Vous êtes sur la page 1sur 2

Analisis senarai semak pemerhatian

Analisis senarai semak dilakukan berdasarkan rekod senarai semak pemerhatian semasa Ujian
Pra dan Ujian Pasca. Aspek yang diperhatikan adalah berdasarkan kemahiran-kemahiran yang
dapat dikuasai oleh murid dalam pendaraban melibatkan pengumpulan semula. Lampiran G dan
Lampiran H berikut merupakan analisis senarai semak pemerhatian yang saya akan lakukan.

Bagi mengenal pasti terdapat penambahbaikan tahap penguasaan murid setelah intervensi
diperkenalkan, saya akan membuat perbandingan kekerapan kriteria tahap penguasaan murid
antara Ujian Pra dan Ujian Pasca seperti jadual berikut. Data yang terdapat dalam jadual adalah
rekaan semata-mata.

Jadual: Perbandingan Kekerapan Kriteria Tahap Penguasaan Murid antara
Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bil

Aspek pemerhatian
Bilangan responden
Ujian Pra Ujian Pasca
1 Menguasai fakta asas darab
5

14
2 Membuat pendaraban
mengikut nilai tempat
6 14
3 Membuat pengumpulan semula 8 14
4 Mendapatkan jawapan yang
betul bagi hasil darab
9 14

Jadual menunjukkan perbandingan kekerapan kriteria tahap penguasaan murid antara
Ujian Pra dan Ujian Pasca. Saya akan membuat perbandingan peningkatan dari segi aspek
pemerhatian mengenai tahap penguasaan murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Sekiranya
terdapat peningkatan, ini membuktikan tahap penguasaan murid semakin bertambahbaik setelah
intervensi Kaedah Lattice dijalankan.

Vous aimerez peut-être aussi