Vous êtes sur la page 1sur 3

Tugasan 2

Soalan No. 3
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) bagi memastikan anak anak didik di sekolah terus
menguasai Bahasa Malaysia dan dalam masa yang sama meningkatkan
lagi penguasaan Bahasa inggeris.
Bincangkan secara kritis dan cadangkan tindakan tindakan supaya dasar
tersebut Berjaya dilaksanakan di pra sekolah.
Sejak baru baru ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Martabat membawa maksud
kedudukan pada mata masyarakat. Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud
meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan
kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa
pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Definisi memperkukuh ialah memperkuatkan kedudukan.
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris membawa maksud menstabilkan penguasaan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan
bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Dasar Memartabatkan
Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini
merupakan tindakan bijak yang mampu membina sebuah masyarakat yang
mencintai dan menghayati bahasa kebangsaan yang melambangkan jati diri
mereka serta menghargai Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang
mampu membawa banyak manfaat dari segi penguasaannya.
Tujuan utama Bahasa Malaysia dimartabatkan adalah kerana Bahasa
Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi lambang perpaduan.
Bahasa Malaysia juga adalah bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke
arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Bahasa Inggeris
diperkukuhkan untuk tujuan tertentu juga. Bahasa Inggeris adalah bahasa
komunikasi antarabangsa yang perlu dipelajari dan dikuasai dengan baik dan
berkesan bagi membolehkan penyelidikan pelbagai ilmu untuk bersaing di
peringkat nasional dan global.
Rakyat Malaysia harus dididik supaya menyedari kepentingan
mempelajari dan menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk
mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Rakyat haruslah menerima pendidikan
yang baik sejak bangku sekolah lagi. Adalah amat penting untuk melantik guru
guru Bahasa Malaysia yang berkualiti untuk mengajar di semua sekolah
termasuk pra sekolah. Guru guru Malaysia harus diberi latihan melalui
kursus peningkatan profesionalisme supaya mereka dapat belajar tentang
perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada
pakar dari dalam dan luar negara.
Guru guru berkualiti sebeginilah yang mempunyai kebolehan
mendidik anak anak kita supaya menghayati dan menghargai bahasa
kebangsaan yang merupakan bahasa jiwa bangsa. Selain daripada perlantikan
guru guru Bahasa Malaysia yang berkualiti, penekanan juga perlu diberikan
kepada persekitaran pembelajaran di pra sekolah. Pihak pihak berkenaan
harus sentiasa melakukan pemeriksaan di pra sekolah untuk memastikan
persekitaran pembelajaran adalah kondusif. Persekitaran yang kondusif adalah
tempat yang sesuai untuk pembelajaran kerana bersih, ceria dan selamat.
Murid murid mendapat insentif untuk menumpukan perhatian dalam
kelas semasa guru sedang mengajar dalam suasana yang sihat dan baik. Saiz
kelas juga haruslah tidak sempit dan keadaan fizikal bilik darjah sepatutnya
cemerlang. Dengan itu, anak anak kita dapat berseronok sambil menguasai
bahasa kebangsaan dan bahasa antarabangsa.
Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah membekalkan bahan
bahan pembelajaran yang membantu dalam keupayaan pelajar dalam
penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Antara bahan pembelajaran
yang sesuai adalah buku teks dan buku latihan yang berwarna warni. Buku
buku teks sebegini akan menarik minat pelajar pelajar muda untuk melihat
kandungan buku buku tersebut.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam menyemai sikap
gemar membaca buku buku Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ibu bapa
yang bertanggungjawab akan membantu anak anak mencapai tahap kefasihan
dalam kedua dua bahasa ini melalui pertuturan seharian. Kesedaran tentang
betapa mustahaknya penggunaan Bahasa Malaysia kepada rakyat Malaysia
harus dipupuk dalam diri anak anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah,
Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) dapat melahirkan warga Malaysia yang fasih bertutur
dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta yakin menggunakan kedua
dua bahasa ini dalam perbualan, urusan rasmi, penerokaan ilmu dan dalam
pekerjaan mengikut kesesuaian dan keperluan.
Kejayaan program ini juga dapat membina modal insan yang mampu
mengakses pelbagai bidang ilmu melalui pelbagai media seperti teknologi
komunikasi maklumat (ICT) serta mempunyai minda yang kritis, kreatif dan
inovatif. Pembentukan 1Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat,
progresif, dinamik dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa ke arah
mencapai kemajuan negara dapat dilaksanakan.
Perancangan program ini tentunya memartabatkan Bahasa Malaysia,
memperkukuh Bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk
menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan
negara. Intihannya, dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mampu mengembalikan
semula kedudukan Bahasa Malaysia dalam pendidikan negara serta
memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Vous aimerez peut-être aussi