Vous êtes sur la page 1sur 25

Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains

Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut:
a) Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains
b) Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan
bahan sains sepanjang tahun.
c) Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan
pelupusan.
d) Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains
mengikut prosedur dan bersistem.
e) Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut :
Pesanan peralatan dan bahan sains
Stok makmal sains
Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains
Kerosakan dan kehilangan
Penyelenggaraan dan pemeriksaan
Kemalangan
Rekod penggunaan makmal sains
f) Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna
g) Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain
berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
h) Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang
menggunakan makmal dan bilik sains.
i) Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.
j) Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
k) Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan makmal dan bilik sains.
l) Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya
m) Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik sains.
n) Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.
o) Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya.
p) Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.
q) Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains dan kakitangan makmal dan bilik
sains berkaitan dengan :
Pengurusan makmal dan bilik sains
Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan
Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan berbahaya yang lain
r) Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan dengan
makmal dan bilik sains.
s. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.
t. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.
u. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

Guru Sains

Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan
bilik sains adalah seperti berikut :

a) Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.
b) Melaksanakan PEKA Sains.
c) Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains.
d) Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
e) Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi
borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains.
f) Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan
mematuhi langkah keselamatan.
g) Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas
kini stok.
h) Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
i) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.
Pertolongan Cemas dalam Makmal Sains
Peti pertolongan cemas

Peti pertolongan cemas sekurang-kurangnya hendaklah mengandungi benda-benda seperti
berikut:

a) Antiseptic

i) Acraflavine yang di gunakan untuk luka baru

ii) Cetavlon (salvon) yang di gunakan sebagi pencuci luka

ii) Eusol yang di gunakan untuk luka lama

b) Cream

i) Burnol

ii) Paraffin Gauge

Kedua-dua untuk rawatan terbakar atau melepuh

c) Jenis balutan

i) Pembalut kain kasa 1 inci, 2 inci dan 3 inci lebar masing-masing

ii) Kain kasa

iii) kapas

iv) Andoh tiga segi

d) Zinc Oxide Plaster

Prosedur Pertolongan Cemas



Kaedah Rawatan Kebakaran



Kebakaran Ringan

Jenis-jenis Kecederaan dan Cara Merawat
Kenali Simbol-Simbol dalam Bilik Sains
Berikut adalah simbol- simbol yang biasanya terdapat dalam sesebuah Bilik Sains.


Di larang membawa makanan dan minuman ke dalam Bilik Sains




Alat Pemadam Api



Pertolongan Cemas



Bahaya




Kitar Semula





Bahaya Voltan Tinggi


Mudah Pecah



Mudah Terbakar



Jangan Membazir Air


Bahaya Elektrik


Cara-cara Menggunakan Alat Pemadam Api

No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: nota
Reactions:
Jenis-jenis kebakaran

No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: nota
Reactions:
Peraturan Di Dalam Makmal SK Kem Kabota

1.Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran guru.

2.Murid dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam
makmal.

3.Murid dilarang menjalankan eksperimen tanpa kehadiran guru.

4.Sebarang alat atau bahan dalam makmal sains tidak boleh dibawa
keluar dari makmal.

5.Murid perlu menjalankan eksperimen dengan berhati-hati.

6.Sisa-sisa eksperimen mestilah dibuang ke dalam tong sampah.

7.Dilarang membuang sisa-sisa sampah ke dalam singki.

8.Sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan atau
kerosakan sila laporkan dengan segera kepada guru.

9. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa
pengetahuan guru.
10. Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi setiap masa.

11.Pastikan makmal sentiasa dalam keadaan bersih & kemas.











Amali Pengawetan


Pada 30 Jun 2011 , kami telah menjalankan satu amali pengawetan dan pemotongan
kaca. Kami telah mempelajari cara-cara untuk melaksanakan pengawetan basah dan
kering serta cara-cara memotong kaca untuk membuat peralatan yang boleh digunakan
di dalam makmal.


PENGAWETAN KERING


Mematikan spesimen (burung) dengan menggunakan kloroform




Menyediakan spesimen untuk pembedahan mengeluarkan sistem organ dalaman.



Bedah spesimen bermula dari toraks sehingga ke bawah dengan forcep



Keluarkan tulang rusuk spesimen bagi memudahkan proses pengeluaran organ
dalaman




Organ dalaman spesimen digantikan dengan kapas yang banyak.



Jahitkan bahagian yang dibedah


Suntikkan spesimen pada bahagian yang lembut dengan larutan formalin 3%


Dirikan spesimen di atas kadbod dengan menggunakan benang dan dawai.
Keringkan spesimen di dalam ketuhar pada julat suhu 50-70 darjah Celsius


PENGAWETAN BASAH




Spesimen yang telah dimatikan akan disuntik dengan larutan Formalin 4%
di bahagian kepala, tengah badan dan ekor.


Spesimen dimasukkan ke dalam larutan formalin 4 %




Hasil pengawetan basah



Labelkan spesimen yang telah diawet.

Vous aimerez peut-être aussi