Vous êtes sur la page 1sur 3

MENINGKATKAN

KETELUSAN
UNTUK
AKAUNTABILITI AWAM
SECARA LANGSUNG
Mengapa ?
Program Transformasi Kerajaan dan Program
Transformasi Ekonomi menunjukkan perubahan asas
kebertanggungjawaban Kerajaan terhadap rakyat.
Tahap kebertanggungjawaban yang lebih rendah
daripada standard yang ditetapkan itu, kini tidak boleh
diterima lagi.
Perkara ini diperkukuhkan semasa berlangsungnya Dialog
Nasional.
Dalam Dialog ini, pihak berkepentingan kerapkali
menekankan bahawa Kementerian perlu tingkatkan
pelibatan dengan orang awam dan menjelaskan kepada
mereka tentang jenis dan kemajuan inisiatif yang
dilaksanakan serta hasilyang akan diperoleh.

Hasil
Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses
yang tetap dan telus berkenaan kemajuan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Maklumat ini akan membolehkan mereka terlibat dalam
dialog positif bersama Kerajaan bagi membincangkan
inisiatif sedia ada dan akan datang.
Mereka juga boleh menggunakan maklumat ini untuk
melibatkan diri dengan komuniti sekolah setempat atau
sistem pendidikan yang lebih luas seperti yang
dinyatakan dalam Anjakan 9.
Cara ini bukan sahaja akan membentuk masyarakat
yang bermaklumat dan berupaya, tetapi juga menjurus
kepada cara penggubalan dasar yang lebih
bertanggungjawab dan lebih responsif dalam
Kementerian.

Vous aimerez peut-être aussi