Vous êtes sur la page 1sur 4

AMALI 2 : Taksonomi Dan Biokepelbagaian

Tujuan :
Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.
Pengenalan :
Biokepelbagaian ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan yang terdapat
pada bumi ini. Biokepelbagaian ini dikaji pada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik,
kepelbagaian spesies dan kepelbagaian ekosistem.
Sehingga kini, bilangan spesies yang dikenalpasti telah melebihi 80 juta jenis. Ia
merangkumi spesies tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma yang wujud. Pengelasan
organisma kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan ciri-ciri sepunya yang
dimiliki adalah perlu bagi memudahkan kajian dijalankan.
Selain itu, biokepelbagaian juga dianggap sebagai satu kekayaan hidup yang
diwarisi daripada proses evolusi yang berlaku sejak beratus-ratus juta tahun dahulu. Namun
begitu, kepelbagaian spesies akan berkurangan apabila gen baru atau spesies baru
dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesies organisma menjadi
pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan.
Spesies pula ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza. Kaedah
pertama ialah melalui spesies biologi, di mana individu-individu yang berjaya membiak
bersama-sama dianggap sebagai spesies yang sama. Bagi kaedah kedua pula ialah melalui
spesies morfologi di mana individu yang kelihatan hampir sama secara fizikal dianggap
sebagai spesies yang sama. Kaedah kedua merupakan kaedah yang sering digunakan
apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan sesuatu
organisma.
Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenalpasti dan
mengumpulkan spesies. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk
membezakan antara spesies atau kekeliruan mengenai nama-nama spesies.
Pengelasan ialah pembahagian kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih kecil
agar lebih mudah menjalankan kajian. Suatu ciri yang penting ialah nama yang diberikan
kepada kumpulan tumbuhan dan haiwan dalam pengelasan prasaintifik. Pengkelompok
tidak didasarkan secara menyeluruh pada morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah
digunakan dalam pengenalan. Namun begitu, ia berdasarkan bau, rasa dan nilai
pemakanan. Nama diperlukan sebagai titik rujukan. Pada waktu yang sama di sebalik nama
terdapat suatu siri andaian yang banyak bahawa terdapat suatu kumpulan individu yang
berkongsi beberapa ciri tertentu yang sama. Semua organisma di dunia dikelaskan kepada
lima kumpulan besar yang dikenali sebagai alam. Lima alam ini terdiri daripada Monera,
Protista, Fungi, Plantae dan Animalia.
Prosedur :
1. Mengenalpastikan dan mengelaskan spesies kepada lima kumpulan. Satu kumpulan
haiwan akan dikeluarkan dan dikumpulkan dalam satu spesies.
2. Andaian dibuat dengan menyatakan semua spesies adalah pada tahap matang dan
tiada perbezaan dapat dilihat di antara spesies jantan dan betina.
Keputusan :
Perbincangan :
1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa
moonmorphs dalam kumpulan yang sama? Mengapa anda memilih ciri-ciri
tersebut? Kenapa tidak pilih yang lain-lain?
Semasa mengenalpasti dan membuat pengelasan haiwan, ciri-ciri luaran fizikal
diberikan keutamaan untuk mengelaskan haiwan tersebut kerana faktor-faktor
seperti jantina dan genetik tidak dapat dikenalpasti. Ciri-ciri luaran yang dirujuk ketika
membuat pengelasan terdiri daripada bentuk badan, bentuk kepala, ekor berbentuk
V, kuku kaki dan@@@. Bentuk badan merupakan ciri perbezaan yang paling
utama dan dominan berbanding dengan ciri-ciri yang lain. Hal ini adalah kerana
bentuk badan memberikan perbezaan yang paling ketara berbanding dengan bentuk
fizikal yang lain seperti kepanjangan ekor, jumlah sesungut atau bentuk kepala.
Kesemua haiwan telah dibahagikan kepada lima kumpulan spesies iaitu Spesies A,
Spesies B, Spesies C, Spesies D dan Spesies E.

2. Adakah semua individu dalam satu spesies mesti serupa keseluruhannya?
Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesies?
Kesemua individu dalam sesuatu spesies tidak semestinya serupa keseluruhan.
Haiwan-haiwan yang dikelaskan dalam kumpulan spesies yang sama mempunyai
ciri-ciri sepunya yang hampir sama. Untuk Spesies A, haiwan tersebut memiliki@@.
Bagi Spesies B, haiwan tersebut memiliki@@. Bagi haiwan dalam Spesies C pula
mempunyai@@. Untuk haiwan dalam Spesies D, mereka memiliki@@. Yang
terakhir, haiwan dalam Spesies E mempunyai@@



3. Apakah akan terjadi kepada spesies yang anda pilih jika anda menerima tahap
variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima
tahap variasi yang terlalu rendah?
Jika menerima tahap variasi yang sangat tinggi, hanya akan satu haiwan sahaja
yang dikelaskan dalam satu spesies. Sebaliknya jika menerima variasi individu yang
terlalu rendah, dalam spesies tersebut akan mempunyai bilangan haiwan yang
terlalu banyak.

4. Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies
kepada dua atau lebih spesies baru.
Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenalpasti dan mengumpul
spesies. Taksonomis amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk
membezakan antara spesies atau mengatasi masalah kekeliruan mengenai nama-
nama spesies. Selain itu, taksonomis juga dapat membahagikan sesuatu spesies
kepada dua atau lebih spesies yang baru berdasarkan sifat biological seperti genetik
haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut.

5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu
spesies terjadi?
Faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesies ialah
faktor genetik dan persekitaran. Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh
diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi yang dipengaruhi
oleh faktor persekitaran adalah di luar kawalan.

6. Bagaimana spesies MoonMorphs dipanggil morphospesies?
Sesuatu spesies berbeza dengan spesies yang lain melalui morfologi iaitu merujuk
kepada bentuk, struktur dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini juga mengambil kira
aspek penampilan fizikal seperti struktur, warna, bentuk, corak, struktur dalaman
seperti organ dan tulang. Spesies Moonmorf dikenali sebagai morfospesies adalah
kerana spesies tersebut dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh
diperhatikan dalam sesuatu spesies. Morfospesies merupakan kaedah tradisi yang
digunakan sejak dahulu dalam mengelaskan sesuatu spesies. Kaedah ini
mempunyai hadnya kerana maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesies
terlalu terbatas dan ia memerlukan perbezaan yang ketara daripada spesies-spesies
lain. Selain itu, variasi geografi selalunya tidak diambil kira dalam kaedah
pengelasan ini kerana ia di luar kawalan.


7. Huraikan bagaimana spesies yang anda pilih tidak dari kalangan spesies
biologi.
Tidak faham soalan

Vous aimerez peut-être aussi