Vous êtes sur la page 1sur 20

UTM

SPACE



UDT2032
INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM




Tajuk Tugasan:

Al-Quran Sebagai Sumber Utama
Syariat Islam



Disediakan oleh:

Nama No. Matrik
ADLI SHAM BIN AB. RAHMAN DX085007DAD04
MOHD MOHAIZASS BIN MOHD SAID DX085045DAD04
MUHAMMAD ASYRAF BIN MASRI DX075317DAD04
RAHSIDI SABRI BIN MUDA DX090038DAJ04


Nama Pensyarah: USTAZ WAN ALI BIN WAN JUSOH


UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

i

ISI KANDUNGAN

Bab Tajuk Muka Surat

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 AL-QURAN 2
2.1 Pengenalan Al-Quran 2
2.2 Makkiyah dan Madaniyah 2
2.3 Kemukjizatan Al-Quran 3
2.4 Tuntutan Penggunaan Al-Quran 4

3.0 SYARIAT 6
3.1 Definisi Syariat 6
3.3 Sumber Syariat 7

4.0 SIFAT-SIFAT AL-QURAN SEBAGAI SUMBER 8
PERUNDANGAN
4.1 Syumuliyyah 8
4.2 Tidak Membebankan 8
4.3 Kurang Tanggungan Kewajipan 8
4.4 Beransur dalam Perlaksanaan 8

5.0 KEPENTINGAN PERUNDANGAN BERASASKAN 9
AL-QURAN
5.1 Memelihara Agama 9
5.2 Memelihara Nyawa 10
5.3 Memelihara Akal 10
5.4 Memelihara Keturunan 10
5.5 Memelihara Maruah 11
5.6 Memelihara Harta 11


UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

ii

Bab Tajuk Muka Surat

6.0 PRINSIP UNDANG-UNDANG DALAM AL-QURAN 12
6.1 Prinsip Secara Umum 12
6.2 Prinsip Secara Terperinci 13

7.0 DALIL KEWAJIPAN BERHUKUM BERPANDUKAN 14
AL-QURAN

8.0 KESIMPULAN 16

9.0 RUJUKAN 17
UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

1
1.0 PENDAHULUAN
Islam adalah agama Tauhid yang membimbing umatnya agar menyembah Tuhan
yang Esa dan menyuruh berbuat baik terhadap seluruh makhluk ciptaanNya.
Kandungan ajaran yang dibawa oleh Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan
manusia baik urusan yang sekecil-kecilnya, sebagai contoh adab ke tandas dan
sehingga kepada urusan mentadbir sebuah kerajaan. Segala bentuk cabang ilmu,
peraturan dan sumber hukum adalah berpandukan kepada kitab suci Al-Quran
yang diwahyukan kepada Rasullullah (SAW).
Undang-undang ciptaan manusia yang hanya berpandukan kepada kebijaksanaan
akal fikiran semata-mata tidak mampu menandingi kesempurnaan undang-undang
dan peraturan hidup yang diciptakan oleh pencipta segala makhluk iaitu Allah.
Sesungguhnya akal fikiran manusia amat terbatas sifatnya, kemampuan akal
fikiran hanya dapat mengkaji dan merungkai fenomena kejadian alam maya ini
dari aspek zahiriyah semata-mata dan penjelasan serta pembuktian yang agak
bertentangan dengan fitrah akal manusia tidak mampu mereka terima.
Aliran pemikiran yang hanya bertumpukan kepada konsep rasional sahaja dan
pemisahan bidang agama dari pentadbiran seperti yang diamalkan oleh
masyarakat bukan Islam khasnya di negara barat dilihat gagal dalam mentadbir
dan menguruskan kehidupan mereka dengan sempurna. Penyakit-penyakit sosial
dalam masyarakat, penyalah gunaan kuasa didalam politik, diskriminasi antara
kaum, ketidak adilan di dalam berekonomi, pencabulan hak-hak asasi manusia,
berkecenderungan menghakimi sesuatu perkara mengikut hawa nafsu serta
mengikut kepentingan tertentu dan sebagainya adalah diantara kepincangan yang
nyata akibat daripada sistem perundangan ciptaan manusia.
Justeru itu, Al-Quran yang diturunkan oleh Allah (SWT) telah menggariskan hak-
hak tuntutan bersabit urusan sesama manusia dan hubungan dengan Pencipta agar
umat manusia tidak terpesong dan memahami matlamat sebenar tujuan mereka
diciptakan. Al-Quran juga merupakan sebuah kitab suci yang bersifat universal,
sesuai untuk semua umat manusia sepanjang zaman dan meliputi semua alam
makhluk di dunia.

UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

2
2.0 AL-QURAN
2.1 Pengenalan Al-Quran
Al-Quran adalah kalam Allah dan merupakan wahyu yang yang diturunkan oleh
Allah kepada Nabi Muhammad (SAW). Al-Quran adalah salah satu daripada
mukjizat yang dikurniakan kepada Rasulullah sebagai tanda kerasulan Baginda.
Definisi Al-Quran menurut bahasa ialah berasal dari perkataan Qaraa bermaksud
menghimpun dan menyatukan. Qiraah pula bererti menghimpun huruf-huruf dan
perkataan-perkataan dan disusun secara rapi dan teratur (Al-Qattan, 1995). Al-
Quran yang didefinisikan oleh ulama ialah sebagai maklumat yang disampaikan
kepada kita yang terkandung didalam mushaf dengan tujuan bacaan dan
penyampaiannya secara mutawatir.
Al-Quran terdiri daripada 114 surah dan 6235 ayat. Ayat pertama yang diturunkan
adalah ayat 1 surah Al-Alaq dan ayat terakhir yang diturunkan adalah ayat 3
surah Al-Maidah. Ada juga pendapat lain yang mengatakan ayat terakhir yang
diturunkan adalah ayat 281 surah Al-Baqarah (M. H. Kamali, 2003: 22).
2.2 Makkiyah Dan Madaniyah
Terdapat 2 kategori ayat di dalam Al-Quran iaitu Makkiyah dan Madaniyah. Ayat
Makkiyah diturunkan dalam tempoh 12.5 tahun ketika Baginda menetap di
Makkah dan ayat Madaniyah diturunkan dalam tempoh 9.5 tahun selepas
berlakunya peristiwa Hijrah ke Madinah. Dari segi bilangan surah pula 85 surah
adalah Makkiyah dan 29 surah adalah Madaniyah (M. H. Kamali, 2003: 25).
Ayat Makkiyah merupakan panduan untuk umat Islam yang menetap di negara
bukan Islam kerana dalam tempoh ayat ini diturunkan penganut Islam merupakan
puak minoriti di Makkah. Ayat Madaniyah pula mesti dijadikan pegangan dalam
pemerintahan sebuah negara Islam yang berdaulat (M. H. Kamali, 2003: 25).
Ayat Makkiyah adalah ayat-ayat yang pendek dan berkaitan dengan prinsip
keimanan dan akhlak yang ditujukan kepada manusia. Ayat Madaniyah pula
adalah ayat-ayat yang panjang dan berkaitan dengan hubungan manusia dengan
Allah dan hubungan manusia sesama manusia (M. H. Kamali, 2003: 25).
UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

3
2.3 Kemukjizatan Al-Quran
Mukjizat bermaksud sesuatu yang luar biasa yang tiada kuasa manusia
membuatnya karena hal itu adalah di luar kesanggupannya (Yayasan
Penyelenggara Penterjemah/Pentafsiran Al-Quran (Jakarta), 1990).
Mukjizat diberikan kepada para nabi dan rasul untuk menunjukan bahwa agama
yang mereka bawa bukanlah buatan mereka sendiri melainkan benar-benar datang
dari Allah (SWT). Seluruh nabi dan rasul memiliki mukjizat, termasuk di antara
mereka adalah Rasulullah Muhammad (SAW) yang salah satu mukjizatnya adalah
Kitab Suci Al-Quran.
Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang diberikan kepada nabi Muhammad
(SAW), kerana Al-Quran adalah suatu mukjizat yang dapat disaksikan oleh
seluruh umat manusia sepanjang masa, kerana Rasulullah (SAW) diutus oleh
Allah (SWT) untuk menjamin keselamatan manusia pada setiap masa dan tempat.
Allah sentiasa menjamin keselamatan Al-Quran bersesuaian dengan firman-Nya:
mlk j i hg
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya. (Al-Hijr, 15:9)
Beberapa bukti dari kemukjizatan Al-Quran, antara lain:
1. Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat tentang kejadian-kejadian yang akan
terjadi dan terbukti benar.
Contahnya dalam surah Ar-Ruum diceritakan kejayaan yang bakal
diperolehi oleh Kerajaan Rom. Ayat ini diturunkan hampir 7 tahun selepas
kekalahan Rom kepada Parsi. Kaum musyrikin Arab berpendapat mustahil
untuk Rom memperolehi kemenangan semula dan mereka telah
mempersendakan ayat ini. Dalam masa 7 tahun selepas ayat ini diturunkan
telah berlaku pertempuran di antara Rom dan Parsi. Akhirnya kemenangan
Rom yang telah dinyatakan Allah di dalam Al-Quran menjadi kenyataan.
(Harun Yahya, 2001: 330-331)
UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

4
2. Di dalam Al-Quran terdapat fakta-fakta ilmu yang ternyata dapat dibuktikan
dengan ilmu pengetahuan dan teknologi pada masa kini.
Contohnya fakta geografi yang dinyatakan dalam ayat 3 surah Ar-Ruum.
Perkataan Adna al Ard diterjemahkan sebagai negeri yang terhampir
dalam kebanyakan terjemahan. Dalam bahasa Arab perkataan ini juga boleh
diterjemahkan sebagai tempat yang terendah di dunia. Fakta sejarah telah
menyatakan pertempuran yang menyebabkan kekalahan Rom itu berlaku
berhampiran Laut Mati dan Laut Mati yang terletak 395m di bawah paras
laut terbukti kawasan yang terendah dalam dunia. (Harun Yahya, 2001: 331)
2.4 Tuntutan Penggunaan Al-Quran
Perkataan hukum selalu disebut dalam Perundangan Islam. Al-Quran banyak
kali menyebut istilah ini dalam berbagai-bagai bentuk, antaranya:

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dengan membawa


kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang
Allah telah tunjukkan kepadamu melalui wahi-Nya; dan janganlah engkau
menjadi pembela bagi orang yang khianat. (An-Nisaa, 4:105)

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka,
(Al-Maaidah, 5:49)
| {zy xw v u t
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
kerana mengingkarinya, maka mereka itulah orang yang kafir.
(Al-Maaidah, 5:44)
UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

5
Ayat-ayat di atas memberi penekanan terhadap penggunaan Al-Quran sebagai
sumber hukum untuk memperbaiki manusia daripada keadaan yang tidak baik
kepada yang lebih baik. Hukum-hukum itu mampu mengembalikan manusia
kepada sesuatu keadaan yang boleh menjauhkan manusia dari kejahatan dan
mengajak mereka kepada kebaikan. Inilah sebenarnya di antara tujuan utama
diturunkan Al-Quran iaitu untuk digunakan oleh umat manusia sebagai rujukan
utama hukum di dalam Islam dan juga untuk memberi kesedaran dan keredaan
agar manusia sentiasa berdampingan dengan nilai-nilai yang baik untuk kebaikan
diri manusia itu.
Apabila manusia telah menjauhkan diri daripada hukum-hukum Allah dan
mendampingi undang-undang ciptaan manusia maka berlakulah apa yang berlaku
pada hari ini.
Dalil lain yang menyatakan Al-Quran sebagai sumber perundangan Islam:

Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada
Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu
perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi
kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa, 4:59)





UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

6
3.0 SYARIAT
3.1 Definisi Syariat
Pengertian asal syariat mengikut istilah bahasa Arab adalah jalan ke arah air atau
tempat keluar air yang tidak putus (M. H. Kamali, 2008: 2). Simbol air di dalam
maksud tersebut adalah merujuk kepada kehidupan, di mana semua makhluk
ciptaan Allah (SWT) yang bernyawa itu amat memerlukan air untuk hidup.
Tamadun awal manusia juga adalah bermula di penempatan yang berhampiran
dengan sumber air iaitu sungai dan sebagainya.
Hal ini dapat disimpulkan bahawa air merupakan sumber keperluan yang sejagat
oleh semua makhluk bernyawa ciptaan Allah seperti mana firmanNya:
t sr q po n
Dan Kami jadikan daripada air itu tiap-tiap sesuatu yang hidup
(Al-Anbiyaa, 21:30)
Hanya terdapat 1 perkataan syariat yang diungkapkan di dalam Al-Quran iaitu
dalam surah Al-Jaathiyah ayat 18. (M. H. Kamali, 2008: 2)
sr q pon m l k j ihg
Kemudian Kami jadikan kamu menjalankan Syariat dari hukum agama; maka
turutlah ia, dan janganlah diturut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui.
(Al-Jaathiyah, 45:18)
Walau bagaimanapun terdapat banyak perkataan lain dengan kata akar yang sama
yang diungkapkan dalam Al-Quran. Perkataan ini masing-masing mempunyai
pengertian tersendiri dan hampir sama, seperti dalam surah Al-Maaidah ayat 48:
o n ml kj
Bagi setiap umat di antaramu, Kami tetapkan satu Syariat dan jalan yang terang.
(Al-Maaidah, 5:48)
UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

7
Manakala di dalam surah Asy-Syura ayat 13 juga menyatakan tentang konsep
perundangan syariah yang maksudnya:
ts rqp on mlkj
Allah telah menerangkan kepada kamu daripada agama, apa yang telah
diperintahkan-Nya kepada Nuh, dan yang telah Kami wahikan kepadamu,
(Asy-Syura, 42:13)
Pada zaman moden ini pengertian syariat boleh dibincangkan dengan lebih kemas
lagi namun tidak berubah daripada dasarnya. Apa pun definisi dan tafsiran yang
dikemukakan oleh para pakar undang-undang mereka telah menggunakan prinsip
yang sama. Mengikut kepada pengertian Lughah dari syariat itu dia selalu
mengalir, maknanya berkembang menurut peredaran zaman, maka syariat bererti
sebagai undang-undang, aturan-aturan dan ketetapan-ketetapan Allah yang
diperuntukan bagi manusia, dalam rangka mengatur hubungannya dengan Allah
dan sesama mereka untuk mencapai kesejahteraan, keamanan dan kedamaian di
dunia bagi menyelamatkan mereka untuk mencapai kehidupan abadi di akhirat.
3.2 Sumber Syariat
Sumber syariat terbahagi kepada 3 iaitu (M. H. Kamali, 2008: 19):
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Ijtihad
Al-Quran merupakan sumber utama syariat kerana ianya turun daripada Allah
yang merupakan autoriti tertinggi dalam perundangan Islam. Sunnah pula adalah
segala yang diwariskan oleh Rasulullah. Ini termasuklah perbuatan, pengakuan
dan kata-kata Baginda (Hadith) yang disampaikan kepada para sahabat.
Ijtihad adalah penetapan sesuatu hukum yang tidak diterangkan secara terperinci
dalam Al-Quran atau Sunnah dengan menggunakan akal fikiran dan penguasaan
yang tinggi dalam Al-Quran dan Hadith. Antara kaedah ijtihad adalah qiyas,
istihsan, istishab dan ijma.
UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

8
4.0 SIFAT-SIFAT AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PERUNDANGAN
Di antara sifat-sifat Al Quran sebagai sumber rujukan utama syariat (perundangan)
Islam adalah (Abd. Jalil Borham, 2002: 13-34);
4.1 Syumuliyyah
Segala perkara yang terdapat dalam Al-Quran menyeluruh kepada kehidupan
manusia sesuai untuk setiap zaman dan tempat.
4.2 Tidak Membebankan
Syariat Islam diturunkan oleh al-Quran untuk menyelesaikan masalah manusia,
dengan tujuan untuk memberi keselesaan dalam kehidupan dan menegakkan
keadilan. Maka dengan tujuan itu, undang-undang yang diturunkan oleh Allah
adalah bersesuaian dengan keperluan, kemampuan dan tabiat manusia itu sendiri.
4.3 Kurang Tanggungan Kewajipan
Mengurangkan tanggungan kewajipan adalah di antara ciri-ciri undang-undang
yang dibawa oleh al-Quran. Ia juga bertujuan supaya tidak membebankan
manusia. Hukum-hukum yang terdapat dalam Al Quran sama ada dalam bentuk
perintah atau larangan amat terbatas, mudah difahami dan diamalkan.
4.4 Beransur Dalam Perlaksanaan
Islam mengambil pendekatan yang baik iaitu pensyariatan secara bertahap dan
beransur-ansur. Contohnya:
1. Allah s.w.t. telah menurunkan ayat berkenaan arak sekadar memberi nasihat
dan peringatan agar mereka berfikir secara serius.
2. Allah s.w.t. cuba menarik minat tentang bahaya arak kepada manusia yang
lebih besar daripada manfaat yang dirasakan terdapat pada kedua-duanya.
3. Kemudian Allah menurunkan larangan meminum arak pada masa tertentu.
4. Pada akhirnya barulah al-Quran menjelaskan tentang hukum pengharaman
arak ini secara keseluruhannya.
UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

9
5.0 KEPENTINGAN PERUNDANGAN BERASASKAN AL-QURAN
Pelaksanaan perundangan Islam di dalam sesebuah negara adalah sangat penting
kerana dengan pelaksanaan tersebut dapat mengekalkan keharmonian hidup yang
amat diperlukan manusia. Undang-undang Islam yang berasaskan Al Quran ini
mempunyai tujuan dan matlamat yang lebih luas daripada mana-mana undang-
undang ciptaan manusia. Ianya adalah untuk mengatur masyarakat serta bertujuan
membina keperibadian dan juga akhlak yang baik serta menghubungkan ikatan di
antara manusia dengan Penciptanya dan juga di antara manusia sesama manusia
dan sekalian alam.
Matlamatnya juga untuk menegakkan kemaslahatan umat manusia di dunia juga
akhirat di samping memenuhi segala tuntutan dan kesempurnaan hidup mereka
serta mengawal sifat-sifat terpuji serta menghindari perbuatan tercela. Islam
mensyariatkan perundangan ini untuk menjaga beberapa perkara yang merupakan
keperluan asas bagi manusia, antaranya ialah (Zaini Nasohah, 2004: 101-104):
1. Memelihara agama
2. Memelihara nyawa
3. Memelihara akal
4. Memelihara keturunan
5. Memelihara maruah
6. Memelihara harta
5.1 Memelihara Agama
Islam agama yang dicipta dan diturunkan oleh Allah (SWT) kepada manusia
untuk menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh
itu Islam memerintahkan umatnya supaya mempertahankan agama ini daripada
dicemari dana dicerobohi oleh musuh. Cara-cara perundangan Islam memelihara
agama ialah dengan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang
menyeleweng daripada ajaran Islam seperti riddah, khurafat, dan ajaran sesat.
Selain itu, Islam mengharamkan riddah (murtad) dan mewajibkan hukuman mati
ke atas sesiapa yang murtad di samping memberi kebebasan beragama kepada
non-muslim kerana tiada paksaan di dalam beragama.
UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

10
5.2 Memelihara Nyawa
Nyawa manusia adalah anugerah Allah (SWT) yang sangat bernilai dan berharga
kerana tanpa nyawa, manusia akan mati. Justeru itu, Islam menjamin memelihara
nyawa manusia daripada diceroboh atau dibunuh dan memastikan tiada unsure-
unsur yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Islam telah mengharamkan pembunuhan serta menetapkan hukuman qisas ataupun
diyat atau Irsy terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan bunuh dan yang
berkaitan dengannya.
5.3 Memelihara Akal
Kesempurnaan seseorang manusia terletak pada akalnya. Melalui akallah manusia
boleh mengkaji segala ciptaan Allah (SWT) yang ada di alam ini dan berfikir
untuk menggunakan segala sumber-sumber yang ada untuk memakmurkannya.
Akal juga digunakan untuk mempelajari segala bidang ilmu pengetahuan untuk
kebahagiaan hidup manusia.
Islam mengharamkan arak serta setiap yang memabukkan dan telah menetapkan
hukuman kepada peminum arak iaitu dikenakan sebatan sebanyak 80 sebatan.
5.4 Memelihara Keturunan
Manusia adalah makhluk Allah (SWT) yang paling mulia jika dibandingkan
dengan makhluk-makhluk yang lain. Namun kemuliaan itu bergantung kepada
pembentukan keluarga yang sempurna iaitu keturunan nasab yang jelas dan
diketahui asal usulnya. Justeru itu, manusia hendaklah menjaga keturunannya
daripada dicemari oleh perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkannya.
Oleh hal yang demikian Islam telah mengharamkan perbuatan zina. Sesiapa yang
didapati bersalah, Allah (SWT) telah menetapkan hukuman rejam sampai mati
bagi sesiapa yang sudah berkahwin dan 100 kali sebatan kepada mereka yang
masih bujang. Perundangan Islam juga telah mensyariatkan perkahwinan untuk
melahirkan keturunan yang sempurna dan mulia. Maruah seseorang manusia
bergantung kepada ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

11
Akhlak yang mulia membentuk keperibadian yang tinggi dan budi pekerti yang
terpuji membentuk sahsiah yang mulia. Seterusnya, mereka akan mendapat
penghormatan daripada masyarakat. Oleh kerana kehormatan diri sangat penting
kepada manusia, perundangan Islam telah menetapkan beberapa cara untuk
memelihara kehormatan dan maruah diri.
5.5 Memelihara Maruah
Islam mengharamkan qazaf (menuduh tanpa bukti). Hukuman kepada pesalah
qazaf iaitu sebatan sebanyak 80 kali. Selain itu, Islam juga menyuruh umat Islam
menjaga batas-batas pergaulan, percakapan,dan tingkah laku.
5.6 Memelihara Harta
Islam telah mengharamkan kegiatan sariqah (pencurian) serta hirabah (rompakan).
Kepada pencuri dipotong tangannya sebagai hukuman. Manakala hukuman
kepada perompak pula hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang
(tangan kanan kaki kiri). Sekiranya rompakan itu disertai dengan pembunuhan,
maka hukuman mati hendaklah dijatuhkan terhadap pesalah oleh mahkamah.










UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

12
6.0 PRINSIP UNDANG-UNDANG DALAM AL-QURAN
Autoriti tertinggi undang-undang Islam ialah Allah yang menurunkan Al-Quran.
Manusia ialah sebagai pelaksana kepada undang-undang yang diturunkan oleh
Allah. Mereka yang tidak mengakui Allah sebagai Hakim tunggal, menentang
perintah-Nya atau membuat penilaian berpandukan selain daripada-Nya adalah
menyimpang dari jalan yang benar. (Harun Yahya, 2003)
Undang-undang Islam secara umumnya terbahagi kepada dua bahagian:-
1. Mengatur perhubungan di antara manusia dengan Allah.
2. Mengatur perhubungan manusia sesama makhluk
Undang-undang yang berhubung kait dengan penyusunan perhubungan manusia
dinyatakan di dalam Al-Quran secara umum dan juga secara terperinci sebanyak
lebih kurang 500 ayat. (Abdul Halim El-Muhammady, 2009: 54)
6.1 Prinsip Secara Umum
Di antara prinsip-prinsip umum yang dibawa oleh Al-Quran ialah:
(Abdul Halim El-Muhammady, 2009: 54)
1. Prinsip syura sebagai asas dalam pentadbiran dan pemerintahan; mewajibkan
pemerintah supaya menjaga kemaslahatan umum dan mengikuti hukum
syara dalam pemerintahannya.
2. Arahan berlaku adil, bersikap belas kasihan, persamaan dan persaudaraan.
3. Melarang daripada menceroboh dan mengharuskan perang untuk pertahanan
dan menggalakkan hidup dalam keamanan.
4. Memerintahkan supaya membela kedudukan wanita dan orang yang susah.
5. Memerintahkan supaya menghormati hak individu, kewajiban menunaikan
perjanjian dan melaksanakan segala urusan yang telah diputuskan.
6. Menjelaskan tentang perbezaan di antara hak Allah atau hak masyarakat
dengan hak hamba atau peribadi dalam perkara jenayah.
UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

13
6.2 Prinsip Secara Terperinci
Undang-undang yang bersangkutan dengan hubungan manusia dengan sesama
mereka secara agak terperinci yang dapat dikesan dalam Al-Quran adalah seperti
berikut (Abdul Halim El-Muhammady, 2009: 54-55):
1. Undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan, hak dan kewajipan
dalam kehidupan rumah tangga dan sebagainya. Ayat-ayat yang berkaitan
tentang perkara ini lebih kurang 70 ayat.
2. Undang-undang sivil yang mengandungi didalamnya undang-undang yang
berkaitan dengan sivil (muamalat) seperti kontrak jual beli, sewa menyewa,
gadai menggadai dan lain-lain yang berhubung dengan urusan kehidupan
dan kewangan. Ayat-ayat yang didapati tentang ini lebih kurang 70 ayat.
3. Undang-undang jenayah dan keseksaan seperti perbuatan jenayah dan
hukuman keseksaan yang melibatkan nyawa, anggota, kehormatan, akal,
agama dan harta benda. Ayat-ayat yang bersangkutan dengan undang-
undang ini adalah lebih kurang 30 ayat.
4. Undang-undang acara dan keterangan yang mengandungi di dalamnya
undang-undang untuk menentukan cara mensabitkan kesalahan dan
hukuman seperti keterangan, saksi, sumpah dan lain-lain bagi mencapai
keadilan hukuman terhadap orang yang terlibat. Ayat-ayat yang berkaitan
dengannya lebih kurang 13 ayat.
5. Undang-undang perlembagaan yang mengandungi di dalamnya undang-
undang tentang perhubungan pemerintah dengan rakyat dari segi hak dan
kewajipan di antara dua pihak. Ayat-ayat yang berkaitan dengannya didapati
lebih kurang 25 ayat.
6. Undang-undang kewangan dan ekonomi tentang pengurusan kewangan
negara, pendapatan dan perbelanjaan untuk menjaga keadilan dalam
pembahagian kekayaan negara kepada mereka yang berhak dan tidak
berlaku pembaziran. Ayat-ayat yang berkaitan dengannya didapati lebih
kurang 10 ayat.
UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

14
7.0 DALIL KEWAJIPAN BERHUKUM BERPANDUKAN AL-QURAN
Di bawah ini disenaraikan beberapa dalil daripada Al-Quran mengenai kewajipan
berhukum berpandukan kepada syariat. (Laman web, Kementerian Hal Ehwal
Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat, Arab Saudi)
a `_~} |{z yxw
dan Allah turunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang benar, untuk
menjalankan hukum di antara manusia apa yang mereka perselisihkan.
(Al-Baqarah, 2:213)
N ML K J I
mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai
perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. (Ali Imraan, 3:23)
YXWV U TSR QP O
^]\[ Z
Mereka suka berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan
supaya ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan hendak menyesatkan mereka
dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. (An-Nisaa, 4:60)
b a ` ml k jih g fe d c
on
Dan bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi
mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka
berpaling pula sesudah itu? Dan mereka itu bukanlah orang yang beriman.
(Al-Maaidah, 5:43)
UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

15

dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah,
maka mereka itulah orang yang zalim. (Al-Maaidah, 5:45)
kj i hgf ed cba `_^ ]
ml
Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang fasik.
(Al-Maaidah, 5:47)
qponmlkji hgf
tsr
Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira beragama sehingga kamu
tegakkan ajaran Kitab Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu. (Al-Maaidah, 5:68)
|{ zyxw vut s r
}
Dan berkatalah Musa kepada saudaranya Harun: Gantikanlah aku dalam (urusan
memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah engkau menurut jalan orang
yang melakukan kerosakan. (Al-Araaf, 7:142)



UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

16
8.0 KESIMPULAN
Syariah Islam tidak dapat dinafikan sebagai asas pembangunan ummah kerana
memiliki ciri-ciri keistimewaannya tersendiri. Syariat Islam merupakan satu
peraturan yang bersifat universal dan global (Syumuliyyah). la merangkumi
seluruh bidang keperluan manusia. Merangkumi hubungan antara manusia dengan
tuhan, sesama manusia dan alam sekitar. Syariah mengatur hubungan dengan
tuhan jelas dapat dilihat dalam sistem peribadatan. Manakala dalam hubungan
sesama manusia boleh dilihat dalam peraturan kekeluargaan seperti hak dan
tanggung jawab suami isteri, ibu bapa ke atas anak-anak dan sebaliknya. Begitu
juga dalam transaksi seharian seperti urusan jualbeli, kontrak, sewaan dan
seumpamanya. Syariat juga mengatur hubungan antara bangsa seperti peraturan
peperangan, hubungan diplomatik dan lain-lain.
Syariat Islam juga tidak membebankan umatnya. Ini dijelaskan oleh Allah di
dalam surah Al-Baqarah ayat 286. Setiap peraturan mahupun ketetapan yang ada
di dalam syariat Islam adalah masih lagi berada dalam ruang lingkup kemampuan
manusia sama ada ibadahnya mahupun undang-undangnya. Syariat Islam juga
adalah syariat yang bersifat kemanusiaan. Syariah mewajibkan tolong menolong,
zakat, wakaf, sedekah dan lain-lain. Ini dijelaskan di dalam surah Al-Maaidah
ayat 2. Selain dari itu syariah Islam juga bersifat kontekstual ataupun praktikal
dimana setiap ketetapan yang ada adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan oleh
kudrat manusia. Walaupun kita kaji dan halusi seluruh peraturan yang ada dalam
syariat Islam kita tidak akan menemui sesuatu yang Allah tetapkan kepada
hambaNya adalah sesuatu yang di luar kemampuan manusia.







UTM SPACE


UDT2032 Institusi-Institusi Islam Al-Quran Sebagai Sumber Utama Syariat Islam

17
9.0 RUJUKAN
Abd. Jalil Borham (2002). Pengantar perundangan Islam.
Malaysia: Penerbit UTM
Abdul Halim El-Muhammady, Muhd 'Uthman El-Muhammady (2009).
Tasawwur Islam (Huraian Konsep & Implikasi dalam kehidupan).
Malaysia: Wadah Niaga
Harun Yahya (2001). General Knowledge From The Quran.
India: Millat Book Centre
Harun Yahya (2003). Taking The Quran As A Guide.
Turki: Global Publishing
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Al-Quran Digital, Digital Islamic Resource
Center. http://www.islam.gov.my/dircportal/quranview.htm
Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat, Arab Saudi.
http://quran.al-islam.com/mal/
Mohammad Hashim Kamali (2003). Principles of Islamic Jurisprudence.
England: Islamic Texts Society
Mohammad Hashim Kamali (2008). Shariah Law: An Introduction.
England: Oneworld Publications
Zaini Nasohah (2004). Syariah dan undang-undang: suatu perbandingan.
Malaysia: Utusan Publications

Vous aimerez peut-être aussi