Vous êtes sur la page 1sur 13

NAMA

SEKSYEN
NO MATRIK
KURSUS

: TAN CHEAK EAN


: KH / MATEMATIK SEKSYEN 1
: DB100468
: TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

1. SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK


LITAR PENGGUNA
Merupakan kabel atau talian yang masuk ke bangunan terus disambung ke satu
papan penyambung (pangkalan perkhidmatan). Di papan ini terdapat fius perkhidmatan
dan talian neutral. Dua alat ini milik TNB dan menjadi tanggungjawabnya. Selepas
pangkalan perkhidmatan, bekalan elektrik akan disambung ke meter kilowatt jam (Watt
hour meter).
Litar pengguna bermula dengan papan suis utama (main switch board (msb)) atau
pengasing berkadar 60, 80 dan 100A. Seterusnya ialah pemutus litar ke bumi (ELCB
earth leakage circuit breaker atau RCCB - residual current circuit breaker). Diikuti
dengan papan fius agihan atau papan agihan.
Di papan fius agihan ini terdapat 3 busbar penyambungan iaitu wayar hidup
(live), neutral dan bumi (earth). Fius fius (pemutus litar miniatur @ miniature circuit
breaker (MCB)) yang berkadaran sama ada 5, 15, 30, 45 A atau 6, 16 dan 32 A ini akan
disambung daripada busbar live ke litar akhir yang bersesuaian. Bar neutral dan busbar
bumi akan disambung terus pada litar akhir tidak perlu melalui MCB lagi.
LITAR KAWALAN UTAMA DAN KAWALAN PENGGUNA
Bekalan utama merupakan bekalan yang disalurkan masuk dari kabel sistem fasa
tunggal 2 dawai ke rumah kediaman. Bekalan utama akan disambungkan ke rumah
kediaman melalui fius perkhidmatan dan penyambung neutral kemudian disambungkan
ke meter kilowaatt-jam. Selepas meter kilowatt-jam, bekalan ini akan disalur masuk
melalui kabel talian hidup (L) dan neutral (N) ke papan kawalan di dalam rumah untuk
kegunaan penggunanya.

Di papan kawalan agihan mengandungi kawalan seperti berikut:


i.

Pemencil ( main switch / isolator )


Digunakan untuk memisahkan bekalan utama ke litar pengguna .
Di dalam pemencil terdapat sebuah fius. Nilai fius ini bergantung

ii.

kepada berapa banyak beban yang digunakan.


Perindung arus lebihan (MCB)
Digunakan untuk melindung litar, kelengkapan elektrik atau kabel

iii.

daripada menerima arus yang berlebihan dari had yang ditetapkan.


Perlindung arus bocor ke bumi (RCCB Residual Current Circuit Breaker)
digunakan untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik terhad
penggunanya. Jika berlaku arus bocor ke bumi peralatan ini akan
memutuskan bekalan utama ke litarnya secara automatik .

LITAR AKHIR
Litar yang keluar daripada papan fius agihan bagi membekalkan satu atau lebih
titik-titik kelengkapan atau soket alur keluar tanpa perantaraan papan agihan lain atau
dengan kata lain litar yang bersedia membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan,
kelengkapan atau soket alir keluar seperti lampu, kipas atau melalui soket alit keluar
seperti sterika, TV, peti sejuk dan lain-lain.
Merujuk kepada buku ENGINEERING TOMORROW(I.E.E.E), litar akhir
boleh ditakrifkan sebagai litar yang disambung terus kepada kelengkapan yang
menggunakan arus elektirk melalui sambungan soket alur keluar atau sambungan ke lainlain poin alur keluar untuk sambungan kelengkapan.
Pembahagian litar akhir adalah seperti berikut:
i) Litar akhir pada kadaran arus yang kurang daripada 15A
ii) Litar akhir pada kadaran arus yang lebih daripada 15A
iii) Litar akhir pada kadaran arus yang lebih daripada 15A tetapi tertumpu kepada
soket alur keluar 13A sahaja (BS1363)
iv) Litar akhir untuk pemasangan alat pemasak dan pemanasan air.
LITAR KAWALAN UTAMA DAN LITAR AKHIR

Nyatakan fungsi peralatan pemasangan yang berikut:

a) Fius pemutus
i) Fius berfungsi untuk mengawal bekalan elektrik jika berlaku arusberlebihan.
ii) Ia juga berfungsi sebagai pemutus litar sekiranya berlaku lebihan arus mengalir pada
pendawaian di rumah.
iii) Fius pemutus biasanya diletakkan di luar rumah dan dihubungkan dengan wayar
hidup bekalan
b) Meter kWj
i) Meter kilowatt jam berfungsi menyukat dan merekodkan kuantiti tenaga elektrik
yang digunakan oleh pengguna setiap bulan.
ii) Meter kilowatt jam biasanya diletakkan di luar rumah untuk memudahkan pegawai
TNB membaca bacaan penggunaan meter tersebut.
iii) Alat ini adalah hak milik Tenaga Nasional Berhad (TNB)
iv) Terdapat dua jenis meter kilowatt jam, iaitu :
-

Jenis analog

Jenis digital

c) Papan agihan
i) Papan agihan (distribution board) ialah satu tempat pengagihan bagi kabel litar akhir
dimana bekalan elektrik utama diagihkan kepada litar-litar yang lebih kecil
mengikut sesuatu lokasi atau penggunaan.
ii) Litar bekalan elektrik dari papan agihan disambung secara selari. Kerosakan padasebarang
litar tidak akan mengganggu litar yang lain.
iii) Ia mengandungi fius tamatan bumi yang disambungkan pada litar-litar kecil di
rumah. Fius ini berfungsi untuk memutuskan litar elektrik jika terdapat lebihan arus
elektrik.Wayar fius akan melebur apabila arus berlebihan mengalir melalui fius
tersebut.
LITAR PINTAS

Litar pintas membenarkan arus elektrik mengalir sepanjang laluan yang lain
daripada yang sepatutnya di dalam sesuatu litar elektrik. Litar pintas adalah
sambungan berintangan sangat rendah antara dua titik yang berbeza voltannya di
dalam litar elektrik secara tidak sengaja. Ia mengakibatkan lebihan arus elektrik mengalir
melaluinya yang hanya dihadkan oleh rintangan setara Thevenin bagi sebahagian baki
rangkaian pendawaian serta berpotensi mengakibatkan kerosakan litar, lampau
panas, kebakaran atauletupan. Walaupun sebahagian besar kes litar pintas berlaku akibat
kegagalan litar, ada juga kes di mana kejadian litar pintas adalah disengajakan.
Di dalam analisis litar, istilah litar pintas digunakan bagi merujuk kepada
sambungan berimpedans sifar di antara dua titik. Keadaan ini memaksa kedua-dua titik
tersebut untuk berada pada voltan yang sama. Di dalam kes litar pintas unggul, ia
bermaksud langsung tiada rintangan di dalam litar serta tiada jatuhan voltan sepanjang
pintasan litar. Di dalam analisis litar ringkas, wayar elektrik itu sendiri adalah pemintas
litar. Di dalam keadaan sebenar, kesan yang terhasil adalah sambungan dengan impedans
menghampiri sifar, serta hampir tiada rintangan. Dalam kes tersebut, arus elektrik yang
ditarik hanya dihadkan oleh baki litar elektrik tersebut.
Litar pintas mudah boleh dihasilkan dengan menyambungkan secara terus
terminal positif dan negatif bateri dengan hanya menggunakan seutas wayar sahaja,
mengakibatkan bateri menghasilkan sejumlah besar tenaga dalam masa singkat.
Di dalam perkakasan elektrik, litar pintas secara tidak sengaja biasanya
disebabkan oleh penebat wayar elektrik yang sudah terkoyak atau reput, ataupun apabila
terdapat bahan pengalir di antara wayar-wayar tersebut, menyebabkan arus elektrik
mengalir pada arah yang tidak sepatutnya.

2. KOMPONEN ELEKTRONIK

i) Diod Pemancar Cahaya


Diod

pemancar

cahaya atau LED

merupakan

sejenis diod semikonduktor yang

menghasilkan cahaya tidak koheren berspektrum sempit apabila dikenakan voltan


elektrik secara ke hadapan melalui simpang p-n. Prinsip tersebut dikenali sebagai
elektroluminesasi. LED dikeluarkan dalam pelbagai jenis warna cahaya, bergantung
kepada jenis semikonduktor yang digunakan.

Simbol komponen LED

ii) Perintang
Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik.
Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adanya rintangan.
Perintang juga digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponen ini melesapkan tenaga
elektrik dalam bentuk haba. Unit untuk menyukat rintangan ialah ohm ().

Simbol komponen Perintang

iii) Perintang Boleh Laras


Perintang boleh laras ialah sejenis perintang yang mempunyai nilai rintangan yang boleh
diubah. Nilai rintangan perintang boleh laras boleh diubah dengan memutarkan tombol
pelaras. Nilai rintangan maksimum sesuatu perintang boleh laras dilabelkan pada
bahagian bawah badannya.

Simbol komponen Perintang boleh laras

iv) Suis Tekan


Dalam bidang elektronik, suis merupakan sejenis alat yang boleh memutuskan litar
elektrik, menghentikan aliran arus elektrik ataupun mengalihkan arah aliran dari satu
pengalir ke pengalir yang lain
Terdapat dua jenis , suis tekan tutup, dan suis tekan hidup
Suis tekan tutup tidak membenarkan arus mengalir ketika butang (punat) ditekan.
Suis tekan hidup hanya akan membenarkan arus mengalis ketika butang (punat) ditekan.

Simbol komponen Suis Tekan

v) Pemuat
Dalam sains komputer, pemaut atau penyunting pautan ialah atur cara komputer yang
menerima

satu

atau

lebih fail

objek yang

dijanakan

oleh

pengkompil lalu

menggabungkannya ke dalam satu atur cara boleh laksana. Dalam persekiranan kerangka
utama IBM seperti OS/360, program sebegini dipanggil penyunting pautan.

Simbol komponen Pemuat

vi) Transitor

Transistor berfungsi sebagai suis elektronik. Komponen ini juga berfungsi sebagai
penguat untuk menggandakan arus, voltan atau kuasa. Antara sumbangan transistor
kepada bidang elektronik ialah :

litar menjadi lebih kecil

litar beroperasi tanpa kuasa pemanas menjimatkan tenaga

menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah

peralatan elektronik lebih tahan lasak

Transistor
Simbol komponen Transistor

LITAR SKEMATIK

3. Asas Teknologi Komputer dan Rangkaian


a) Nyatakan definisi rangkaian komputer dan komunikasi
Rangkaian Komputer
-

Satu koleksi komputer dan perkakasan yang dihubungkan bersama melalui peranti
komunikasi dan media penghantaran tertentu.

Komunikasi
-

Proses dimana dua atau lebih komputer atau perkakasan memindahkan data,
arahan atau maklumat.

b) Kepentingan Rangkaian Komputer dan Komunikasi


1. Berkongsi fail/data/informasi
-

Pengguna yang berlainan komputer dapat berkongsi fail antara satu sama lain

2. Berkongsi perkakasan seperti pencetak dan pengimbas.


-

Dalam rangkaian yang sama, pengguna boleh berkongsi perkakasan seperti


pencetak dan pengimbas.

3. Berkongsi talian internet


-

Dengan adanya rangkaian komputer, talian internet dapat dikongsi oleh semua
komputer dalam rangkaian.

Menggalakkan Perdagangan Elektronik (e-commerce)


-

Urusniaga secara atas talian dapat dilakukan dengan cepat dan selamat.

5. Menyediakan Proses komunikasi yang pelbagai


Selain daripada penggunaan telefon untuk proses komunikasi, internet menawarkan
pelbagai kemudahan komunikasi seperti e-mail, ruang sembang (chat room), laman web
sosial dan lain-lain.
6. Peluang pendidikan lebih meluas
-

Pengguna boleh mendapatkan pelbagai maklumat untuk pembelajaran atau kajian


melalui internet.

Boleh mengikuti pengajian jarak jarak yang ditawarkan oleh pusat pengajian
tertentu.

c) Jenis-Jenis Rangkaian Komputer dan 3 Jenis Topologi Rangkaian Komputer

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)


Dalam lingkungan kawasan yang kecil seperti dalam makmal computer.

Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN)


Koleksi kepada beberapa LAN tetapi dalam kawasan gegorafi yang besar seperti
bandar.

Rangkaian Kawasan Luas (WAN)


Merupakan koleksi kepada LAN dan MAN atau kedua-duanya tetapi dalam
geografi yang sangat besar iaitu satu dunia.

Topologi
1. Bas

2. Gelang

3. Bintang

d) Kelebihan dan Kekurangan Setiap Jenis Topologi Rangkaian


Kelebihan
Kekurangan
Mudah diurus. Kegagalan satu PC tidak Jika kabel rosak, rangkaian tergganggu,
Bas

mengganggu rangkaian, tiada gangguan kelajuan berkurang jika PC bertambah.


jika membuat hubungan atau mengganti Sukar buat pembaikan jika satu PC
peranti
bermasalah
Mudah untuk membetulkan rangkaian. Sukar diurus. Kelajuan berkurang jika pc
Pembetulan

Gelang

dan

mengganti

peranti bertambah. Sukar buat pembaikan dan

rangkaian masih berjalan

gantian.

Satu

pc

rosak

mengganggu

rangkaian.
Mudah diurus. Kegagalan satu pc tidak Host rosak ganggu rangkaian.
mengganggu rangkaian. Membetul dan Kelajuan berkurang jika pc bertambah.
Bintang

mengganti

host

semudah

ganti

atau Host mesti dipasang dalam rangkaian

betulkan sahaja.

e) Jenis Teknologi Rangkaian Komunikasi Secara Lengkap

Internet
Adalah rangkaian beberapa komputer yang berlainan yang disambungkan melalui
rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini.
Rangkaian komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh orang
awam. Bekerja berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang
dikenali sebagai IP atau protokol internet.
Intranet
Adalah istilah untuk koleksi rangkaian computer dalam sesebuah organisasi. Intranet
menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk memudahkan komunikasi di antara
kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan perkongsian data. Menggunakan
perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian seperti Ethernet, WiFi, TCP / IP,
pelayar web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya termasuk akses
internet tetapi perlu melalui tembokapi (firewall) yang tidak boleh dicapai terus dari luar
dan dalam.
Ekstranet
Adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem
telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi
perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain.
Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan
kepada pengguna di luar syarikat.