Vous êtes sur la page 1sur 5

1.

PENGENALAN
Manusia adalah makhluk Allah S.W.T yang teristimewa yang memiliki tabiat dan
mentaliti yang mempengaruhi amalan dan tingkah lakunya, maka keperibadian inilah yang
menjadi perbicaraan dan perbincangan yang utama dalam akhlak.
Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama dalam
pembangunan manusia. Setiap tamadun umat manusia dari dahulu sehingga kini ianya terbina dari
asas akhlak ataupun dikenali sebagai tamadun kemanusiaan, iaitu asas yang membina tamadun
tersebut di luar kuasa kebendaan. Walau bagaimanapun, Islam mempunyai persepsinya yang
tersendiri dan memiliki asas akhlaknya dan asas tamadunnya yang tersendiri.
2. MAKSUD AKHLAK
Dari sudut bahasa :
Ianya membawa maksud tabiat dan perangai.
Manakala dari sudut istilah ulamak :
Sepertimana yang ditakrifkan oleh Al- Ghazali : "Akhlak adalah suatu ibarat
mengenai unsur yang konkrit di dalam diri yang dengannya melahirkan tingkah laku secara
spontan."
Oleh itu, akhlak boleh disimpulkan dengan makna ianya sebagai suatu himpunan
ma'ani dan sifat-sifat yang bertapak kukuh di dalam diri, dan ianya menjadi neraca bagi
manusia dalam baik buruk sesuatu amalan dan perbuatan tersebut.
3. KEPENTINGAN AKHLAK
31. Akhlak mencorak tingkah laku.
Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan
kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah
cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali :
"Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan
sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya".
Maka dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati
di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada
padanya.
3.2 Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan.
Neraca akhlak yang sebati di dalam diri manusia akan mempengaruhi
pertimbangannya dalam menilai sesuatu perbuatan. Oleh itu, kesahihan dalam
pertimbangan ini bergantung kepada sejauh mana kesahihan neraca yang dipegangnya.
3.3 Akhlak mencerminkan keimanan.
Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang
sempurna akan memprodukkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang
mudah, ibarat pohon yang semata-mata bergantung kepada keelokan akarnya. Sabda
Rasulullah S.A.W :


Maksudnya : "Di kalangan mu'minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik
akhlaknya.(1)
3.4 Akhlak sebagai simbol tamadun manusia.
Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan
kemurnian sumber peradabannya. Akhlak adalah sebagai mercu tanda, berjaya atau
tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa
akhlak nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang
dicapai sangat menakjubkan. Faktor membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan
sesuatu umat tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya. Contohnya
kepercayaan Hindu yang membelakangkan etika akhlak mengakibatkan umatnya tiada
bertamadun seperti berlakunya perhambaan diri kepada hawa nafsu. (2) Begitu juga
tamadun barat yang berasaskan oleh ideologi kapitalis dan lain-lain, jatuh satu persatu
kerana mengkesampingkan nilai-nilai akhlak.
3.5 Akhlak adalah mangkin perubahan
Aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah diambil berat serta diberi
pemfokusan yang utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada masyarakat.
Ini adalah kerana sebagai mangkin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam
As Syahid Hassan Al-Banna sebagai "tongkat perubahan". Ini kerana krisis yang dihadapi
oleh dunia adalah merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis
ekonomi dan politik.(3)
Begitulah pentingnya akhlak dalam membantu proses perubahan walaupun di saat-
saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa
keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha perubahan. Seolah-olah akhlaklah
yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting
perubahan ini. Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah
Uthmaniah, di antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan
keruntuhan nilai akhlak di kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.(4)
Secara kesimpulannya, dapatlah kita nyatakan bahawa akhlaklah merupakan
sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia. Ini kerana
seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan atau anggota tetapi ianya dilihat
dari segi perlakuan akhlaknya.(5)
4 . PEMBAHAGIAN AKHLAK
4.1 Al - Akhlak Al - Insaniah Al - Asasiah. ( Akhlak Asasi Manusia)
4.1.1 Ianya bermaksud segala sifat asas yang telah sedia ada bersama kewujudan insan
tersebut serta mencakupi sifat-sifat yang melayakkan mereka untuk mencapai kejayaan di
dunia ini. Tidak kira sama ada ianya diarahtujukan kepada matlamat yang sahih atau
sebaliknya, dan sama ada dalam kontek insan tersebut beriman kepada Allah S.W.T dan
hari kebangkitanNya serta risalah yang dibawa oleh para rasul bersama wahyu yang telah
diturunkan, ataupun insan tersebut beriman kepada perkara-perkara yang tersebut.
4.1.2 Maka di antara sifat-sifat yang asasiah yang membolehkan seseorang insan tersebut
mengecapi kejayaan di muka bumi ini ialah seperti : mempunyai kekuatan dan keazaman
yang kuat dalam sesuatu perkara, menampilkan diri dalam sesuatu bidang, sabar dan
thabat serta mempunyai daya ketahanan diri yang kuat dalam memikul setiap perkara yang
besar lagi berat, mempunyai jiwa yang berani, nasyat dalam setiap bidang, bersedia untuk
berkorban dalam apa jua keadaan ke arah mentahkikkan tujuan tersebut, ihsas tentang
mas'uliah yang tertaklif ke atas dirinya, berkemampuan dalam menentukan sesuatu maukif
yang berbeza berdasarkan kepada keadaan dan situasi yang juga berbeza, begitu juga
berkemampuan dalam mentadbir sesuatu perkara bertepatan dengan zuruf mahupun
keadaan, seterusnya menguasai dirinya apabila berada dalam situasi yang menyentuh
a'watif dan perasaan dirinya serta juga mampu menarik perhatian orang ramai ke arah apa
yang dia hajati.
Aspek ini juga disebut oleh Iman Syahid "Bahawa pembentukan ummah, pendidikan bangsa,
merealisasikan cita-cita dan memperjuangkan prinsip memerlukan sesuatu ummah atau kumpulan
yang berusaha menyeru kepadanya maka perlulah di sana mempunyai kekuatan jiwa yang hebat."
Seterusnya beliau menyambung: "Maka setiap bangsa sama ada pemimpin atau
duatnya yang kehilangan empat sifat ini ia adalah bangsa yang sia-sia dan lemah yang tidak
mampu sampai kepada cita-cita."
4.1.3. Dipandang pada sudut kemasyarakatan pula, masyarakat yang ingin maju, setiap
individunya mestilah memiliki visi bersama yang lebih diutamakan daripada kepentingan
peribadi. Maka bagi membina masyarakat yang tersusun perlu juga ada padanya segala
bentuk sifat yang terpuji dan mulia seperti perkara yang menjadikan insan tersebut sopan-
santun, thiqah di dunia ini dan hati yang terbuka, amanah, menepati akan janji, mempunyai
sifat yang wasotiah dan juga jiwa yang suci, bersih bersama pemikiran yang sentiasa sihat.
Inilah sifat-sifat yang telah difahami oleh kebanyakan umat dan jemaah yang mana
seolah-olah dijadikan bahan revolusi dan kebangkitan insaniah dan ummah, malah
merupakan modal-modal yang amat berharga bagi kemanusiaan tersebut.
4.2 AL- AKHLAK AL- ISLAMIAH
Akhlak Al- Islamaiah mempunyai pertautan yang erat dengan akhlak Al-Insaniah Al-
Asasiah malah akhlak inilah yang merupakan pelengkap bagi akhlak Al-Asasiah dan juga
penyempurna serta mempertingkatkannya. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :

4.2.1. Keistimewaan dan juga muhimmah yang ada pada akhlak Al- Islamiah :
i) Akhlak Al- Islamiah meletakkan akhlak asasi manusia pada paksi dan fungsinya
yang sebenar serta mengarahkannya kepada kebaikan. Ini jika dilihat di sisi akhlak asasi
manusia pada persepsinya yang awal boleh diarahkan kepada mana-mana arah sama ada
yang baik atau sebaliknya secara serentak. Ianya terungkap ketika datangnya Islam. Akhlak
Al-Islamiah dijadikan obor dan memandu akhlak Al-Asasiah tersebut kepada kedudukan
yang betul dan kepada landasan yang lurus, maka apabila dikaitkan dengan suasana
sekelilingnya sudah tentu akan membawanya ke arah kebaikan dan petunjuk yang benar.
Bolehlah diumpamakan sebagai pedang yang tajam yang dijadikan alat oleh
perompak untuk melakukan kezaliman tanpa belas apabila senjata tersebut berada di
tangannya, akan tetapi sekiranya pedang tersebut berada di tangan seorang mujahid yang
berjuang fi sabilillah maka ianya merupakan satu alat yang amat baik malah ianya
menjadikan suatu yang hak.
Maka, kita tidak boleh menghukum kepada sesuatu akhlak tersebut baik ataupun
bagus dengan berdasarkan wujudnya akhlak tersebut di sisi seseorang tertentu, ataupun
kumpulan tertentu, tetapi baik dan bagusnya adalah berdasarkan akhlak tersebut digunakan
ke arah yang lurus dan betul mengikut landasan syarak.


Maka, Islam sentiasa memberikan motivasi kepada akhlak Al-Asasiah ke arah
kebaikan dan yang hak. Begitu juga dalam segala keadaan yang seharusnya kepada
dakwah Islam ke arah at-tauhid dan tidak ada di situ segala maksud dan tujuan yang sebalik
setiap usaha manusia kecuali hanyalah semata-mata mengharapkan keredhaan Allah
S.W.T. Seterusnya, perlulah menentukan segalanya di ufuk pemikirannya dan amalannya
berdasarkan garis panduan yang telah disediakan oleh Allah S.W.T. Maka dengan itu, kita
akan dapati natijahnya bahawa akhlak Al-Asasiah yang telah disebutkan tadi akan menuju
ke arah yang lurus, manakala segala kekuatan yang terlahir dari akhlak tersebut tidak akan
diekploitasikan dan dilaksanakan kecuali hanya ke arah meninggikan kalimah Al-Hak. Ini
dapat mengelakkan daripada ianya digunakan ke arah kepentingan diri, keturunan, ummah
ataupun negara sahaja yang hanya berdasarkan ianya boleh dan tidak boleh ataupun sesuai
dan tidak sesuai.
4.2.2. Memperkemaskan dan memperkukuhkan akhlak Al-Asasiah sebagai tunjang di satu
tahap. Seterusnya mengembangkan pratikalnya ke dalam hayah dan kehidupan insani
sehingga mencapai ke tahap yang maksima dan agung.
Contohnya : Sabar.......Di sisi bukan Islam ia direalisasikan pada tahap yang sangat
terhad, sehingga mereka yang dilihat sebagai seorang yang sabar hanya mampu bertahan
di dalam medan perang dan sanggup bergelumang dengan darah namun sebaliknya terkulai
layu di hadapan tuntutan hawa nafsu. Tetapi di sisi Islam di samping mempraktikkan
kesabaran ia juga memperluaskan perlaksanaan dalam setiap aspek kehidupan. Bukan
sekadar menggunakan kesabaran bagi menghadapi cabaran dan bencana sahaja bahkan
ianya juga terhadap segala sesuatu yang meminggirkan manusia dan tersisir daripada jalan
yang benar.
Inilah prinsip yang diingini oleh Islam yang menghendaki setiap muslim berdiri teguh
di jalan yang benar. Begitulah juga akhlak-akhlak asasi yang lain, ianya dipratikkan dalam
ruang lingkup yang sempit, sedangkan Islam merangkumkan ke semua akhlak dan
membinanya di atas asas yang betul lalu memperluaskan daerah kemungkaran.

Vous aimerez peut-être aussi