Vous êtes sur la page 1sur 9

1.

Kata Adjektif Sifatan/Keadaan


Contohnya: baik,lemah, jahat, kasar
Contoh ayat
Pelajar yang pandai akan berjaya dalam
hidupnya

Ayat ini menunjukkan kata adjektif sifatan. Perkataan pandai menunjukkan sesuatu sifat dalam
kata adjektif sifatan.

a. Budak baik selalu dipuji.
b. Orang itu curiga terhadap kejujuran kita.
c. Anak guru itu amat cerdik.
d. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya.
e. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan gopoh.
f. Kesemua ahli pasukan itu lemah.
g. Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya amat kasar.
h. Pegawai tentera itu sungguh berani.
i. Murid-murid itu amat takut akan anjing garang itu.
j. Pelatih-pelatih baharu itu cukup sihat.

2. Kata Adjektif Warna.
Contohnya: merah, ungu, putih, kelabu
Contoh ayat
Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu
Ayat ini menunjukkan kata adjektif warna. Perkataanhijau menunjukkan sesuatu sifat warna
dalam kata adjektif.

a. Baju merah itu kepunyaanku.
b. Tubuhnya diselimuti kain putih.
c. Warna biru kegemaran ibu.
d. Daun-daun hijau tiada lagi di pokok itu.
e. Warna perang tidak begitu digemari orang.
f. Warna pakaian seragam kami ungu.
g. Ayah suka bersongkok kelabu.
h. Ayam jantan itu berbulu hitam.
i. Warna kuning warna diraja.
j. Selendang kakak berwarna jingga.





3. Kata Adjektif Ukuran
Contohnya: panjang, rendah, pendek, tebal
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Jambatan panjang itu baru siap didirikan
Ayat ini menerangkan kata adjektif ukuran. Perkataan panjang menunjukkan ayat ini berbentuk
kata adjektif ukuran

a. Jambatan panjang itu baru didirikan.
b. Pahlawan itu sentiasa berkeris panjang ke mana-mana sahaja dia pergi.
c. Bilik kecil itu mudah diurus.
d. Ayahnya bertugas di Pejabat Pos Besar.
e. Ketua pasukan itu tinggi orangnya.
f. Anaknya masih belajar di sekolah rendah.
g. Orang Eskimo sentiasa berbaju tebal kerana iklim negeri itu sejuk.
h. Lukanya dibalut dengan kain nipis.
i. Orang kerdil itu sedang berlakon.
j. Pokok itu renek kerana kekurangan baja.

4. Kata Adjektif Bentuk
Contohnya: Bulat, bengkok, lonjong, lurus
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Kemerdekaan Negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat.
Ayat ini menunjukkan kata adjektif bentuk. Perkataanbulatmenunjukkan ayat ini ialah kata
adjektif bentuk.

a. Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat.
b. Bola ragbi berbentuk lonjong.
c. Kotak hadiah itu empat segi bujur.
d. Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu.
e. Gasing leper kesayangannya telah pecah.
f. Jalan bengkok ke kota itu telah ditutup.
g. Garis lurus itu menembusi dua titik.
h. Perut Si Luncai buncit.
i. Tayar kempis itu segera ditukarnya.
j. Pemuda itu mudah dicam kerana berdagu lekuk.

5. Kata Adjektif Waktu
Contohnya:
Baharu, lampau, lama, lewat
Contoh pengguaannya dalam ayat:
Ali ke kedai untuk membeli baju baharu.
Ayat ini menunjukkan kata adjektif waktu. Perkataan dalam baharu menunjukkan waktu yang
diterangkan.


a. Ali ke kedai untuk membeli baju baharu.
b. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki.
c. Kanak-kanak suka makan makanan segera.
d. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk.
e. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.
f. Usah dikenang waktu yang lampau.
g. Mereka segera pulang kerana hari sudah lewat.
h. Ketibaan bas itu lebih cepat daripada jadualnya.
i. Jam dinding itu lambat setengah jam.
j. Tarikh pemergiannya terlalu awal.

6. Kata Adjektif Jarak
Contohnya: jauh, hamper, dekat, nyaris
Contoh penggunaan dalam ayat:
Rumah yang ditujui itu sungguh jauh
Ayat ini menunjukkan kata adjektif jarak. Perkataan jauh menunjukkan jarak yang diterangkan

a. Rumah yang dituju itu sungguh jauh.
b. Tempat kejadian itu dekat sekali dengan rumah saya.
c. Rumahnya paling hampir dengan sekolah.
d. Kawan rapat saya belajar di luar negara.

7. Kata Adjektif Cara
Contohnya: cepat, lincah, deras, gopoh
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Tindakbalas orang tua itu sungguh cepat.
Ayat ini menunjukkan kata adjektif cara. Perkataan cepat menunjukkan cara yang diterangkan

a. Tindak balas orang tua itu sungguh cepat.
b. Pengaliran air sungai itu sungguh deras.
c. Motosikal laju itu direka khas untuk perlumbaan.
d. Orang lambat selalu rugi.
e. Pemain lincah itu berasal dari utara.
f. Gerak-gerinya amat perlahan.
g. Kemalangan jalan raya pada tahun ini amat sering berlaku.
h. Taklimat projek yang disampaikannya sangat jelas.
i. Dia gopoh dalam menjawab soalan peperiksaan.
j. Orang itu selalu benar datang ke sini.





8. Kata Adjektif Perasaan
Contohnya: Rindu, berahi, benci, ragu, gembira
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Dia amat rindu akan emaknya
Ayat ini menunjukkan kata adjektif perasaan. Perkataan rindu menunjukkan perasaan yang
diterangkan

a. Dia amat rindu akan emaknya.
b. Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya.
c. Gadis itu amat segan untuk bertanya.
d. Dia suka sungguh dengan perangai pemuda itu.
e. Anak kecil itu gembira sekali dengan permainan itu.
f. Kami semua amat kasih akan guru itu.
g. Anak raja itu berahi akan Puteri Bongsu.
h. Dia masih ragu terhadap kejujuran pembantunya.
i. Setiap rakyat harus cinta pada tanah airnya.
j. Ketua pejabat itu marah terhadap kecuaian keraninya.

9. Kata Adjektif Pancaindera
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep rasa,
pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata
nama. Contohnya:

Indera rasa: sedap, pahit, manis, masin
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Masakan sedap tidak semestinya terdapat di kedai

Indera Pandang: cantik, buruk, molek, tampan
Contoh penggunaannya dalam ayat
Pemandangan di pinggir laut itu sungguh cantik

Indera dengar: Bising, mersik, merdu, serak
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Bunyi bising itu datang dari biliknya.

Indera bau: harum, tengik, wangi, semerbak
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Bedak sejuk itu harum baunya

Indera sentuh: halus, kesat, licin, lembap
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Kain halus itu hasil tenunan tangan

Gabungan indera:
bersih (sentuh + pandang + bau)
selesa (sentuh + pandang)
tenteram (dengar + pandang)
Contoh penggunaannya dalam ayat:
Islam menggalakkan orang memakai pakaian bersih

a. Masakan di kedai itu tidak semestinya sedap.
b. Minuman itu sungguh manis.
c. Mereka akan menyediakan makanan lazat.
d. Buah mempelam muda itu masam sungguh.
e. Pisang muda itu kelat rasanya.
f. Ubat pahit itu untuk demam malaria.
g. Air perigi di rumah saya sangat payau.
h. Dia suka makan air tawar.
i. Masakan ini terlalu masin.
j. Gulai itu tidak lemak kerana kekurangan santan.
Bahasa Malaysia
II. Bentuk Kata Adjektif

i. Kata adjektif tunggal

Menurut Nik Safiah Karim (2003) sebahagsian besar kata adjektif dalam bahasa Melayu
terdiri daripada kata tunggal. Kata adjektif membawa pengertian yang berkaitan deng
sifat-sifat tertentu. Bentuk-bentuk kata adjektif yang demikian terhasil daripada bentuk
kata dasar, iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan, atau tanpa mengalami
proses-proses lain seperti penggandaan. Kata adjektif tunggal mudah digunakan dalam
ayat sebagai penerang kata nama, dan menerima sama ada kata Bantu dan kata
penguat atau tidak menerima unsur-unsur tersebut. Contohnya
i. Warna kuning digemari oleh kakaknya.

ii. Cara hidup seniman itu amat sederhana.

iii. Pada malam ini bulan sungguh terang

ii. Kata adjektif terbitan
Bagi kata adjektif, misalnya, penggolongan kata dilakukan berdasarkan fungsi atau
tugasnya di dalam ayat. Oleh itu, kata adjektif didefinisikan sebagai kata yang
menerangkan nama. Ini menunjukkan bahawa kriteria yang digunakan dalam
menggolongkan kata ini tidak tekal. Disebabkan kriteria tradisional ini kurang saintifik
sifatnya, maka kini beberapa kriteria lain digunakan, iaitu penggolongan kata
berasaskan kriteria formal (bentuk kata) dan kriteria fungsian atau sintaksis (tugas dan
distribusi kata).
Berdasarkan ciri morfologi, penggolongan kata diteliti dari aspek imbuhan, iaitu
imbuhan dijadikan ciri bagi menunjukkan keanggotaan sesuatu kata ke dalam golongan
tertentu. Contohnya bagi kata nama, imbuhan yang biasanya membentuk kata nama
ialah imbuhan peN-, per-...-an, pe-...-an, ke-...- an dan -an (Asmah Hj. Omar 1962).
Oleh itu, imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar, akan membentuk kata
terbitan yang tergolong dalam kata nama. Menurut Asraf Abdul Wahab (1978), imbuhan
merupakan penanda bagi sesuatu golongan kata. Nik Safiah Karim et al. (1989) juga
menjadikan imbuhan sebagai salah satu kriteria penggolongan kata, iaitu setiap
golongan kata mempunyai imbuhannya yang tersendiri. Contoh: Kata Adjektif Awalan
Akhiran Apitan Sisipan ter- ke-...-an -else- -er- -em- Nik Safiah Karim menggunakan
kriteria makna dan fungsian.

iii. Kata adjektif ganda
Definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian
daripadanya diulang. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh
mendahului atau mengikuti dasarnya. Penggandaan penuh - proses yang
menggandakan keseluruhan kata ganda.Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar
dan kata terbitan. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
Kata dasarnya boleh mengambil bentuk kata nama, kata adjektif, kata kerja, atau kata
keterangan. Kata ganda seluruh digabungkan dengan tanda sempang (-). (Arbak
Othman 1985)

Penggandaan separa pada kata dasar yang berimbuhan adalah merupakan
penggandaan separa yang berlaku dengan hanya mengulangi kata dasar dan tidak
melibatkan imbuhan.Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan
boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata
dasar.Penggandaan Separa Berimbuhan dengan Awalan. Penggandaan
separa berimbuhan dengan awalan ialah kata ganda yang mempunyai imbuhan di
hadapan kata dasarnya.

Asmah (2009) menyatakan penggandaan berima berlaku untuk kata nama, kata kerja,
kata sifat (adjektif) dan adverb. Beberapa contoh kata adjektif yang mengalami
penggandaan berima iaitu lekak-lekuk, remuk-redam, bengkang-bengkok, hiruk-pikuk,
terang-benderang,

licin-lican, herot-perot, hingar-bingar, hina-dina, huru-hara dan senang-lenang (Abdullah
2008). Nik Safiah Karim (2006) memberikan contoh seperti kacau-bilau, gilang-
gemilang, kontang-kanting, titik-bengik, porak-peranda, gelap-gelita, kucar-kacir, kusut-
masai dan simpang-siur kata adjektif yang mengalami pergandaan berima


iv. Kata adjektif majmuk

Menurut Nik Safiah Karim (2003) kata adjektif majmuk ialah perkataan yang terbentuk
dengan proses mencantumkan dua perkataan atau lebih untuk membentuk perkataan
baharu yang mempunyai maksud tersendiri. Biru laut, muda remaja, dan kuning
langsat ialah contoh kata adjektif majmuk
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yangberikut:

i. Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang.
ii. Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun.
iii. Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru laut.

Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu terdiri
daripada simpulan bahasa, seperti contoh yang berikut:

i. panjang tangan
ii. besar kepala
iii. ringan tulang

Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
i. Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan.
ii. Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala.
iii. Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang

Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali imbas seolah-olah kata adjektif
majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima
penyisipan di antaranya. Contohnya:

i. riang gembira - riang dan gembira
ii. tua muda - tua dan muda
iii. miskin kaya - miskin dan kaya

Gabungan antara kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata
nama membentuk konstituen-konstituen baharu dengan makna baharu

iv. Kata adjektif dalam bentuk perbandingan
Menurut Nik Safiah Karim (2003) kata adjektif ialah perkataan yang menjadi penerang
kata nama. Misalnya, besar dalam frasa rumah besar dan rajin dalam frasa pelajar
rajin. Kata adjektif hadir selepas kata nama. Sebagai bandingan dalam bahasa
Inggeris kata adjektif hadir sebelum kata nama, misalnya big house. Susunan kata
diikuti kata adjektif itu disebut susunan mengikut hokum D-M, iaitu unsure yang
diterangkan (D) mendahului unsure yang menerangkan (M). Hokum ini merupakan
satu peraturan penting bagi bahasa Melayu
Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan darjah perbandingan, iaitu darjah
biasa, darjah perbandingan dan darjah penghabisan (Nik Safiah Karim 2003 )

a. Darjah biasa
Pada darjah biasa, kata adjektif biasa digunakan, iaitu tanpa apa-apa tambahan
bentuk. Contohnya, kata-kata adjektif seperti pandai dan laju dalam ayat yang berikut:
i. Anak Encik Ismail sangat pandai
ii. Bas itu laju sungguh
Kata adjektif biasa boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat,
contohnya sangat dansungguh. Bentuk kata ajektif biasa ialah kata tunggal iaitu yang
tidak menerima apa-apa imbuhan atau proses pembentukan kata lain seperti
penggandaan atau pemajmukan (Nik Safiah Karim 2003 )
b. Darjah bandingan
Menurut Nik Safiah Karim (2003)Terdapat dua cara darjah bandingan dalam bahasa
Melayu. Iaitu bandingan yang sama dan yang kedua ialah bandingan berbeza
Yang pertama merujuk pada bandingan yang sama,
Iaitu dengan menggunakan awalan se- dangan kata adjektif. Contohnya ialah sebesar
(se + besar) seperti dalam ayat yang berikut
i. Rumah saya tidak sebesar rumah Ali
Atau secantik (se + cantik ) dalam ayat:
ii. Gadis itu secantik tuan puteri
Demikian juga dengan sepandai (sama pandai), segagah (sama gagah) dan sehebat
(sama hebat)
Cara bandingan yang kedua ialah antara ciri berbeza.
Iaitu kata adjektif yang menggunakan kata penguat lebih atau kurang, yang
berfungsi sebagai bandingan
i. Rumahnya lebih besar daripada rumah Ali
ii. Lukisan itu kurang cantik daripada lukisan Siti
Perkataan lebih (jika sifatnya lebih) dan kurang (jika sifatnya kurang) digunakan dengan
kata adjektif. Contoh ialah lebih besar (lebih + besar ) dan kurang cantik (kurang +
cantik) dalam ayat-ayat diatas. (Nik Safiah Karim 2003 )
c. Darjah penghabisan
Menurut Nik Safiah Karim (2003 )Terdapat pelbagai cara menggunakan kata adjektif
untuk menunjukan darjah penghabisan. Satu cara untuk menunjukkan darjah
penghabisan adalah dengan menggunakan bentuk kata adjektif yang digandakan,
didahulukan oleh awalan se-. Misalnya sepandai-pandai (tupai melompat), sebaik-
baik (manusia), dan semanis-manis(madu).
Contoh ayat adalah seperti yang berikut
i. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah
ii. Semanis-manis madu, labih manis lagi gula ini.
Cara yang kedua adalah dengan menggunakan awalan ter- dihadapan kata
adjektif. Salah satu makna yang didukung oleh awalan ter- adalah untuk darjah
penghabisan. Contohnya ialah terpandai, terbaik dan termanis.
Contoh ayat adalah seperti yang berikut
i. Mohd. Irfanlah pelajar yang terpandai di dalam kelas itu
ii. Keputusan peperiksaan lalu merupakan yang terbaik bagi sekolah saya
Cara seterusnya bagi menunjukan darjah penghabisan adalah dengan menggunakan
perkataan paling, yang seperti awalan ter-, juga membawa maksud
tersebut. Contohnya ialah paling pandai, paling baik, dan paling manis.
Seterusnya, darjah penghabisan disampaikan menggunakan perkatan sekali selepas
kata adjektif. Sekali juga membawa maksud yang sama seperti paling dan awalan ter-
. Contohnya ialah pandai sekali, baik sekali, dan manis sekali. (Nik Safiah Karim 2003 )

Vous aimerez peut-être aussi