Sesi
Rawatan
Sesi
Rawatan
Sesi
Rawatan
Ujian
Pos 1
Ujian
Pos 2
1 Gan Min Shen 8/10 9/10 21/21 11/12 10/10 25/25
2 Muhammad Najmi 2/10 2/10 10/21 6/12 4/10 13/25
3 Tan Yong Jian 3/10 5/10 13/21 9/12 7/10 16/25
4 Tan Pei Wen 4/10 6/10 16/21 10/12 8/10 19/25
5 Teh Hui Mei 3/10 4/10 15/21 10/12 6/10 12/25
6

membuat latihan di rumah. Saya harus lebih bertegas terhadap murid yang agak
malas dan bersikap sambil lewa. Murid-murid tersebut akan diberi bimbingan dan
pemulihan dari semasa ke semasa.

6.0) Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Murid-murid akan menjalani ujian bulanan dan aktiviti-aktiviti pengukuhan
atau pengayaan. Saya dan murid-murid akan membincangkan jawapan sebagai
langkah pengukuhan. Setiap kali waktu matematik, saya akan mengingatkan
murid-murid supaya membaca dengan teliti dan memikir baik-baik semasa
membuat pengiraan.

Vous aimerez peut-être aussi