Vous êtes sur la page 1sur 1

Amalan Rumah Terbuka

Marcapada kini penduduk Malaysia telah sekian lama mengetahui amalan rumah
terbuka dalam kalangan masyarakat sering dilakukan terutama sekali pada musim-
musim perayaan. Rumah terbuka sering diadakan kerana Malaysia merupakan negara
yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, atau lebih dikenali masyarakat
majmuk.

Amalan rumah terbuka sering diadakan kerana pelbagai perayaan yang wujud di
Malaysia. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Dengan
kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia, hal ini dapat mengeratkan ikatan yang
sedia terjalin. Selain itu, dengan slogan Perdana Menteri kita, "Satu Malaysia" hal ini
amat sinonim sekali untuk menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan rakyat
negara ini.

Selain itu, amalan rumah terbuka dapat menyuburkan dan mengeratkan hubungan
silaturahim dengan jiran tetangga. Kesibukan bekerja adakalanya kita tidak mengenali
jiran tetangga, maka inilah ruang dan peluangnya kita mengenali mereka. Di samping
itu amalan tolong-menolong,dan bergotong-royong dapat disuburkan. Berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Hal ini sangat perlu, kerana bak kata pepatah, bersatu
teguh bercerai kita roboh.

Selain itu,dengan adanya rumah terbuka, kita dapat melihat dan merasai kepalbagaian
aneka masakan yang disajikan kepada tetamu. Kita juga dapat melihat keunikkan adat
dan tradisi yang diamalkan oleh sesuatu kaum. Adat dan budaya ini masih
dipertahankan dan menjadi pegangan dan amalan kepada setiap kaum di negara kita.
Bagi mereka, biar mati anak, jangan mati adat.Kepelbagaian adat dan budaya serta
amalan pelbagai kaum di negara kita menjadi satu daya tarikan kepada masyarakat
luar, khususnya para pelancong.

Pada pendapat saya, amalan rumah terbuka banyak memberikan kebaikan kepada
masyarakat kita. Oleh itu amalan rumah tebuka ini haruslah disuburkan dalam
kalangan masyarakat. Hal ini perlu supaya amalan yang baik ini tak lapuk dek hujan
tak lekang dek panas.

Vous aimerez peut-être aussi