1.0 KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK
Pengenalan Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini , apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai. Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini perlulah meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan peranan penting bagi menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk dan corak yang menarik dapat memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang hendak disampaikan. Penerima maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas dan mudah faham tentang apa yang akan disampaikan oleh pemberi maklumat.
2.0 Huraian definisi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik 2.1 Pendekatan Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitrapat mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagai "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
2.2 Kaedah Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan yang diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.
BMM 3104 Page 2 2.3 Teknik Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
3.0 Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran 3.1 Konsep pendekatan Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.Pendekatan mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan yang baik serta bijak mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik.Ia merupakan satu pegangan dan falsafah bagi memahami dan mendekati sesuatu perkara.
3.2 Konsep Kaedah Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur.Ini bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada pendekatan yang berkaitan dengan model dan prinsip.
3.3 Konsep teknik Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga penting BMM 3104 Page 3 agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang mementingkan isi kandungan ataupun proses.
4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang digunakan untuk meneliti proses pengajaran.
4.1 Keaktifan pengajaran dan pelajar Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi dalam bilik darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan demontrasi. Manakala pendekatan yang mementingkan pelajar ialah pendekatan yang memusatkan murid untuk mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti permainan,perbincangan dan penyelesaian masalah dalam kumpulan untuk mendapatkan bahan atau maklumat .
4.2 Cara- cara fakta disampaikan Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif pula ialah satu kaedah mengajar yang komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Cara cara fakta lain yang disampikan juga merangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan pendekatan dari maujud ke abstrak
4.3 Cara pengelolaan murid Bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid adalah pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi kebebasan memilih kaedah yang sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik darjah
4.4 Pengajaran bahasa Dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Semua pendekatan ini wujud berasaskan kepada teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. BMM 3104 Page 4 4.5 Pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit dan menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang diajar.
5.0 Kaedah pengajaran dan pembelajaran Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang. Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan.
5.1 Langkah-langkah yang teliti Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak berlaku keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya. Sebelum memulakan sesi pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang sebelum melaksanakannya. Ianya mestilah mengandungi BBM/ABM dan aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.
6.0 Teknik Pengajaran dan pembelajaran Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. eknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang. Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur Teknik soal jawab Teknik main peranan Teknik lakonan/drama Teknik permainan bahasa BMM 3104 Page 5 Teknik hafazan Teknik latih tubi Teknik perbincangan Teknik penyelesaian masalah
6.1 Teknik soal jawab Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya. Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab : untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
6.2 Teknik main peranan Main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini akan cuba untuk menjelaskan sesuatu situasi kepada murid lain. Murid-murid yang lain pula akan mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan. Teknik ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai (contoh : amalan berbudi bahasa). Masalah ini dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, dan sebagainya. Berdasarkan apa yang dibaca, dilihat, didengar itu, murid-murid akan melakukan main peranan untuk menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid murid lain pula akan mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.
6.3 Teknik lakonan/drama Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik (jeda, nada, intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan berkesan dalam BMM 3104 Page 6 sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang murid-murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Teknik ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping menyuburkan sahsiah mereka.
6.4 Teknik permainan bahasa Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan. Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid-murid bagi memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan (diagnostik). Teknik ini dapat merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, serta sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Terdapat beberapa jenis permainan bahasa yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu iaitu : Permainan menyampaikan pesanan Permainan tekalah saya Permainan memerhati dan mengingat Permainan berpasangan Permainan slip undian
6.5 Teknik hafazan Teknik ini turut dikenali sebagai teknik latih tubi informan. Pengajaran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini mempunyai nisbah 2 : 1 (1 demonstrasi dan 2 latih tubi). Bahagian demonstrasi adalah pengajaran tentang tatabahasa atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi dilakukan oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati. Melalui bahagian latih tubi pula, informan jati atau guru akan membaca beberapa baris ayat, manakala murid-murid mengajuk sebutan tersebut sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal. Berdasarkan teknik hafazan ini, tatabahasa atau nahu diajarkan secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Selepas tatabahasa diajarkan, pelajaran diteruskan dengan memberi kuliah, mengadakan pementasan drama dan perbincangan.
6.6 Teknik latih tubi Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami BMM 3104 Page 7 proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
6.7 Teknik perbincangan Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini :
1. Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. 2. Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua. 3. Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan tersebut supaya terarah. 4. Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.
6.8 Teknik penyelesaian masalah Teknik adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki, silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. Terdapat beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik ini :
1. Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperolehi ilmu pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan. 2. Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka. 3. Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti masalah itu. BMM 3104 Page 8 4. Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. 5. Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah. Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid yang berfikir agak lambat secara individu.
BMM 3104 Page 9 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KEMAHIRAN MENDENGAR, BERTUTUR, MEMBACA & MENULIS
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tarikh /Hari : 7 April 2014 (Isnin) Tahun : 2 Inovatif Bil Murid : 36 orang Masa : 7.30 8.30 pagi
Tema : Hidup Selamat Tajuk : Simpan Dengan Selamat
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
3.3 membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul. 3.3.1 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan Kemas.
Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
1. Murid dapat membaca ayat yang mengandungi perkataan suku kata terbuka dan tertutup. 2. Menjawab secara bertulis sekurang-kurangnya 3 daripada 5 soalan berdasarkan gambar dengan betul.
Sistem Bahasa Sintaksis : Ayat Tunggal Morfologi pensel, jarum, ubat , peti, pisau. Kosa kata pecah, syiling, jarum, kutip.
Pengisian Kurikulum Ilmu : Kemahiran Hidup Nilai : Kerjasama dan rajin ENT : Kemahiran Berfikir : mengecam dan menghubungkait EMK : Kreativiti dan inovasi Elemen Keusahawanan
i. EK 1:1.6 Murid memberi reaksi segera apabila diminta. ii. EK 1:1.9 Murid boleh berkerjasama, bertolak ansur dan berkongsi pendapat. iii. EK 1:1.10 Menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan. iv. EK 1:1.14 Boleh berkomunikasi dengan baik, mesra dengan semua orang, dan boleh mengekalkan hubungan baik.
BMM 3104 Page 10 Kepelbagaiaan Kaedah dan teknik KB : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman, sebab akibat. KP : Verbal linguistik, Intrapersonal dan kinestatik BCB : Bacaan intensif Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan keselamatan tentang barangan yang berbahaya dalam kehidupan seharian. Pembelajaran konstruktivisme
Bahan bantu mengajar Bil Jenis Jumlah 1 Komputer riba 1 2 LCD 1 3 Lembaran Kerja Pemulihan 6
Pengetahuan Sedia Ada : Murid tentang benda berbahaya secara umum.
Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) Video tentang keselamatan
Menonton video tentang amalan keselamatan di rumah.
1. Guru menerangkan amalan keselamatan yang perlu di amalkan di rumah dan mengaitkan dengan matapelajaran. 2. Guru menyoal murid tentang keselamatan yang senantiasa diamalkan oleh murid di rumah. 3. Murid mendengar penerangan guru dan mejawab soalan guru.
Kemahiran Berfikir: menjana idea
Pembelajaran Kontekstual Menghubungkait kan dengan pengalaman dalam kehidupan Langkah 1 (10 minit) Slide show: gambar barangan berbahaya Contoh slide: Simpan dengan Selamat Simpan dengan Selamat
1. Murid meneliti gambar yang ditunjukkan oleh guru. 2. Murid menyatakan barang-barang yang berbahaya secara lisan. 3. Guru menerangkan tentang gambar tersebut.
BBB:Komputer riba BMM 3104 Page 11 Langkah 2 (20 minit) Gambar rujuk buku teks BM tahun 1 m/s 48
Contoh Ayat: 1. Ayah letak tong gas di dalam kabinet. 2. Ibu masukkan jarum ke dalam bekas. 3. Abang simpan ubat di dalam peti ubat. 4. Kakak simpan pisau di dalam laci. 5. Huda simpan duit syiling ke dalam tabung.
Suku kata terbuka dan tertutup: Tong gas, kabinet, jarum, bekas, ubat,peti ubat, pisau, dalam
1. Murid menyatakan barangan berbahaya yang terdapat dalam gambar tersebut dengan bimbingan guru. 4. Guru membimbing murid membaca ayat yang mengandungi perkataan suku kata terbuka dan tertutup. 5. Murid membaca dan menulis ayat yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup di buku tulis.
BBB:Komputer Riba
KB : Berfikir secara kreatif
Langkah 3 (15 minit) Pentaksiran : Membaca dan Menulis Perkataan berdasarkan gambar. Simpan dengan Selamat gunting
1. Murid meneliti gambar dan perkataan yang ditunjukkan oleh guru 2. Murid membaca perkataan yang ditunjukkan oleh guru. 3. Murid membuat latihan lembaran kerja jilid 1 bahasa malaysia muka surat 53. BBB :Komputer riba
ENT : TMK
EMK : menyiapkan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan. Langkah 4 (10 minit) Perkataan suku kata terbuka dan tertutup
Pengayaan Murid mencatat 5 benda- benda yang berbahaya ENT: Kem Berfikir: menjana idea BMM 3104 Page 12
Refleksi : Kekuatan : ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________
Pemulihan Murid melebelkan gambar mengikut urutan.
Lembaran kerja Pengayaan
Pemulihan Penutup (5 minit) Penutup Sosial :
Penutup Kognitif : Menayangkan semula video yang ditonton. Secara rawak murid diminta menceritakan keselamatan yang perlu dititikberatkan di rumah. BBB:Komputer Riba BMM 3104 Page 13 Bibiliografi Abdul Hamid Mahmood. (2006). Penyerapan Nilai Murni dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayudalam Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu: Kemahiran bernilai Tambah. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum (Tahun 1 Tahun 6)
Kamarudin Hj. Hussin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1998). Pengajian Melayu 5 dan 6 (Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum