Vous êtes sur la page 1sur 40

1

2




1.0 BAHAGIAN 1

KEMAHIRAN MENGUMPUL SUMBER MAKLUMAT

3

Bahan Bercetak
Terdapat beberapa buah buku yang kami rujuki sepanjang menyiapkan
tugasan ini. Kami mengambil beberapa maklumat yang berkait rapat dengan tajuk
kami. Antara buku yang kami rujuk ialah Etika Perguruan- Jaminan Peningkatan
Profesionalisme, Guru Sebagai Penyelidik, Amalan Profesionalisme Perguruan,
Kaedah Mengajar Kemahiran dan Interpersonal dan Kejaya sebagai Guru.

Antara buku yang dirujuk ialah Etika Perguruan- Jaminan Peningkatan
Profesionalisme, yang telah dikarang oleh Foo say Fooi. Buku ini merupakan
terbitan Universiti Putra Malaysia pada tahun 2005 telah membicarakan tentang etika
perguruan daripada perspektif pendidikan di Malaysia. Skop perbincangan buku ini
amat luas meliputi teori etika dan profesion perguruan, taggungjawab moral guru dan
sekolah, etika untuk pemimpin dan pentadbir pendidikan, aplikasi etika kerja serta
isu-isu etika perguruan dan sebagainya.

Buku kedua yang dirujuk ialah Guru Sebagai Penyelidik karangan Abdul
Rahman abdul Majid Khan terbitan PTS Profesional Publishing Sdn Bhd yahun 2007.
Buku ini membicarakan mengenai peranan seorang guru sebagai penyelidik.
Perkara-perkara yang disentuh dalam buku ini adalah seperti jenis-jenis kajian, kajian
tindakan dan kepentingannya sebagai pengajaran dalam konteks kajian tindakan
serta contoh-contoh sebenar kajian yang telah dijalankan oleh penulis bagi
memperbaiki pengajaran di sesebuah sekolah.

4

Buku rujukan kami yang ketiga pula ialah Amalan Profesionalisme
Perguruan karangan Esah Sulaiman. Buku ini diterbitkan oleh UKM Press Sdn Bhd
pada tahun 2003. Buku ini membicarakan beberapa aspek yang mampu memberikan
kesedaran tentang kepentingan profesionalisme dalam kalangan guru iaitu meneroka
apa yang dimaksudkan dengan profesionalisme, cirri-ciri profesionalisme dan cara-
cara meningkatkan profesionalisme dalam perguruan sebagai warga pendidik yang
membantu secara langsung dalam pembinaan negara bangsa.

Buku keempat rujukan kami ialah Kaedah Mengajar Kemagiran dan
Interpersonal terbitan PTS Profesional Publishing Sdn Bhd pada tahun 2006. Isu
yang dibincangkan tentang kepebagaian kaedah semasa mengajar yang perlu
diamalkan oleh setiap pendidik. Melibatkan perancangan proses pengajaran yang
sistematik, terancang dan teratur adalah cara yang efektif. Hal membolehkan guru
menyampaikan pengetahuan, ketrampilan dan kemahiran kepada pelajar. Terdapat
dua pembahagian maklumat yang penting untuk pendidik dalam buku ini. Bahagian
pertama menjelaskan kepentingan pendidik mempelbagaikan penggunaan kaedah
pengajaran. Bahagian kedua pula menerangkan tentang kepentingan membina
hubungan yang berkekalan antara pendidik dan pelajar serta kemahiran-kemahiran
interpersonal yang perlu diketahui oleh warga pendidik.

Buku seterusnya yang dirujuk ialah Kerjaya Sebagai Guru yang diterbitkan
oleh PTS Profesional Publishing Sdn Bhd pada tahun 2006. Hal yang dibicarakan
adalah berkaitan tugas, sifat dan tanggungjawab, etika, disiplin guru itu sendiri
semasa mengajar murid-murid di sekolah.
5

BORANG SOAL SELIDIK

Berikut adalah pernyataan atau pengumpulan data yang diperolehi sepanjang
proses kajian melalui soal selidik dalam kalangan umum yang diadakan secara
rambang. Segala data yang dicapai telah diserapkan ke dalam bentuk statistik
secara sistematik bagi memudahkan persembahan.


Rajah 1

Carta Pai yang mempersembahkan data secara holistik.
70%
30%
Peratusan Soal Selidik
Ya Tidak
6


Rajah 2

Graf Garisan yang mempersembahkan data secara spesifik.


Berdasarkan graf garisan ini kami telah mengenal pasti beberapa maklumat
penting yang berkaitan profesion guru iaitu setelah kami melakukan soal selidik
terhadap lima orang bagi mendapatkan pandangan dan penerangan mereka
mengenai profesion perguruan itu berdasarkan soalan yang telah dikemukakan oleh
kami kepada mereka. Mengikut pendapat mereka sama ada ya atau tidak kebenaran
soalan yang ditanyakan kepada mereka yang berkaitan dengan profesion guru
tersebut. Mereka telah memberikan jawapan berserta pandangan, sebab dan
penerangan berdasarkan jawapan mereka terhadap soalan yang dikemukakan.

Dalam soal selidik tersebut kami telah mengemukakan kepada mereka
sepuluh soalan berkaitan profesion perguruan. Soalan pertama yang ditanyakan
ialah guru pada zaman kini bersikap professional di dalam tugas mereka.
Jawapan Ya
0
1
2
3
4
5
S 1 S 2 S 3 S 4 S 5 S 6 S 7 S 8 S 9 S 10
Jawapan Ya 3 3 0 4 4 2 1 4 5 2
Jawapan Tidak 2 1 4 0 0 0 3 0 0 2
R
e
s
p
o
n
d
e
n

Graf Garisan
7

Berdasarkan graf dalam rajah 2, kita dapat melihat bilangan jawapan bagi ya atau
tidak bagi soalan pertama ialah sebanyak tiga orang telah memilih ya dan dua orang
telah memilih tidak bagi soalan yang pertama. Ini bermakna bagi yang menyatakan
ya mereka berpendapat dan melihat seseorang guru itu pada masa kini sebagai
berprofessional dalam melakukan tugasan mereka iaitu mereka sentiasa mencuba
sesuatu yang baru dalam pengajaran mereka kepada pelajar-pelajar agar mereka
dapat memahami sesuatu yang diajar dengan mudah dan cepat. Selain iitu,mereka
juga menyatakan bahawa seseorang guru itu berprofesional kerana seseorang guru
itu sentiasa bersungguh-sungguh dalam membantu pelajar-pelajar berjaya dalam
pelajaran mereka dengan sanggup berkorban masa, keluarga dan kudrat mereka
bagi mengadakan kelas-kelas tambahan untuk para pelajar agar mereka lebih
menguasai ilmu yang diajar dan berjaya dalam peperiksaan. Manakala bagi pihak
yang menjawab tidak terhadap soalan yang pertama mereka berpendapat bahawa
sesetengah guru itu ada juga yang tidak berprofesional didalam tugas mereka
kerana terdapat juga guru yang bersikap tidak mengambil berat terhadap tugas dan
tanggungjawab mereka dalam mendidik pelajar-pelajar dengan mengajar secara
sambil lewa , keluar awal dari kelas, tidak memasuki kelas dan gagal menyiapkan
buku rancangan mengajar .

Bagi soalan kedua pula ialah adakah guru-guru memiliki ciri-ciri sebagai
pendidik yang sejati. Melihat pada graf garisan dalam rajah 2, pihak yang bersetuju
dengan soalan tersebut adalah sebanyak tiga orang manakala pihak yang tidak
bersetuju dengan soalan tersebut adalah sebanyak seorang. Pihak yang bersetuju
dengan soalan tersebut berpendapat bahawa seorang guru itu semestinya
mempunyai ciri-ciri sebagai pendidik kerana pada masa kini untuk menjadi seorang
guru, mereka telah dididik dan dilatih terlebih dahulu di institut-institut perguruan
sebelum dihantar mengajar disekolah-sekolah. Hal ini membolehkan seorang guru itu
mempunyai ciri-ciri pendidik yang sejati didalam diri mereka yang telah dididik dalam
diri mereka sebelum mereka dihantar mengajar di sekolah. Manakala pihak yang
tidak bersetuju dengan soalan tersebut berpendapat bahawa terdapat sesetengah
guru yang tidak mempunyai ciri-ciri sebagai pendidik yang sejati kerana sikap guru
itu sendiri yang tidak seperti seorang guru yang berwawasan dengan sikap yang
malas dan tidak menjalankan akauntabiliti mereka dengan sebaik-baiknya.
8

Seterusnya soalan ketiga iaitu guru penyebab utama peningkatan masalah
disiplin di sekolah. Bagi mereka yang bersetuju dengan soalan tersebut bilangannya
adalah tiada manakala bagi mereka yang tidak bersetuju mengenai soalan itu adalah
sebanyak empat orang. Mereka yang tidak bersetuju berpendapat bahawa
sebenarnya kebanyakan masalah disiplin adalah meningkat bukanlah disebabkan
oleh guru tetapi disebabkan oleh masalah dalaman pelajar itu sendiri serta mudah
terpengaruh dengan kawan-kawan kurang baik. Selain itu, peningkatan masalah
disiplin juga adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri dapat dilihat apabila
mereka berasa bangga dan seronok apabila melakukan kesalahan tanpa merasakan
penyesalan apabila ditangkap atau diambil tindakan. Soalan yang keempat pula ialah
guru tidak menjalankan tugas dengan betul. Bagi yang bersetuju dengan soalan ini
dapat kita lihat pada graf sebanyak empat orang manakala tiada bagi yang tidak
bersetuju dengan soalan ini. Bagi yang bersetuju dengan soalan ini berpendapat
terdapat sesetengah guru yang tidak menjalankan tugas dengan betul iaitu terdapat
guru yang tidak memasuki kelas ,guru yang keluar awal dari kelas , guru yang tidur di
dalam kelas ,guru yang menyalah gunakan kemudahan sekolah dan sebagainya.
Perkara ini akan menyebabkan seseoran guru itu dianggap tidak menjalankan
dengan tugas dengan betul. Seterusnya pula soalan yang kelima iaitu guru
bertanggungjawab diatas tindakan yang diambil. Seperti mana yang kita lihat
bilangan yang bersetuju dengan pendapat ini bilangannya seramai empat orang
manakala pihak yang tidak bersetuju adalah tiada. Pihak yang bersetuju
berpendapat bahawa seseorang guru itu perlulah bertanggungjawab terhadap
tindakan yang diambil oleh mereka sama ada tindakan itu mendatangkan kebaikan
atau keburukan seperti yang terdapat dalam kod etika keguruan.

Sekiranya tindakan yang diambil oleh seorang guru itu mendatangkan
keburukan maka seorang guru itu perlulah bertanggungjawab terhadap tindakan
tersebut . Contohnya seorang guru menjalankan aktiviti perkhemahan bersama
pelajar tiba-tiba terdapat seorang pelajar telah tercedera maka guru tersebut perlulah
bertanggungjawab terhadap kejadian itu dengan menghantar pelajar itu
mendapatkan rawatan di pusat rawatan yang berdekatan. Manakala soalan yang
keenam pula ialah anak-anak menyukai guru-guru yang mengajar mereka. Apabila
dilihat pada graf dalam rajah 2, bilangan yang bersetuju dengan soalan ini adalah
9

sebanyak dua orang manakala bilangan yang tidak bersetuju pula ialah tiada.
Mereka yang bersetuju dengan soalan tersebut menyatakan bahawa terdapat juga
guru-guru yang pandai dalam menarik hati pelajar-pelajar sehingga pelajar itu berasa
menyayangi dan suka terhadap guru tersebut dengan menunjukkan sikap yang baik ,
penyayang, mesra dan sentiasa bersikap terbuka terhadap pelajar-pelajar yang ingin
meminta pertolongan atau menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar-pelajar ini juga
akan berasa sayang terhadap guru mereka sekiranya guru itu mendidik mereka
dengan baik dan sentiasa membantu dengan bersungguh-sungguh agar mereka
berjaya di dalam pelajaran .

Soalan yang ketujuh pula ialah profesion guru hanya sebagai profesion yang
mudah untuk mencari kerja semata-mata. Bilangan yang bersetuju terhadap soalan
ini adalah seorang manakala bilangan yang tidak bersetuju pula adalah sebanyak
tiga orang.Bagi pihak yang bersetuju dengan soalan ini mereka berpendapat bahawa
profesion perguruan ini pada masa kini merupakan sebagai kerjaya kedua bagi
pelajar-pelajar kerana apabila pelajar-pelajar yang tidak dapat mencapai cita-cita
pertama mereka maka mereka akan menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan
kedua.Contohnya kita dapat lihat pelajar-pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
ataupun KPLI iaitu terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai kerja tetapi
mereka mempunyai segulung ijazah. Tidak kurang juga mereka yang berhenti kerja
kerana tidak tahan dengan tekanan kerja asal. Mungkin inilah sebab mengapa
mereka memohon untuk menjadi seorang guru sebagai kerjaya pilihan setelah tidak
mendapat kerja berkaitan dengan ijazahnya atau kosnya. Manakala bagi mereka
yang tidak bersetuju pula berpendapat bahawa kebanyakan guru pada masa kini
telah dilatih dan diajar terlebih dahulu sebelum mengajar di sekolah di mana tempoh
latihan perguruan itu adalah satu masa yang lama iaitu lima tahun.Ini akan
memastikan bakal guru yang dikeluarkan kelak mampu memenuhi keperluan
pendidikan pada masa hadapan walaupun pada mulanya ia hanya pilihan kedua
kerjaya mereka.

Soalan yang kelapan pula ialah guru pada masa kini mempunyai keperibadian
yang mulia. Berdasarkan graf tersebut kita dapat lihat bilangan yang bersetuju
10

dengan soalan itu adalah sebanyak empat orang yang telah bersetuju dengan soalan
tersebut dan tiada yang tidak bersetuju dengannya. Bagi pihak yang bersetuju
berpendapat bahawa seorang guru itu mestilah mempunyai keperibadian yang mulia
kerana mereka akan membentuk para anak-anak didik merekamengikut acuan
mereka sendiri. Tetapi sebelum itu seorang guru perlulah mempunyai keperibadian
yang mulia yang akan diikuti oleh pelajar-pelajar kerana guru merupakan contoh
yang terbaik untuk pelajar selain ibu bapa. Sekiranya keperibadian guru itu baik
maka pelajar-pelajar akan mengikuti sikap yang baik tetapi jika sebaliknya seseorang
pelajar itu akan bersikap negatif.

Manakala soalan yang kesembilan pula ialah guru tidak patut melibatkan
aktiviti yang tidak sihat. Kesemua pihak yang disoal selidik bersetuju dengan soalan
ini. Mereka berpendapat bahawa tidak wajar jika sekiranya seorang yang akan
mendidik pewaris negara pada masa hadapan melibatkan diri dengan aktiviti yang
kurang sihat contohnya penyalahgunaan dadah , rahsuah, gangster dan sebagainya.
Sekiranya seorang guru melakukannya maka maruah profesion guru akan tercalar
dan akan dipandang rendah oleh masyarakat walaupun pada hakikatnya profesion
ini merupakan satu profesion yang mulia tetapi apabila kerana segelintir yang
melakukannya maka kesannya telah dirasai oleh semua yang bergelar pendidik
kerana masyarakat akan mula melahirkan pandangan yang negatif terhadap guru.

Soalan yang terakhir pula ialah guru turut melakukan kesalahan yang sama
seperti anak murid. Berdasarkan graf bilangan dalam rajah 2, mereka yang bersetuju
dengan soalan ini adalah sebanyak dua orang manakala bilangan yang tidak
bersetuju juga sebanyak dua orang . Mereka yang bersetuju berpendapat bahawa
terdapat juga guru yang melakukan kesalahan seperti pelajar-pelajar semasa di
tempat kerja mereka di sekolah, kolej mahupun di universiti contohnya datang lewat,
ponteng kerja, tidak memakai tali leher semasa kerja, berambut panjang dan
sebagainya. Situasi ini dapat kita lihat pada sesetengah guru yang melakukan
kesalahan seperti ini. Bagi pihak yang tidak bersetuju dengan soalan itu mereka
berpendapat bahawa seoarang guru itu seharusnya tidak melakukan kesilapan
seperti mana yang dilakukan oleh para pelajar kerana seorang guru itu mempunyai
11

pemikiran yang lebih matang berbanding pelajar yang masih mentah bermaksud
seorang guru itu seharusnya tidak mungkin melakukan kesalahan yang tidak
sepatutnya dilakukan oleh mereka kerana profesion sebagai guru ini merupakan
profesion yang dipandang mulia oleh masyarakat.

















12

INTERNET
Bagi dapatan kajian berdasarkan sumber daripada internet kami telah
mengakses laman blog di http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/kod-etika-
profesion-perguruan.html milik Syaza Binti Yasmin.

Penulis blog ini membincangkan dengan lengkap bagaimana sikap yang perlu
ada pada seorang pendidik berdasarkan Kod Etika Profesion Keguruan. Di dalam
bab ini perbincangan dimulai dengan tingkah laku yang tidak boleh diamalkan oleh
seorang pendidik. Guru tidaklah harus bertingkah laku sehingga sebegitu rupa
sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan
hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Hal demikian kerana,
banyak kajian tentang sekolah berkesan menunjukkan bahawa faktor tingkah
laku guru merupakan salah satu faktor penentu sekolah berkesan. Apabila
masyarakat hilang kepercayaan terhadap profesion perguruan maka ia akan
menjatuhkan martabat seluruh warga pendidik.

Selain itu, guru perlu komited dalam semua hubungan dan tugas, guru
hendaklah menjalankannya dengan jujur. Hubungan guru tidak hanya terhad dalam
kelas malah lebih daripada itu. Guru perlu menjalinkan hubungan yang erat dengan
masyarakat, para pelajar, dan rakan-rakan sejawat. Oleh itu, semua urusan
melibatkan hal ehwal pelajar dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Selain
itu, guru juga perlu memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
berjalan dengan baik. Bagi menjadikan proses pengajaran dan pengajaran dalam
13

kelas berjalan dengan menarik dan berkesan guru boleh menggunakan pelbagai
medium.

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu
pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat
secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang
berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan tahap kaedah
dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak mehalang
guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan
berkesan.

Peranan guru tidak hanya terhad sehingga itu. Guru juga perlu
mewujudkan perkhidmatan bimbingan dan kauseling kepada para pelajarnya. Rata-
rata pelajar yang berada di bangku persekolahan masih tidak mampu untuk
berdikari.

Berdasarkan dapatan kajian kedua kami daripada sumber internet kedua
melalui laman web file:///F:/KEMAHIRAN%20BELAJAR/kerangka_sgm.html kami
dapat mengetahui tujuan Standard Guru Malaysia (SGM) digubal oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang
patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan
institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang
14

ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru,
pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan
dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala
bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Standard Guru Malaysia (SGM) dilaksanakan bagi melahirkan guru yang
berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan
negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang
telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik
sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan,
dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Dokumen ini juga berperanan untuk, menilai tahap amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi
sebagai guru profesional dengan berkesan. Dokumen ini digubal kerana menyedari
betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan
sepenuhnya maka dengan itu diterima sebagai panduan untuk membolehkan guru-
guru menyempurnakan profesion perguruan ke taraf kesusilaan yang setinggi-
tingginya.
Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai
oleh pihak yang berikut iaitu guru pelatih, pendidik guru di Institut Latihan
Perguruan, Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan, Guru Besar dan
15

Pengetua Sekolah, dan Agensi Latihan Perguruan. Melalui dokumen tersebut
mereka boleh membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard,
mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri, mengenal pasti
strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan serta
mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh
ditambahbaik.

16





2.0 BAHAGIAN 2
KEMAHIRAN MENGANALISIS MAKLUMAT













17

PROFESIONALISME PENDIDIKAN

PENGENALAN

Pada mata masyarakat dunia umumnya tugas sebagai guru dikatakan suatu
tugas yang murni dan dihormati oleh masyarakat. Namun begitu tugas atau profesion
guru ini tidaklah semudah yang dijangkakan dan juga tidaklah wajar menganggap
bahawa profesion guru ini hanya sesuai dengan orang perempuan kerana tempoh
rehat serta cutinya lebih panjang daripada profesion lain. Malahan anggapan seperi
ini dibimbangi akan menular dalalm kalangan bakal-bakal guru dan terus berakar
umbi membuahkan amalan-amalan yang kurang tepat dalam pendidikan yang boleh
menjejaskan profesion perguruan.

Realitinya, sama ada guru itu bertugas di sekolah rendah, sekolah
menengah, kolej, maktab institut pendidikan guru mahupun di menara gading
sekalipun mereka hendaklah memberikan perkhidmatan yang mempunyai tahap
kualiti yang tinggi. Sebagai guru juga mereka ini seharusnya menjadikan profesion ini
suatu profesion suatu yang sangat penting dalam masyarakat atau negara dan
standing dengan profesion lain seperti doktor, jurutera mahupun akauntan. Jika
golongan doktor memulihkan orang yang sakit, jurutera bertanggungjawab
membangunkan fizikal negara dengan membina bangunan atau jalan raya, peguam
menyelamatkan anak guamnya daripada hukuman tetapi guru melaksanakan
tanggungjawabnya membentuk dan mendidik manusia supaya menjadi doktor,
jurutera, peguam dan ahli-ahli profesion yang lain.

Manusia yang dididik oleh guru itu terdiri daripada komponen-komponen
fizikal, emosi, rohani dan intelek yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain.
Komponen-komponen ini perlu ditangani secara halus, berstrategi, berhikmah yang
menunjukkan satu tahap profesionalisme yang tinggi. Guru tidak sahaja mendidik
dan mennajamkan intelek anak didiknya tetapi pada masa yang sama guru juga
membentuk peribadi, mendidik rohani, emosi dan fizikalnya. Pendidikan ini
dilaksanakan secara bersepadu dan guru perlu mempunyai pelbagai ilmu daripada
segi pedagogi, psikologi, agama dan juga bidang mata pelajaran tertentu. Dengan
18

itu baharulah pendidikan terhadap manusia atau insan itu membuahkan hasil yang
diingini oleh masyarakat dan negara seperti yang dituntut dalam Agama, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Wawasan 2020 dan keperluan dunia masa kini yang
berasaskan ilmu.

Kesimpulannya bidang perguruan atau pendidikan merupakan satu profesion
yang besar tanggungjawab serta cabarannya. Sekali seseorang itu menceburkan
dirinya dalam profesion perguruan maka hendaklah ia bertanggungjawab dan
menjaga nama baik profesion dengan mengamalkan profesionalisme perguruan
semasa menjalankan tugasnya. Seperti kata orang bijak pandai guru itu ibarat pohon
yang mengeluarkan buah yang kemudiannya akan menghidupkan pohon yang baru
yang akan bertanggungjawab pula menumbuhkan pohon baru lagi dan seterusnya.
Begitulah keadaannya daripada sepohon pokok akan tumbuh banyak lagi pohon-
pohon yang baru. Tumbuhan baru ini terus menerus menghasilkan pohon rimbun
yang mampu terus berbakti. Bagi memastikan bakal guru atau guru yang masih
dalam perkhidmatan memberi khidmat yang cemerlang dan berkualiti hendaklah
ditanamkan kualiti-kualiti yang membolehkan guru menjadi guru yang profesional
yang kemudiannya dapat menghasilkan kumpulan guru baru yang profesional.


Konsep Profesionalisme Perguruan

Dalam memperkatakan mengenai profesionalisme perguruan elok juga dirujuk
secara ringkas maksud konsep profesionalisme, profesional dan profesion itu sendiri.
Konsep profesion itu bermaksud pekerjaan yang memerlukan penegtahuan dan
kemahiran tertentu (Kamus DBP, 1995), Sementara maksud profesional pula ialah
seseorang yang bekerja dalam bidang tertentu yang menjalankan tugas dengan
memberi perkhidmatan yang berkualiti. Jika profesion adalah kerja dan profesional
adalah pekerja, apakah pula maksud profesionalisme?



19

Konsep Profesionalisme

Secara ringkas maksud profesionalisme adalah kualiti atau kemahiran dalam
sesuatu profesion. Contohnya dalam profesion seorang doktor profesionalisme ialah
kemahirannya mendiagnosis penyakit dengan tepat atau membedah pesakitnya
dengan cekap. Selain daripada itu terdapat beberapa lagi ciri yang menunjukkan
profesionalisme seseorang itu dalam profesionnya umpamanya sifat dedikasi
terhadap kerja dan tidak mementingkan diri sendiri.

Bagi Sufean Hussin (1995), profesionalisme itu bermaksud satu nilai yang
berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri
seseorang yang matlamat pekerjaannya untuk mencapai keberkesanan, produktiviti,
kecekapan dan bertanggungjawab. Ini memberi maksud bahawa seseorang yang
terlibat dalam sesuatu profesion perlulah menghayati matlamat dan kehendak dalam
profesion yang diceburinya. Setelah itu baharulah memupuk dan mengamalka nilai
dan kemahiran atau tanggungjawab yang selaras dengan profesionnya. Misalnya
seorang jurutera bertanggungjawab menghasilkan sebuah jambatan adalah memberi
kemudahan perhubungan kepada orang ramai, meningkatkan ekonomi negara,
memberi jaminan keselamtan kepada pengguna. Oleh itu jurutera yang
bertanggungjawab akan menjalankan tugasnya dengan amanah menjaga kualiti
jambatan yang dibina, menjalankan tugasnya dengan kemahiran yang tinggi.

Suatu lagi pandangan berhubung dengan profesionalisme ialah pandangan
oleh Hedderdof (1971). Beliau mengatakan profesionalisme bermaksud suatu nilai
yang murni jika individu itu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh
dedikasi dan tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan. Pandangan ini
menegaskan sifat dedikasi terhadap pekerjaan atau profesion di kalangan
profesional. Seseorang itu hendaklah melaksanakan sesuatu tugas dengan
bersungguh-sungguh, tidak terlalu berkira dalam menjalankan tugas dengan memilih
kerja yang mudah sahaja atau yang tidak besar bebannya. Sebaliknya sebagai
seorang profesional hendaklah meningkatkan profesionalismenya dari semasa ke
semasa dan memberi khidmat yang terbaik.

20

Profesionalisme dalam sesuatu bidang itu boleh dilihat daripada pelbagai
sudut. Tetapi perkara yang penting ialah cirri-ciri profesionalisme itu menunjukkan
ketinggian kualiti atau nilai profesion itu atau kemahiran orang yang menjalankan
tugasan berkenaan. Antara cirri-ciri sesuatu profesion itu menurut Lieberman adalah
seperti berikut:

Perkhidmatan yang diberikan itu adalah unik dan penting serta mempunyai
matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Seorang jurutera
contohnya, akan memberi perkhidmatan yang mempunyai impak besar
terhadap terhadap pembangunan negara berbanding dengan seorang pencuci
pinggan mangkuk di kedai makan.

Semasa menjalankan tugas, banyak keupayaan dan kebolehan intelek
digunakan. Jika dibandingkan dengan pekerja operasidi kilang minuman
misalnya aktiviti kerja lebih mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan
berbentuk rutin. Manakala seorang doktor atau peguam menggunakan intelek,
kreativiti dan kemahiran komunikasi untuk menjalankan tugas mereka.

Latihan kursus diperlukan dalam sesuatu bidang kemahirann ikhtisas bagi
tempoh tertentu. Sebagai seorang juruterbang yang telah lulus kursusnya
hanya dibenarkan membuat penerbangan domestik sahaja.

Pakar dalam bidang tertentu dan mempunyai autonomi semasa menjalankan
tugas. Paakr bedah mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai
keperluan sesuatu penyakit itu perlu pembedahan atau tidak.
Mengutamakan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaan dan
tidak mementingkan pendapatan dan ganjaran. Sesuatu tugas yang
dilaksanakan tidaklah bertujuan untuk mendapatkan pendapatan yang
lumayan tetapi hendaklah sesorang itu ada komitmen memberikan
perkhidmatan yang berkualiti tinggi, bermatlamatkan sumbangan untuk
masyarakat dan negara.

21

Menjadi ahli kepada sesuatu organisasi yang berkuasa menentukan nilai tara
untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.

Ahli profesion juga hendaklah bertanggungjawab terhadap semua tindakan
dan keputusan yang diambilnya.

Berdasarkan ciri-ciri profesionalisme yang diperkatakan didapati profesionalisme
membawa maksud ciri-ciri kualiti di mana sesuatu profesion memerlukan ahlinya
menjalani latihan, dedikasi menjalankan tugas, mempunyai autonomi menjalankan
tugas, menggunakan keupayaan intelek, menganggotai organisasi profesional dan
mempunyai ciri-ciri yang disebutkan tadi dan pemilihan ahli-ahli suatu profesion tidak
boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Namun begitu profesionalisme ini perlu juga dilihat dari segi ketaqwaan
seseorang itu kepada Allah SWT. Sifat ketaqwaam ini menyebabkan seseorang itu
sentiasa ingat akan kebesaran Allah SWT dan sedar akan tanggungjawabnya.
Sebagai seorang hamba Allah seorang yang dikatakan profesionalisme itu
hendaklah sedar tanggungjawab itu adalah amanah Allah yang tidak boleh
dipersoalkan nanti di alam akhirat. Allah SWT telah menjadikan manusia sebagai
khalifah Allah yang bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini. Sebagai
seorang guru adalah menjadi tanggungjawabnya mencari ilmu, menyebarkannya dan
menjalankan tugas secara ikhlas supaya semua makhlukata sbumi mendapat
manfaatnya. Tugas ini bukan setakat mendatangkan kebaikan untuk kumpulan
sendiri tetapi untuk masyarakat yang lebih menyeluruh dan universal.
Memandangkan Islam memperuntukkan bahawa tanggungjawab itu adalah suatu
amanah Allah maka guru akan menjalankan tugas-tugas dengan ikhlas.

Tanpa mempunyai nilai-nilai agama khususnya dilihat daripada perspektif agama
Islam merupakan nilai mustahak dan benar sebagai asas sesuatu bidang
profesionalisme, maka melalui masa sesuatu profesionalisme itu akan menjadi
hambar dan tidak mempunyai matlamat yang jelas. Contohnya, suatu profesion yang
murni yang tidak berasaskan nilai agama maka melalui masa akan bersandarkan
kepada nilai ekonomi, sosial dan material. Profesion yang ada pada asalnya
22

berorientasikan kebajikan dan akan berakhir pula dengan orientasi mencari
keuntungan kemasyhuran nama semata.

Sejauh manakah Perguruan Itu Suatu Profesion?

Profesion perguruan perlu mempunyai ciri-ciri profesionalisme sepertimana
dalam profesion lain. Seseorang individu yang berhajat menjadi guru dikehendaki
menjalani latihan dan pendidikan guru yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan
dan Badan Berkanun dalam bidang tertentu. Latihan dan pendidikan guru ini
diadakan di maktab-maktab perguruan dan juga universiti-universiti tempatan.Bagi
latihan dan pendidikan guru di luar negeri hendaklah di institusi yang diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia.

Bagi guru yang terlatih pula, apabila menjalankan tugas hendaklah
melaksanakannya dengan cekap serta memenuhi matlamat negara dan masyarakat.
Antara matalamat negara dan masyarakat ialah mewujudkan perpaduan di kalangan
rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Selaras dengan matlamat ini guru-guru
perlu menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dapat mendidik
pelajar daripada segi akademik dan juga sifat-sifat toleransi, tolong-menolong untuk
mewujudkan integrasi nasional di kalangan pelajar.

Dalam konteks pendidikan pula, kurikulum digubal oleh pakar-pakar dalam
bidang pendidikan guru. Kurikulum pendidikan guru ini dinilai melalui proses
penilaian kurikulum dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan guru.
Mata pelajaran pedagogi, psikologi pendidikan, bimbingan dan kaunseling, penilaian
serta ko kurikulum merupakan mata pelajaran asas yang menjadi teras pendidikan
guru. Dengan ini profesion perguruan adalah di mana ahli-ahlinya dilatih dan dididik
dengan kurikulum yang mantap dan berkualiti. Kurikulum pendidikan guru
menyediakan peluang bagi guru mendapatkan ilmu mengenai pelbagai teori
pengajaran dan amali yang membolehkannya menjadi guru yang profesional.

Seperti profesion lain, profesion perguruan juga mempunyai kod etikanya
yang perlu dihayati oleh ahli-ahlinya dan diamalkan dalam kehidupan. Oleh itu guru-
23

guru hendaklah mengamalkan tingkah laku selaras dengan kod etika guru. Satu
persoalan yang perlu diberi perhatian ialah kod etika guru ini juga memerlukan
penyemakan semula sama ada etika itu sesuai lagi dengan kehendak atau tidak.
Suatu keadaan yang perlu kita sedari ialah kekerapan berlakunya masalah
perlanggaran disiplin oleh pelajar umpamanya melibatkan diri dengan pengambilan
dadah, memeras ugut, pergaduhan, vandalisme, ponteng sekolah dan lain-lain. Di
samping itu pula di kalangan guru ada yang melakukan perkara-perkara yang
melanggar etika perguruan. Antara sebabnya berlaku perlanggaran peraturan ini
ialah guru mengalami tekanan dan kurang ketahanan diri. Oleh itu pihak berautoriti
perlu mempertingkatkan etika, pemilihan guru dan usaha-usaha meninigkatkan
ketahanan diri. Dengan ini etika perguruan bukan setakat menghiasi kulit buku
persediaan mengajar tetapi dihayati dan diamalkan oleh guru.

Dalam konteks pengajaran dalam bilik darjah pula, seseorang guru itu
mempunyai autonomi untuk menentukan pemilihan bahan pengajaran menentukan
jenis-jenis penilaian kandungan pelajaran yang hendak diajar dan kaedah
pengajaran yang akan diaplikasikannya. Namun begitu autonomi itu dibatasi oleh
kurikulum yang telah ditetapkan bagi peringkat yang berkenaan kerana sistem
pendidikan negara ini mengamalkan pendekatan berpusat di mana polisi dan
keputusan dibuat di peringkat Kementerian Pendidikan. Secara khusus guru guru
tidak menggubal kurikulum sendiri bagi mata pelajaran masing-masing. Dengan itu
guru tidak akan mengubahsuai kurikulum mengikut kehendak dan pandangannya
sendiri.

Sebagai seorang yang profesional, guru seharusnya tidak mengutamakan gaji
tetapi mengutamakan tanggungjawab terhadap pelajar dan masyarakat. Ini tidak
bermakna gaji tidak penting kepada guru malah gaji yang tinggi dapat membantu
guru meningkatkan lagi profesionalisme mereka dan memberi motivasi kepada
mereka. Tetapi perkara yang lebih lagi bagi guru ialah melaksanakan tanggung
jawab terhadap pelajar dan masyarakat dengan memberi keutamaan dan
perkhidmatan yang berkualiti lagi cemerlangtanpa terlalu memikirkan untung rugi
yang bersifat peribadi. Antara tanggungjawab guru adalah sebagai agen perubahan
yang membawa perubahan-perubahan baru bagi ahli masyarakat.

24

Di samping itu usaha yang meningkatkan lagi profesionalisme guru adalh
lantikan guru dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang mengesahkan
perlantikan tersebut. Berdasarkan faktor-faktor tersebut ternyatalah profesion
perguruan menepati ciri-ciri sesuatu profesion. Usaha seterusnya profesionalisme ini
perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan atasi segala kekurangan sedia
ada.

Elemen-Elemen Yang Menghalang Perguruan Ke Status
Profesional

Di Malaysia profesion perguruan telah berkembang seiring dengan peningkatan
dan perkembangan pendidikan khususnya selepas kemerdekaan. Namun begitu
terdapat beberapa elemen yang boleh menjejaskan profesionalisme perguruan ini.
Antara elemen-elemen yang dimaksudkan adalah seperti berikut,

i. Bilangan ahli dalam bidang perguruan khususnya yang mengajar di sekolah
rendah dan menengah dikategorikan ke dalam pelbagai skim. Antaranya guru
yang mempunyai kelayakan sijil perguruan, siswazah, bukan sisiwazah, guru
sandaran tidak terlatih. Ini memberi gambaran terdapatnya pelbagai
kemahiran di kalangan guru. Ada guru yang lebih mahir dan ada yang kurang
mahir. Gambaran keseluruhan yang diberikan adalah profesionalisme
perguruan kurang mantap.

ii. Satu elemen yang agak kurang menyokong kepada profesionalisme
pendidikan ialah perkhidmatan pendidikan sukar diukur kerana proses hasil
proses pengajaran lambat dilihat hasilnya berbanding dengan profesion lain.
Jika seorang pesakit berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan untuk
demam, batuk, luka, dan lain-lain, selepas tempoh tertentu umpamanya satu
minggu pesakit akan sembuh.
Atau selepas melalui pembedahan pesakit akan pulih. Tetapi dalam konteks
pendidikan Malaysia selepas peperiksaan PMR ataupun SPM barulah
membuahkan hasilnya. Namun begitu peranan guru-guru itu dalam kejayaan
pelajar-pelajar masih lagi kurang jelas kerana terdapat faktor-faktor lain
25

memainkan peranan juga. Misalnya kecerdasan pelajar, ibu bapa, kelas
tambahan atau tuisyen.

iii. Tugas guru masa kini tidak setakat mengajar sahaja tetapi meliputi aspek-
aspek pengurusan seperti mengendalikan rekod pelajar, pengutipan yuran,
skim pinjaman buku teks, kedatangan pelajar dan laporan prestasi pelajar.
Disamping itu guru juga mempunyai tugas-tugas dalam panitia mata pelajaran
masing-masing untuk menyebar dan memantau pelaksanaan kurikulum dan
sukatan pelajaran. Selain daripada itu, guru-guru juga terlibat melaksanakan
ko kurikulum sekolah, menghadiri kursus, menjalankan penyelidikan tindakan
dan pelbagai lagi. Semuanya ini perlu dilakukan di celah-celah dan selepas
waktu mengajar.Tugas yang banyak serta pelbagai ini menjadikan guru-guru
menumpukan perhatian, masa, dan tenaga kepada pelbagai jenis komitmen
yang boleh menjelaskan pengajarannya serta peningkatan profesionalisme.

iv. Sebagai seorang yang profesional individu itu mempunyai autonomi semasa
menjalankan tugasnya. Walau bagaimanapun, dalam menjalnkan tugas
seseorang guru itu mempunyai autonomi yang agak terbatas. Semasa
mengajar walaupun guru boleh memilih isi pelajaran yang akan diajar tetapi
masih perlu memilih daripada kurikulum dan sukatan pelajaran yang telah
dirancang oleh pihak Kementerian Pendidikan. Proses ini lama kelamaan
boleh mengurangkan keyakinan diri, kreativiti dan kecekapan menghadapi
cabaran di kalangan guru.

v. Program-program perkembangan staf dapat meningkatkan profesionalisme
guru-guru. Oleh itu program seperti ini perlu diperluaskan kepada semua guru.
Tetapi daripada segi amalannya ramai guru yang tidak berpeluang mengikuti
kursus. Begitu juga peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke
perimgkat lebih tinggi adalah terhad. Kesimpulannya program-program
perkembangan staf perlu diperkemaskan lagi supaya sesuai dengan
keperluan semasa dan diperluaskan kepada lebih ramai guru.

vi. Profesion perguruan dianggap suatu tugas yang murni oleh masyarakat. Oleh
itu apabila terdapatnya peristiwa atau kejadian yang tidak diingini berlaku
26

boleh menjejaskan peribadi guru dan juga imej profesionalisme perguruan.
Ibarat nila setitik habis susu sebelanga.

Oleh itu elemen-elemen ini hendaklah dibendung segera demi menjaga nama
baik guru dan profesionalisme perguruan. Banyak usaha perlu dilaksanakan untuk
mempertingkatkan profesionalisme perguruan sama ada guru secara individu,
sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia mahupun Persatuan / Pertubuhan Guru.

Memupuk Profesionalisme Di Kalangan Bakal Guru dan
Guru

Melalui perbincangan di atas agak mudah bagi kita membezakan antara guru
yang profesional dan tidak profesional. Namun begitu persoalannya ialah bagaimana
cara-cara untuk memupuk profesionalisme itu dalam diri bakal guru dan guru.

Dalam sesetengah profesion umpamanya di bidang perubatan ada institusi
mengadakan upacara memakai pakaian atau kot putih bagi pelatih-pelatih doktor
perubatan. Ini dijangka dapat memberikan rasa tanggung jawab, komitmen kepada
kepada profesion. Ada kemungkinannya jika diadakan upacara seperti sambutan
Hari Guru Pelatih sebagai merasmikan kemasukan mereka dalam alam perguruan
tentunya dapat menambahkan lagi kesedaran dan komitmen nereka sebagai guru.
Sementara sambutan Hari Guru jika diberi pengisian yang sesuai tentu akan dapat
melipatgandakan lagi profesionalisme di kalangan guru terlatih lagi veteran.

Profesionalisme perguruan ini boleh juga dipelajari melalui teladan yang
ditunjukkan oleh pendidik-pendidik dan guru-guru di sekolah. Seandainya pendidik
guru, guru-guru di sekolah. Seandainya pendidik guru, guru-guru kanan, penolong
kanan dan pengetua dapat menunjukkan cara bekerja berkualiti, cara-cara
penyelesaian masalah yang sistematik atau menunjukkan sifat-sifat komitmen,
dedikasi, ikhlas, berhikmah, tentulah akan dicontohi oleh guru pelatih ataupun guru-
guru permulaan yang sememangnya mencari sesuatu untuk dicontohi. Albert
Bandura iaitu ahli psikologi telah mengutarakan cara pembelajaran melalui teladan di
mana seseorang itu membuat pemerhatian terhadap tingkah laku yang ditunjukkan
27

kepadanya. Selepas itu si pemerhati akan meniru tingkah laku yang ditunjukkan.
Walaupun pendidik guru atau pengetua itu tidak ada lagi pada ketika tertentu tetapi
apa yang dilakukan oleh mereka akan menjadi mental model kepada guru
permulaan dan guru pelatih dalam menjalani kehidupannya sebagai dan berkualiti
supaya dapat diikuti oleh guru permulaan dan guru pelatih.

Persatuan dan pertubuhan guru juga dapat memainkan peranan memupuk
dan meningkatkan profesionalisme perguruan. Aktiviti seperti seminar, forum,
konvensyen, penyelidikan perlu diperbanyakkan. Sementara itu guru-guru sendiri
hendaklah menjadi ahli persatuan dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada guru
akan menarik guru terlibat dalam persatuan guru. Selain daripada aktiviti,
pengurusan persatuan itu sendiri hendaklah mesra ahli. Banyak cara yang boleh
difikirkan uuntukmewujudkan persatuan yang mesra ahli. Jika ini dapat diwujudkan
bilangan guru yang akan terlibat secara aktif dalam persatuan akan bertambah.

Usaha memupuk guru menjadi seorang yang profesional tidak cukup dengan
memberikan ilmu mengenai pengajaran dan pembelajaran sahaja. Ilmu yang lain
seperti sejarah pendidikan, organisasi, dan pengurusan berkualiti, kepimpinan,
sosiologi, isu semasa supaya dapat menjadikan permulaan dan guru pelatih menjadi
luas ilmunya dan versatile.

Kesimpulan

Sebagai seorang profesional dalam apa sahaja bidang perlu menguasai ilmu
yang mendalam dan meluas. Guru yang profesional bukan setakat cekap mengajar
dalam bilik darjah sahaja dan cekap dalam mata pelajaran tertentu sahaja. Guru juga
perlu mahir dalam matapelajaran yang lain, aspek pengurusan, kepimpinan,
penyelidikan, kemahiran intetrpersonal dan lain-lain kemahiran yang diperlukan pada
masa kini. Jika diletakkan guru itu dalam sesuatu kumpulan atau diberikan sesuatau
tugas, guru itu dapat melaksanakan tugasnya dengan lancar kerana dia seorang
yang versatile serba boleh dan tidak merasa terancam disebabkan rasa rendah diri
atau kekurangannya dalam aspek tertentu. Di samping itu guru yang profesional juga
28

haruslah menunjukkan sifat-sifat taqwanya yang membimbingnya menjalankan tugas
dengan amanah, iltizam dan ikhlas.

Bagi bakal guru dan guru-guru di Malaysia tidak lengkap jika tidak menghayati
sejarah pendidikan di negara ini. Dengan latar belakang sejarah ini maka
profesionalisme guru Malaysia sealiran dengan falsafah dan semangat rakyat
Malaysia. Di samping itu, memang tidak dapat dinafikan keperluan guru-guru
Malaysia mengikuti perkembangan semasa dalam semua bidang dan sentiasa
meningkatkan ilmu dan kemahiran.

29

ETIKA PERGURUAN
Ahli-ahli profesion dalam semua bidang mempunyai pengaruh terhadap
tamadun manusia. Oleh itu ahli profesional perlu mempunyai nilai moral yang tinggi,
sikap yang positif dan etika profesional. (Ghazali Bujang, 1992). Dengan ini setiap
bidang profesional mempunyai kod etika sebagai garis panduan bertingkah laku
semasa menjalankan tugas.

Secara mudah dan ringkas etika ialah satu sistem dasar akhlak, adat atau
tingkah laku atau kesusilaan (DBP, 1995). Sementara Kamus Oxford memberi
tafsiran etika sebagai sebagai prisnsip moral atau set prinsip moral. Etika ini
melibatkan perkara-perkara yang mengenai moral dan ini melibatkan perkara-
perkara yang mempunyai nilai yang baik dan yang tidak baik atau perkara yang betul
atau yang salah. Oleh itu dalam kehidupan seharian, ahli-ahli masyarakat
mengkategorikan ada tingkah laku yang bermoral dan ada yang tidak bermoral.
Namun begitu, etika adalah suatu peradaban tingkah laku dan ianya adalah ilmu
akhlak atau prinsip-prinsip akhlak iaitu akhlak yang baik (Mohd.Rais, INTAN, 1996).

Etika daripada perspektif Islam bukan hanya berasaskan pandangan ahli
masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku itu betul atau salah tetapi berasaskan Al-
Quran iaitu sifat ketaqwaan kepada Allah SWT. Islam telah menggariskan supaya
manusia bertingkah laku yang berasaskan kenenaran iaitu bersih daripada
kekotoran, yang bersifat kekal serta merenatsi ruang dan masa. Dalam apa sahaja
keadaan, manusia hendaklah membawa kebaikan di dunia tetapi juga untuk alam
akhirat.

Ahmad Sarji(1992) dalam bukunya yang bertajuk Kemajuan Pentadbiran
Awam di Malaysia menerangkan bahawa etika profesional adalah semua garis
panduan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin
dalam perkhidmatan awam dengan memberi penekanan semua aspek yang
berkaitan dengan peraturandan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku
30

profesion dalam masyarakat. Tafsiran ini amat luas hampir meliputi seluruh tingkah
laku dalam menjalani kehidupannya. Asnah (1996) menjelaskan bahawa skop etika
profesional sangat luas iaitu mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli
profesional. Tingkah laku yang dikecualikan hanyalah tingkah laku yang benar-benar
peribadi seperti mencuci kereta, mengemas rumah atau menanam bunga. Apakah
bezanya dengan maksud etika daripada pandangan Islam ? Etika itu adalah akhlak
yang diamalkan oleh manusia yang bertaqwa dalam keseluruhan hidupnya. Tidak
ada separuh atau sebahagian daripada amalan hidup manusia.

Dalam bidang perguruan Etika perguruan telah digubal dalam tahun 1970-an
semasa Skim Gaji Aziz diperkenalkan bagi kakitangan kerajaan. Etika perguruan
adalah satu set tingkah laku, atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan
negara, terhadap pelajar, terhadapa rakan sejawat dan terhadap ibu bapa pelajar.
Oleh itu setiap guru hendaklah menjalankan tugasan tugas tanpa melanggar etika
ini. Walau bagaimanapun para pendidik boleh merujuk Tatasusila Perguruan, Nilai
dan Etika Perkhidmatan Awam dan Etika Kerja Mengikut Perspektif Islam untuk
dijiadikan panduan dalam perkhidmatan pendidikan. Berikut ialah Kod Etika
Profesion Perguruan yang mengandungi empat kategori tanggungjawab.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

Guru hendaklah bertingkah laku dan menjalankan tanggungjawab dengan
mengambil kira juga tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Dalam
konteks ini guru hendaklah,

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara.

31

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat setempat di tempat berkhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai negara dan sentiasa mengambil bahagian
dalam kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.
Memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecediakawanan masyarakat.
Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat
dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar

Guru-guru hendaklah mempunyai tingkah laku yang merupakan
tanggungjawabnya terhadap pelajar. Oleh itu guru hendaklah,

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal
lain.
Bersikap emosi terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberi contoh yang baik kepada pelajar.
32

Membimbing dan mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau
dalam matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang pertanyaan.
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan,
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.


Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat
Guru juga mempunyai tanggungjawab terhadap rakan sejawatnya dalam satu
profesion yang sama. Oleh itu, guru itu hendaklah,

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu
bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seorang guru.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai guru.
Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu
dalam profesion perguruan.
Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

33

Guru juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa pelajar. Oleh itu guru-guru
hendaklah

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Berusaha mewujudkan hubungan dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga dan menganggap semua maklumat yang
diberi oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak
mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka,
dan menggunakan maklumat itu secara teliti dan bijaksana.
Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu
yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga
mereka.

Setiap guru perlu memahami Etika ini dan boleh dijadikan panduan dalam
menjalankan tugas. Dengan menghayati etika perguruan ini seseorang guru itu dapat
meningkatkan profesionalismenya sebagai guru. Walau bagaimanapun, etika
perguruan ini perlu disemak semula dan dipertingkatkan lagi kerana etika ini telah
dibentuk dalam tahun 1970-an. Seiring dengan peredaran zaman terdapat aspek-
aspek tertentu yang perlu disemak dan diubah.

Antaranya penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996 telah membawa beberapa
penekanan dalam pendidikan antaranya kepentingan ilmu sebagai penyelamat
negara. Perkara ini seiring dengan perkembangan dunia masa kini yang memberi
penekanan kepada penguasaan ilmu dalam semua bidang. Oleh itu etika guru juga
wajarlah menekankan penguasaan ilmu secara jelas, khusus dan terperinci supaya
senang dijadikan rujukan.
34


Pada masa yang sama didapati banyak gejala anti-sosial, salah laku serta
gangsterisme berlaku di sekolah-sekolah hari ini. Keselamatan pelajar-pelajar juga
terancam dan akan menjadi lebih buruk lagi dalam jangka panjang jika tidak
dilakukan sesuatu. Salah satu cara yang perlu disegerakan ialah menyemak semula
etika guru supaya kajian semula dapat dilakukan akan peranan dan tanggungjawab
guru dan sejauh mana sempadannya.

Kepentingan Etika Perguruan

Profesion perguruan perlulah mempunyai kod etika sendiri demi untuk memartbatkan
profesion itu sendiri. Kod etika ini dapat menjadi rujukan kepada ahli-ahli yang baru
menceburi bidang perguruan dan juga yang sudah veteran dalam bidang ini. Banyak
sebab mengapa pentingnya kod etika ini kepada guru dan perkara ini telah
dihuraikan seperti berikut. Walau bagaimanapun keperluan mengadakan kod etika
itu memang tidak dinafikan tetapi yang lebih utama ialah sejauh mana amalan kod
etika dapat dilaksanakan.

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam
profesion perguruan. Ada tingkah laku yang tidak boleh menjejaskan perpaduan
serta keselamatan negara. Oleh itu, kod etika dapat menyatakan dengan tepat dan
jelas tingkah laku yang bagaimana patut diamalkan oleh guru.Kod etika perguruan
menyatakan dengan jelas mengenai tanggungjawab guru terhadap stakeholders
dalam bidang pendidikan. Dengan cara ini guru lebih jelas tentang tanggungjawab
mereka.

Kandungan etika yang dinyatakan dalam kod etika perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu dengan kod etika daripada negara lain. Dengan
membuat perbandingan, guru-guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan
35

sama ada di negara ini ataupun daripada negara lain. Rasa hormat dan menghargai
antara negara dalam satu bidang yang sama dapat dipupuk dan mempertingkatkan
perkhidmatan masing-masing.

Dengan adanya kod etika dalam bentuk yang didokumenkan usaha-usaha
untuk menyemak semula kod ini dapat diusahakan. Salah satu petanda
cemerlangnya sesuatu profesion itu ialah sejauh mana kod etikanya dapat
dipertahankan dan penguatkuasaannya dengan betul.

Kandungan dalam kod etika memang menggambarkan sesuatu profesion itu.
Dengan adanya kod etika guru, imej kepada profesion perguruan akan bertambah
secara hitam dan putihnya. Masyarakat umum juga dapat melihat dan menghayati
tanggungjawab sendiri dalam membantu guru mencapai matlamat pendidikan dan
negara.

Dalam menjalankan tugas selain daripada kod etika, guru-guru juga boleh
merujuk Teras Perkhidmatan yang dijadikan panduan menjalankan tanggungjawab
dalam kalangan ahli-ahli perkhidmatan awam. Dengan mengamalkan Etika
Perguruan dan juga Teras Perkhidmatan, para guru dapat melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan lebih mudah dan cemerlang lagi.

Institut Pentadbiran Awam Negara telah menggariskan Teras Perkhidmatan
bagi semua kakitangan awam dalam melaksanakan tugas masing-masing. Oleh itu,
setiap kakitangan awam termasuklah guru hendaklah merujuk Teras Perkhidmatan
ini semasa menjalankan tugas mereka.



36

Teras Perkhidmatan

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Bekerjasama ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama.


Di samping itu, sebagai kakitangan perkhidmatan awam guru juga perlu
mengamalkan Nilai-nilai Utama Dalam Perkhidmatan yang telah dikeluarkan oleh
Institut Tadbiran Awam Negara. Amalan nilai-nilai ini dapat meningkatkan lagi
profesionalisme guru.

Unsur-unsur Nilai-nilai Utama Dalam Perkhidmatan
Amanah
Bersih
Berdisiplin
Bekerjasama
Berbudi mulia
Bersyukur
Tekun
Bertanggungjawab
Ikhlas
Dedikasi
Sederhana
37

Taat setia

KESIMPULAN

Semua bidang profesion mempunyai kod etikanya sendiri yang
menggambarkan tugas dan tanggungjawab ahli. Walaupun begitu, sebagai seorang
guru di negara yang pesat membangun haruslah mengambil kira nilai-nilai lain iaitu
kerohanian, ekonomi dan sosial sebagai asas dalam pengajaran dan tugas-tugas
lain dalam pendidikan. Tetapi perkara yang lebih kritikal lagi ialah kesedaran guru
untuk menghayati etika ini. Walaupun etika itu dicetak dalam buku persediaan
mengajar yang digunakan oleh guru setiap hari, namun begitu ada kemungkinannya
tiada kesempatan untuk meneliti etika yang berkenaan secara mendalam.
Perbincangan, bengkel dan seminar boleh diadakan untuk menghayati semula etika
perguruan ini.










38




3.0 BAHAGIAN 3
KEMAHIRAN LAPORAN PERSEMBAHAN


39

Dalam bahagian ini, kami telah bersepakat untuk membentangkan tugasan
kami dalam bentuk Power Point. Di dalamnya telah kami perincikan semua perkara
yang berkaitan dengan profesion guru. Contohnya keguruan, kaunseling dan
sebagainya. Seterusnya kami telah menyatakan di dalam powerpoint kami mengenai
ciri-ciri profesion perguruan iaitu contohnya perkhidmatan yang unik dan penting,
banyak menggunakan keupayaan dan lain-lain.

Seterusnya pula kami telah menerangkan mengenai konsep profesion
perguruan dan keguruan. Di mana kami telah menerangkan dengan jelas mengenai
konsep profesion perguruan itu. Seterusnya kami telah menerangkan konsep
profesional dan bukan professional. Kami telah menerangkan mengenai apakah
yang dimaksudkan dengan konsep profesional dan bukan professional serta
perbezaan diantara kedua-dua konsep itu. Seterusnya kami menjelaskan mengenai
kod etika profesion perguruan Malaysia. Melalui tajuk itu kami telah menerangkan
mengenai apa itu yang dimaksudkan dengan kod etika perguruan Malaysia dan
apakah etika-etika perguruan Malaysia yang perlu dipatuhi oleh semua warga
pendidik di Malaysia. Dalam etika tersebut telah menyatakan mengenai etika-etika
guru terhadap masyarakat dan negara, ibu bapa anak murid dan rakan sejawat.

Kemudiannya kami telah menerangkan mengenai akauntabiliti guru dimana
didalam didalam slide tersebut kami telah menerangkan apakah yang dimaksudkan
dengan konsep akauntabiliti dan apa yang dimaksudkan dengan akauntabiliti
keguruan.Selain itu kami juga telah menjelaskan mengenai kebaikan akaunbiliti dan
40

akauntabiliti terhadap sesuatu contohnya akaunbiliti terhadap sekolah, murid, tingkah
laku, profession dan lain-lain.

Kami juga turut menyelitkan beberapa klip video bagi memberikan
pendedahan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada guru pelatih. Kami ingin
melihat bagaimana mereka menilai dan membuat deduksi melalui apa yang dilihat
oleh mereka terhadap video tersebut.

Vous aimerez peut-être aussi