Vous êtes sur la page 1sur 32

1 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Bil. Tajuk Halaman


1. Isi kandungan 1
2. Mukaddimah 2
3. Sembelihan (Az-Zabaih)
A. TAKRIF SEMBELIHAN
B. HUKUM MENYEMBELIH
C. HIKMAH DISYARATKAN SEMBELIHAN
D. KATEGORI SEMBELIHAN
E. JENIS-JENIS SEMBELIHAN
F. SYARAT-SYARAT SAH SEMBELIHAN
G. RUKUN SEMBELIHAN
H. PERKARA SUNAT KETIKA SEMBELIHAN
I. PERKARA MAKRUH DALAM SEMBELIHAN
J. BAHAGIAN YANG HARAM DIMAKAN
DARIPADA BINATANG SEMBELIHAN
K. BINATANG YANG HARAM DIMAKAN
L. BEBERAPA MASALAH SEMBELIHAN
M. DARURAT
N. Gambarajah kedudukan urat yang
wajib diputuskan ketika penyembelihan
O. CARA RASULULLAH S.A.W MENYEMBELIH
3-25
4. Perburuan (As-Shaid)
A. Takrif As-Shaid
B. Dalil Keharusan Berburu
C. Hikmah Pensyariatan Perburuan
D. Perburuan yang Halal dan Tidak Halal
E. Cara berburu yang disyariatkan :
F. Syarat-syarat perburuan
menggunakan binatang buas
G. Bilakah Pemburuan dianggap
Sembelihan
26-30
5. Rumusan 31
6. Rujukan 32

2 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N





Islam adalah agama atau cara hidup yang disediakan dan ditentukan oleh Allah
s.w.t. Setiap orang Islam hendaklah sentiasa akur serta taat terhadap semua hukum dan
peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. termasuklah dalam hal yang berkaitan
dengan makanan, minuman dan penyediaan.

Panduan utama yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. ialah makan dan minum hanya
yang halal. Sesuatu yang diharamkan oleh Allah s.w.t. adalah haram kecuali jika dalam
keadaan darurat.

Di antara rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. terhadap umat nabi muhamaad
s.a.w. ialah menghalalkan daging daging yang memberi faedah kepada tubuh badan serta
akal fikiran dan mengharamkan daging daging yang memudaratkan kesihatan tubuh badan
serta akal seseorang.

Maka kita perlulah menikmati makanan yang halal, sedap, berzat dan bermutu
tinggi supaya akan memberi kesan yang baik kepada tubuh badan , akal dan tabiat manusia.
Hal ini kerana, makanan yang kita makan itu bukan sahaja menjadi kekotoran semata mata
apabila ia masuk ke dalam tempat penghadaman, akan tetapi makanan itu akan meresap
masuk ke dalam darah serta organ-organ yang lain .

Oleh itu makanan yang halal dan bersih itu penting untuk pembinaan jasmani
dan rohani, akal dan perwatakan manusia. Dengan itu islam datang sebagai agama yang
mudah tidak mengharamkan semua jenis daging, berlainan dengan yang pernah dilakukan
oleh umat terdahulu yang mengharamkan dirinya memakan daging daripada binatang
bernyawa dan islam juga tidak menghalalkan semua jenis daging tersebut.

Ringkasnya, marilah kita melihat dan meninjau cara mana islam menghalalkan atau
mengharamkan daging binatang binatang tersebut melalui kaedah penyembelihan serta
buruan mengikut hukum syarak dalam islam.

3 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N


























4 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

SEMBELIHAN (Az-Zabaih)
A. TAKRIF SEMBELIHAN
BAHASA :
potong , belah dan mencabut nyawa haiwan
ISTILAH :
Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan \ dengan cara memutuskan urat
halkum (saluran nyawa) dan urat merih (saluran makanan) \ dengan menggunakan alat
yang tajam \ dengan niat kerana Allah swt.

B. HUKUM MENYEMBELIH
Hukum menyembelih adalah wajib. Jika kewajipan ini tidak disempurnakan dan
binatang itu mati tanpa disembelih atau disembelih tidak mengikut peraturan maka ianya
disebut sebagai bangkai. Hukum bangkai adalah najis dan haram dimakan.

C. HIKMAH disyaratkan sembelihan
1. Dapat mengeluarkan semua darah binatang sembelihan dengan cepat dan
membersihkan daging daripada darah yang mengalir bagi menghindarkan penyakit.
2. Membezakan daging-daging yang halal atau yang haram dari segi syarak.
3. Mematikan binatang itu dengan cepat dan segera dan tidak menyeksa binatang
tersebut.
4. Sembelihan dengan nama Allah boleh memelihara aqidah seseorang.
5. Menjamin kesihatan orang yang memakannya kerana binatang yang mati tanpa
sembelih mungkin mempunyai penyakit tertentu yang memberi kemudaratan kepada
manusia
6. Untuk mengelakkan kita makan daging yang sudah busuk kerana tidak disembelih
(bangkai)
7. Darah binatang yang disembelih telah keluar dari badannya (darah yang mengandungi
kuman).
8. Sebagai satu tanda penghormatan dan kesyukuran manusia terhadap salah satu
daripada sumber nikmat makanan yang dikurnia Allah s.w.t.
9. Menjadikan makanan halal dan bersih memberi kesan yg baik kpd perkembangan
rohani dan jasmani.
5 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

D. KATEGORI SEMBELIHAN
1. Sembelihan biasa
2. Sembelihan Dam (wajib)
3. Sembelihan Korban (sunat)
4. Sembelihan Akikah
5. Sembelihan Nazar.
Adapun bagi sembelihan Korban, Akikah atau Dam hanya sah dengan binatang An`am
iaitu unta, lembu atau kerbau dan kambing. Dan yang paling afdhal sekali ialah unta
kemudian lembu dan kemudian kambing.

E. JENIS-JENIS SEMBELIHAN
Jenis sembelihan terbahagi kepada tiga iaitu:
Az-Zabhu An-Nahru Al-Aqru
Pengertian Memotong al-halqu
(batang leher sebelah
atas) haiwan.
Memotong labbah
(batang leher sebelah
bawah) haiwan.
Sembelihan secara
darurah (terpaksa).
Cara
Sembelihan
Menyembelih semua
jenis haiwan yang boleh
ditangkap (dikuasai)
oleh manusia untuk
disembelih.
Menyembelih haiwan
tertentu bagi
menyegerakan
keluarnya nyawa kerana
lehernya yang panjang.
Mencederakan haiwan
dengan kecederaan
yang membawa maut
pada mana-mana
bahagian badannya.
Haiwan Semua jenis haiwan Unta Haiwan yang liar (yang
boleh dimakan) dan
tidak boleh ditangkap
tuannya.

F. SYARAT-SYARAT SAH SEMBELIHAN
1. Penyembelih mestilah orang Islam
2. Hendaklah dengan niat sembelihan kerana Allah s.w.t.
3. Memutuskan kedua-dua urat halkum dan urat marik dengan sekali sembelihan.
4. Menggunakan alat menyembelih yang tajam seperti parang, pisau dan kaca, tetapi
tidak boleh menggunakan kuku, gigi, tulang dan sebagainya.

6 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

G. RUKUN SEMBELIHAN
Rukun sembelihan ada tiga iaitu orang yang menyembelih, binatang yang disembelih dan
alat yang digunakan untuk menyembelih.

Orang yang menyembelih

Haram menyembelih Halal menyembelih Makruh menyembelih
1. Kafir (bukan
ahli kitab)
2. Golongan
Musyrikin
3. Penyembah
berhala
4. Mereka yang
murtad
1. Orang Islam
2. Kanak-kanak
3. Hamba sahaya
4. Ahli kitab yang
sah berkahwin
dengannya
1. Orang buta
2. Kanak-kanak
yang belum
mumaiz
3. Orang mabuk

Binatang yang disembelih

1. Hendaklah binatang itu halal dimakan mengikut hukum syarak.
2. Hendaklah binatang itu masih hidup bernyawa
3. Hendaklah disembelih mengikut syarak :
Putus halkumnya (saluran penafasan)
Putus urat marik (saluran makanan dan minuman)
Sunat memutuskan dua urat besar berada di kiri dan kanan tengkuk kerana
tindakan ini sebagai melakukan ihsan dalam sembelihan

Alat menyembelih
1. Hendaklah alat itu sesuatu yang tajam
2. Hendaklah alat-alat yang tajam itu bukan gigi, kuku dan tulang




7 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

H. PERKARA SUNAT KETIKA SEMBELIHAN
1. Menyebut nama Allah swt sewaktu menyembelih iaitu membaca Bismillah \ Allahu
Akbar.
2. Memutuskan semua urat-urat leher yang tertentu dan dilakukan dengan segera supaya
cepat mati.
3. Penyembelih hendaklah menajamkan mata alat sembelihannya dan sembelihan tidak
dilakukan di hadapan mata binatang lain sebagaimana yang diperintahkan oleh
Rasulullah s.a.w
4. Membaringkan binatang di atas rusuk kirinya/pinggul kirinya dengan lembut dan
kepalanya diangkat sedikit.
5. Penyembelih dan binatang sembelihan hendaklah menghala ke arah qiblat apabila
melakukan sembelihan.
6. Melakukan sembelihan di siang hari.
7. Hendaklah bertindak lembut terhadap binatang. Ia tidak boleh dipukul, ditarik kakinya
ke tempat sembelihan kerana tindakan tersebut akan menambahkan lagi
penderitaannya.

I. PERKARA MAKRUH DALAM SEMBELIHAN
1. Tidak membaca Bismillah ketika menyembelih.
2. Menghalakan binatang yg disembelih ke arah lain selain qiblat kerana ia bertentangan
dengan amalan sunnah Nabi s.a.w
3. Melakukan penyeksaan atau menyebabkan penderitaan yang lebih tanpa faedah.
4. Menggunakan alat yang tumpul.
5. Mengasah pisau atau menampakkan alat sembelihan kepada binatang yang hendak
disembelih.
6. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang.
7. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang hendak disembelih
8. Menyembelih hingga terputus kepala ( saraf tunjang )
9. Sembelihan dilakukan oleh perempuan
10. Sembelihan dilakukan oleh orang fasik
11. Berhadas besar semasa menyembelih
12. Alat penyembelihan yang tumpul
13. Tidak mencuci alat sembelihan terlebih dahulu sebelum sembelihan yang seterusnya.
14. Melapah atau memotong leher sebelum binatang itu sejuk
8 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

J. BAHAGIAN YANG HARAM DIMAKAN DARIPADA BINATANG SEMBELIHAN
1. Darah yang mengalir
2. Alat zakar
3. Buah zakar
4. Qubul
5. Ketumbuhan antara kulit dan daging
6. Pundi kencing
7. Hempedu

K. BINATANG YANG HARAM DIMAKAN
1. Binatang yang mencari makan dengan menggunakan taring seperti hrimau.
2. Binatang yang mencari makan dengan menggunakan kuku seperti helang
3. Binatang yang makan benda-benda najis seperti biawak
4. Binatang yang hidup dua alam (air dan darat) seperti katak dan buaya.
5. Binatang yang najis pada syara` iaitu anjing dan babi
6. Binatang yang mengandungi racun seperti ular.
7. Binatang-binatang yang disuruh oleh Islam membunuhnya seperti tikus, cicak, lipan
dan sebagainya.

L. BEBERAPA MASALAH SEMBELIHAN
1. Binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya kerana terperesok atau terjatuh
dalam perigi, maka harus disembelih dimana- mana bahagian badan dengan diyakini
dapat dimatikan. Contohnya: lembu yang jatuh ke dalam perigi.
2. Binatang yang kena tembak (tanpa sembelih) haram dimakan mengikut mazhab
Syafi`e tetapi mazahab-mazhab lain mengharuskannya dengan syarat ada niat
sembelihan ketika menembaknya.
3. Binatang yang mati kerana ditangkap oleh anjing pemburu yang terlatih ( anjing
pemburuan yang dilatih sehingga ia tahu memilih mana binatang yang halal) maka
halal dimakan tanpa disembelih.
4. Binatang yang mati kena panah pemburu adalah halal dimakan.
5. Halal dimakan anak yang berada didalam perut ibunya yang telah disembelih.
6. Makruh hukumnya orang perempuan menyembelih binatang tetapi sembelihannya
adalah sah.
9 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

7. Janin yang mati dalam kandungan ketika disembelih harus dimakan,\ seandainya
masih hidup,mesti disembelih.
8. Mana-mana bahagian anggota badan yg terpotong drp haiwan adalah najis dan
haram dimakan. Contohnya: kaki lembu yg terpotong.
9. binatang yang disembelih dengan niat\ tujuan selain drp Allah swt., tidak sah dan
haram dimakan.

M. DARURAT
Adalah satu keadaan dimana penyembelihan dilakukan bagi mematikan
binatang tersebut seperti lembu yang jatuh ke dalam perigi dan sebagainya. Ini
merupakan cara penyembelihan lain tanpa memutuskan urat halkum dan marih.
1. Binatang yang tidak boleh disembelih secara biasa kerana darurat contoh
jika terjatuh ke dalam lubang dan tidak boleh dikeluarkan, ia harus disembelih
secara idtirari ( ) iaitu dengan melukakan mana-mana bahagian anggota yang
boleh mematikannya.
2. Binatang buruan. Binatang yang tidak perlu disembelih. Tetapi jika masih
hidup, wajib disembelih seperti biasa. Pemburu yang menggunakan binatang buruan
seperti anjing dan singa, tidak perlu meyembelih binatang buruannya jika ia mati
disebabkan gigitan binatang buruan tersebut.

N. Gambarajah kedudukan urat yang wajib diputuskan ketika
penyembelihan

10 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

O. CARA RASULULLAH S.A.W MENYEMBELIH
Dalam hadis-hadis yang sahih, Rasulullah s.a.w apabila menyembelih haiwan sama ada
untuk korban (udhiyah) atau hadyu (ketika haji), beliau menyembelih dengan tangannya
sendiri. Dari sini menunjukkan sebahagian dari sunnah-sunnah penyembelihan haiwan
adalah berusaha untuk menyembelih dengan tangan sendiri.
Tetapi sayangnya pada hari ini ramai dari kalangan umat Islam yang tidak mampu untuk
melaksanakan penyembelihan secara individu atau dengan tangannya sendiri. Antaranya
disebabkan tidak memiliki ilmu, takut, tidak biasa, dan tidak yakin (was-was).
[Pertama] Ihsan Terhadap Haiwan Sembelihan
Di antara cara dan sikap ihsan yang disunnahkan ketika melaksanakan penyembelihan
haiwan adalah:
1. Tidak menajamkan pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih.
2. Tidak menyembelih haiwan di hadapan haiwan-haiwan lain yang akan disembelih.
3. Tidak membawa haiwan ke tempat sembelihan dengan cara yang kasar.
4. Memilih cara paling mudah dan yang paling kurang menimbulkan rasa sakit.
(an-Nawawi, SyarahShahih Muslim, Al- Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadzi, 4/553)
Rasulullah s.a.w bersabda:


Sesungguhnya Allah telah mewajibkan supaya sentiasa bersikap ihsan (baik) terhadap
segala sesuatu. Apabila kamu hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang
paling baik. Apabila kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara
yang paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan
haiwan dalam keadaan yang selesa.
(Hadis Riwayat Muslim, 10/122, no. 3615)
Maksud, ... hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa. adalah dengan
menajamkan pisau dan mempercepatkan pergerakan pisau ketika menyembelihnya.
(an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 13/106)
11 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Pisau (alat menyembelih) hendaklah ditajamkan lebih awal sebagaimana kata Rasulullah
s.a.w :


Adakah kamu mahu membunuhnya dua kali? Tajamkanlah pisau terlebih dahulu
sebelum kamu membaringkannya.
(Hadis Riwayat al- Hakim, 4/257, no. 7563. Dinilai sahih oleh adz-Dzahabi)
Di antara hikmahnya adalah supaya haiwan tidak dibiarkan berada dalam keadaan
tertunggu-tunggu, ketakutan, dan tidak selesa.
Rasulullah s.a.w melarang membunuh haiwan tanpa sebab yang wajar. Beliau bersabda:


Sesiapa dari kalangan manusia yang membunuh seekor burung atau yang selain darinya
tanpa haknya, maka Allah akan meminta dia bertanggungjawab kelak di akhirat. Para
sahabat bertanya, Wahai Rasulullah, apa haknya? Rasulullah menjawab, Disembelih
lalu dimakan, dan janganlah seseorang memotong kepalanya (membunuhnya) lalu
dibuang.
(Hadis Riwayat an-Nasaai, 13/312, no. 4274. Dinilai dhaif oleh al-Albani)
Selain itu, Rasulullah s.a.w juga melarang memukul muka haiwan, melarang mencaci
haiwan, berlaku kasar, menyakitinya, serta melarang melaknat atau mengejek haiwan. Ini
disebutkan dalam hadis-hadis yang lain.
Dalil-dalil yang dibentangkan ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang sangat
menganjurkan sikap ihsan bukan sahaja kepada sesama manusia, tetapi juga terhadap
para haiwan. Bukan sahaja ketika haiwan tersebut hidup, tetapi juga ketika
hendak menyembelih atau setelah membunuhnya.



12 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

[Kedua] Haiwan Yang Boleh Disembelih
Haiwan yang boleh disembelih adalah dari jenis haiwan darat yang mengalirkan darahnya
dan halal dimakan. Ini adalah seperti unta, lembu, kambing, kijang, ayam, itik, dan angsa.
Imam an-Nawawi rahimahullah menyebutkan:


Sebahagian ulama menyatakan bahawa hikmah pada syarat sembelihan (adz-Dzabh) dan
mengalirkan darah (an-nahr) adalah bagi membezakan di antara kehalalan daging dan
lemak dari yang mengharamkannya. Perlu diperhatikan bahawa bangkai
diharamkan (antaranya) kerana ia tidak mengalirkan (mengeluarkan) darah di dalam
tubuhnya.
(an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 13/123)
Adapun haiwan darat dari jenis yang mengalir darahnya yang tidak halal dimakan
berdasarkan dalil-dalil yang telah ditentukan, maka ia adalah haram walaupun setelah
disembelih, dan matinya tetap dihukumkan sebagai bangkai.
Manakala haiwan yang tidak memiliki darah yang mengalir atau tidak boleh disembelih
(kerana tidak memiliki leher), jika ia mati maka matinya dianggap sebagai bangkai.
Kecuali bangkai setiap jenis haiwan air dan bangkai belalang, ia halal dimakan walaupun
tanpa melalui proses sembelihan.
Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam:


Dihalalkan bagi kita dua bangkai dan dua jenis darah. Dua bangkai tersebut adalah
bangkai ikan dan belalang, manakala dua darah tersebut adalah hati dan limpa.
(Hadis Riwayat Ahmad, 10/16, no. 5723. Dinilai sahih oleh al-Albani dan hasan oleh
Syuaib al-Arnauth)


13 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Juga sebagaimana sabda beliau yang lain:


Laut itu suci airnya dan halal bangkainya.
(Hadis Riwayat Malik, Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasaai, dan Ibnu Majah. Hasan
sahih sebagaimana kata at-Tirmidzi)
[Ketiga] Menghadapkan Haiwan Sembelihan Ke Arah Kiblat
Disunnahkan agar haiwan dihadapkan ke arah kiblat ketika menyembelihnya.
Nafi mengatakan:

Bahawasanya Ibnu Umar tidak suka makan daging haiwan yang tidak menghadap
kiblat ketika disembelih.
(al-Mushannaf Abdurrazzaq, 4/489, no. 8585)
Demikian juga dengan Ibnu Sirin, beliau mengatakan:

Dianjurkan supaya menghadapkan haiwan ketika disembelih ke arah kiblat.
(al-Mushannaf Abdurrazzaq, 4/489, no. 8587)
Ini adalah sebagaimana perbuatan Rasulullah s.a.w ketika menyembelih unta di Mina.
Beliau hadapkan unta-unta yang hendak disembelih ke arah kiblat.
(Imam Malik dalam al-Muwaththa, 3/554-555, no. 1405. Dinilai sahih oleh Abdul Qadir
al-Arnauth dalam Tahqiq Jami al-Ushul, 3/342)




14 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

[Keempat] Membaringkan Haiwan (yang berupa kambing atau sejenisnya)
Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan supaya dibawakan dua ekor kibas kepadanya
untuk dikorbankan sebagaimana hadis daripada Aisyah r.a.
Rasulullah s.a.w berkata (kepada Aisyah), Wahai Aisyah, bawakanlah pisau ke sini.
Kemudian beliau bersabda, Asahlah pisau ini dengan batu (pengasah). Aisyah pun
melakukan apa yang di perintahkan beliau. Setelah diasah, beliau mengambilnya dan
mengambil kibas tersebut lalu membaringkannya dan menyembelihnya...
(Hadis Riwayat Muslim, 10/149, no. 3637)
Kata Imam ash-Shanani rahimahullah:


Ini adalah dalil yang menjelaskan anjuran merebahkan haiwan yang hendak disembelih
(dari jenis kambing), dan ia tidak disembelih dalam keadaan berdiri atau duduk. Kerana
keadaan tersebut lebih mudah baginya dan ini adalah ijma (kesepakatan) al-muslimun.
Ia dilakukan dengan merebahkan haiwan di atas sisi kirinya di mana ia lebih
memudahkan orang yang menyembelih sambil memegang pisau di tangan kanan dan
memegang kepala haiwan dengan tangan kirinya.
(ash-Shanani, Subulus Sulam, 4/162 Maktabah at- Taufiqiyah)
Dalam hadis daripada Anas radhiyallahu anhu, ia menjelaskan posisi perletakan kaki
kanan ketika menyembelih. Kata Anas:


Rasulullah s.a.w berkorban dengan dua ekor kibas yang warna putihnya lebih banyak
dari warna hitam. Aku melihat beliau meletakkan kaki beliau di atas rusuk kibas tersebut
sambil menyebut nama Allah dan bertakbir, lalu beliau menyembelih kedua- duanya
dengan tangan beliau sendiri.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 17/255, Bab: Menyembelih Haiwan Korban Dengan
Tangannya, no. 5132)
15 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Manakala bagi unta, ianya disembelih dalam keadaan berdiri di atas tiga kakinya dan
kakinya yang kiri bahagian hadapan diikat dengan tali.
(Abu Malik Kamal, Shahih Fiqhus Sunnah, 2/364 Maktabah at-Taufiqiyah)
[Kelima] Menyembelih Dengan Alat yang Tajam Selain Kuku, Tulang, Gading, dan Gigi
Sebagaimana telah disebutkan dalam hadis-hadis sebelumnya, disunnahkan supaya
menyembelih haiwan menggunakan pisau atau alat penyembelih yang tajam. Kemudian
Rasulullah mengecualikannya dengan gigi dan tulang.
Ketika seorang sahabat membunuh seekor unta yang bertindak liar dengan tikaman
(lemparan) tombak, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:


Setiap apa yang ditumpahkan darahnya dengan disebut nama Allah maka makanlah
kecuali yang ditumpahkan darahnya dengan gigi dan kuku, dan akan kusampaikan
tentang itu. Adapun gigi, ia termasuk tulang. Manakala kuku, ia adalah pisaunya orang-
orang Habasyah.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/391, no. 2308)
Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

Hadis ini menjelaskan tentang dibolehkan menyembelih haiwan dengan apa jua alat
yang tajam selagi mana boleh untuk memotong selain kuku, gigi dan segala jenis tulang.
(Syarah Shahih Muslim, 13/123)
[Keenam] Teknik Sembelihan (at-Tadzkiyah)
At-Tadzkiyah menurut bahasa adalah mashdar dari dzakaitu al-hayawan (aku
menyembelih haiwan). Dan isim (bentuk kata benda)nya adalah dzakah, iaitu adz-Dzabh
dan an-Nahr.
Menurut istilah, ia adalah faktor yang menyebabkan dihalalkan memakan haiwan darat.
Para ulama menjelaskan bahawa an-Nahr (menusuk pada bahagian leher) adalah teknik
sembelihan khusus bagi unta, dan adz-Dzabh (sembelihan dengan cara memotong di
leher) adalah bagi haiwan selain unta.
16 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Mazhab Abu Hanifah mengatakan, Penyembelihan adalah suatu kaedah yang syari
untuk menjaga kesucian haiwan agar halal untuk dimakan sekiranya ia halal dimakan.
Atau bagi tujuan memanfaatkan kulit dan bulunya jika haiwan tersebut tidak halal
dimakan.
(Shahih Fiqhus Sunnah, 2/357 Maktabah at-Taufiqiyah)
Mazhab al-Hanabilah (pengikut Ahmad B. Hanbal) mendefinisikannya sebagai, Dzabh
(memotong) atau Nahr (menusuk) adalah kaedah penyembelihan untuk haiwan darat
yang berada dalam kawalan (yang mampu ditangkap) selain belalang atau yang
sejenisnya dengan memotong saluran halkum (trakea/salur pernafasan) dan mari
(esofagus/salur makanan), atau dengan cara menusuk bagi haiwan yang kuat meronta
atau terhalang dari menyembelihnya (sebagaimana membunuh haiwan buruan Pen.).
(Shahih Fiqhus Sunnah, 2/357 Maktabah at-Taufiqiyah)
Kaedah membunuh haiwan buruan yang liar yang tidak dapat ditangkap adalah dengan
cara melemparkan (iaitu menusukkan) pada mana-mana bahagian tubuhnya dengan
senjata tajam atau dengan menggunakan khidmat haiwan pemburu yang terlatih.
Adapun berkenaan syarat sembelihan atau bahagian yang perlu diputuskan atau dipotong,
Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menyebutkan:



Imam asy-Syafii, para sahabatnya, dan orang-orang yang bersetuju dengannya
mengatakan, Tidak sah suatu sembelihan melainkan setelah terpotong pada halkum
(salur pernafasan) dan mari (salur makanan/esofagus) secara sempurna. Dan
disunnahkan memotong dua urat darahnya yang lain (yang terdapat di sekitar leher),
tetapi ini tidaklah termasuk syarat. Dan ini juga adalah pendapat yang kuat dari Imam
Ahmad berdasarkan dua riwayat.
Ibnu al-Mundzir berkata, Para ulama telah sepakat (ijma) bahawa apabila telah
terpotong halkum (salur pernafasan), salur makanannya (esofafus), dan kedua urat darah
pada leher haiwan sembelihan, serta mengalirkan darahnya, maka ini sudah
dianggap sebagai sembelihan yang benar dan sah. Al-Mundzir melanjutkan, Dan
mereka (para ulama) berselisih apabila yang terpotong hanya sebahagian dari apa yang
disebutkan ini.
(an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 13/124)
17 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Berkaitan haiwan liar atau haiwan yang yang asalnya jinak tetapi kemudian menjadi liar,
Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan:



Adapun bagi haiwan liar yang termasuk haiwan buruan, maka seluruh anggotanya boleh
dijadikan sebagai sasaran sembelihan selagi mana ia liar dan tidak dapat ditangkap (untuk
disembelih secara normal) sehingga apabila dilempar dengan tusukan panah
atau ditangkap oleh anjing pemburu yang terlatih kemudian mengenai sebahagian dari
anggota badannya dan mati, maka hukumnya adalah halal dengan ijma (kesepakatan
ulama).
Adapun jika haiwan jinak yang bertukar liar (mengganas) seperti unta yang terlepas (atau
mengamuk - pen.), atau lembu, atau kuda, atau mungkin kambing dan selainnya, maka ia
dianggap sebagaimana haiwan buruan yang mana ia boleh dilempar dengan panah (objek
tajam) di selain tempat sembelihannya yang asal dan boleh juga ditangkap menggunakan
khidmat anjing pemburu yang terlatih.
(an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 13/126)
Ini adalah sebagaimana dalil hadis daripada Abayah B. Rifaah B. Rafi B. Khadij yang
menjelaskan daripada datuknya:


Kami bersama Rasulullah s.a.w di Dzul Hulaifah ketika sebahagian orang mengalami
kelaparan lalu mereka mengambil (harta rampasan perang berupa) unta dan kambing.
Ketika itu Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam berada di belakang bersama rombongan
yang lain. Orang-orang yang kelaparan tersebut menyembelih lalu mengambil daging
sebanyak satu kuali.
18 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Maka Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kuali tersebut ditumpahkan isinya.
Kemudian Beliau membahagi sama- rata di mana bahagian setiap sepuluh ekor kambing
sama dengan satu ekor unta. Tetapi kemudian ada seekor unta yang lari lalu
mereka mencarinya sampai kepenatan. Sementara itu di antara mereka ada yang memiliki
seekor kuda yang lincah lalu ia pun mencari unta yang terlepas tadi dan memburunya
dengan panah hingga akhirnya Allah mentakdirkannya dapat membunuh unta tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya haiwan seperti ini hukumnya sama dengan
haiwan liar (haiwan buruan). Maka apa sahaja yang terlepas dari kamu (dan gagal untuk
ditangkap), lakukanlah seperti ini.
Datukku berkata, Kita berharap atau bimbang bertemu musuh pada esok hari sedangkan
kita tidak memiliki pisau, adakah kita boleh menyembelih dengan kayu?
Beliau bersabda, Setiap apa yang ditumpahkan darahnya dengan disebut nama Allah
maka makanlah kecuali yang ditumpahkan darahnya dengan gigi dan kuku, dan akan
kusampaikan tentang itu. Adapun gigi, ia termasuk tulang. Manakala kuku, ia
adalah pisaunya orang-orang Habasyah.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/391, no. 2308)
Haiwan buruan yang mati hendaklah ia mati dengan sebab terkena tusukan pada bahagian
alat yang tajam yang mengalirkan darah sama ada dengan mata lembing, panah, atau alat-
alat yang seumpamanya yang tajam. Dan bukan pada bahagian yang tumpul
seperti misalnya pada bahagian hulu lembing atau juga tidak boleh dibaling dengan bahan
tumpul seperti batu yang seumpamanya.
Melainkan sekiranya ia sempat disembelih sebelum mati, maka halal. Jika mati kerana
dilempar dengan objek tumpul, maka haram dimakan.
Ini sebagaimana hadis Adi B. Hatim radhiyallahu anhu. Beliau berkata, Aku bertanya
kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam tentang berburu dengan lembing
(tombak), maka beliau bersabda:


Apabila ia terkena pada bahagian yang tajam, maka makanlah. Tetapi apabila terkena
pada bahagian yang tumpul lalu haiwan buruan tersebut terbunuh, maka janganlah
19 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

memakannya kerana ia termasuk haiwan yang terbunuh kerana dibaling dengan objek
tumpul.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 17/131, no. 5054)
[Ketujuh] Dibenci (makruh) Menyembelih Haiwan Hingga Terputus Lehernya
Ini adalah berdasarkan penjelasan dari kalangan sahabat dan ulama dari kalangan Tabiin.
Mereka membenci perbuatan tersebut dan sebahagiannya enggan untuk memakannya.
Nafi mengatakan:

Sesungguhnya Ibnu Umar enggan memakan daging kambing yang disembelih sehingga
lehernya terputus.
(Mushannaf Abdurrazzaq, 4/490, no. 8591)
Atha (ulama Tabiin) berkata:

Jika ada orang yang menyembelih haiwan sehingga kepala terpisah dari tubuhnya maka
kamu makanlah asalkan orang tersebut melakukannya tanpa sengaja.
(Mushannaf Abdurrazzaq, 4/491, no. 8599)
Thawus berkata:

Jika ada orang yang menyembelih haiwan sehingga lehernya putus maka daging haiwan
tersebut tetap boleh dimakan.
(Mushannaf Abdurrazzaq, 4/491, no. 8601)



20 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Mamar mengatakan:

Ketika Imam az-Zuhri (ulama dari kalangan Tabiin) ditanya tentang seseorang yang
menyembelih dengan menggunakan pedang sehingga leher haiwan yang disembelih
putus. Jawab beliau, Buruk sungguh perbuatan tersebut. Beliau ditanya lagi, Adakah
dagingnya boleh dimakan? az-Zuhri menjawab, Boleh.
(Mushannaf Abdurrazzaq, 4/492, no. 8600)
[Kelapan] Menyebut Nama Allah Ketika Menyembelih
Allah Subhanahu wa Taala berfirman:


Dan janganlah kamu memakan haiwan-haiwan yang tidak disebut nama Allah ketika
menyembelihnya, sesungguhnya perbuatan tersebut adalah suatu kefasikan.
(al-Anam, 6: 121)
Kata Rasulullah s.a.w, Setiap apa yang ditumpahkan darahnya dengan disebut nama
Allah maka makanlah... (Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/391, no. 2308)
Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menyatakan:

Ayat ini adalah dalil bahawa sembelihan tidak halal sekiranya tidak disebut nama Allah
ketika menyembelihnya walaupun yang menyembelihnya adalah seorang muslim.
(Tafsir Ibnu Katsir, 3/324)
Kata Ibnu Abbas, (Tetapi sekiranya dia terlupa), maka tidak mengapa.
(Fathul Bari, 9/624)
Manakala ketika menyembelih haiwan korban, disunnahkan membaca basmalah dan
takbir (dengan lafaz bismillahi Allahu akbar) sambil berdoa memohon agar korbannya
diterima Allah. Bagi haiwan buruan pula, nama Allah hendaklah disebut ketika
melepaskan haiwan pemburu atau ketika melemparkan senjata tajam ke arah sasaran.
21 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Ini adalah sebagaimana sabda Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam:


Buruan yang kamu perolehi dengan tombakmu setelah menyebut nama Allah maka
makanlah, buruan yang diperolehi oleh anjingmu yang terlatih setelah menyebut nama
Allah di ketika melepaskannya maka makanlah, dan buruan yang diperolehi oleh
anjingmu yang tidak terlatih jika kamu sempat menyembelihnya maka makanlah.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 17/135, no. 5056)
[Kesembilan] Memastikan Haiwan Benar-benar Mati
Haiwan yang disembelih hendaklah dipastikan telah benar-benar mati terlebih dahulu
sebelum dilakukan proses seterusnya. Dan kematiannya hendaklah dilakukan dengan
semata-mata sembelihan tanpa sebarang tekanan atau paksaan.
Ini berdasarkan firman Allah Taala:


Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar Allah, kamu
mendapat kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu
menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah rebah
(mati), maka makanlah darinya...
(Surah al-Hajj, 22: 36)
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:


Apa-apa bahagian yang dipotong dari haiwan yang masih hidup, maka potongan
tersebut adalah bangkai.
(Hadis Riwayat Ahmad, 36/233, no. 21903. 36/235, no. 21904. Dinilai hasan oleh at-
Tirmidzi dan Syuaib al-Arnauth)
22 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Ibnu Katsir menyatakan dalam Tafsirnya, Janganlah kamu mengambil daging unta
setelah disembelih melainkan setelah benar-benar mati dan tidak bergerak lagi.
Disebutkan dalam hadis marfu:


Jangan dipaksa-paksa ruh haiwan sembelihan agar segera keluar.
(Tafsir Ibnu Katsir, 5/428)
[Kesepuluh] Sembelihan Ahli Kitab
Allah Subhanahu wa Taala berfirman:


Pada hari ini dihalalkan bagi kamu yang baik-baik. Makanan orang-orang yang diberi al-
Kitab itu halal bagi kamu, dan makanan kamu juga halal bagi mereka.
(Surah al-Maidah, 5: 5)
Makanan ahli kitab yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah sembelihan ahli kitab. Ini
adalah suatu yang telah disepakati oleh para ulama bahawa sembelihan mereka halal bagi
umat Islam.
(Tafsir Ibnu Katsir, 3/40)
Secara umumnya, apa jua makanan berupa hasil sembelihan ahli kitab, ia adalah halal
bagi umat Islam melainkan padanya jelas tanpa terselindung adalah makanan yang
diharamkan bagi umat Islam untuk memakannya, atau mengandungi unsur-unsur
terlarang seperti bercampur dengan khamr (arak), babi, atau padanya disebut nama selain
nama Allah ketika menyembelih. Adapun apa yang tidak diketahui di sebalik itu, maka
cukuplah maklumat secara umum dan tidak dibebankan ke atas kita untuk menyemak
atau mempersoalkannya secara mendalam terlebih dahulu sebelum memakannya.
Demikian juga dengan hasil sembelihan yang datang dari umat Islam, maka kita
menerimanya tanpa terlebih dahulu mempertikai, mempersoal, atau menyemaknya secara
terperinci. Melainkan padanya secara jelas memiliki unsur-unsur yang haram lagi
meragukan.
23 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Ahli Kitab di sini merujuk kepada Yahudi dan Nashara secara umum tanpa membezakan
Ahli Kitab di zaman Nabi atau di zaman sekarang, ataupun yang akan datang. Sama ada
yang kuat berpegang kepada ajarannya yang asal atau yang telah diubah-suai.
Kerana Ahli Kitab di zaman Nabi sendiri memang turut dikenali sebagai termasuk orang-
orang yang mengubah-suai Kitab yang diturunkan kepada mereka.
Apabila diberi daging hasil sembelihan, dari mana-mana kalangan umat Islam atau Ahli
Kitab, maka makanlah tanpa ragu-ragu dan mulakannya dengan membaca basmallah.
Ini adalah sebagaimana keterangan yang dapat diambil dari hadis Aisyah radiyallahu
anha ketika bertanya perkara berkaitan. Aisyah bertanya:


Wahai Rasulullah, di sini ada beberapa kaum yang baru saja meninggalkan kesyirikan
(baru masuk Islam), mereka biasa membawakan daging untuk kami yang kami tidak tahu
sama ada mereka menyembelihnya dengan menyebut nama Allah atau pun tidak?
Nabi menjawab, Kamu sebutlah nama Allah, dan makanlah.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/400, no. 6849)
Dalam sebuah riwayat menyebutkan ketika Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam
bersama-sama para sahabatnya dihadiahkan seekor kambing bakar oleh seorang wanita
Yahudi, beliau pun memakannya tanpa was-was atau memperincikannya terlebih
dahulu kedudukan daging tersebut walaupun pada daging tersebut rupa-rupanya
mengandungi racun.
(Rujuk Tafsir Ibnu Katsir, 3/40)
Riwayat atau kisah ini menjadi dalil bahawa tidak disunnahkan untuk terlalu
memperincikan pemberian ahli kitab yang berupa hasil sembelihannya sebelum
memakannya.



24 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

[Kesebelas] Haram Menyembelih Untuk Selain Allah
Allah Subhanahu wa Taala berfirman:


Diharamkan bagi kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang
disembelih atas nama selain Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati
terjatuh, yang mati ditanduk, dan yang mati diterkam binatang buas, kecuali yang sempat
kamu menyembelihnya. Dan (diharamkan bagi kamu) haiwan yang disembelih untuk
berhala.
(Surah al-Maidah, 5: 3)
Haiwan yang disembelih yang padanya disebut dengan nama selain nama Allah, atau bagi
tujuan pemujaan dan penyembahan, maka hukumnya adalah haram dimakan secara ijma.
[Kedua Belas] Penyembelihan Janin Dalam Perut Induk
Apabila seekor haiwan yang disembelih dan dalam kandungannya terdapat janin yang
mati, maka janin tersebut halal dimakan berdasarkan pendapat ulama yang paling sahih.
Kerana ia secara hakikinya telah tersembelih bersama-sama dengan
penyembelihan ibunya. Ini adalah pendapat jumhur kecuali Abu Hanifah.
Adapun bagi janin yang keluar dalam keadaan hidup dengan hayat mustaqirah, maka
tidak halal dimakan melainkan dengan disembelih terlebih dahulu.
(Abu Malik Kamal, Shahih Fiqhus Sunnah, 2/365-366 Maktabah at-Taufiqiyah)
Pendapat ini didukung oleh hadis Abu Said, beliau berkata:


Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam tentang janin. Maka
beliau berkata, Makanlah jika kamu suka. Musaddad berkata, kami katakan, Wahai
Rasulullah, kami menyembelih unta, lembu, dan kambing, kemudian kami dapati janin
di dalam perutnya. Adakah kami perlu membuangnya atau kami boleh memakannya?
25 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Beliau berkata, Makanlah jika kamu mahu, kerana penyembelihannya adalah dengan
menyembelih ibunya.
(Hadis Riwayat Abu Daud, 8/3, no. 2444. Dinilai sahih oleh al-Albani)
[Ketiga Belas] Ringkasan Syarat-syarat Umum Penyembelihan
1. Haiwan yang disembelih hendaklah masih hidup ketika sembelihan dilaksanakan.
2. Matinya haiwan adalah dengan secara normal (natural) hasil sembelihan.
3. Haiwan tersebut bukan termasuk haiwan buruan di tanah haram.
4. Orang yang menyembelihnya hendaklah berakal (tidak gila atau mabuk) sama ada
lelaki ataupun wanita, sama ada baligh atau pun belum, iaitu yang telah tamyiz (tahu
membezakan di antara yang baik dengan yang buruk).
5. Menyebut nama Allah ketika menyembelih. Dan dimaafkan sekiranya terlupa.
6. Penyembelih hendaklah dari kalangan Muslim atau Ahli Kitab.
7. Bukan dalam keadaan ihram. Mereka yang menyembelih dalam keadaan sedang
berihram, maka hasilnya adalah bangkai. Dan syarat ini adalah bagi sembelihan haiwan
buruan. Adapun bagi haiwan yang jinak, tidak mengapa disembelih oleh orang-orang
yang berihram.
8. Bukan disembelih untuk tujuan pemujaan, penyembahan, dan yang padanya disebut
selain dari nama Allah.










26 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

















27 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Perburuan (As-Shaid)
A. Takrif As-Shaid
Merupakan masdar atau kata terbitan dari shada, yashidu dan shaidan
yang bermaksud menawan dan menangkapnya secara tidak sedar atau menggunakan
tipu helah samada yang ditangkap itu makanan atau sebaliknya.
Namun mengikut istilah syarak as-shaid (perburuan) adalah dikhususkan
untuk binatang yang boleh dimakan sahaja.

B. Dalil Keharusan Berburu
Berdasarkan firman Allah yang bermaksud :
"Dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak kecuali apa yang akan
dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu, tidak halal perburuan ketika kamu
dalam berihram ( semasa haji dan umrah)"
" Dan apabila kamu telah selesai mengerjakan haji maka bolehlah kamu berburu"
(Al-Maidah : 1 & 2)
Kedua-dua ayat diatas menjelaskan akan sekatan untuk berburu bagi yang berada dalam
keadaan berihram dan keharusannya setelah selesai daripada ihram (tahallul).
C. Hikmah Pensyariatan Perburuan
Hikmat perburuan adalah sama sebagaimana hikmah penyembelihan
darurat disebabkan keadaan-keadaan yang memaksa manusia memperolehi
makanan melalui cara berburu. Ini berikutan terdapat haiwan-haiwan yang liar yang tidak
boleh diperolehi dengan cara biasa tetapi mendesak manusia untuk berburu.
Perburuan merupakan keringanan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada
umat manusia. Ia dapat mengelakkan manusia kelaparan ketika ketiadaan haiwan
dan makanan lain melainkan binatang liar. Oleh itu manusia harus bersyukur
kerana pensyariatan ini membantu manusia melakukan pengibadatan dengan sebaiknya.

28 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

D. Perburuan yang Halal dan Tidak Halal
1. Pada dasarnya semua jenis perburuan adalah halal berdasarkan dalil yang
umum berikut : " Dan apabila kamu telah selesai mengerjakan haji maka bolehlah
kamu berburu) al-Maidah
2. Namun hukum di atas adalah terkecuali bagi perkara-perkara berikut:
i. Haram berburu binatang yang haram dimakan dan tidak
dibenarkan membunuhnya. Iaiatu bila cara pemburuan dibuat ke atas binatang
yang tidak merbahayakan manusia seperti kuda dan anjing dengan tujuan untuk
membunuh. Namun jika cara perburuan yang tidak memudharatkan haiwan ini
seperti menggunakan jarring dan lain-lain maka tidak haram.
ii. Berburu dengan tujuan untuk bermain-main samada kepada haiwan yang halal
di makan atau yang haram dimakan. Contoh keluar berburu untuk berhibur
bukan tujuan untuk makan.
iii. Berburu dalam keadaan berihram.-al-Maidah : ayat 95
iv. Berburu di kawasan tanah haram.
"Sesungguhnya negeri Makkah ini telah diharamkan oleh Allah daripada melakukan apa
yang disebut. Tidak boleh dicabut dan dipotong tumbuhan, tidak boleh dikejar dan diganggu
binatang buruan, dan tidak boleh kutip barang-barang yang tercicir untuk menjadikannya
milik sendiri kecuali untuk dipulangkan kepada tuannya."
E. Cara berburu yang disyariatkan :
1. Menggunakan apa sahaja benda tajam yang boleh melukakan sebagai senjata untuk
perburuan samada daripada besi, timah ( peluru), tulang, kaca dan lain-lain.
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Rafi bin Kahudaij r.a:
Apa yang mengalirkan darah dan disebutkan nama Allah padanya maka makanlah ia
(Bukhari & Muslim)

Menggunakan alat yang tidak tajam yang boleh menyiksa seperti hempakan
batu, mencekek, menghimpit, membakar dan lain-lain adalah diharamkan dan
binatang tersebut tidak halal di makan.
29 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Namun jika dengan menggunakan alat berburu yang tajam tetapi tidak
mengenai sasaran yang tepat dan binatang tersebut masih belum mati seperti terkena
kaki dan sayap, maka pemburu menyembelihnya mengikut syarak, binatang tersebut
harus di makan.
Begitu juga sekiranya pemburu mendapati binatang tersebut masih mempunyai
hayat mustaqirrah kemudian membalingnya sekali lagi dari jauh menggunakan alat
yang tajam seperti tombak dan pisau dengan niat membunuhnya maka harus dimakan.
2. Menggunakan binatang buruan dari kalangan binatang buas dan burung.
Kaedah berburu kedua yang disyariatkan ialah menggunakan binatang buruan
yang terdiri dari binatang buas dan burung seperti anjing, helang, harimau
dan seumpamanya.
F. Syarat-syarat perburuan menggunakan binatang buas ialah
a) Binatang buruan terus meluru kearah binatang yang dimaksudkan sebaik
sahaja dilepaskan. Binatang tersebut hendaklah tidak mengarah ke arah selainnya.
b) Ia berhenti apabila diarahkan berhenti.
c) Tidak makan sedikitpun dari binatang yang diburu itu. Kecuali setelah
diletak dihadapan tuannya kemudia memakan sedikit dihadapan tuannya adalah
dimaafkan.
"Katakanlah dihalalkan bagi kamu memakan yang baik-baik dan buruan
yang ditangkap oleh binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar untuk
berburu mengikut pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta
melatihnya sebagaimana yang diajar oleh Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari
apa yang mereka tangkap untuk kamu
Dalil Surah al-Maidah : ayat 4
Sabda Rasulullah s.a.w dari hadis yang diriwayatkan oleh Adi bin Hatim r.a :
Apabila kamu melepaskan anjing berburu kamu yang kamu yang telah di ajar
dan kamu membacakan Bismillah lalu ia menangkapnya, tidak memakannya
dan binatang itu mati , maka makanlah dari binatang itu. Sekiranya anjing
itu memakannya maka janganlah kamu memakannya . Sesungguhnya ia telah menangkap
untuk dirinya bukan untuk kamu
(al-Bukhari dan Muslim)
30 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

g. Bilakah Pemburuan dianggap Sembelihan :
1. Bila binatang yang diburu masih bernyawa (hayat mustaqirrah) ketika
pemburu mendapatinya, maka pemburu perlu menyembelih binatang itu. Jika tidak
maka binatang itu dikira bangkai.
2. Jika pemburu tidak sempat mendapatkan binatang buruan itu dan ia telah mati, maka
binatang itu dianggap telah disembelih dan halal di makan.















31 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N





Secara rumusannya, jelaslah bahawa manusia akan binasa apabila ingkar terhadap
peraturan dan hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Jalan terbaik bagi
menjamin keselamatan manusia sama ada di dunia dan di akhirat ialah meletakkan dirinya
sentiasa dalam keadaan beribadah kepada Allah s.w.t kerana beribadah adalah tujuan
utama manusia dijadikan Allah s.w.t.
Daripada penghuraian keseluruhannya dapat difahamkan Islam mengambil
berat kesihatan umat Islam melalui aspek pemakanan, proses penyediaan makanan yang
lebih bersih, bahan makanan yang halal dan baik serta dapat menjamin kesihatan manusia
sepanjang masa.
Penyembelihan menurut syarak merupakan faktor terpenting menentukan
makanan yang dicampuri daging haiwan atau lemaknya halal dimakan oleh
masyarakat Islam sekarang.
Faktor utama penekanan ke atas kaedah penyembelihan ini adalah untuk
mengelakan salah faham masyarakat Islam mengenai kaedah penyembelihan yang
sebenarnya. Perburuan turut sama dititik-beratkan kerana ia turut berkait rapat dengan
makanan yang halal untuk dimakan.
Konklusinya, kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Jikalau kita memandang
enteng kepada kebersihan terhadap pemakanan kita, maka nescaya berkuranglah iman kita.
Wassalam...




32 | S E M B E L I H A N D A N P E R B U R U A N

Vous aimerez peut-être aussi